Pustaka Hikmah Maya

Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
 
Segala amalan hikmah yang ditulis di halaman ini adalah daripada pelbagai sumber yang bertujuan perkongsian  ilmu secara umum sahaja.

Lebih afdhol anda mendapat nasihat dan bimbingan daripada Ahli Hikmah dengan mendapatkan ijazah khusus.

Kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku kepada anda jika mengamalkan sesuatu tanpa berguru.

Kami juga mewujudkan halaman ini adalah untuk mengulas buku-buku ilmu hikmah yang dapat dimanfaatkan secara bersama.

Silibus Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Rawatan yang kami anjurkan TIDAK berkaitan dengan paparan keilmuan yang dikongsi di sini. Untuk mengikuti program keilmuan kami tawarkan silalah hubungi kami. Harap jelas.

Manfaatkan halaman  ini bagi menambah dan meluaskan wawasan serta pandangan kita terhadap lautan khazanah amalan hikmah serta menambahkan kekayaan kepustakaan maya untuk rujukan semua yang berminat.

Sekian terima kasih
 

1. Ulasan buku Pusaka Dunia Hikmat - Ali Zulfakar

Ali Zulfakar terkenal menyusun buku-buku amalan ilmu hikmah suatu ketika dahulu. Salah sebuah bukunya berjudul Dunia Hikmat yang diterbitkan oleh Pustaka Muda yang berpangkalan di Ipoh Perak.

Dalam buku kecil ini  yang mengandungi

1. Pendahuluan - Syarat, cara, menulis azimat, mengunci dan pantang larang
2. Melihat Rasulullah s.a.w - Minta lihat dan Takwilnya
3. Mayat Hitam Legam - Wirid berguna, alam barzakh dalam kubur, mendapat pertolongan
4. Menyimpan Ruhani - memerintah dalam tidur, melihat perkara ghaib
5. Rahsia Lelaki - mengeraskan, kalah sebelum bertarung, ubat kuat, ubat, gusuk (?), doa lemah, menambah air mati ayaaman (?), cemburu, air waja, tangkal bermadu.
6. Rahsia Perempuan - Rahsia sulit, memberi sempit air mani, mahu hamil, enggan hamil.
7. Rahsia Lelaki Perempuan - Lazat, menggelisah, bersetubuh, memuaskan
8. Isteri - Menunduk, menceraikan, mandul, darah tersumbat, menawan hati.
9. Anak dara - Pelaris, ada dara atau tiada dara
10. Bersalin - Selusuh, wafak, lekat uri, keguguran ketika melahirkan anak, menjarangkan kehamilan, memudahkan bersalin, menamakan anak, nama-nama pilihan, upcara, alamat hamil.
11. Kanak-kanak - kena mata, membesar, muak, tak sedap badan, sawan, tersentak, menyusu, merungsing
12. Asmara - Pencair hati, asmara, memuja, serbuk, menyatupadukan cinta.
13. Pengantin - Percubaan orang, perempuan enggan, pemanis.
14. Hantu Syaitan - dirasuk, perambas, berpenunggu, mengikat jin, teguran, pendinding.
15. Perkara Otak - Lupa, bodoh, penawar gila, tangkal gila, memudahkan hafaz, doa penerang hati, berjaga malam, dari telinga terus ke hati.
16. Rahsia Sembahyang - Sembahyang ketika hendak belayar, minta kelapangan, hadiah, penunjuk, hajat.
17. Tanam-tanaman - Musuh menyerang, tangkal padi, memelihara kebun, musuh buah-buahan.
18. Ternak - Menjinakkan, penyakit sampau, azimat nelayan.
19. Rezeki - Jalan kekayaan, pelaris, tangkal niaga, berkat kalau di langit turunkanlah, murah rezeki.
20. Hutang - berhutang, menuntut hutang.
21. Penyakit tubuh badan - bengkak-bengkak, sakit perut, sembelit, batuk kering, senak, medu, karang, cacing kerawit, bisul, sakit gigi, sakit kepala, semua penyakit, sakit mata, begok, telinga, wabak, susah kencing, penyakit berjangkit, kudis api, sopak.

***

Marilah kita lihat beberapa perkongsian menarik Ali Zulfakar dengan pembaca.

Syarat dan Cara Beramal dengan dunia Hikmat

1. Melaksanakan segala perintah Allah dan menyempurnakan solat sehari semalam lima waktu
2. Jangan ada niat takabbur, khianat, dengki, fasad, hendaklah menaruh sifat perikemanusiaan sesama makhluk Allah.
3. Percaya dan yakinilah bahawa baik dan buruk semua dari Allah dan tida ada yang memberi kesan selain daripada Allah, tuntutlah dari amalan tersebut keredhaan Allah.
4. Jangan amalkan satu-satu amalan hanya sebagai cubaan tidak sepenuh yakin.
5. Berselindung diri dari pengetahuan orang supaya tidak ketara keada sesiapa pun bahawa ia ada memakai atau beramal sesuatu ilmu hikmat.
6. Berhati-hati agar tidak silap dan hafal ayat-ayat yang dikehendaki

.......

Minta lihat Rasulullah s.a.w dalam mimpi

Menurut Syeikh Abdul Qadir al-Jailani meriwayatkan hadis dari Rasulullah barangsiapa yang solat dua rakaat pada malam Jumaat dibaca sekali pada tiap-tiap rakaat Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Ikhlas 15x, dan rakaat kedua hendaklah dibaca 1000x selawat ini , " Allahumma solli ala Muhammadinin Nabiyil umiyyi nescaya tidak akan sampai Jumaat hadapan dia melihat aku. Barangsiapa melihat aku adalah baginya syurga dan mendapat keampunan segala dosa-dosanya.

Minta lihat Rasulullah s.a.w

Barangsiapa mengamalkan membaca Surah Al-Kautsar 1000x dan selawat nabi 1000x akan melihat Rasulullah s.a.w dalam tidurnya pada malam itu juga syaratnya hendaklah dia membaca selepas solat Isya' dan pada malam Jumaat dan terus tidur.

.......

Menyimpan Rohani

Apa itu Rohani?

Ada orang menamakan rohani sebagai Qidam ada yang menamakan sebagai sebagai Muakkal kadang-kadang rohani itu juga daripada malaikat dan jin menurut pekerjaan dan jawatan masing-masing.

Bagi sesiapa yang berani dan kuat iman boleh menyimpan, memerintah rohani, qidam dan muakkal sampai mati sebgai suruhan melakukan pekerjaan sulit dilakukan manusia.

Bagi yang penakut harus dapat pertolongan rohani dengan cara sementara iaitu setelah ia datang ia akan bekerja di dalam ghaib hingga kewajibannya tamat dan tugasnya selesai.

Dalam pada itu sedikit orang dapat menyimpan rohani, menyimpan rohani, memerintah rohani dengan kekal kerana syaratnya banyak, boleh jadi tak tertunai dan oleh sebab itu kebanyakan orang menjadi gila.

Jadi ada baiknya memerintah rohani secara sementara. Di bawah ini akan diijazahkan amalan memerintah rohani bagi sementara  yang tidak merbahaya.

.........

Melihat Perkara Ghaib

Boleh juga digunakan muakkal rohani untuk melihat yang ghaib iaitu hendaklah berbaring tidur dengan berwuduk dan berbaring sambil membaca  Ala ya'lamu man khalaqa wahuwal latiful khabir.

Dibaca sehingga tidur sedang hati berniat minta ditunjukkan perkara ghaib tersebut.

.........

Masih banyak lagi ilmu hikmat yang dikongsikan Ali Zulfakar dalam bukunya itu. Terdapat penggunaan ayat Al-Quran dan zikir yang bersih daripada kaedah yang meragukan dan syirik yang kami yakin diamalkan oleh banyak orang dan pengamal pengubatan/perubatan Islam semua itu menunjukkan kayanya Allah ta'ala.

Untuk membaca secara penuh sila dapatkan buku ini di kedai buku dan kami sekali lagi ingin berpesan bahawa jangan sesekali mengamalkan amalan hikmat dalam buku ini jika tidak mendapat bimbingan yang betul daripada ahlinya.

Pada pandangan kami salah atau tidaknya sesuatu perkara bukan hanya pada bacaan tetapi juga pada kaedah dan pemahaman terhadap sesuatu amalan yang turut membawa bersamanya iktikad dan ketauhidan kepada Allah.

Kami hanya ingin mengajak pembaca meluaskan horizon pembacaan dan penerokaan.

2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rawatan Mahabbah Suami Isteri

Salam saya buka program rawatan jarak jauh mahabbah suami isteri untuk yang mengalami masalah rumah tangga spt suami main lain, isteri minta...