Selasa, 22 Mac 2011

Sains Dalam Pandangan Islam

Berikut ialah petikan Wawancara ASASI dengan Adi Setia seorang ilmuwan muda yang sedang meningkat naik. Saya tertarik tentang makna sains barat dan sains non barat. Terutama berkaitan perubatan. Sangat menarik dan mengujakan. Komen saya, selain daripada akupuntur, urutan, herbalis, terapi, rukyah, ilmu hikmah semuanya terkeluar daripada konteks sains Barat. Sains dalam Islam bukan sekadar bersifat inderawi malah juga bersifat maknawi. Sebagai bahan pemahaman yang menyegarkan minda!
***
Definisi sains yang dikemukakan oleh Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?

Takrif sains yang lebih umum ialah “penyelidikan tersusunatur terhadap alam semesta” tak kira apa kaedah yang dipakai, yang penting kaedah yang sesuai dengan bidangnya dan yang mampu pecahkan permasalahan yang ditangani dalam bidang itu. Contohnya, akupuntur (acupunture) tak rasional, tak mantik menurut kerangka kebendaan sistem perubatan barat, tapi amat rasional dan mantik menurut kerangka Ying/Yang metafizik Tao. Namun begitu, akupuntur dah jadi kaedah arus perdana di barat, pasal ia mampu pecahkan permasalahan perubatan tertentu yang gagal dipecahkan menurut kaedah barat. Jadi, kita sebenarnya kena buka mata dan lihat lebih jauh dalam dalam lagi, bukan cuma terperap dalam tempurung sains barat seolah-olah tiada cara lain untuk buat sains.

Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?

Mula-mula kita kena tanya “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada umat Islam, dan apakah yang boleh disumbangkan oleh umat Islam hari ini kepada menghidupkan kembali sains Islam”? Soalan ini sampai bila tak akan terjawab kalau kita kekal jahil terhadap sejarah dan falsafah sains Islam kita sendiri. Jadi lebih baik kita sama-sama teliti www.muslimheritage.com dan www.muslimphilosophy.com. Lepas itu akan terjawab dengan sendirinya soalan “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?” Pendek kata orang jahil jati-diri tak mungkin sumbang apa-apa pun, sama ada kepada dirinya atau kepada orang lain.

Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?

Ruginya kita kekal jahil jati-diri, kekal jadi pak-turut macam robot, kekal jadi pengguna/pelanggan/pembeli lesu bukan pencipta/pembuat/penjual giat, dan kekal tak tahu menahu langsung bahawa di sana ada sains yang jauh lebih baik bagi insan dan alam.

Isnin, 21 Mac 2011

Pesakit yang tidak mahu sembuh ialah mereka yang...

1.Tidak mahu bersolat
2.Terus mensyirikkan Allah
3.Terus berbuar dosa
4.Was-was terhadap rawatan


Saya telah menemui pesakit jenis begini dan untuk pembaca yang baharu menjenguk ke blog ini diharapkan tidak membuat temujanji dengan saya kerana saya. Bagi yang sebaliknya, mahu sembuh dengan taat kepada Allah dna jauhi laranganNya boleh terus hubungi saya sama ada melalui emel atau telefon sesegera yang mungkin.

Jangan biarkan penyakit melararat.

Ilmu hikmah adalahh booster bagi perawat Islam, perukyah dan ilmu putih

Assalammualaikum.
Dalam beberapa minggu belakangan ini, saya berkesempatan mengisi beberapa orang murid dan alhamdulillah maklumbalas yang saya terima selepas beberapa hari, mereka amat berpuas hati. Antara faedah mereka perolehi ialah mendapat ketenangan, khusyuk dan musyahadah ke hadrat Allah Ta'ala. Badan terasa amat ringan dan mudah untuk bangun tahajud dan berubadah. Khusyuk yang bukan sebarangan khusyuk. Khusyuk yang membuka gerbang musyahadah dan makrifatullah. Dan banyak lagi faedahnya. Ada yang melawat bapa saudaranya di Unit Rawatan Rapi terlantar koma. Tidak lama selepas dia balik, ibu saudara yang menjaga bapa saudaranya memberitahu, bapa saudaranya menjerit menyatakan "ada orang hendak membunuhnya." Walhal murid saya tersebut tidak pun merawat hanya sekadar ziarah. Ada isteri mengalami gangguan sehingga tidak mendapat zuriat. Apabila selesai menerima pengisian dan ijazah ilmu, beliau cuba merawat sebagaimana saya ajarkan dan nyata hanya baharu meletakkan telapak tangan ke perut , isterinya sudah menunjukkan gejala penolakan, sesak nafas-yang menunjukkan gangguan yang terpendam bertahun-tahun tidak dapat berselindung lagi dalam tubuh isterinya. Kesemua daripada mereka ini menerima ijazah rukyah. Termasuk ada yang dari Singapura, yang terang saya ceritakan pada entri terdahulu bagaimana rawatannya menjadi cepat dan mudah malahan ruhani pesakit turut meningkat dengan izin, rahmat dan redho Allah jua. Insya Allah, bagi perawat Islam dan perukyah ataupun pengamal ilmu aliran putih yang lain yang ingin booster keilmuan dengan cara yang haq tanpa syirik dan sewaktu dengannya, bolehleh terus tempah masa dan tarikh kerana pengisian hanya dilakukan secara khusus sahaja bukan datang langsung bagi menjaga kualiti pengisian ilmu di tahap sempurna.Insya Allah

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...