Jumaat, 16 November 2012

Belajar Ilmu Hikmah 3

Antara syarat belajar ilmu hikmah itu ialah:

1. Berkemampuan mengikuti syarat yang dikenakan oleh guru
2.Berkemampuan untuk mengikuti sesi pembelajaran
3.Berkemampuan untuk memahami fungsi setiap amalan
4.Berkemampuan mengendali nafsu diri yang gopoh dan gelojoh
5.Berkemampuan melaksanakan tuntutan syariat
6. Berkemampuan untuk membaiki diri ke arah lebih baik

Latih anak-anak kenal Allah

Latihlah anak-anak kenal Allah. Lazimkan anak-anak dengan yang asas tauhid seperti Allah itu Wujud dan Allah itu tidak menyerupai dan diserupai segala sesuatu. Allah tak tertakluk pada ruang, masa dan tempat. Allah ada dimana-mana dan kewujudan Allah dimana-mana itu sesuai dengan kekuasaan dan kekayaan Allah serta kemulian Allah. Kekuasaan kekayaan dan kemuliaan Allah itu dalam ilmu dan pengetahuan Allah sendiri bukan dalam ukuran kita. 

Hanyasanya Allah yang maha mengetahui kekayaan dan kekuasaannya sendiri. Hatta kemahapengetahuan Allah itu sendiri pun hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau Allah nak berikan sedikit kefahaman kepada makhluk akan diberikan kepada manusia. Kalau Allah nak berikan terpulang kepadaNya nak bagi banyak sedikit atau dari aspek dan sudut apapun. Itu hak Dia. 

Kalau dia bagi sedikit ke banyak ke kalau Allah nak hanya hambaNya itu sahaja tahu tentang diriNya melalui ilmu yang telah diberikan kepada hambaNya itu, maka pandai macam manapun tak boleh nak ajar orang lain melainkan melalui hikmah. 

Kalau orang tu sebodoh mana sekalipun kalau Allah izinkan dan berkehendak supaya dirinya menyampaikan kepada orang lain, pun tiada siapa yang dapat menidakkan kalamnya. Itu kena balik kepada pengajian sifat dua puluh  semula.

Maksud surah Al-Ikhlas itu fahamkan kepada anak-anak. Jangan tunggu cikgu sekolah nak cakapkan. Sekarang pun cuti sekolah. Sedangkan pendidikan tauhid terhadap anak-anak mesti berterusan. 

Latihlah anak-anak berzikir. Suruh dia tafakur. Bukan payah sangat pun. Suruh anak-anak duduk bersila. Kita sebut dan ingat Allah dengan mata terpejam. Pegang dada anak-anak sambil ingat dan sebut Allah. Kaedah ini biarpun nampak mudah tapi beri kesan jika diamalkan dengan konsisten memberikan saham dan pelaburan terbesar teruntung kepada anak-anak di sepanjang pertumbuhan usianya.

Khamis, 15 November 2012

Salam Awal Muharam dan Persediaan tidur di hotel

Cuti sekolah menjelang. Banyaklah pusat pelancongan dipenuhi pelancong. Kawan-kawan ada mengajak beriadah. Tapi saya tak ada masa dan keewangan. Saya bukan orang senang nak jalan-jalan. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. 

Kalau dah beriadah dan makan angin itu kena duduklah di hotel, di chalet, atau rumah tumpangan. Tak kiralah hotel dan bilik tumpangan mahal atau murah sekalipun, semuanya berisiko terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik masuk saja dalam bilik ada bau darah hanyir. Ada juga dah tidur padamkan lampu baru ternampak sekujur lembaga berdiri tegak memandang dari pintu bilik air (hantu raya la tuh).

Ada yang jenis muncul di cermin berambut panjang berjela. Bahkan ada jenis merangkak masuk ke bawah katil. Itu tak main lagi yang jenis cakar dinding pintu dan dinding bilik. Gruk Gruk Gruk bunyinya. Real tu. Jadi apa yang perlu kita buat?

Langkah pertama kita scan dulu. Scan termudah ialah scan gerak hati atau scan gerak diri. Semua orang yang boleh mengucap dua kalimah syahadah boleh buat kaedah ini. Kalau mengucap pun tak boleh saya tak boleh nak tolonglah!

Masa sedang pilih bilik di kaunter lagi, bersyahadahlah dalam hati. Kemudian baca bismillah. Sebenarnya ada cara bagaimana nak baca bismillah yang mustajab. Taklah baca begitu saja. Ada petua-petuanya.

Dengan bersyahadah dan membaca bismillah dengan tawajuh saja kita dapat menghidupkan diri kita untuk memilih bilik yang sesuai dengan diri kita. Nak atau tak saja. Jangan ada yang ketiga dan keempat. 

Ringkasnya begini:

1. Syahadah
2.Bismillah
3. Pilih bilik sambil doa dalam hati. Contoh doanya: Ya Allah elakkan bilik yang kotor dan tunjukkan padaku bilik yang bersih beribadat kepadaMu.
4. Mudah bukan? Langsung pilihlah bilik tu. Kalau dia kata bilik 106...kita diam sekejap barang beberapa ketika dan ulang langkah 1-3. Kalau hati berat nakj terima, maka cari yang lain. 
5. Kalau hati kita mudah terima dengan nombor bilik tersebut maka terima saja. 


Kaedah ini mestio dibuat dengan tawajuh dan sepenuh YAKIN. Tawajuh dan Yakin semasa nak pilih bilik, dan selepas memilih bilik.

Insya Allah kalau ditakdirkan kena juga bilik yang kotor, bila kita masuk insya Allah bilik tu akan bersih dan kita selamat daripada sebarang gangguan.

Kalau berasa juga seram bila kaedah 1-3 dibuat, sebaik di muka pintu dan ulang step 1-3. Masa kuak pintu ucapkan salam dan baca Fatihah 1x. Kalau nak baca Ayat Kursi dan 4 qul pun silakan. 

Kalau terasa macam terus saja seram berdiri bulu roma sebaik masuk bilik terus saja Azan 3x. Lepas tu baca dan ikut langkah yang saya berikan sebelum ini. Insya Allah bereh!

Selamat bercuti dan menyambut Awal Muharam.

Makrifah memantapkan amalan perubatan

Makrifah bukannya imiginasi atau bayangan. Bayangan atau sugesti atau imiginasi berada pada satu tahap tertentu yang mana kedudukannya lebih rendah daripada makrifah. Makrifah merupakan suatu kesempurnaan hakiki yang meliputi segala nama, meliputi segala perbuatan, meliputi segala sifat dan meliputi zat. Berbagai justifikasi bagi merujuk kepada makrifah biasanya seperti hidayah itu sendiri nur atau cahaya Allah. Makrifah merupakan suatu anugerah dan hadiah kepada hambaNya yang bermujahadah menujuNya. Manakala bayangan imiginasi serta sugesti merupakan suatu saranan melalui kekuatan jiwa dan semangat diri  yang melibatkan juga proses visualisasi otak yang memancarkan imej-imej. Bayangan, imiginasi serta sugesti juga boleh menjadi sebagai khayalan semata-mata atau angan-angan. Manakala makrifah suatu kepastian yang tepat dan benar dan bersifat tetap dan muktamad. Penjelasan al Attas dalam hujahannya tentang makna ilmu yang benar mendekati makna makrifah. Tetapi makrifah menanggung makna yang lebih luas dan tinggi daripada penjelasan al-Attas tersebut. Penjelasan al-Attas tentang ilmu yang benar bersifat tetap, muktamad dan mutlak hanya sebagai pengenalan bersifat falsafah semata-mata. Walhal makrifah bukan bersifat falsafah dan logika lagi. Ia berkaitan hasil atau natijah daripada penjenaan dynamo keyakinan yang benar dan dipandu oleh Allah subhanawa ta'ala. Makrifah tidak memilih bulu, orang yang berkot, orang-orang yang hafiz Al-Quran, orang-orang yang berjawatan akademika dan tinggi, tidak menyangkut usaha-usaha diri peribadi tidak berkaitan pengiktirafan daripada usaha-usaha diri untuk mendapatkan gelar-gelar akademika. Makrifah bebas daripada semua itu semua. Ia tidak tertakluk dan menakluk. Ia bukan perkataan meskipun ia 'dapat ditulis'. Makrifah tersalur kepada hamba dikehendakiNya dengan berbagai cara, tanpa mengira apapun situasi dan dapat menjelma dalam sebarang keadaan. Makrifah merupakan suatu pencapaian rohani yang mendapatkan identitiya semula kepada Allah. Makanya makrifah itu memantapkan perubatan kita secara alamiah dan ghaibiah. Perubatan yang dinaungi awan makrifah itu tidak lagi tertakluk dan ditakluk pada syarat barang zahir dan fizikal. 

Ingat manipulasi dajjal dan kaum yang disesatkan syaitan di luar sana sangat banyak yang kononnya membawa seseorang mencapai kebenaran abadi atau makrifah. Walhal ia bersifat tipudaya ibarat hanya memakai kelongsongnya sahaja tetapi intinya adalah racun yang merosakkan akal, tubuh dan jiwa. Semoga kita terhindar daripada tipudaya syaitan yang direjam.

Rabu, 14 November 2012

Khasiat Asma Ya Fattah

Asma Allah Ya Fattah bermaksud Allah Yang Maha Pembuka. Isim ini diamalkan bagi sekelian maksud. Ia pembuka bagi yang tertutup. Ia pelerai bagi segala kekusutan. Ia penemu bagi segela kebuntuan. Isim Ya Fattah boleh membuka segala pintu yang tertutup. Boleh melancarkan perjalanan darah dan aura diri. Boleh membuka akal dan pemahaman. Boleh membuka hati sendiri. Boleh memantapkan keilmuan hikmah. Jika ditambah dengan dengan Ya Fattahu Ya Alim akan menambahkan khasiatnya sebagai pembuka ilmu. Ilmu zahir dan ilmu batin. Ia membuka segala khazanah ilmu Allah. Apakah makna ilmu Allah itu? 

Ilmu Allah

Yang dimaksudkan sebagai ILMU ALLAH ialah ilmu yang secara khusus dibukakan kepada diri bagi mengenal Allah. Orang yang dibukakan untuk mengenal Allah ini pastilah orang dikehendakiNya. Kenapa tidak semua orang dapat menjadi orang yang dikehendaki mengenalNya? Sebenarnya lebih halus pemahamannya Allah mengkehendaki kita semua mengenal diriNya melalui ilmu tentangNya. Tetapi kerana manusia itu buta peka dan tuli menyebabkan pintu-pintu dan jalan-jalan yang mengenalkan kita kepada Allah itu tertutup dan tertimbus. Jadi kerana diri kita sendiri yang menolak untuk mengenaliNya. Dalam mencapai pengenalan kepadaNya kita memerlukan ilmuNya. IlmuNya yang telah ada pada golongan yang berilmu atau ulul albab ibarat lampu yang boleh menerangi orang lain yang kegelapan. Golongan yang berilmu dan ulul albab inilah guru dan pembimbing. Betapa pentingnya sang guru dan sang pembimbing. Masakan kita sendiri tanpa pembimbing dapat mendapatkan ilmu untuk mengenalNya. Jangan perasan. Jangan bongkak. Berguru adalah permulaan menundukkan sifat bongkak dalam hati. Sebagai pengakuan terhadap keEsaan Allah. Pengakuan terhadap kekayaan Allah terhadap hambaNya. Jadi apa nak ditunggu lagi!

Ahad, 11 November 2012

Belajar Ilmu Hikmah

Masih terus dibuka..dijangka kali ini edisi kemaskini dilakukan dengan lebih mantoppp...akan diadakan gathering ramai-ramai suai kenal dan eratkan silaturrahim tukar pengalaman...beruntungnya...yang nak belajar silakan...dialu-alukan. emel terus sebagaimana tertera di atas.

Jumaat, 9 November 2012

Persediaan nak masuk hutan

Ada beberapa saya pilih yang teringkas.

1. Mulakan dengan azan dengan suara separuh kuat.
2. Habis je baca doa lepas azan.
3.Lepas tu bacalah selawat beberapa kali
4. Bacalah Al fatihah 7x
5. Ayat Kursi 7 x (terbaik 7 kalau tak larat 1x pun cukup asal khusyuk dan yakin)
6. Baca empat ayat akhir surah al Buruj (cari sendiri buka Al-Quran dengan maksudnya sekali tau)

Kalau nak sedap lagi mbaca 2 Ayat terakhir Surat Taubah

Insya Allah binatang ganas menyimpang jauh drp laluan kita....

Kalau dengar ngauman itu biasa. Ulang 4 ayat akhir surah Al Buruj 

Kalau dah terserempak, ulang baca 2 ayat akhir At Taubat/h...insya Allah kalau baca dengan bersendikan yakin harimau pun berlalu tunduk...

Kalau dah masuk hutan tu jangan lupa solat pulak...solat tu tiang...jangan dok seronok sangat tak solat tak bersyukur...jangan salahkan den dah le...

Cara hadapi gangguan tiba-tiba

Katakanlah tiba-tiba andai terserempak dengan gangguan di jalan. Nak lari? Nak menjerit?Tunggu. Baik tenangkan hati. 

Kalau sekitar anda ada tanah, ambil tanah. Kalau jenis kak pon, genggam tanah dan bacakan al Nas dan rejamkan arah kak pon mengilai. 

Kalau jenis lain atau tak nampak, hanya tongkatkan lidah ke lelangit. Dan tawajjuh. 

Pergh, sekali masuk ini....kena belajar dengan betul kalau nak kuasai cara ni..insya Allah suatu perkongsian suatu amalan bersama-sama...Allahurabbi

Khamis, 8 November 2012

Amalan untuk orang berusia emas yang mimpi dapat budak

Bacaan Bagi Seeorang yang bermimpi diberikan budak (khusus berusia emas)

1. Taawudz
2.Bismillah.
3.Mengucap Dua Kalaimah Syahadah.
4.Istighfar
5.Selawat
6.Doa YA Allah Lindungilah hamda daripada gangguan dan tipudaya jin dan syaitan (sambil niat : Tolak pemberian budak yang diberi dalam mimpi dan anggapkan ia sbg tipudaya syaitan)
7.La hau la wala quwwata illa billah (Lafaz Qauqalah)
8.Innalillahi wainna lillahirajiun.
9.Baca Al Fatihah 7 atau 21 x
10. Ayat Kursi 7 atau 21x
11. 3 Qul
12. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar masing2 33x
13. Tasbih Nabi Yunus sampai tertidur

Insya Allah jika sebelum ini kalau bermimpi macam terpukau menerima sahaja pemberian budak kecil. Kali ini tengoklah apad jadi. Ada sekali saya hanya sampaikan pesan macam ini sahaja marah sakan benda alah tu. Semoga kita mendapat manfaat dan terhinr daripada tipudaya syaitan yang direjam. Amin. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami atau ikutikan gemblengan ilmu hikmah secara khusus. Hubungi emel rahmaniah999@gmail.com

Rabu, 7 November 2012

Tafsir mimpi dapat budak

Maka banyaklah juga yang mentafsirkan mimpi mendapat budak itu sebagai salah satu tanda mendapat saka. Saka mempunyai pengertian amat luas. Ia bukan sekadar jin dan makhluk ghaib dan aneh yang lain. Saka juga melibatkan kecenderungan, minat sama ada secara intuitif dan juga secara tingkah laku dan gerak laku. 

Saka jenis ini tidak melibatkan dampingan jin sebaliknya rakaman genetik dalam sel-sel otak. Saya kelaskan ia sebagai saka tidak berjin. Saka yang tidak berjin ini seperti kemahiran mengurut. Banyak yang saya jumpa orang yang tidak belajar urut namun apabila dia mengurut, orang yang diurutnya merasa sungguh lega dan sedap sekali seperti diurut oleh pengurut profesional. 

Dia juga mengurut dengan baik sekali bahkan dengan penuh keyakinan. Cubalah kita suruh kawan kita untuk mengurut kita. Jika tanpa 'saka' tentu dia takkan boleh mengurut bahkan tiada keyakinan nak mengurut sekalipun. Kemahiran yang diperolehi secara rakaman genetik ini boleh dipertajamkan seperti pisau sama ada dengan cara tanpa berjin atau dengan berjin. 

Terpulanglah bagaimana dia nak mengasahnya. Keturunan yang boleh mengurut seperti bidan, tukang urut, pesilat yang belajar mengurut oleh datuk nenek moyang terdahulunya dapat menurunkan kemahiran tersebut ke anak cucu  dengan tanpa berjin atau saka tanpa berjin. Ia berlaku dengan kehendak Allah jua. Manakala saka berjin sudah mahsyurlah diketahui orang. Selesai penamabahan maklumat dna pengetahuan kita tentang saka...

Mimpi

Ramai yang mengaku bermimpi budak kecil. Bagaimana keadaan dan situasi mimpi tersebut boleh diperhalusi lagi. Ada yang sekadar melihat budak kecil berlari didepannya sahaja. Ada yang diberikan budak kecil. Yang jenis ni kena berhati-hati sedikit. Penurunan saka berjin pada hakikatnya tidak mengira umur. Ada remaja yang sudah bermimpi mendapat budak. Ada yang dewasa. 

Bahkan ada yang sudah berusia emas sekalipun. Kehadiran mimpi mendapat budak bagi usia tersebut mempunyai pengertian tertentu dalam pemahaman saya. Saya berikan satu aspek penerangan sahaja. Kalau mimpi mendapat budak berlaku pada seseorang yang telah berusia emas, ini menunjukkan saka berjin yang telah lama mencari tuan pengganti telah membuat keputusannya. 

Selalu kita tahu orang yang didampingi saka akan mendapat banyak kebolehan seperti mengubat dan kepekaan yang hebat. Tetapi apakah gunanya saka jin itu turun kepada yang sudah berusia? Ia bukan lagi untuk menggoda dengan tawaran pelbagai kelebihan mencari adat (melainkan dipelajari secara benar dan betul dalam konsep ilmu hikmah)

Saka itu bertujuan mahu menyesatkan dia di akhir usianya. Saka jenis ini amat berbahaya kerana ia menyelinap dalam diam dan muncul dalam keadaan sakaratul maut ketika tirai hijab alam barzakh mula disingkap...Maka diperlukan seseorang untuk 'mentarbiah' orang berusia emas tersebut untuk menyedari pemberian budak kecil dalam mimpi adalah tipudaya syaitan semata-mata...

Ada sedikit amalan boleh diamalkan bagi yang berusia emas tetapi didatangi mimpi dapat budak dengan tanda-tanda gangguan kecil seperti badan lebam macam digigit khususnya ketika kurang sihat namun masih mampu solat zikir dan baca Al Quran.

Yang amat berbahaya ialah kalau dia sendiri gagal menunaikan solat dengan baik dan ia sangat terdedah secara fizikal untuk 'dimakan' saka berjin keturunannya sehingga mengudang penyakit melarat dan membebankan keluarga...

Oleh itu bagi yang mempunyai orang tua berusia emas yang masih kuat beribadat tetapi didatangi mimpi mendapat atau diberi budak kecil segeralah bawanya berubat..kalau saya selain diberikan ubat boleh diberikan amalan khusus untuknya...kerana jin jahat juga sebahagian drp bala tentera syaitan yang akan menyesatkan anak Adam di penghujung usianya...itulah matlamat utama saka berjin...manakala saka tidak berjin ada cara lain dan khusus pula untuk menguruskannya....

Kalau yang berusia emas apalah kiranya menyempatkan diri sendiri mempelajari keilmuan hikmah ini insya Allah membantu!

Pembelajaran Ilmu Hikmah Nur Karomah kini dibuka bagi sesiapa yang ingin mendapat manfaat daripadanya. Bebas amalan berjin dibimbing sepenuhnya lahir dan batin insya Allah bi iznillah.

 

Selasa, 6 November 2012

Jihad Akhir Zaman

                Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah atas keizinan dan rahmatNya dapat kita bersua kembali dalam wadah blog ini.
                Sebelum itu saya ingin mengimbau balik tujuan penubuhan blog ini ialah untuk berkongsi cerita dan pengalaman selain menawarkab peluang kepada sesiapa berminat untuk mempelajar sesuatu daripada hidup ini.
                Sejak bidang perubatan Islam mendapat tempat dan disebarkan secara meluas, ramai sudah yang berminat untuk dirawat secara Islami dan patuh syariah tanpa menggadaikan akidah yang suci.
Bahkan ramai yang mahu belajar Alhamdulillah semua itu perkembangan yang baik.
Tujuan kita mempelajari sesuatu ilmu bukanlah untuk mahukan laba semata-mata. Laba atau balasan atau ganjaran pastilah ada sama ada berbentuk ghaibi dan juga fizikal. Usah bimbang akan hal itu laba atau ganjaran. Yang penting ialah kesungguhan kita mahu mempelajari sesuatu ilmu hingga dapat beramal dengan sebaik mungkin.
                Nah, di sinilah dapat kita lihat tujuan kita menimba ilmu yakni untuk beramal. Kalau kita beramal tanpa ilmu sia-sialah amalan kita. Kalau kita berilmu tapa amal rugilah kita. Sebab itu berilmu dan beramal mesti bergerak seiring seia sekata.
                Dalam pandangan yang lebih luas tujuan kita berilmu dan beramal ialah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Apabila kita dekat denganNya Insya Allah, Dia akan sentiasa memerhati setiap tingkah laku hambaNya dengan penuh kasih saying. Dirahmati olehNya. Apabila kita kian dekat denganNya segala Doa kita insya Allah jadi mustajab dan makbul.
                Salah satu tanda kita dekat denganNya ialah kita berasa senang untuk beramal ibadah. Badan rasa ringan. Mudah rasa lincah berzikir. Kita takkan mudah merasa jemu dan segala yang selainNya akan ketepi dengan sendirinya.
                Sesungguhnya dalam kerangka ibadah kita kepadaNya semuanya itu terangkum dalam kalimah syahadah. Sebab itu antara patah kata orang tua-tua, kandung aku dalam syahadah. Begitu simboliknya kata itu perlu diperhalusi maksudnya secara tersirat atau madluliyah.
                Setiap sesuatu simbolik perlu diperhalusi secara yang tersiratnya kerana tanpa memikirkan kearah itu kita akan tersasar jauh daripada memahami akan kemahakuasaan dan kewujudanNya.
Oleh kerana Allah itu bukan berhala yang boleh dilihat dengan mata kasar maka sudha tentu dalam mengabdikan kepadaNya memerlukan mata yang lain dalam melihat wujudNya dengansepenuh yakin.
***
                Namun entri ini bukanlah bertujuan untuk memahamkan pembaca seluruhnya. Saya hanya membuka entri ini dengan pembuka bicara berkaitan berilmu dan beramal. Sebenarnya dalam satu tingkat seterusnya skemanya akan jadi begini: Berilmu, Beramal, Berilmu…Ia takkan berhenti pada takat berilmu semata-mata dan beramal semata-mata.
                Sebab itu kalau kita lihat di masid-masjid ramai jemaah yang berilmu dan beramal contohnya jemaah itu tahu tentang kelebihan dan kefardhuan solat jemaah. Mereka beramal dengannya. Namun setelah puluhan tahun apakah yang mereka dapat melainkan hanya sekadar beramal?
                Sebab amalan itu pastilah melahirkan natijahnya. Natijah daripada beramal itu sering orang menyebutnya sebagai iman, taqwa, akhlak…
                Memang benar tetapi jika kita perhalusi lagi ia lebih luas dan merangkumi segala aspek lagi. Sama ada dari segi ghaibinya ataupun secara fizikalnya.
                Kita kembali pada jemaah masjid tersebut, mereka bahkan beramal tetapi apakah mereka punya ‘akhlak’ terhadap Alah apabila membuat bising dalam masjid selepas solat dan doa?
                Akhlak yang dimaksudkan ini bukanlah suatu pakaian lahir semata-mata tetapi akhlak lahir dari dalam jiwa yang disucikan, dibersihkan dan ditajamkan penglihatan ‘mata’ nya.
                Akhlak yang dipakaikan secara lahir akan jadi seperti baju lusuh dan baju yang mudah terkoyak rabak. Sebaliknya akhlak yang lahir daripada dalam diri akan kekal selamanya dan padanyalah ditilik Allah.
                Sepatutnya jemaah itu mendiamkan diri sewaktu menyedari ada jemaah yang membaca al-Quran dan berzikir. Mereka tidak harus malu kepada jemaah tersbet tetapi malu pada Allah.
                Sukar bukan bagi menghadirkan rasa tersebut jika hendak dibuat-buat semata-mata! Sebab itulah masjid tidak menjadi pusat tumpuan umat Islam kerana fungsinya telah tiada.
                Jadi mulai saat ini belajarlah kita dari bawah ilmu. Hanya dengan ilmu sahajalah kita dapat menghubungikan diri kita dengan Tuhan, yakni Allah yang mencipta sekelian alam.
                Sedarilah alam dunia ini hanya sementara namun bukanlah kita harus meninggalkan jihad kita, yakni jihad ilmu dan jihad amal. Sebelum kita ke jihad lebih besar yakni jihad nafsu yang juga bermaksud jihad akhir zaman!

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...