Khamis, 31 Disember 2015

rawatan gangguan busung

Salah satu permainan org kita yg amat berbahaya dan banyak ustaz perawat tak mampu hadapi ialah gangguan sihir BUSUNG. aku ada pengalaman mengubat beberapa org pesakit akibat bahana busung. salah satunya kes di Banting seorang Wak yang sangat terkenal pd zaman mudanya sbg pendekar jawa. Cerita drp mulut Wak itu sendiri dulu dia pernah bergaduh dgn sekumpulan lelaki India estet ladang teh yang langsung menerkam menyerbunya. Wak terus menampar bumi dan sekaligus kesemua lelaki India itu tercampak bagai daun melayang-layang kemana-mana. Pernah juga Wak dicabar oleh lelaki India yg tak puas hati dgnnya. Wak tumbuk tiang simen elektrik hingga langsung patah dua. Wak ceritakan dia seorang jawa yang tulen. Sedikit diceritakan dia seorang yang suka berpuasa pati geni,ngebleng, dan seumpamanya amalan ritual bagi seorang jawa sejati. Namun dihujung usianya Wak diuji dgn sihir BUSUNG mengakibatkan perutnya langsung membengkak dan keluar nanah. Meskipun Wak berusaha mengubati dirinya tapi ketuannya dan semangatnya nyata tak setanding masa muda dulu. Wak pergi ke klinik swasta pun doktor India dah suruh Wak jgn dtg ke klinik pakarnya lagi. Wak jgn mati di klinik saya nanti saya malu kata doktor kapitalis itu. Wak minta bantuan drpku yang kurang ilmu ni. Masih basah di ingatanku masa aku tiba di rumahnya hujan turun sangat lebat. Hujung Disember katakan. Dgn meletakkan telapak tangan kananku ke atas perutnya aku membaca beberapa potong ayat. Rawatanku ke atas Wak berlangsung selama sebulan aku berulang alik ke rumahnya. Cukup sebulan  perut Wak dah kempis tapi badannya tinggal kerangka tulang dan kulit semata. Wak menangis depanku mengenangkan zaman pendekarnya dulu yang terdapat noda hitam dlm riwayat hidupnya. Wak ke klinik pakar kembali dan doktor terkejut melihat perubahan Wak dan kembali menerima Wak di kliniknya utk dirawat.

Dan suatu malam nombor telefon Wak naik ke telefon ku dan muncul suara wanita sebak.

"Ni ustaz ali ya? nak beritahu Wak suami saya tu dah meninggal dunia... arwah sempat kirim salam pd ustaz dan berterima kasih kpd usaha ustaz dan wak pergi dgn tenang dan senyuman."

Genap 90 tahun Wak pergi. Semoga Allah ampunkan dosa Wak. Entah aku pula bagaimana Ya Allah cara dan situasi pulang kpdMu...

Al Fatihah.

Untuk urusan rawatan hubungi Ust Tabib Ali di talian 013-642 1228

Selasa, 29 Disember 2015

gangguan syaitan

"Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!"

sedang aku merawat utk hari kedua pesakit dari kg binjai bukit payong ni tiba2 aku dikejutkan dgn suara jeritan anak gadis...

"....pelajar madrasah la tu yg histeria...selalu gitu." kata mak cik nor kpdku. masa itu aku sedang berkongsi pengalaman selama melang lang buana di alam jin jun jan ni.

"iya ka...ingat filem hantu seram mana tadi..."

"sini memang keras ustaz... sebelum madrasah itu didirikan...dulu nenek saya tinggal di kawasan situ tapi bila nenek selalu sakit nenek pindah ke belakang iaitu tapak rumah kami duduk inilah...pada masa sama ada yang nak buat pondok nenek saya wakafkan tanah pusaka tu..."

"ya ka...baguslah tu jadi amal jariah...tapi...mengapa mudir tu tak ubatkan pelajarnya..."tanyaku sambil menatap madrasah yang dikelilingi tembok batu setinggi orang dewasa seberang jalan shj drp rumah pesakit aku rawat.

"emmm tak taulah nak ghoyat lagu mana...sebab ada sekali tu mudir tu pun dtg ke rumah mok cik minta tlg doa ubatkan pelajar histeria tu...mok cik ghoyat tak tau."

"gitu. ya lah mok cik. masing2 oghe diberi kelebihan tersendiri...ginilah kalau mereka ada dtg lagi ghoyat suruh cari tahi besi drp pembuatan senjata atau pisau. buat parit kecik tabur dan tanam dgn mengelilingi madrasah tu..."

Jeritan masih berkumandang. Aku menatap tajam ke arah madrasah. Tembok kuning yang membentengi madrasah seolah roboh dgn pandangan mataku. Beberapa detik kemudian suara jeritan hilang. Dan diganti dgn azan asar dr madrasah yg bersilih iring dgn azan dr masjid yg tak jauh drp situ. Alhamdulillah. Aku sudah keletihan benar.

Permusuhan syaitan dgn anak Adam nyata masih berterusan hingga kiamat...

Perlukan khidmat rawatan gangguan makhluk halus,gangguan jin saka sihir pembersihan kedai gerai bangunan premis segala masalah berkaitan dunia mistik boleh hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228


Isnin, 28 Disember 2015

khidmat rawatan Islam dan alternatif

Salam

Saya sedia dijemput ke mana-mana sahaja utk ikhtiar rawatan dan mengajar ilmu walau keluar negara sekalipun. Silalah hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Dedikasi
Profesional
Berintegriti

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228

Jumaat, 25 Disember 2015

rawatan di Terengganu Kelantan

Salam Jumaat...utk makluman sahabat sekelian...saya Ustaz Tabib Ali akan berada di Terengganu pada mula Jumaat 25 Disember...jika ada anggota keluarga, saudara mara, jiran tetangga, teman taulan di sekitar Terengganu-Kelantan yang memerlukan rawatan penyakit misteri atau sakit biasa, rawatan pembersihan rumah, pembersihan premis niaga dan ikhtiar selesaikan kes terpencil lainnya selagi tak bertentangan syarak silalah hubungi saya utk tempah/booking hari dan masa rawatan.

25 dan 26 Disember saya di Bukit Payong Marang Terengganu

Hari yang BOLEH TEMPAH/BOOKING rawatan:

Ahad, 27 Disember
Isnin, 28 Disember
Selasa, 29 Disember

Booking sehari sebelum paling lewat. Rawatan paling baik di rumah pesakit atau kalau tak blh di hotel berdekatan. Bagi yang di tempat lain pun blh maklumkan kita cari masa sesuai.

Hotline 013-642 1228


Khamis, 17 Disember 2015

Saat-saat Kelahiran Nabi Muhammad Sollallahuala wassalam

Bismillahirahmanirahiim

Assalamualaika yaa Nabi Muhammad SAW

Ketika bulan ke sembilan kehamilan Sayyidah Aminah (Rabiul Awwal) saat hari-hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W sudah semakin mendekati,
Allah S.W.T semakin melimpahkan bermacam anugerahNya kepada Sayyidah Aminah mulai tanggal 1 hingga malam tanggal 12 Rabiul Awwal malam kelahiran Al-Musthofa Muhammad S.A.W.

Pada Malam Pertama (ke 1) :

Allah swt melimpahkan segala kedamaian dan ketentraman yang luar biasa sehingga beliau (ibunda Nabi Muhammad saw), Sayyidah Aminah merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya.

Pada malam ke 2

Datang seruan berita gembira kepada ibunda Nabi Muhammad saw yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Allah swt.

Pada malam ke 3

Datang seruan memanggil “Wahai Aminah… sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rasulullah saw yang senantiasa memuji dan bersyukur kepada Allah swt.”

Pada malam ke 4

Sayyidah Aminah mendengar seruan beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan jelas.

Pada malam ke 5

Sayyidah Aminah bermimpi dengan Nabi Allah Ibrahim as.

Pada malam ke 6

Sayyidah Aminah melihat cahaya Nabi Muhammad saw memenuhi alam semesta.

Pada malam ke 7

Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan mengunjungi kediamannya membawa kabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak.

Pada malam ke 8

Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil dimana-mana, suara tersebut terdengar dengan jelas mengumandangkan “Bahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Allah swt Pencipta Alam Semesta.”

Pada malam ke 9

Allah swt semakin mencurahkan rahmat belas kasih sayang kepada Sayyidah Aminah sehingga tidak ada sedikitpun rasa sedih, susah, sakit, dalam jiwa Sayyidah Aminah.

Pada malam ke 10

Sayyidah Aminah melihat tanah Tha’if dan Mina ikut bergembira menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw.

Pada malam ke 11

Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita menyongsong kelahiran Sayyidina Muhammad saw.

Malam detik-detik kelahiran Rasulullah, tepat tanggal 12 Rabiul Awwal jam 2 pagi.

Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikitpun. Saat itu Sayyid Abdul Muthalib (kakek Nabi Muhammad saw) sedang bermunajat kepada Allah swt di sekitar Ka’bah. Sayyidah Aminah sendiri di rumah tanpa ada seorang pun yang menemaninya.

Tiba-tiba beliau, Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat anggun, cantik, dan jelita diliputi dengan cahaya yang memancar berkemilau serta semerbak harum memenuhi seluruh ruangan.

Wanita pertama datang berkata,”Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan semesta alam. Beliaulah Nabi Muhammad saw. Kenalilah aku, bahwa aku adalah istri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh umat manusia., aku diperintahkan Allah untuk menemanimu.”

Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaikan kabar gembira, “Aku adalah istri Nabi Allah Ibrahim as diperintahkan Allah swt untuk menemanimu.”

Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga,”Aku adalah Asiyah binti Muzahim, diperintahkan Allah untuk menemanimu.”

Datanglah wanita ke empat,”Aku adalah Maryam, ibunda Isa as menyambut kehadiran putramu Muhammad Rasulullah.”

Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad saw yang tidak bisa terlukiskan dengan kata-kata. Keajaiban berikutnya Sayyidah Aminah melihat sekelompok demi sekelompok manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki ruangan Sayyidah Aminah dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Allah swt dengan berbagai macam bahasa yang berbeda.

Detik berikutnya Sayyidah Aminah melihat atap rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa yang sangat indah berkilau saling beterbangan.

& Detik berikutnya Allah yang maha agung memerintahkan kepada Malaikat Ridwan agar mengkomandokan seluruh bidadari syurga agar berdandan cantik dan rapih, memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutra dengan bermahkota emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menebarkan wangi-wangian syurga yang harum semerbak ke segala arah. lalu trilyunan bidadari itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridwan, terlihat wajah bidadari itu gembira.

Lalu Allah swt memanggil : “Yaa Jibril… serukanlah kepada seluruh arwah para nabi, para rasul, para wali agar berkumpul, berbaris rapih, bahwa sesungguhnya Kekasihku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka mnyambut kedatangan Nabi Muhammad saw.

Yaa Jibril… perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau denagn sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasihKu Nabi Muhammad saw.

Yaa Jibril… bawalah trilyunan malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah KekasihKu Muhammad saw telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.”

Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan trilyunan malaikat. Lalu ibunda Rasulullah saw di bumi, beliau melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gahru yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya.

Pada saat itu pula mereka semua berdzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih berkilau cahaya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Muhammad Rasulullah saw dan tidaklah Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad saw bersujud kepada Allah seraya mengucapkan, “Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walhamdulillahi katsira, wasubhanallahibukratan wa asiilaa.”

Semakin memuncaklah kegembiraan seluruh alam dunia dan semesta dan terucaplah “Yaa Nabi Salam Alaika… Yaa Rasul Salam Alaika… Yaa Habib Salam Alaika… Shalawatullah Alaika.. ”

Senyum indah terpancar dari wajahNya dan hancurlah berhala-berhala dan bergembiralah semua alam semesta menyambut kelahiran baginda.

“Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

Artinya:

“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
آمين...

Rawatan Gangguan Jin dan Penyakit

Rawatan patuh syariah dgn memanfaatkan Ayat suci,selawar dan doa digabungkan dengan tenaga rohaniah dan zikir pernafasan lahir dan batin disertai dengan petua sila hubungi Ustaz Ali 013 642 1228

Dikenakan bayaran tertentu atas perkhidmatan tenaga masa kos rawatan kos perjalanan dan kepakaran pengalaman. Bayaran perkhidmatan bukan bermaksud menjual ayat suci jd jgn salah faham dlm hal ini.

Selasa, 15 Disember 2015

rawatan saka dan sihir bonus ilmu asma

Assalamualaikum

Bagi pesakit yang mengalami gangguan saka dan sihir yang teruk bolehlah mendapatlan rawatan daripada Ustaz Ali. Ustaz Ali merupakan ahli dan pakar dalam rawatan Islam dan alternatif. Rawatan akan menfokuskan kpd masalah pesakit sama ada dari segi jasmani,mental,rohani dan sebagainya. Selain mendapatkan rawatan anda juga akan mendapat konsultasi dan kaunseling serta motivasi secara Ustaz Ali.

Bagi anda yang mengalami gangguan sihir dan saka berulang-ulang dan banyak tempat pergi berubat kini tibalah masanya untuk anda mencuba rawatan dro Ustaz Ali. Istimewa bulan disember 2015 ini stp perkhidmatan rawatan akan diajarkan 1 ilmu asma khusus. Ia sesuai bagi kes sihir dan saka kronik.

013 642 1228 Ust Ali

Sabtu, 12 Disember 2015

Gemblengan Ilmu Raja Khotim Nabi Allah Sulaiman

Assalamualaikum

Saya buka Gemblengan Ilmu Raja Khotim Nabi Allah Sulaiman yang bersifat multifungsi. Cukup dgn menelan kapsul raja khusus kami sediakan maka seketika ilmu ini bangkit pada diri anda. Mahar ilmu rm550 shj dan pembelajaran dgn cara jarak jauh dgn kiriman bahan pengisian gemblengan. Kemudian kami ajar bagaimana anda dpt mempergunakan raja Khotim ini dgn pelbagai cara dan kegunaan sama ada pengubatan medis dan non medis, pemagaran dan sangat bagus digabungkan dengan keilmuan lain spt ruqyah dan lain2 pengubatan alternatif.

Bonus keilmuan ialah Pengisian dan Pembangkitan Ilmu Zikir Inti Kalimah dan 1 Asma Khusus utk anda yang memesan keilmuan ini dgn segera.

Hubungi 013 642 1228

Jumaat, 20 November 2015

Gemblengan Ilmu Asma Penyembuhan dan Segala Hajat (GIAPSH) Promosi Hujung Tahun 2015

Gemblengan Ilmu Asma Penyembuhan dan Segala Hajat (GIAPSH)

Gabungan Tiga Asma Tahap Tertinggi yang SUPER PENDEK DAN RINGKAS (tidak sama dan bukan seumpamanya seperti di internet, website dan laman maya) ini merupakan asma mustajab yang mana dengan izin Allah dapat dipergunakan untuk segala macam keperluan dan hajat. Dengan menelan 3 butir kapsul yang saya sudah isikan ketiga-tiga power asma ini, dengan segera anda akan mengalami perubahan aura diri secara mendadak. Segala aura negatif, aura gelap, sengkolo, sial, majal, sihir, saka dan segala anasir jahat yang berada atau mengganggu diri anda siap dihancurkan dan aura diri atau cahaya diri anda akan kembali bersih murni, Seiring dengan mengekalkan wiridnya, in sya Allah segala potensi daya linuwih dan supranatural akan bangkit dan siap untuk dipergunakan. Maknanya setelah siap anda menelan kapsul drp saya, langsung anda dapat gunakan sebahagian daripada keilmuan dan asmanya untuk segala tujuan dan hajat bi iznillah. Ketiga-tiga asma ini berkait erat. Asma dibaca untuk niat apa dan dtutup dengan asma yang satu lagi sebagai pemustajab niat dan doa serta hajat itu in sya Allah.

  1. Pengubatan express medis dan non medis jarak dekat atau jarak jauh
  2. Menghancurkan segala kekuatan dan khodam ilmu asma-asma rajeh yang mana sekalipun
  3. Meleburkan sekelian santau, santet, tuju-tuju, dan mengembalikan kepada penyerangnya, bomoh sihir,
  4. Kesihatan tubuh badan zahir batin secara optimum
  5. Meleburkan segala pengisian barang sihir, mengosongan keris pusaka atau barang pusaka drp jin.
  6. Menghancurkan kesombongan lawan dan menyerang penyihir dan mengosongkan ilmu orang lain sehingga tiada berilmu lagi.
  7. Kewibawaan agung dan dihormati sekelian orang disekeliling
  8. Kebal daripada senjata tajam dan dipukul secara beramai-ramai
  9. Melakukan pengisian ke atas barang walau apapun barang itu sebagai power bank kpd diri kita utk kecemasan saat tak terduga atau saat kita keletihan.
  10. Menundukkan lautan, angin dan hujan
  11. Magnetisme dan hukum daya tarikan massa hingga suka kepada kita
  12. Digeruni segala makhluk halus disegani lawan dan kawan
  13. Menghancurkan ilmu hitam walau dari aliran apa sekalipun yag cuba mengganggu
  14. Daya pesona dan daya pikat yang luar biasa
  15. Penarik rezeki dari segenap penjuru
  16. In syaa Allah dikurniakan umur yang panjang
  17. Mustajab doa
  18. Menyembuhkan orang yang dalam sakaratulmaut atau mempercepat atau mempermudahkan kematian orang dalam sakaratulmaut
  19. Memperteguhkan hati
  20. Benteng diri keluarga mahupun seluruh desa
  21. Membakar dan mengusir makhluk halus yang mendiami tubuh seseorang mauhupun sesuatu tempat.
  22. Segala Hajat dan tujuan.





BONUS KHAS DARI BULAN NOVEMBER-DISEMBER 2015.

BONUS 1 : Ilmu Hikmah Nur Makrifah Pakej Lengkap
BONUS 2 : Ilmu Rawatan Islam Ruqyah dan Perubatan Nabawi Level Asas dan Pertengahan
BONUS 3 : Ilmu Rawatan Nur Syahadah Rawatan Islam Level Tinggi
BONUS 4 : Ilmu Jurus Haq untuk Segala Macam Penyakit Gangguan dan Zahir
BONUS 5 : Ilmu-Ilmu Langka Ringkas dan Petua Ampuh
BONUS 6 : Program Buka Mata Batin

BONUS INI SEMUANYA SUDAH DIUJI CUBA DALAM MERAWAT DAN IKHTIAR BERBAGAI HAJAT DAN KESEMUANYA DAPAT DIGUNAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI.

BONUS DI ATAS BUKAN SEBARANG BONUS SENILAI DENGAN BELASAN RIBU INGGIT YURAN BELAJARNYA. NAMUN UNTUK PROMOSI KEILMUAN TIGA ASMA KHUSUS INI KEILMUAN INI DIBERIKAN PERCUMA. DI LUAR PROMOSI BONUS DI ATAS TIADA.


Awas Kepada Calon Pelajar:

JANGAN SOMBONG TAKABBUR
JANGAN DIGUNAKAN UNTUK KEJAHATAN
WAJIB MENUNAIKAN SOLAT DAN MEMAHAMI ASAS AGAMA
SEGALA HAJAT MENERUSI KEILMUAN INI BERSIFAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH BUKANNYA SIHIR, BUKAN ILMU HITAM DAN SEUMPAMANYA
WAJIB TAAT PATUH KPD GURU DAN MENGHORMATI RAKAN SEPERGURUAN
WAJIB TAAT KEPADA NEGARA DAN TIDA BOLEH SAMA SEKALI DIGUNAKAN KE JALAN KEGANASAN

Segala keilmuan ini walaupun memakai sistem pengisian dan dibaiah dan disambung terus ke sanadnya namun tetap juga memerlukan amalan daripada pengamal. Tiada ilmu tanpa amalan. Niat belajar hendaklah kerana mengejar redho Allah bukannya dengan niat untuk menjadi sakti dan seumpamanya.

Mahar belajar : RM9000

DISKAUN MAHAR BELAJAR 50% : RM4500 DARI 20 / 11 hingga 31 Disember 2015.

Cara belajar : Jarak jauh (kiriman kapsul dan nota keilmuan dan video terus ke alamat anda)

Cara belajar : Jarak dekat (bersedia untuk mengikuti gemblengan selama 1 hari 1 malam atau 2 hari 2 malam maksimum dengan tambahan kos penginapan di tempat saya di Muar) Keutamaan cara belajar ialah secara berdepan.

SETIAP PELAAR AKAN DIMASUKKAN KE DALAM GROUP WHATAPPS KHAS MERUPAKAN GROUP RASMI DAN KHUSUS UNTUK SUPORRT DAN BIMBINGAN TERUS DRP USTAZ TABIB ALI SEUMUR HIDUP.


Untuk keterangan lanjut silalah hubungi Ustaz Tabib Ali 013-642 1228 (Hot Line)

Selasa, 27 Oktober 2015

rawatan kanser payudara

Dengan izin Allah kami menawarkan pakej rawatan kanser payu dara dengan menggunakan adunan ajaib dan ditranfer dengan dua asma khusus pengobatan in syaa Allah kanser tahap berapa pun dapat ditangani.

Sekarang Ustaz Ali berada di Kedah dan Penang selama 2 hari bagi yg memerlukan rawatan kanser payudara silalah hubungi Ustaz Ali segera. Jgn biarkan penderitaan menjajah hidup anda. Hidup bebas tanpa kanser.

Bayaran rawatan kanser payudara rm4600 sahaja. Dengan rawatan susulan jarak jauh PERCUMA. Kenapa anda tidak mahu mencuba dengan kaedah kami? Jgn putus-asa jika masih bernafas masih adalah rezeki kita in syaa Allah.

013 642 1228

Isnin, 26 Oktober 2015

rawatan di Sungai Limau dan di Sintok Kedah

Rawatan di Sungai Limau dan Sintok Kedah...bagi org utara yang masih memerlukan rawatan silalah maklumkan kpd Ust Ali...

013 642 1228

Rawatan di Kedah dan Permatang Pauh

Assalammualaikum

Esok saya akan berada di negeri-negeri sebelah utara dalam beberapa hari. Bagi yang menginginkan rawatan apa saja sama ada gangguan makhluk halus,sakit misteri,sakit fizikal tetapi belum dapat disembuhkan melalui pengubatan doktor,pelarisan kedai kaedah Islami, pagar kedai,pagar rumah,pembersihan rumah drp aura negatif,perjodohan,masalah suami isteri,pengasihan,peningkatan kerjaya oleh pekerja dan ketua jabatan agar orang bawahan hormat dan patuh, kewibawaan, buka aura diri hingga 7 lapis diri dan banyak lagi.

Silalah hubungi Ustaz Ali segera kita berusaha dgn cara selamat,cara yang selari dgn tuntutan agama selari dgn nilai norma masyarakat kita.

013 642 1228

Jumaat, 23 Oktober 2015

rawatan pengasih suami isteri dan pasangan

Dengan izin Allah minyak pengasih yg telah di programkan ini berfungsi sebagai

1. penyejuk rumah tangga
2. menutup mulut manusia yg selalu berkata kasar agar menjadi lunak dan lembut dgn kita
3. membuka aura seri wajah secara alami
4. apabila dicampur dgn air mawar akan mrmbuka sinar pengasihan hingga mengalahkan segala jenis susuk
5. menundukkan bos yg bengkeng dan kurang ajar dgn kita
6. menambahkan penghormatan org kpd kita
7. meneutralkan aura negatif yg menjadikan wajah sebam dan gelap

Mahar : RM550

(Minyak dapat ditambah bila habis dgn cara tertentu yg mudah dilakukan. Tak perlu beli lagi)

Hubungi 013 642 1228





rawatan di Brunei dan Singapura

Assalammualaikum

Bagi pesakit dari Brunei dan Singapura yang mahukan rawatan daripada Ustaz Tabib Ali bolehlah mengikuti tatacara di bawah.

1. Sila what apps atau telefon terus ke nombor 013 642 1228.

2. Berikan maklumat asas iaitu nama,tarikh lahir dan alamat tuan puan.

3. Nyatakan jenis penyakit atau gangguan atau masalah yg dihadapi.

4. Nyatakan tarikh sesuai tuan puan mahu jemput saya datang.

5. Tunggu saya balas mesej atau what apps utk melihat kesesuaian tarikh dan menentukan bayaran perkhidmatan dan kos perjalanan.

6. Tolong jgn email kalau mau maklum balas yang cepat dan segera drp Ust Tabib terus hubungi 013 642 1228.

7. Tolong yg mahu menghubungi Ust Ali telah bersungguh-sungguh bertekad mau dirawat bukannya hanya sekadar bertanya tanya semata2 minta scan free dan sekadar meluahkan perasaan kpd Ust. tapi tak mau dirawat. Tolong jgn buang masa org lain.

8. Tiket dan penginapan pesakit yg tanggung ya. Sediakan semuanya.

Silalah fahami tatacara di atas. Ini bagi memudahkan urusan merawat tuan puan juga. Bukan orang lain.

Salam hormat dan sayang drp Ust Tabib Ali kpd anda semua.

Selasa, 13 Oktober 2015

rawatan dan gemblengan ilmu hikmah

Assalamualaikum

Bagi anda yang berminat dan 'terbuka hati' nak berubat dgn Ustaz Ali silalah hubungi ustaz Ali di talian 013 642 1228. Namun demikian dari 12/10/2015 hingga 17/10/2015 Ustaz Ali akan berada di Surabaya. Jadi nombor telefon di atas tidak aktif. Segala pertanyaan,permintaan dan konsultasi boleh dihantar terus ke email rahmaniah999@gmail.com

Harap anda tidak kecewa hanya kerana Ustaz Ali tidak membalas apa2 mesej dan panggila telefon atau what apps anda buat sementara waktu ini dr 12 hingga 17 oktober. Silalah hubungi Ustaz Ali semula pada 17 oktober selepas waktu Asar.

Barangsiapa yg bersungguh2 pasti dia akan dapat.

Salam hormat.

Jumaat, 9 Oktober 2015

rawatan sihir siam di permatang pauh

alhamdulillah pesakit sy dr permatang pauh...dah 10 tahun derita disihir...beratus kali kerasukan bercakap siam...ratusan kali sakit perut..ratusan kali sesak nafas...ratusan kali masuk hospital..ratusan ribu habis berubat merata...

dengan rawatan intensif dan amalan khusus melalui saya ajarkan kpd beliau... kini beliau kian sembuh...

suatu nikmat bernama sihat yang hilang sejak 10 tahun lalu...alhamdulillah  Allahuakbar!

sebab itulah saya cinta bidang pengubatan alternatif dpt membantu sesama insan

Isnin, 5 Oktober 2015

rawatan saka hingga mati?

Assalamualaikum. Ada pertanyaan meluncur ke kotak mesej...ustaz ubat sampai pesakit mati ka...

jawapan saya:

1. Hidup mati di tangan Allah.

2. Dlm konteks rawatan biasanya berlaku ke atas warga emas yg mempunyai saka yg mana ada warga emas itu sudah tdk bernyawa tapi yg ada dlm badannya adalah jin saka...biasanya jin saka yg begini kekuatan dan kebolehannya gred A..spt jin yg membantu berkebun membuka tanah dan lain2.

3. Apabila rawatan dilakukan kita akan minta pesakit jika masih sedar utk mengucapkan Doa Pemutus Saka. Dan jika atau apabila pesakit dirasuk, saya akan menyuruh saka itu pergi drp pesakit dan keturunannya sambil membaca ayat2 suci yg tertentu dan doa tertentu atau asma tertentu. Lazimnya saka itu akan pergi kalau pesakit menangis.

4. Saka spt manusia juga adakalanya mengambil masa utk meninggalkan jasad perumahnya. Jadi itu dia ambil masa 1 hari ada 3 hari atau berminggu jarang sampai berbulan jd dlm tempoh inilah pesakit akan merasai kudratnya semakin lemah dan kalau penguasaan saka pd jasadnya sebelum ini mencapai lebih 70 peratus biasanya pesakit akan semakin lemah dan mati dgn izin Allah.

5. Ada yg masih bernafas dan bernyawa dan pulih seperti sediakala itu semua kehendak Allah.

Apapun semuanya dlm pengetahuan dan Gerak Allah...perawat pun dlm Gerak Allah...kita ni lebih kpd ikhtiar dan penyebab...gangguan juga penyebab hasil tindakan kita masa lalu atau keturunan kita pada masa masa lalu.

Harapnya jelas.

Ust Tabib Ali
013 642 1228

Ahad, 27 September 2015

Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah di Kedah

Assalamualaikum

Bagi yang berkeinginan untuk mendapatkan gemblengan ilmu yang bermanfaat dunia akhirat dipersilakan mengikutinya. Gemblengan bermaksud

-pembersihan diri
-pembukaan lataif
-pengisian
-pemantapan
-muzakarah dan booster

Stp keilmuan haruslah mengikuti step diatas agar penurunan ilmu dpt dilakukan dengan baik kpd bakal pelajar.

Jgn bimbang jika anda kosong dalam bab3 ilmu. Anda akan dibimbing daripada asas hingga peringkat tertinggi bagaimana utk mengaplikasikan keilmuaan yg diajar.

Gemblengan ini amat sesuai bagi

-perawat Islam yg menggunakan kaedah ruqyah dan zikir dlm rawatannya
-perawat yang mahu memantapkan keilmuan yg dipelajarinnya terdahulu
-pesakit yg diserang sihir berulang kali agar tahu bagaimana membentang diri dan melakukan pengisian kpd diri hingga tak diserang lagi
-sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu perubahan dalam hidupnya...mahu meneroka sesuatu perkara atau bidang yg baharu...mahu menambah ilmu pengetahuan...anda akan dibimbing secara profesional dan jelas hingga perkara yg menjadi persoalan anda sebelum ini terjawab dgn izin Allah.

Anda boleh membaca sekian banyak testimoni dan posting saya dlm blog ini dimana telah diterangkan drp pelbagai sudut keilmuan yg bakal anda pelajari ini.

Apa yg anda pelajari tdk akan merugikan anda sesekali melainkan anda akan berasa beruntung mempelajarinya drp saya krn sediakan payung sebelum hujan..maaf jgn sudah terkena baru kalut mencari cari...

Belajar ilmu ini suatu pelaburan berguna utk anda siapapun anda ia akan berfaedah dan berguna.

Perhatian utk org Kedah atau org utara saya berada di sana sepanjang minggu ini. Boleh contact saya bila2 masa utk temujanji dan gemblengan dilakukan selama 1 hari penuh atau dr jam 9 pagi hingga 5 ptg. in syaa Allah.

Contact Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

Call/Mesej/WhatApps

Khamis, 24 September 2015

rawatan di Perak,Pulau Pinang dan Kedah

In syaa Allah saya akan bergerak ke arah Utara mulai Sabtu depan.

Antara destinasi saya ialah

Taiping
Manjung
Seberang Prai
Yan
Pumpong
Mergong
Alor Star
Kelantan
Kuantan

sebelum ke Sabah hujung bulan Oktober,in syaa Allah.

Siapa2 atau anggota keluarga  atau rakan2 yg memerlukan perkhidmatan rawatan dan konsultasi masalah yg di luar nalar logika,mistika,kejiwaan,bimbingan ilmu,dan sebagainya boleh maklumkan kpd saya segera utk sy susun jadual pertemuan dgn anda nanti.

013 642 1228

Saya siap melayani anda!


Isnin, 14 September 2015

gemblengan ilmu dan rawatan di Sabah

Assalamualaikum...pengumuman..in syaa Allah SELEPAS Hari Raya Aidiladha ini saya akan turun ke Kota Kinabalu, Sabah untuk mengembleng murid di sana. Tarikh tepat akan saya beritahu kemudian.

Sesiapa WARGA SABAH yg berhajat untuk rawatan medis dan non medis silalah maklumkan kpd saya segeranya untuk menempah tarikh,masa dan waktu perjumpaan utk rawatan dan konsultasi di Sabah nanti.

Hal ini supaya tarikh yg telah ditempah murid saya itu tdk bertembung dengan tarikh pilihan tuan puan nantinya in syaa Allah.

Saya juga bersedia membimbing tuan puan dan mengijazahkah keilmuan ilmu-ilmu bermanfaat yg telah terbukti nyata khasiatnya.

Silalah hubungi terus saya di talian 013-642 1228.

Khamis, 10 September 2015

rawatan sihir pengasih atau mandrem

2 tahun kena sihir mandrem...

1 tahun lebih dah tak tidur bersama sekatil sama sekali tak ada hubungan suami isteri

1 tahun stp minggu isteri yg juga seorang Ustazah dan Guru Agama di sekolah agama mengabaikan tanggungjawab sbg isteri di dapur asyik main mesej dgn lelaki yg mandremkannya siang malam dinihari...suaminya ambil alih memasak menyediakan makanan utk anak2 basuh kain baju...

beberapa bulan hampir stp minggu suami jumpa tompokan air mani pd seluar dalam isteri...sihir penaik nafsu secara jarak jauh...
Maki tengking bebelan amat luar biasa drp isteri kpd suaminya yg tak membalas sepatah pun sepanjang 2 tahun...

akhirnya semalam alhamdulillah dikabulkan Allah kurang 24 jam suami dah boleh peluk isteri walau mula isteri mcm marah2 kemudian jd ok sampai ke pagi...dah tak marah2...tengking2 suaminya sbg babi spt sebelumnya...dah mula lembut hati..isteri dah mula solat dgn tuk maninah sebelumnya solat tertinggal atau ditinggalkan layan mesej je dgn budak lelaki yg mandremkannya...

proses tarik  tali dan perang berlaku antara saya dgn tukang sihir...tp alhamdulillah sy masih  di sini...hingga budak lelaki itu dah takut nak jumpa isterinya...

Allahuakhbar...bukan senang nak pulih..mandrem yg keras pemujaannya...diperlukan kesabaran yg tinggi dan keyakinan kpd Allah serta tawakal kpdNya...

semoga pasangan ini pulih spt sediakala dah 18 tahun kahwin dah 2 anak dah masuk maahad tahfiz..tinggal 2 anak lagi sedang sekolah...kasihan sungguh sy...tp tukang sihir takkan diam...dia amat geram dan kepanasan melampau hingga nama saya dipetik isterinya dlm keadaan separa sedar dlm proses rawatan katanya  Apa Ustaz Ali buat pada dia ah!? hehehe jin tau nama saya lah.ok.

rawatan sihir mandrem/rawatan pulih gangguan pelet ilmu pengasih yg disalahgunakan 013 642 1228

Selasa, 1 September 2015

rawatan kecemasan di hospital

Assalamualaikum

Saya menyediakan rawatan kecemasan di hospital sama ada di wad atau di ICU.

Utk rawatan akut yg kronis masa diperlukan minimum 3 hari dgn rawatan dilakukan secara langsung atau tidak langsung.

In syaa Allah. Bagi yg memerlukan bantuan khidmat nasihat dan pandangan boleh hubungi Ustaz Tabib Ali di talian 013 642 1228.

Rawatan disediakan

1.rawatan gangguan sihir
2.rawatan sihir penyakit
3.rawatan saka
4.rawatan jangkitan kuman yg akut kronik.
5.rawatan sokongan pengubatan medis.

Khamis, 27 Ogos 2015

rawatan rawatan dan rawatan

Assalammualaikum

Bukan senang sebenarnya nak mengubati pesakit.
Apatah lagi nak memenuhi hajat orang
Adalah malang jika kesungguhan penat lelah perawat tidak dihargai langsung
Sedangkan dengan sembuhnya kita dengan tercapainya hajat kita adalah suatu yang menguntungkan kita

Sepanjang minggu ini saya melakukan rawatan ke atas pesakit yg berbagai-bagai ragam gangguannya termasuk yg mengalami gangguan sihir.

Untuk merawat gangguan sihir diperlukan kerjasama antara perawat dan pesakit.
Tidak boleh sepenuhnya meletakkan beban ke atas perawat.
Hal ini krn pesakit tidak selamanya berada di sisi perawat.

Kes sihir juga memerlukan kesabaran dan pengorbanan kedua belah pihak.
Pada tahap tertentu sihir itu perlu dipulangkan kpd penyihirnya. Bahkan lebih ekstrem dimatikan si tukang sihirnya.

Itulah pilihan yang ada andainya pesakit mengalami gangguan sihir berterusan.

Boleh hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228 jika mahukan rawatan.

Setiap rawatan akan dirahsiakan siapa anda dan walau siapa pun anda hatta profesional atau vvip say jaga kerahsiaan anda.

Khidmat saya berikan adalah profesional dan sesi konsultasi dalam menyelami permasalahan yang anda alami.

Dijamin.

Selasa, 25 Ogos 2015

meningkatkan kemampuan peruqyah ke tahap optimum

Assalammuaaikum khusus bagi anda yang mahukan amalan yang ringkas padat tetapi tepat dan padu ke arah sasarannya maka anda dijemput untuk mengikuti gemblengan asma pamungkas.

Anda terlebih dahulu akan dibersihkan keilmuan yang batil, drp aura negatif dan kemudian langsung sahaja saya akan mengisi anda dengan asma pamungkas ini. Bagi yang ikuti gemblengan saya akan perincikan apakah nama asma dan kegunannya.

Apakah anda serang peruqyah, mualij, perawat Islam daripada mana aliran sekalipun saya persilakan anda dengan minda terbuka dan berdada lapang untuk ikuti program asma pamungkas.

In sya Allah keilmuan ini akan menjadi pemangkin dan penguat kepada ilmu-ilmu rawatan anda yang lain termasuk ilmu-ilmu pengubatan Islam, perawat yang mengamalkan ayat-ayat ruqyah, manzil, ayat-ayat syifa,ilmu apa saja digabungkan akan meningkatkan kekuatan dan keampuhan perawatan dan keilmuan anda miliki sehinggakan anda dpt melihat pesakit anda dapat ditolong dengan cepat dan segera. In syaa Allah.

Suadha banyak keajaiban yang telah dilalui oleh murid saya asma pamungkas ini dan kini tiba giliran anda pula untuk mengikuti gemblengannya dan memanfaatkannya dalam kehidupan sehari-hari dan ikhtiar pengubatan anda lakukan.

Kesimpulannya dengan mengikuti Gemblengan Asma Pamungkas keilmuan dan rawatan anda ke atas pesakit akan meliat ganda keberkesananya dan menjadi penguat kepada para peruqyah.

rawatan dari berpengalaman

Berubatlah daripada ahli perubatan yang berkelayakan dan berpengalaman dan belajarlah ilmu drp org yang mengamalkan ilmu dan membuktikan keberadaan ilmu-motivasi Isnin 013 642 1228.

stp rawatan saya lakukan tdk kurang 3 jam. utk gangguan sihir atau gangguan jin yg kronik bertahun2 dan berat melibatkan gangguan sekeluarga maka rawatan dilakukan melebihi 5 jam hingga 1 atau 2 hari. 

TIADA RAWATAN 5 MINIT DAN PESAKIT PULANG BAWA AIR DOA SEMATA.

Isnin, 24 Ogos 2015

booking rawatan anda sekarang

berubatlah daripada ahli perubatan yang berkelayakan dan berpengalaman dan belajarlah ilmu drp org yang mengamalkan ilmu dan membuktikan keberadaan ilmu-motivasi Isnin 013 642 1228.

stp rawatan saya lakukan tdk kurang 3 jam. utk gangguan sihir atau gangguan jin yg kronik bertahun2 dan berat melibatkan gangguan sekeluarga maka rawatan dilakukan melebihi 5 jam hingga 1 atau 2 hari.

TIADA RAWATAN 5 MINIT DAN PESAKIT PULANG BAWA AIR DOA SEMATA.

rawatan di Singapura dan ilmu mata batin

Baru-baru ini saya dijemput lagi untuk mengubat dan merawat pesakit akibat disihir di Singapura.

Setiba sahaja di rumah pesakit bersama salah seorang murid saya iaitu tuan Asman, saya terus merasai kewujudan aura negatif yang boleh tahan besar. Asman juga merasainya...meremang bulu romanya dgn tak semena-mena...

bila saya pandang keliling kejiranan rumah pesakit saya lihat ada tokong diletakkan dimuka pintu betul betul terpampang di mata saya...waduh kok begitu keras sekali...saya terus sahaja mengetuk pintu rumah pesakit...dipendekkan cerita...bila dah dlm rumah pesakit..saya langsung sahaja melihat kabut hitam berpusar pusar dlm rumah pesakit...

bila saya berniat mahu menerawang pumca sakit mrk..belum fokus pun langsung terpampang pada mata kasar saya tokong buddha warna emas berada dimana mana...dan terdengar irama irama pemujaan...saya yakin ini bukan bentuk ritual yg biasa diamalkan penganut ajaram budhha melainkan ini sekte sihir yg bertujuan melancarkan serangan jahat...

suami isteri yg terkena sihir pula mula rasa lain macam...sesak nafas sedikit dan jd sedikit 'blur'...saya terus melakukan kaedah rawatan...tahalli dan takholli...si isteri pengsan...kelopak matanya bergetar tanda ada entiti sedang bergerak cergas dlm jasadnya...kemudian gelombang itu turun ke perut mengembung dan mengempis  dan sesekali tangannya bergetar kuat spt terkena renjatan elektrik...

"Keluar ko...!!!'

pesakit tak bereaksi walaupun dah hilang kesedaran...disebabkan jam dah melewati 12 tgh malam sy terus tarik dan buang entiti tersebut pd setiap bahagian tubuhnya....akhirnya pesakit sedar sendiri...dan siptom sakit dah byk berkurang yg tinggal sisa angin bisa...

beralih pula kpd si suaminya...juga pengsan...sy pun cuba menarik entiti dan barang sihir yg telah ditanam secara ghaib pd mangsanya....kemudian saya tiba-tiba mau melihat kepada si isterinya...berlaku keanehan...

mata isterinya memandang sy dlm keadaan luar biasa....spt menjeling dan sayu memandang kpd saya...lantas sy terus menghalakan telapak tangan ke arah si isteri...si siteri mengadu sakit dada apabila saya menusukkan jari telunjuk saya pd dada si suaminya yg sedang pengsan...

akhirnya saya terpaksa menarik gangguan kedua duanya secara serentak..dan dipasungkan ke dlm kerak bumi...alhamdulillah rawatan selesai...kabut hitam yang berlegar dlm rumah pesakit telah hilang....seri wajah pesakit suami isteri naik berseri serinya..syukur alhamdulillah...

saya cuba sedaya upaya menarik baki bisa pd tubuh si isteri yg mengalami gangguan spt hidung yg tersumbat sepanjang waktu dan rasa sakit pd bahagian perut dan ulu hati....

alhamdulillah setelah cuba ikhtiyar berkali kali si isteri hilang semua sakitnya hatta bisa2...
bayangan patung pun dah hilang...selesai rawatan  menjelang 3 pagi...

sewaktu mau keluar rumah saya melihat rumah yg bertokong dan saya lihat begitu byk entiti asing berlegar sepanjang koridor malah ada berupa spt beruk melintasi dr tembok batu lalu hilang dibalik tembok bertentangan...bulu roma saya berdiri tegak semuanya...lakum dinukum waliyadin...

kisah pesakit di atas puncanya sdkt sahaja..akibat si suami menegur pak ciknya yang mengsonglap duit pusaka ayahnya...mrk disihir oleh isteri pakciknya yg juga org Siam...dan si suami pernah sekali bermimpi berada di suatu kawasan pemujaan...semoga Allah memberi jalan kesembuhan kpd pasangan suami isteri..khusus isterinya yg mempunyai kelulusan bahasa arab 4 tsanawi...

yg merancang mahu melanjutkan pelajaran di UIA...saya simpati kpd ibu muda yg telah 2 kali keguguran ini...semoga Allah mengurniakan rezeki kpd mrk selepas ini.

Amin.

Hotline Ustaz Tabib Ali 013-642 1228
Rawatan apa saja gangguan anda alami sihir seberat apa sekalipun insya Allah saya okhtiyarkan sehingga rasa pulih.

Anda mahu menguasai ilmu yang bermanfaat dunia akhirat untuk sediakan payung sebelum hujan untuk mencegah sebelum terlewat ilmu untuk merawar diri dan orang lain mahu pembukaan hijab diri mata batin menuju kpd pengenalan kpd Sang Pencipta...silalah hubungi Ustaz Tabib Ali di talian hotline 013 642 1228. Berpengalaman belasan tahun dlm bidang perubatan,ketabiban,rukyah,terapi zikrullah,perubatan Melayu dan alternatif...berubatlah daripada ahli perubatan yang berkelayakan dan berpengalaman dan belajarlah ilmu drp org yang mengamalkan ilmu dan membuktikan keberadaan ilmu.



Khamis, 20 Ogos 2015

rawatan terkena guna-guna, ilmu pengasih, mandrem, pelet



Waspada bercinta dgn ramai org sebelum berkahwin. Sebab tak semua akan jadi pasangan atau suami atau isteri kita. Ingat, cinta itu memang 'lembut dan tentang kasih sayang' namun ia boleh berubah menjadi benci dan dendam sepanjang usia. Sehingga mati.

Jangan sampai kita jadi sasaran sihir pemisah, kunci nafsu, pengasih pabila sudah berumahtangga oleh si dia yang sakit hati dengan kita pula. Andai kurang ilmu di dada mampu berantakan rumah tangga.

Ceritanya tadi saya baru sahaja selesai berkelahi dgn jin fasiq. Memasuki tubuh seorang suri rumah. Hingga terkunci nafsu. Membenci suaminya. Dihinggapi penyakit kulit yang membingungkan doktor pakar. Juga dia terkena gastrik yang teruk-jin suka duduk di perut. Akibatnya dia sentiasa 'moody'.

Alhamdulillah dgn syariat Asma Pamungkas Khusus Perubatan dan teknik dialog keras dan sadis seperti mengutuk jin fasiq yg bongkak dan tak sedar dirinya mempunyai lobang hidung serompong kapal spt dilakarkan kartunis Bawang...rambut berserabai dan mata terkeluar...akhirnya kesombongan si jin fasiq hapus...malu...dan insaf dan mau keluar juga akhirnya.

Sedangkan pesakit telah dibawa jumpa Ustaz perawat Darul Syifa sebelumnya (rawatan darul syifa hanya ambil purata masa 5 hingga 20 minit) tapi Allah tak izinkan kesembuhan berlaku. Walhal siapalah saya...org biasa yg byk dosa.

Tau berapa lama masa diambil saya utk menangani pesakit ?
5 jam. Dengan perut lapar tak sempat makan tengahari. Sekejap bukan! Jadi tegakah anda hendak rawatan percuma lagi? Silakan...013-642 1238
Alhamdulillah wallahuakhbar!

cara pagar kenderaan

Assalamualaikum selalu kita dengar kereta kena curi,hampir dicuri, kereta sering kemalangan,kereta selalu rosak..selain langkah-langkah fizikal ambil juga langkah metafizik dan doa.
-al-Fatihah
-Ayatul kursi 1x atau 7x
-2 ayat terakhir at taubah 1x atau 7x

-selawat
-baca

"kaf ha ya ain sod
ha mim ain sin qof"

(untuk bacaan lebih tepat sila rujuk al-Quran)

sambil doa dlm hati 

"Ya Allah dikau kuncilah stp sendi, pergerakan dan niat jahat manusia dan segala makhluk ciptaanMu sama ada yg nyata mahupun yg ghaib drp melakukan sebarang kejahatan kpd keretaku. Ya Allah dikau lindungilah kereta ini dan sesiapa yg berada di dalamnya drp sebarang kemalangan sama ada disebabkan kesilapan diri kami sendiri atau kesilapan org lain. Ya Allah kabulkan doa kami."
-selawat
-Asma Allah iaitu Ya Allahu Ya Hafizu Ya Wakil 99x
siram air ke kereta anda bermula drp kiri kereta ke belakang,ke kanan kereta dan tamat ke hadapan kereta anda.
habis bersiram maka peganglah body kereta anda yg seksi itu sambil membaca 1 x lagi bacaan di atas. sambil stp satunya dgn tahan nafas. yakni stp bacaan ayat dan surah dgn tahan nafas. atau 1x baca 1x tahan nafas. melainkan ayat ayat muqataat blh baca spt biasa. yg asma Allah tu blh baca spt biasa.
biorkan aje air doa kering sendiri. in sya Allah terjauh drp segala bala dan bahaya.andai ditakdirkan berlaku tak lah terlalu teruk hingga membabitkan nyawa.kalau berlaku juga dah takdir Allah.yg penting kita dah berdoa jgn dah berlaku kita baru nak insaf bahawa kita tak pernah berdoa secara khusus utk kenderaan kita.
kaedah ringkas ni boleh juga dibuat pd motor anda rumah anda dll bersifat harta. kalau yg kebun/ladang/tanah persendirian tu lain sikit le pulak caranya.
NAMUN DEMIKIAN JIKA KENDERAAN ANDA ITU MEMPUNYAI "GANGGUAN " YANG BERAT SPT KENDERAAN ANDA BELI ITU PERNAH MENGALAMI KEMALANGAN MAUT DAN BERDARAH SERTA KENDERAAN YANG MENJADI SASARAN JIN MAKA KENDERAAN ANDA HARUS DIBERSIHKAN DULU. ANDA BOLEH HUBUNGI UST ALI 013-642 1228 UTK MENDAPATKAN KHIDMAT. 

Ahad, 16 Ogos 2015

rawatan masalah rumahtangga

Hati2 bercinta dgn ramai org. Sebab tak semua akan jd pasangan kita.

Jangan sampai kita jadi sasaran sihir pemisah, kunci nafsu, pengaseh...kalau kurang ilmu di dada mampu berantakan rumah tangga.

Baru selesai berkelahi dgn jin fasiq. Memasuki tubuh seorang suri rumah. Hingga terkunci nafsu. Membenci suaminya. Dihinggapi penyakit kulit yang membingungkan doktor pakar. Gastrik-jin suka duduk di perut. Sentiasa 'moody'.

Alhamdulillah dgn syariat asma khusus dan teknik dialog keras dan sadis..spt mengutuk jin fasiq yg bongkak dan tak sedar dirinya mempunyai lobang hidung serompong kapal spt dilakarkan kartunis Bawang...rambut berserabai dan mata terkeluar...akhirnya kesombobgan si jin fasiq hapus...malu...dan insaf dan mau keluar juga akhirnya.

Sedangkan pesakit telah dibawa jumpa Ustaz perawat Darul Syifa sebelumnya (rawatan darul syifa hanya ambil purata masa 5 hingga 20 minit) tapi Allah tak izinkan kesembuhan berlaku. Walhal siapalah saya...org biasa yg byk dosa.

Tau berapa lama masa diambil saya utk menangani pesakit  ?

5 jam. Dengan perut lapar tak sempat makan tengahari.

Sekejap bukan! Habis, nak rawatan percuma lagi!? Silakan...013 642 1238

Alhamdulillah wallahuakhbar!

Sabtu, 8 Ogos 2015

testimoni rawatan angin pasang hingga sembuh


Berikut di atas adalah screenshoot testimoni murid Pakej Program Asma Pamungkas.

Mahar pembelajaran rm2900

Sila hubungi 013 642 1228 Ust Tabib Ali

Jumaat, 7 Ogos 2015

Asma Pamungkas Perubatan

Sempena Syahwal saya membuka Gemblingan Asma Pamungkas Perubatan dan Keghaiban dgn mahar keilmuan rm2900. Bonus keilmuan ialah cincin sakti asma,pengisian ilmu jurus majapahit,pengisian nur karomah ayatul kursi,pengisian kalimah suci,tasbih kokka asma khidir,ilmu keselamatan dan lain2. Bonus akses ke kedlm whatapps group khusus saya in syaa Allah.

Diluar Promosi mahar keilmuan 10x ganda. Harap maklum.

Ust Ali 013 642 1228

Ahad, 2 Ogos 2015

pengalaman pelajar buka mata batin


Pandangan yang dibuka
suatu rahmat drpNya
asbab riyadhoh dgn penuh kesabaran 
dengab hati yang putih jernih
pandangan yang dibukakan olehNya
memperlihatkan kpd hambaNya
pada alam Allah yang begitu luas
tanpa garis sempadan kebongkakan

tiada pembukaan yang lebih agung
melainkan pembukaan kpdNya
segala yang dinisbahkan kpdNya
kerana segala dan semua tertuju kpdNya
sama ada secara teraba
atau langkah yang diatur gagah
cermat dan padu

Program Gemblengan Ilmu - 013 642 1228 Ust Ali. 




Rabu, 29 Julai 2015

ubat bagi setiap penyakit

Assalamualaikum semua...semoga pagi ini lebih baik drp semalam. jagalah rumah anda drp sebarang pencerobohan. rumah dapat dianggap sebagai jasad kita yang penghuninya adalah semangat dan roh kita. rumah juga dapat dianggap kediaman tempat kita berteduh drp panas,hujan,ribut, embun, habuk dan bahaya. jika rumah kediaman pun dpt diceroboh oleh penyamun jasad juga dpt diceroboh oleh jin,syaitan dan sekutunya juga diceroboh oleh kuman,virus dan mikrob. jadi jagalah rumah kita.kalau kita dah tahu ada penceroboh masuk ke rumah kediaman takkan kita nak biarkan saja. begitu juga kalau kita tahu darah kita diceroboh kuman dan makhluk halus takkan kita nak diamkan saja.stp penyakit ada ubatnya.carilah ubat itu dimana-mana.namun apa yang pasti hanya ubat yang tepat dan betul shj akan menjadi penawar kpd sakit kita hatta air kosong yang dibacakan ayat suci semata. pendek kata itu semua penyebab yang menyembuhkan kita adalah Allah.

Ust Ali 013 642 1228

Jumaat, 24 Julai 2015

pemahaman hakikat dan makrifat dalam ilmu perubatan Islam

Assalammualaikum

Judulnya saja begitu panjang. Belum lagi pemahaman hakikat dan makrifat dalam mempraktiskan keilmuan perubatan dan keilmuan hikmah yang lain-lain.

Tanpa pemahaman hakikat dan makrifat,amalan dan praktik perubatan yang kita lakukan tidak akan jauh bezanya dengan perubatan moden yang sekular.

In syaa Allah kalau anda ikuti program gemblengan kami lakukan kami akan menerapkan pemahaman hakikat dan makrifat agar bukan saja menjadi manusia beeilmu malah diangkat darjatnya.

Apa saja gemblengan kami lakukan akan kami terapkan pemahaman hakikat dan makrifat.Hingga program kami berbeza dgn yang lainnya.

Hubungi 013 642 1228 Ust Ali


gemblengan asma nabi khidir khusus perubatan

Assalammualaikum

Khusus bulan Syahwal saya buka gembelngan asma pamungkas khusus perubatan

Ada 1 asma tertinggi
6 asma pengiring

Mahar rm2000 shj

khusus perubatan pendinding mata batin.

Rabu, 22 Julai 2015

rawatan di area putrajaya dan selangor

Assalamualaikum

Saya ada melakukan rawatan sihir saka dan gangguan makhluk halus di area putrajaya dan selangor.

Bagi yang berminat dan berhajat bolehlah menghubungi 013 642 1228 Ust Tabib Ali.


Jumaat, 17 Julai 2015

rawatan dan gemblengan ilmu di perak dan kedah

Salam Aidilfitri semua!

Alhamdulillah kini Syahwal menjelang. Ambillah masa yg berharga ini utk bersama keluarga tercinta.

Selain itu saya juga ingin memaklumkan saya akan turun ke perak dan kedah minggu depan. Silalah buat temujanji anda sama ada untuk mendapat rawatan saka atau gemblengan ilmu ilmu langka utkperubatan dan ilmu pertahanan diri.

Hotline
013 642 1228

Attachment diatas menunjukkan testimoni iiazah dan gemblengan ilmu khusus drp kami yg dirasaoan secara nyata in syaa Allah.


Rabu, 15 Julai 2015

doa yang ditangguhkan

Adakalanya kita merasakan ada beberapa doa dan harapan kita tidak dimakbulkan Tuhan adalah kerana kita jarang atau tidak pernah mendoakan untuk orang lain. Ini kerana doa seorang muslim kpd muslim yang lain secara rahsia adalah antara doa yang pantas dimakbulkan Allah. Bahkan kita akan mendapatkan apa yang kita doakan untuk saudara kita lain tanpa berkurang sedikitpun iaitu doa daripada para malaikat.

-doa kpd saudara kita yg lain secara rahsia antara doa yang cepat dimakbulkan Allah.

-manakala malaikat mendoakan kpd kita yg mendoakan org lain dan doa malaikat adalah antara doa yang cepat dimakbulkan Allah.

Cubalah kita mendoakan saudara kita mulai hari ini khusus bagi kita yang merasakan  ada permohonan kita yang masih ditangguhkan makbulnya. Misalnya kita sudah lama tak dinaikkan pangkat maka doakan saudara kita yg lain agar dinaikkan pangkat. In sya Allag malaikat mendoakan agar pangkat kita dinaikkan. Malah saudara kita doakan juga dinaikkan pangkatnya.

Saya pernah diuji Allah dengan sakit yang teruk. Acapkali saya berdoa dan merasakan doa saya ditangguhkan Allah kemudian apabila saya mula mengerti 'rahsia' ini maka Allah datangkan kesembuhanNya kpd saya melalui seseorang yang makrifah kpdNya.

Kini kita berbaki 1 hari setengah lagi Ramadan...Allah benci kpd hambaNya meninggalkan Ramadan dlm keadaan  gagal mendapatkan keampunan drp Allah. Mungkin dgn mendoakan keampunan kpd org lain Allah sucikan dosa dosa kita yang sangat sukar dibersihkan itu!

Ganjil bukan?

Sesungguhnya Allah itu Maha Ganjil dan Dia Sukakan yang Ganjil.

Mulai mendoakan kpd org lain! Tanyalah apa keinginan  dan hajatnya! Berdoalah dgn yakin dan ikhlas!

gangguan jin saka ilmu silat pusaka

adakah anda seorang pesilat? waspada dengan jin mengikuti sama perguruan anda...ada guru silat menemui saya untuk membuang jin jin silatnya. Termasuk anak2nya yang turut sama diperturunkan jin jin pusaka perguruan. saya bukanlah prejudis dgn silat.belajarlah silat selagimana tiada melibatkan jin apapun.tapi cubalah bawa berjumpa peruqyah utk scanning...tanda silat berjin :

1. pesilat menjadi panas baran walau hal kecil

2. pesilat terlalu sombong dan angkuh

3. pesilat sukar nak mendirikan solat dan beribadah

4. pesilat merasakan ada sesuatu bergerak dlm kulitnya

5. pesilat kesurupan pada tahap gangguan yg teruk

6. pesilat menghadapi sesuatu penyakit secara tiba tiba spt kanser

7. ada pesilat sukar mendapat anak

byk lagi siptom gangguan...

Khamis, 9 Julai 2015

saka silat di kalangan orang Melayu

Saka silat?  Bunyinya agak pelik. Saya yakin ramai yang membacanya dengan berbagai ragam. Ada yang berkerut dahinya
 Ada yang mencebik bibir. Ada yang tak puas hati pun ada! Saya susun jari memohon ampun maaf. Bukan hajat saya nak memburukkan imej silat Melayu. Bukan niat saya untuk 'mengharamkan' silat Melayu.

Bersilatlah kerana silat itu warisan seni bangsa. Tanda kita berasal usul berbudaya.  Apa yang saya mahu fokuskan ialah masalah jin dan kejinnan dlm silat Melayu.

Saya menyatakan demikian berdasarkan pengalaman saya bertemu dengan pesakit yang diganggu berbagai masalah gangguan yang pelik pelik daripada penampang,mimpi,kehadiran makhluk ghaib utk melindungi rumah dan keluarga kita hingga mahu mendalami lagi ilmu silat melalui mimpi dan hingga kpd serangan penyakit spt kanser tiba-tiba, lumpuh,  kerasukan, dan gila. Lebih jauh drp itu ia menganggu keluarga dan anak-anak spt anak2 menjadi pemarah baran malah ada yang mulai diserang gejala gangguan mental spt halusinasi delusi dan memencilkan diri. Anak2 sukar dpt zuriat kalau dpt pun zuriatnya oku atau mati dalam kandungan ataupun kalau lahir sekalipun anaknya nakal selalu sakit lemah semangat dan fizikalnya. Anak2 juga ada yang dpt melihat dgn jelas dan kerap kelibat dan penjelmaan makhluk ghaib menyebabkan dia takut dan menarik gangguan utk masuk ke dlm badannya.

Malah ada juga kes saya terima saka silat ini pesakit tdk amalkan apa2 jampi dan kebatinan tetapi bila diperiksa ia mempunyai gangguan jin drp persilatannya. Pantang dengar bunyi gendang silat mulalah rasa nak berpencak kadang sampai tak terkawal dan hilang kesedaran. Kes ini sama dengan ritual budaya syamanisma sebagaimana dlm tarian asli Melayu spt makyung,kuda kepang,tarian bubu dan sebagainya.

Ada jin diwarisi pesilat drp gurunya tanpa di sedari tanpa melibatkan bacaan kebatinan. Cukup seseorang itu menjadi murid kpd seseorang guru silat jin perguruan automatis turun kpd muridnya.

Biasanya kes ni berlaku kpd silat Melayu asli yang tdk disaring dulu dgn teliti.

Islam tdklah melarang kita berpencak bersilat malahan ilmu mempertahankan diri adalah wajib dipelajari jika dilihat kpd persekitaran sosial dan ancaman jenayah yang boleh berlaku kpd diri dan keluarga kita pada masa kini.

Namun kita hendaklah membuang jin yang kita warisi tanpa disedari dengan bertemu ahli atau pakar pengubatan Islam dan di sana terdapat apa dikatakan sebagai pemutusan  saka dan berbagai2 amalan zikir yg boleh membersihkan diri menjauhkan diri drp didampingi oleh jin yg pd mulanya nampak faedah nya tapi lama kelamaan menimbulkan kesan negatif sama ada kpd emosi, perasaan,tingkah laku dan kepercayaan kita kpd Tuhan.

Berubatlah wahai pesilat dan guru silat sebelum terlambat. Tak rugi apa pun malah menguntungkan masa depan kita dan saat sakaratul maut kita nanti. in syaa Allah.

Ust Tabib 013 642 1228

Selasa, 7 Julai 2015

pengalaman rawatan penyakit gangguan dalam darah

semalam di  kpj damansara...kanak kanak yang alami gangguan itu sangat menderita..

sambungan cerita semalam di  kpj damansara...kanak kanak yang alami gangguan itu sangat menderita...

dah dekat dua minggu di hospital swasta tu asyik kena ambil darah je dan disuntik antibiotik..

sampai tercirit birit dibuatnya akibat antibiotik ditukar setiap hari...ini kerana doktor tdk dpt mengesan jenis kuman dan sek darah putihnya menjadi lebih byk drp normal..

sy dah kata ni bukan penyakit 'hospital'...tambahan pula kanak kanak ni demam atau suhu badannya naik mendadak hampir stp masa..

selepas rawatan sy lakukan demamnya terus hilang..jelmaan nenek tua dah tak ada cuma sesekali terlihat wanita muda berkebaya dan berselindang di bahu muncul drp portal alam ghaib seolah macam nak ckp dgn saya...

tp sy tak mau layan..prinsip sy ko dah buat onar pandai2 blah lah...tak payah nak tipu aku korang turun drp kayangan lah..ada cahaya yg indahlah..Nur Allah shj yg hak hakiki...

tambahan pula maknya cerita seringkali kelihatan anaknya bermain dgn kawan2 yg tak kelihatan...siap beritahu mak dia lagi yg dia gembira bermain dgn kawan2 drp alam sebelah tu...huh ngeri juga kan..minta simpanglah drp terjadi pd anak kita

sy selalu bagi peluang dulu puak2 jin ni utk berundur cara baik dan tak ganggu lagi..anehnya pula semasa sesi rawatan berlangsung nenek kanak kanak(nenek betul ) ini yg menjaganya...berpinar2 matanya dan kepeningan tiba2..sy dah syak nenek ni pun ada gangguan saka...tp sy tak fokus pd dia...

hari ni sambung rawatan lagi...kali ni tak bagi peluang dah..tiada maaf bagi mu jin sekelian..

sekilas bukan senang pengamal perubatan nak merawat pesakit tau...sama ada doktor atau perawat alternatif..harap doa semua mana tau mustajab...sama2lah kita berdoa

nak belajar ? hubungi 013 642 1228


Isnin, 6 Julai 2015

buka mata batin

Mata batin ialah organ penglihatan dalam jiwa seseorang. Ia bersifat ghaibiah dan apa yang dilihatnya juga adalah berada di alam ghaib.

Setiap manusia mempunyai mata batin. Sama ada terbuka atau tidak sahaja. Saya telah menemui lebih drp 10 orang awam yang mana mata batinnya terbuka jelas dan terang. Namun masalahnya apa yanh dilihat mrk itu kembali menyerang atau menempel pada diri mereka pula!

Lalu banyaklah yang mendapatkan rawatan drp saya  dan syukur mereka pulih sepenuhnya.

Pada masa sama ramai pula yg mahukan mata batinnya terbuka. Kebanyakan pemburu atau seseorang yang suka menuntut ilmu batin.

Mereka merasakan diri mereka tidak lengkap walau sudah memiliki segudang ilmu selagi mana tidak melihat sendiri makhluk ghaib.

Persoalan kemampuan melihat yg ghaib ini suatu persoalan yg panjang lebar.

Kemampuan melihat menerusi mata batin bukanlah bermaksud mampu melihat wujud hakiki makhluk ghaib ciptaan Allah.

Tetapi melihat kpd gambaran penjelmaan mrk. Walaubagaimanapun jika Allah izin kan tiada suatu pun mustahil.

Ustaz Tabib ada menggembleng untuk membuka mata batin. Bukan tujuan untuk bermegah tetapi menyaksikan kepelbagaian makhluk ciptaan Alllah. Juga diperlukan perawat yang pasti keupayaan mata batin akan membantu dlm banyak hal.

Hubungi 013 642 1228 Ustaz Tabib untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut.


Ahad, 5 Julai 2015

seri diri seri wajah pengasih diri

Assalamualaikum

Biasa kita selalu kedengaran diri kita tidak dihargai oleh bos. Diri kita tidak disayangi oleh keluarga atau majikan kita atau oleh rakan taulan sahabat handai kita. Juga sering kita dipulaukan masyarakat. Tak sedar pun keberadaan kita. Begitulah yang herlaku apabila kita tidak mempunyai seri wajah dan seri diri. Ustaz Tabib menyediakan Ramuan Ajaib utk seri wajah dan seri diri hingga keadaaan diri anda berubah  360 darjah selepas mengunakan ramuan drp Ustaz Tabib. Hubungi 013 642 1228 untuk maklumat lanjut.

*seri wajah dan seri diri tidak boleh bangkit melalui ubat dan bahan kimia.

Tasbih Kokka 1001 Hikmah



Assalammualaikum

Dimaharkan Tasbih Kokka yang di isi dengan ayat-ayat suci, zikir terpilih, doa mustajab, formula hikmah khususiah khos sehingga melahirkan 1001 hikmah untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari keberkahan dlm kehidupan. Setiap penerima tasbih kokka drp kami akan disesuaikan oleh latarbelakang sosial dan ekonomi anda. Jangan jadikan makhluk Allah sebagai sesembahan hanya jadikan ia sebagai koleksi hikmah utk anda.

Sila hubungi Ustaz Tabib utk menempahnya

013 642 1228

Rabu, 1 Julai 2015

solat istikhoroh dalam mencari jodoh

Assalamualaikum

Jika anda ingin mendapatkan petunjuk adakah si dia sesuai  menjadi pasangan anda. Sebelum tidur anda berwuduklah dan solat istikhoroh.

Rakaat pertama al Fatihah + al-Kafirun
Rakaat kedua  al-Fatihah + al-Ikhlas

Selepas solat bacalah doa khusus untuk solat istikhoroh dan kemudian terus tidur. In sya Allah pada malamnya anda akan ketemui petunjuk tentang pilihan anda itu.

Untuk mendapatkan rawatan dan perkhidkatan sila hubungi 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali.

Isnin, 29 Jun 2015

khasiat selawat Tafrijiyyah selawat Narriyah

Assalamualaikum

Bagi yang mahu menerobos alam ghaib melalui  selawat tafrijiyyah silalah mewiridkannya sebanyak 313x pada waktu tengah malam sambil memejamkan mata dengan tumpuan penuh tanpa membayangkan apa apa gambaran. Nanti dalam kegelapan itu kita akan lihat pintu gerbang ke alam sebelah...

begitulah sebagaimana dipetuakan oleh orang lama

untuk mempelajari keilmuan dgn lebih lengkap silalah hubungi 013 642 1228 Ust Ali.

Ahad, 28 Jun 2015

rawatan saka bergelar

Assalamualaikum

Pakej rawatan sekeluarga khusus untuk merawat gangguan saka kita sedia maklum ia melibatkan seluruh keturunan kita.

Jika contohnya datuk kita yang ada gangguan saka dan ilmu  ilmu purbakala ia akan menuruni jalur keturunan sehingga ke anak cucu cicit.

Malahan terdapat saka 7 keturunan yang mana ia masih belun dapat dibuang sepenuhnya lagi oleh perawat bomoh dan mualij.

Saka yang kuat biasanya diwarisi drp amalan berbomoh. Dan antara yang berat ialah gangguan jin saka bergelar seperti Tok Embun, Tok Panglima Merah dan sebagainya.

Biasa disebut sebagai perewangan lazimnya terdapat beberapa ketua jin mendampingi seseorang itu.

Setiap ketua itu mempunyai ratusan bahkan ribuan anak buah atau pengikut sentiasa.

Biasanya saka bergelar setiap ketua jin itu mempunyai spesifikasi tugas yang tersendiri.

Ada tok yang pandai mengurut.Ada tok yang pandai bersilat. Ada tok yang pandai melukis pun ada. Ada tok yang pandai menujum. Ada tok yang pandai membawai jiwa manusia mengembara melang lang buana ke alam ghaib dan nyata.

Ada jin disebut sebagai Tol Serban Kuning. Tok Akaq Berlinkaq. Dan banyak lagi. Bahkan ada yang meniru nama tokoh terkenal seperi Tok  Wali Songo Tok Panglima Hitam dan sebagainya.

Usia mereka biasanya sangat panjang. Mereka sangat setia kpd keturunan itu.

Namun setiap ikatakan pertalian perhubungan dgn saka saka ini ia mempunyai pantang larang khusus dan cara khusus bagi mengharmonikan hubungan dua hala antara mrk dgn manusia yang didampinginya.

Jika tidak dipenuhi maka saka saka ini akan menjadi liar dan jahat bukan sahaja kpd org lain bahkan jahat kpd tuannya sendiri.

Akibatnya keturunan yang sudah tdk mahu menjaga dan memberinya makan saka itu akan sentiasa menzalimi keturunan sebagai salah satu bentuk protes yang selalunya tidak difahami oleh anak cucu zaman moden.

Untuk menguruskan saka ini khusus bagi membuangnya anda boleh hubungi saya.

013 642 1228

Rabu, 24 Jun 2015

Santau dalam mee bandung.


Assalammualaikum...baru-baru ni Puan Z memasak hidangan untuk berbuka puasa bersama suaminya di rumah. Menunya ialah mee bandung. Sewaktu menyediakan perencah mee bandung itu tiadalah apa apa yang memelikkan berlaku.

Sementara menunggu kuah mee bandung  itu masak Puan Z dan suaminya keluar ke bazar ramadan yang berdekatan dgn kediaman mrk. 

Tak lama kemudian mrk kembali ke rumah. Kuah mee bandung itu sudah siap masak. Sehinggalah waktu berbuka tiba tiada apa apa yang aneh berlaku. Azan dan buka puasa. 

Namun demikian sedang si suami menikmati mee bandung, dia tergigit sesuatu yang keras.

Apabila diluahkan sesuatu yang keras itu ke telapak tangannya alangkah terkejutnya mereka berdua melihat butiran kaca yang kasar.

Darimana datangnya butiran kaca itu sedangkan tiada perkakas kaca yang pecah....

Mereka memeriksa kuah mee bandung  itu dan mendapati di dasarnya periuk terdapat banyak lagi butiran kaca di dalamnya.

Bingung mereka dibuatnya!

Terpaksalah kuah mee bandung itu dibuang semuanya. Apapun mereka berdua bersyukur kerana tidak mengalami apa apa kesan negatif akibat memakan masakan tersebut.

Sebenarnya Puan Z baru saja mendapatkan rawatan buang santau dan bisa drp tubuhnya.

Memang terkejut juga Puan Z melihat serbuk kaca halus dapat dikeluarkan hasil drp rawatan yang dilakukan.

Mulai saat itu Puan Z ada mengamalkan ayat ayat pendinding  dan Puan Z tak lupa merujuk kpd perawat. Kalau tidak memang Puan Z tak tahu apa apa tentang gangguan ghaib ini.

Jadi butiran kaca yanh ditemuinya itu adalah santau yang tidak 'menjadi'.  Tuju santau itu telah dioffkan kuasa sihirnya dan ia terzahir dalam bentuk butiran kaca.

Santau yang hidup aktif ia tidak akan mudah dikesan apatah lagi dilihat dgn mata kasar.

Allah melindungi pasangan yang baru 6 bulan mendirikan rumah tangga ini drp bahana santau.

Apapun amalan dan kekuatan rohani haruslah di tingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi. Jd tidaklah santau yg dah mati wujud dalam masakan.

Mungkin awal2 lagi tertahan atau tertolak keluar rumahnya. Malah pada tahap tertentu santau yang ingin dituju kpd mangsa yang kuat rohani nya akan berbalik kpd penujunya dgn berkali ganda.

Malah mungkin penuju atau penyihir rebah serta merta sebaik melancarkan serangan sihir kpd org yang memiliki rohani yg mantap. 

Bayangkan kalau santau itu tdk mati...tdk berubah menjadi butiran kaca....ia masih hidup dan aktif....dan mangsa termakannya...akibatnya amatlah buruk sekali.

Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin.

Bagi anda yang mahu mendapatkan rawatan dan konsultasi silalah hubungi Ustaz Ali ditalian Hotline Fast Respone 013 642 1228 boleh bercakap terus dgn ustaz atau whatapps.

Email rahmaniah999@gmail.com

Salam ihya ramadan al mubarok!

Isnin, 22 Jun 2015

promosi belajar ilmu

Assalamualaikum

Sempena Ramadan saya akan menawarkan kepada 5 org bertuah untuk mengikuti apa2 saja pengajian ilmu sebagaimana saya tawarkan menerusi blog saya dengan mahar super diskaun. Lagi untung jika datang beramai ramai atau ajak anak isteri anda mahar keilmuan mengikut kemampuan anda dengan persetujuan antara saya dan anda.

Jadi tunggu apa lagi rebutlah peluang ini!

Ust Ali
013 642 1228

Jumaat, 12 Jun 2015

gemblengan ilmu dan program-program khusus keilmuan bagi yang berminat dan berhajat

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahlan wasahlan Ramadan al-Mubarak. Semoga kita dapat melalui bulan suci ini dengan ibadah dan menyucikan diri. Namun jangan sesekali diabaikan kewajipan dalam menuntut ilmu.

Tiada sesuatupun yang bergerak melainkan dengan digerakkan dengan keizinan Allah...

Tentang keinginan dan niat untuk menuntut ilmu dan keilmuan.. Yang mana saudara ada rasa...ada gerak...ke arahnya...krn urusan keilmuan adalah urusan ghaibiah dan rohaniah...mahar yang diletakkan itu bukanlah nilai tukaran ilmu itu tadi...mahar hanyalah pengganti penat lelah masa tenaga kepakaran saya mengumpulkan mendefinsikan dan memperdalami keilmuan tersebut hingga dapat dibuktikan secara nyata dalam praktik rawatan, kehidupan sehari-hari dengan pelbagai rencam gunanya....

Manakala yang diperlukan sebenar-benarnya ialah komitmen saudara terhadap kelimuan itu..seperti meminang si gadis..ada tangjwb dan misi utk dicapainya...mahar utk si gadis sbg isteri bukanlah nilai cinta kasih sayang kita kpd si gadis...krn kasih sayang cinta kpd si gadis melebihi drp apa-apa nilai sekalipun...

Pengalaman saya dalam menempuhi keilmuan hikmah ini...selain komitmen dan keikhlasan dlm menuntutnya..diperlukan juga ketaatan kpd guru dlm menunjukki jalan pengamalan keilmuan...dan kesetiaan selagi mana guru tetap di jalan syariat dan hukum hakam agama...

Jadi begitulah serba sedikit sudut pandangan yang jarang kelihatan dimata pemahar keilmuan namun penting dalam menentukan keberhasilan kita dalam menuntut ilmu

Secara ringkas saya perturunkan di sini program keilmuan yang saya gemblengkan...maaf sebelum saya terlupa izinkan saya terangkan sikit...program pengilmuan bukan saja melibatkan pengijazahan bahkan juga meliputi proses gemblengan yang terdiri drp...

1.Penyucian
2.Pembukaan
3.Pengisian
4.Pemantapan
5.Pengijazahan

Jadi saudara boleh melihat pengijazahan adalah tertib langkah ke-5 dlm proses penuntutan ilmu....kebanyakan org menuntut ilmu secara semberono tdk melewati tertib di atas akibatnya keilmuan sukar menyerap dlm diri murid dan gagal mengusai keilmuan diajari..tdk faham hakikat sesuatu keilmuan...

Jadi berbeza dengan saya lakukan..ada proses tertib sebagaimana di atas...menatijahkan keberhasilan kpd murid saya dgn tanpa hadnya..in syaa Allah

Program keilmuan saya senaraikan spt dibawah

1. Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Perubatan -suatu program keilmuan yang meliputi pengalaman saya selama 14 tahun gabungan bidang ilmu hikmah, ilmu ghaib, ilmu batin, ilmu kerohanian yang haq....in sya Allah bukan sahaja menjadikan saudara berilmu malah berhikmah...memandang jauh kehidupan ini..berwawasan dan terlebih penting membuka jalan pendekatan kpd Allah Rabbul Jalil...maharnya RM 9000...Full Keilmuan dan Full Pengisian. Semua keilmuan meliputi di bawah. Proses belajar dan gemblengan minimum 2 hari 1 malam...maksimum 3 hari 3 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa. Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah.

2. Gemblengan Ilmu Hikmah Selendang Rida - suatu program keilmuan yang meliputi 3 jenis ilmu ghaib untuk keselamatan lahir batin, jurus musuh, jurus jin, gerak karomatul haq, pendiding zahir dan batin, kebal dan sebagainya Bonus Asma Pamungkas dan Bonus Inti Hak Kalimah....Maharnya RM4100...minumum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa.  Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah

3. Gemblengan Ilmu Hikmah Inti Al-Hadid - suatu program khusus kekebalan mutlak, kebal bom, kebal tembak, senjata tajam, siap pengisian langsung test uji dan lebih jauh drp itu sebagai pendekatan kpd Allah menerusi Asma Khusus Waliyullah..maharnya RM3100...minimum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa.  Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah

4. Gemblengan Ilmu Perubatan Tahap Pamungkas - suatu program khusus utk perubatan gangguan, pengaktifan daya karomah Ayatul Kursi secara langsung kpd murid, selain pengubatan dengan Teknik Pancaran Nur, Terapi Zikir Ismu Zat dan Kalimah Toyyibah...maharnya RM2100 minimum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa.  Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah.

5. Gemblengan Ilmu Hikmah Inti Hak Kalimah - suatu program khusus pembangkitan ilmu hurufiah kalamuallah khusus untuk lebih daripada 40 khasiat meliputi perubatan, pengasihan, kerezekian,buka cahaya diri, dan sebagainya...maharnya RM1500 minimum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa. 


Atau saudara sendiri tentukan jenis keilmuan apa yang diingini in syaa Allah saya akan tentukan jenis kelimuan dan saudara nyatakan bajet saudara untuk belajar ilmu.

Kesemua keilmuan diatas sekali lagi diulang bukan semata diijazah dengan cara jabat tangan...tidak sesekali...ia meliputi 5 Tertib Gemblengan yang telah saya nyatakan diatas....ia adalah pelaburan utk saudara...jika kita ada harta..kita penat lelah menjaga harta...tetapi jika kita punya ilmu..ilmu itu yang kan menjaga kita...jadi renung2kan...


Kesemua ilmu diatas terima jadi tanpa meninggalkan prinsip utama keilmuan iaitu beramal dengan cara yang ditunjukki guru.

Untuk respon segera sila contact atau WHATAPPS saya Ustaz Tabib Ali di talian 013 642 1228

Bersama Menuju Kejayaan 

Isnin, 1 Jun 2015

rawatan gangguan makhluk halus dan gemblengan ilmu hikmah nur makrifah masih diteruskan di bulan Ramadan

Tambah kapsyen
Assalammualaikum

Tidak terlalu awal rasanya untuk Ustaz Tabib Ali mengucapkan selamat menyambut bulan puasa bulan Ramadan yang mulia lagi berkah.

Berpuasalah ikhlas demi keranaNya. Bukan kerana disebabkan adat dan kebiasaan. Cubalah melatih diri mendapatkan hakikat puasa yang sebenarnya bukannya sekadar penat haus menahan lapar dan dahaga semata-mata.

Ustaz Tabib Ali mendoakan seluruh ummat Muhammad  sollallahuala was salam ini seluruhnya mendapat keampunan  daripada Allah.

Penuhilah rumah Allah dengan zikrullah. Hayatilah setiap kalimah Allah itu dengan sesungguh hati.

Untuk makluman juga jadual rawatan Ustaz Ali berjalan seperti biasa pada setiap hari di bulan puasa.  Cumanya diharapkan call dulu untuk temujanji.

Gemblengan ilmu juga masih diteruskan tapi hubungi ustaz dulu kerana proses ridyadhoh harus ditempuhi sebelum anda berjumpa ustaz agar proses Gemblengan dan pewarisan ilmu yang anda hajatkan.





Selasa, 26 Mei 2015

Gemblengan Ilmu Inti Al Hadid untuk keselamatan special Syaaban

Assalamualaikum

Ustaz Tabib Ali menawarkan program gemblengan ilmu inti Al-Hadid khususnya untuk keselamatan daripada segala senjata tajam,peluru,bom. Juga anti sihir mutlak dan kunci keilmuan bagi yang mengambil program guru juga bonus keilmuan bermanfaat untuk seribu khasiat dan manfaat.

Keilmuan ini tidak diberati dengan amalan memberatkan dengan kalimah yang pendek  dan ringkas namun terkandung rahsia Ilahiyyah yang tinggi mutunya.

Sangat sesuai untuk anda yang sibuk dan tidak sempat melakukan amalan kami sajikan program keilmuan special khusus ini kepada yang menginginkkan.

Selain untuk keselamatan anda juga dapat memanfaatkan keilmuan ini dengan pelbagai niat yang baik seperti pengubatan dan sebagainya.

Ilmu ini langsung dapat ditranfser kurang drp 30 minit dengan penyelarasan Ustaz Tabib lakukan.Semua kelebihan dan rahsia ilmu ini kini anda warisi.Tanpa amalan panjang dan memberatkan.

Ada 2 level untuk anda warisi keilmuan langka lagi bermanfaat ini

Level Murid - mahar pengganti keilmuan rm900.00
Level Guru - mahar pengganti rm3900.00

Beza antaranya ialah tahap kekuatan keilmuannya dan juga kunci keilmuan khusus untuk level guru.

Untuk level guru juga anda akan dibekali dengan bonus spt Terapi Zikir Ismu Zat dan Rahsia Lataif dan Pencucian dan Pembangkitannya.

Kaedah belajar boleh secara berdepan dan secara jarak jauh dengan bahan pembangkitan keilmuan akan dikirimkan melalui pos dan penyelarasan dilakukan melalui telefon.

Sediakan payung sebelum hujan
sementara ustaz ali masih buka kesempatan ini
sila hubungi

USTAZ TABIB ALI - 013 642 1228

Ahad, 24 Mei 2015

pakej rawatan jarak jauh

Assalamualaikum

Saya menawarkan khidmat rawatan jarak jauh bagi segala gangguan jin, sihir, saka dan penyakit fizikal.

Keyakinan anda kpd Allah amat diperlukan dalam memastikan kejayaan rawatan ini.

Sila hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

rawatan jarak jauh akan dilakukan selepas bayaran perkhidmatan ditransfer. bayaran perkhidmatan rawatan jarak jauh ditentukan berdasarkan jenis gangguan dan penyakit.

Sudah banyak yang mencuba kaedah saya ini alhamdulillah banyak menemui kesembuhan dan solusinya. Anda bila lagi!


Isnin, 18 Mei 2015

gemblengan ilmu hikmah untuk perubatan dan segala kebaikan

Assalamualaikum.  Ikutilah program Gemblengan Ilmu Hikmah. Anda akan didedahkan dengan keilmuan sejati dan hak yang dapat anda kuasai dlm beberapa jam dan dapat dimanfaatkan untuk setiap kehidupan kita. Program Gemblengan Ilmu Hikmah ini lain drp yg lain. Anda  belajar drp org yang mengamalkan keilmuannya dan mempraktikkan keilmuannya. Hubungi 013 642 1228 ust tabib ali.




sesi gatering dilakukan bagi alumni sebagai bukti bimbingan berterusan drp ustaz tabib dalam memantapkan diri.



Jumaat, 15 Mei 2015

testimoni positif pesakit saraf

Asalammualaikum. Salam Jumaat pembaca dan pengikut setia blog saya sekelian. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia sebaik-baik makhluk. Baru-baru ini saya baharu merawat seorang pesakit saraf secara jarak jauh. Saya di Muar beliau di Kuala Lipis Pahang. Bayangkan betapa jauh jarak jasmaninya.

Namun kekuasaan Allah tiada batasannya. Merentasi segala sesuatu. Hingga ke titik tujuannya. Tiada sesiapa yg dpt menghalang jika Allah mengurniakan rahmat bagi seseorang. Begitu juga dengan mudarat. Allah mengatur makhluknya dan menetapkan mereka pada batas takdirnya. Yang mengubahnya hanyalah dengan kehendak Allah jua walau tanpa sekelian asbab sekalipun. Dan kedua dengan doa.

Doa juga memerlukan ilmu. Ilmu juga harus dimatangkan dengan pengalaman. Pengalaman harus disaringkan dengan keimanan. Keimanan dibina daripada amal soleh dan taqarrub illallah.

Asalnya pesakit ini pada 10 tahun lepas sedang berjalan sambil mendukung anaknya di halaman rumah di sebuah kampung. Tiba-tiba sebiji buah kelapa telah gugur lalu tepat menimpa tengah kepalanya. Mujurlah Puan A ni agak kuat juga orangnya. Dia berusaha menahan daripada pengsan apabila darah mula menitis ke baju.

Puan A sudah diperiksa doktor. Kecederaannya tidak serius. Dan nyata kesannya timbul 10 tahun kemudian. Puan A diserang sakit kepala yang teruk. Pening-pening. Dan gementar pd anggota tubuhnya. Lebih drp itu kesan kecederaan saraf kepalanya telah mengakibatkan halusinasi dan gejala2 gangguan mental. Sehingga Puan A terlalu gayat untuk memandu kereta dan berasa takut pada sesuatu yang tidak wujud.

Syaitan dan jin memang wujud. Dalam Islam golongan syaitan merupakan musuh Anak Adam. Mereka akan mencuba pelbagai cara  untuk menyesatkan anak adam dan membinasakan serta memporak perandakan kehidupan manusia.

Jadi tidak mustahil juga kerana sudah ada kerosakan pada saraf Puan A maka mereka cuba menambahkan lagi kesan gangguan.
Walaubagaimanapun rawatan yang saya lakukan tidak terhad kepada gangguan sahaja malah juga kepada masalah fizikalnya. Kuasa Penyembuhan Ilahi juga berfungsi dalam menterapi gangguan penyakit fizikal.

Saya bersedia untuk melakukan eksperimen jika ada doktor atau agensi kesihatan mahu melihat bagaimana penyakit yang berkaitan psikologi dan mental spt halusinasi dan delusi dpt dirawat dengan kaedah Kuasa Penyembuhan Ilahi.

Berbalik kepada keadaan Puan A setelah dipancarkan Penyembuhan Ilahi secara jarak jauh beliau telah memberikan testimoni berikut. Rawatan ulangan tetap diperlukan walau ada kes tidak diperlukan rawatan ulangan.

Jika anda mahu mendapatkan rawatan saraf dan psikologi secara jarak jauh maka bolehlah menghubungi  di talian 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali. Rawatan terbuka untuk semua bangsa dan golongan. Dengan syarat dan terma tertentu.

Maaf segala curhat atau curahan hati tanpa mahu mendapatkan perkhidmatan kami adalah dilarang drp menghubungi dengan kami. Kami melayan anda yang benar-bemar serius sahaja untuk diubat.

Perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan alternatif kepada rawatan moden. Dalam keadaan tertentu ubatan moden  tetap wajin diambil. Kami tidak menjual kesembuhan dan magic untuk anda. Pada akhirnya pada Allah jualah terletaknya kesembuhan mutlak dan tercapainya hajat kita
 Semuanya tak lepas drp ikatan tauhid dan syariat agama yang syumul.

Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228.






Khamis, 14 Mei 2015

mengapa buat saya begini?

Assalammualaikum.

Pengalaman merawat dan membuka perkhidmatan yang berkaitan supranatural mistik dan metafisika telah banyak menyumbang pahit manis dalan kehidupan saya.

Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam dan feel perangainya.

Saya bukanlah orang yg kaya dengan membuka perkhidmatan ini. Kalau saya nak kaya bidang ini bukanlah caranya.

Saya menceburi bidang ini adalah untuk berbakti kpr masyarakat umum. Untuk itu mulanya saya.melalukan secara separuh masa.

Kemudian apabila saya lihat terlalu ramai yang mengadapi masalah berkaitan keghaiban saya pun ambil keputusan menumpukan secara sepenuh perhatian kpd bidang ini.

Bayangkan apabila menumpukan perhatian sepenuhnya pada bidang ini pastilah saya tidak mempunyai mata pencarian lain. Saya rujuk alim ulamak tentang hukum mengambil upah atas perkhidmatan rawatan. Saya ketemu Hadis riwayat Abu Hassan al Khudry radhiyallahuanhu yang menceritakan Rasulullah saw turut meminta daging unta hasil upah Abu hassan radiyallahuanhu merawat seorang ketua kampung yang disengat jala jengking yang tak kunjung surut bisanya.

Rasulullah saw hanya memastikan yang jampi atau rukyah yang dibaca oleh Abu Hassan bebas ungkapan syirik.

Cuba bayangkan harga seekor unta berapa ribu dalam nilai matawang kita sekarang. Jadi upah dlm penaawaran perkhidmatan kesihatan adalah hukumnya harus dlm Islam.

Saya dituduh dan dicela oleh berbagai orang..katanya saya menjual ilmu..saya menzalimi pesakit krn mengenakan bayaran atas perkhidmatan rawatan saya...saya sorokkan ilmu dan kemampuan saya...tuduhan dan celaan ini datangnya manusia yang tak pandai bersyukur dgn nikmat Allah berikan kpdnya. Tak pandai hargai pengalaman,ilmu yang dipelajari oleh seseorang perawat merata ceruk dengan berhabisan wang ringgit masa da  segala keseronokan duniawi semata-mata mahu menyediakan pilihan dan alternatif kpd ummat manusia mendptkan rawatan penyakit yg dialami yg mana ada penyakit berpunca drp gangguan ghaib.

Tak pandai hargai masa dan keringat perawat. Baginya perawat kena ikhlas tanpa kenakan apa apa bayaran sesen pun. Perawat kena ikhlas berapa sen pun pesakit bayar berdasarkan pd kemampuannya.

Ikhlaskah pesakit kalau pakai kereta mewah dan ada kedai perniagaan sendiri atau material lain yg harganya berkaki ganda drp nilai pemberian pesakit kpd perawat? Contoh sy pernah ketemu dia taukey kedai makan yg laris minta ubatkan anaknya kemudian dihulurkan duit rm5.00 shj!

Ikhlaskah pesakit dgn dirinya sendiri dlm mendapatkan rawatan drp perawat?

Berikut senarai pengalaman saya berjumpa pesakit dan gelagat mereka tentang bayaran upah perkhidmatan

1.  Ada yang terjah tanya saya..
berapa ustaz caj ni...bila saya kata terpulang..ikhlas je nak bagi berapapun..tak bagi pun tak apa
....anda tahu si pesakit pergi berlalu begitu sahaja tanpa sesen pun tidak diwkhlaskan utk upah merawat anaknya...ikhlaskah tu...

2. Ada yang bila saya kata ikhlas saja...dia bagi sekecil kecil duit dlm poketnya...sedangkan dia taukey perniagaan atau gaji ribuan sebulan atau kereta rumah mewah...kalau nak bagi dengan ikhlas kalau ikut Islam ialah sebanyak yg boleh hingga tangan kiri tak tahu berapa  tangan kanan keluarkan...dan kalau nak ikhlas memberi pemberian itu adalah sesuatu yg kita sayangi dan miliki...bukannya baju buruk yg kita sudah jdikan kain buruk...

3. Ada yang faham tentang upah perkhidmatan tetapi pesakit faham lain pula. Fahamannya kalau dia  bayar upah maka hasilnya mesti spt diharapkan. Malah ada yg kata kalau dah sembuh baru dia berikan upah. atau bila contohnya kita katakan upah rm500 dia jawab mulanya alasan klise spt tak mampu dsb. Namun hujung hujungnya  cakap kalau sembuh/dpt yg dihajati maka bukan rm500 rm5 juta sanggup dia bayar. upah bukan tebusan kpd sembuh dan tercapai hajatnya. upah tdk boleh membeli kesembuhan. dah paling jahatnya dah sembuh dan dptkan apa yg dihajati janjinya tingal janji

4.  Ada yg bila kita dah tulis upah perkhidmatan sekian sekian cthny rm1k utk pagar dia hulur kat saya rm100 shj. bila saya tegur dia kata dia terlepas pandang dan merayulah kata tak ada duit.saya sendiri telah keluarkan duit minyak dan tol ke rumah pesakit pun dah dekat rm500. kenapa lah buat saya macam ini....

5. Ada yg nak goda sy pun ada. bukannya nak dptkan rawatan tapi nak berfantasi bila dapat curah isi hati kpd sy. dpt lepaskan stress dan jdikan sy semata mata untuk bercerita tentang masalah hidupnya tanpa mahu mendapatkan rawatan drp sy...

6. Ada yg tanya pasal scan jin atau gangguan ghaib pd dirinya sahaja tanpa niat nak berubat selepas maklumat diberikan terus lesap

7. Ada yg tanya saya tentang scan ustaz atau perawat lain pd saya...nak bandingkan pulak dah..ada yg  tanya saya cara nak guna ubat yg perawat lain berikan kpdnya...eh awak yg berubat dgn dia tanyalah si perawatnya terus kenapa nak tanya saya pula!

8. Ada yg mengaku fakir miskin tapi pakai hp sajak beribu nilainya.

byk lagi kes sy ketemui!

saya harap selepas anda membaca tulisan ini anda memahani bahawa perkhidmatan rawatan dan konsultasi hikmah yg saya tawarkan di blog ini semuanya mempunyai upah perkhidmatan. rawatan saya berikan bukan tiup air dan 5 minit pesakit boleh balik tapi rawatan intensif paling kurang 3 jam dan ada yg saya rawat berhari hari spt kes koma dan lumpuh. jadi tolonglah fahami keringat dan tenaga saya curahkan untuk kepentingan anda.
dan jgn tanya saya ikhlas atau tidak kalau anda sendiri tdk ikhlas utk dirawat oleh saya.

untuk makluman pada bulan ini saya ada buat mahar diskaun bagi Gemblengan ilmu hikmah. silalah hubungi saya dan pelajarilah ilmu dan pengalaman saya semoga kehidupan masyarakat semakin sihat dan bermakna.

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228
call/sms/what apps





Program Mahaguru Grandmaster Ilmu Hikmah,Kebatinan dan Ilmu Ghaib

Salam. Kembali dibuka program Gemblengan Mahaguru untu tahun ini yang meliputi ilmu 1. Rahsia Kekuatan Batin Manusia Asas hingga level G...