Khamis, 26 Februari 2015

rawatan Islam dan alternatif di Banting Selangor Sabtu

Salam saya akan ke Banting pada hari Sabtu ini untuk sesi rawatan pesakit di sana. Sila contact 013 642 1228 Ust Ali utk booking rawatan apa iua masalah anda in syaa Allah dpt ditolong seperti gangguan makhluk halus sihir saka dan sebagainya.


Booking segera jgn malu malu bayaran khidmat rawatan pada kadar semampunya.


Rabu, 25 Februari 2015

rawatan sihir saka dan gangguan makhluk halus di Negeri Sembilan, Pantai Dalam, Universiti Malaya,Janda Baik dan Gombak

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan kini saya hadir ditempat anda. Rawatan boleh dibuat terus sama ada di hotel atau dibuat di rumah atau pejabat anda. Lokasi tersebut ialah :

Rabu 25 Februari 2015 - Port Dickson

Khamis 26 Februari - Uni. Malaya,Pantai Dalam dan Janda Baik

Jumaat 27 Februari - Kg Banda Dalam Gombak

Temujanji Segera di talian 013 642 1228
Hubungi awal untuk BOOKING masa dan hari rawatan krn rawatan memerlukan persediaan.

Rawat sebelum terlambat!

Selasa, 24 Februari 2015

rawatan sihir dan saka di port dickson pada Februari

Salam..saya akan berada di lokasi port dickson utk merawat beberapa pesakit di sana.

Sesinya hari ini...tapi kalau tuan puan hubungi saya sekarang hari rawatan tuan puan esok.

Cepat booking rawatan anda esok 25 February 2015.

Lokasi chalet di port dickson  akan diberitahu lokasi tepat kpd yg serius nak berubat.


Selasa, 17 Februari 2015

kefahaman membangkitkan karomah sesuatu ilmu

Assalammualaikum...

Ada dikalangan kita sudah sering menuntut ilmu kebatinan,ilmu kerohanian,ilmu tenaga dalam,ilmu rawatan alternatif,ilmu pengubatan Islam, ilmu pertahanan diri, ilmu kejawen,ilmu-ilmu putih yang lainnya namun masih belum mencapai karomahnya sesuatu ilmu.

Karomahnya sesuatu ilmu menandakan antara cirinya si pengamal mendapat manfaat drp amalan dilakukan sama ada secara sunnatullah dan qudratullah.

Melalui Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersama saya,anda akan dibimbing dan akan diberikan kefahaman jelas selok belok tentang diri anda sediri,ilmu dan Allah.

Namun syaratnya anda haruslah dpt mengikut panduan dan bimbingan guru. Jangan pula anda bersikap menentukan pula cthnya menentukan pula guru harus begitu begini.

Bagaikan orang buta yang mahu menunjukkan jalan kpd org celik. Seharusnya orang celik memimpin dan membimbing orang buta ke jalan yang benar.

Tiada ilmu dan keberkahan kepada murid yg mana tidak mempunyai adab dengan gurunya. Guru cakap dengar. Taat patuh. Guru bukanlah tempat anda menimba kesaktian dan kelebihan tetapi guru ialah pembimbinh ke jalan kefahaman dan bagi mencapau faham itu diperlukan murid yg beradab sopan taay patuh tunduk  dan boleh mengikut apa yang gurunya tunjukki.

Saya harap bagi bakal dan calon pelajar saya akan memahami hal ini.

Bagi yang mahu mengikuti program saya yuran belajar seumur hidup ialah rm7000.00 bagi yg mengambil  pada bulan Februari ini. Yuran asalnya ialah rm10,000.00 Jadi manfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya.

contact Ust Tabib Ali 013 642 1228

Khamis, 5 Februari 2015

21 amalan pada hari Jumaat

Rasanya semua kita tahu bahawa Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Keutamaan dan kelebihan hari Jumaat yang bermula sejak petang Asar hari Khamis hingga terbenam matahari waktu maghrib hari Jumaat adalah terlalu banyak sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, Hadis Nabi dan juga Naqal ulamak silam. Mari kita salami 21 amalan pada hari Jumaat yang begitu istimewa ini.
 
1. Hari Khamis selepas Solat Asar lagi hendaklah kita banyakkan
-Istighfar
-Tasbih
2. Basuh baju putih dan sediakan wangi-wangian
3. Sunnat berpuasa Khamis, Jumaat.
4. Pada malam Jumaat sunnat
-Banyakkan membaca Al-Quran khususnya Surah al-Kahfi
-Zikir dan Selawat Khususnya Zikir Kalimah Toyyibah dan Selawat apa saja
5. Sunnat Jimak Isteri pada malam Jumaat atau siang Jumaat jika tidak berpuasa sunnat
6. Bangun Qiyammulail
7. Mandi  dan bercukur serta kerat kuku
8. Sunnat memakai pakaian berwarna putih bersih lagi suci daripada najis
9. Sunnat memakai serban pada hari Jumaat
10. Sunnat seawal mungkin ke masjid dan beriktikaf. Menurut hadis nabi terdapat 4 waktu kita ke masjid pada hari Jumaat iaitu
Waktu Pertama = Terbit fajar hingga terbitnya matahari
Ganjarannya=Pahala laksana sembelih korban seekor unt
Waktu Kedua=Terbit matahari hingga naik matahari
Ganjarannya=Korban Seekor lembu
Waktu Ketiga=Matahari sudah berada di langit dengan jelas sekali hingga panas telapak kaki memijak bumi
Ganjarannya=Korban Seekor Kambing bertanduk
Waktu Keempat=Waktu Dhuha
Ganjarannya = Pahala umpama menghadiahkan seekor ayam
Waktu Kelima=Waktu-waktu akhir waktu Dhuha hingga gelincir matahari iaitu melepasi waktu tengahari.  
Ganjarannya=Sebutir telur ayam
11 Haram melangkah bahu org utk sampai kedepan.
12. Haram melalui hadapan orang sedang solat biarpun ada dinding
13. Sunat menuntut Saf yang pertama
14. Mendengar Khutbah jangan tidur jgn solat sunnat ketika khatib membaca khutbah melainkan baharu masuk atau sampai ke masjid solat sunnat tahiyyatul masjid
15. Haram berkata-kata urusan dunia dlm masjid
16. Niat iktikaf
17. Selesai solat Jumaat sunnat
-Membaca Surah al-Fatihah 7x
-Surah al-Ikhlas 7x
-Surah al-Falaq dan an-Nass 7x
Fadilatnya menurut ulama silam ialah dipeliharakan daripada kejahatan dan berbahaya segala perkara dan makhluk serta godaan dan gangguan syaitan sehingga Jumaat akan datang.
-Sunnat Membaca Doa Selepas Solat Jumaat
Allahumma Ya Ghaniyu Ya Hamid Ya Mubdiu Ya Mu’id Ya Rahimmu Ya Wadud  Aghnini bi halalika an haramika wa bi tho’atika an maksiyatika wa bi fadlika amman siwak. -3x-.
Ulamak berkata, sesiapa yang istiqomah membaca doa ini nescaya akan dikayakan Allah akan dia daripada  makhlukNya dan memberi rezeki akan dia tanpa disangka-sangkanya walau tanpa diusahakannya.
18. Lebih afdhol ditambah doa yang diajarkan Rasulullah Sollalahu ala wassalam yang jika dibaca doa ini maka hutang sebesar bukit Uhud  sekalipun akan terbayar berkat doa ini iaitu
Allahummakfini bi halalika an haramika wa aghnini bi fadlika amman siwak
Ulamak berkata, sesiapa yang membaca doa ini sebanyak 7x nescaya tiada lalu atasnya dua jumaat hingga jadi kaya dia.
19. Selesai  berwirid dan berdoa sebagaimana di atas maka dirikanlah Solat Sunnat Sesudah Jumaat
-2 Rakaat Solat Sunnat Sesudah Solat Jumaat hukumnya Sunnat Muaakad
-4 Rakaat Solat Sunat Sesudah Solat Jumaat hukumnya Sunnat Ghairul Muaakkad amalan Fuqaha
-6 Rakaat Solat Sunat Sesudah Solat Jumaat hukumnya Sunnat Muaakkad amalan Ahli Sufi
Dalil solat sunnat 2,4 dan 6 ini ada diriwayatkan oleh Saiyidina Abdullah bin Omar r.a iaitu 2 rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah r.a 4 rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina Abdullah bin abbas r.a 6 rakaat. Menurut Imam Al-Ghazali 6 rakaat itu PALING AFDHOL.
20. Sunnat Iktikaf dalam masjid selepas solat Jumaat dan solat sunnat hinggalah masuk waktu Asar. Jika dapat lagi iktikaf hingga Masuk Maghrib lebih afdhol lagi. Ulamak menaqalkan pahala bagi yang kekal di masjid hingga Asar laksana pahala mengerjakan haji dan pahala kekal hingga ke mahgrib laksana pahala mengerjalan haji dan umrah.
21. Sunnat ketika iktikaf itu
-Membaca Al-Quran-andia belum dibaca lagi Surah al Kahfi maka bacalah. Jika sudah baca pada malamnya maka bacalah maksudnya dan tadabburlah isi kandungannya.
-Berzikirlah dgn sepenuh hati dan tumpuan
-Berselawatlah ke atas nabi
-Tafakurlah iaitu “ memikirkan ayat-ayat Allah dan syukur kepada Allah atas hidayah, taufik dan inayahNya dan takut kepada Allah sebab taksirnya berbuat ibadat dan muraqabah dengan hatinya hingga solat Mahgrib. Sebab fadilat waktu-waktu ini adalah sangat besar di sisi Allah dan amat banyak pahalanya.
-Jangan berkata-kata sewaktu iktikaf dlm urusan dunia
Sabda Rasulullah, akan datang pada suatu akhir zaman manusia bercerita dalam masjid urusan dunia padahal Allah tidak suka perkara itu. Maka jangan kamu duduk berhimpun dengan mereka itu.
-Jika khuatir berlaku riya atau gangguan lain kepada iktikaf dan ibadat di masjid maka pulang ke rumah dan tetaplah melakukan perkara-perkara disebutkan di atas.
Banyak lagi hadis dan petuah alim ulamak dalam mengimarahkan hari Jumaat selaku Penghulu Hari. Yang mana-mana pun amallah yang penting istiqomah. Sememangnya senarai di atas mustahil dilakukan jika yang bekerja pada hari Jumaat. Jadi ambil pendekatan begini. Kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua.  Semoga apabila Allah memberikan kita masa lapang maka kita laksanakan sedaya mampu mungkin atau semaksimum munngkin mudah-mudahan bertambah darjah kita di sisi Allah.
Untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah anda akan dibimbing dengan lebih khusus lagi bagaimana sesuatu amalan itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan kepada hati dan jiwa.
 
Contact Ust Ali 013 6421228
 
Sehalus-halusnya butiran syariat jika diperhalusi lagi terdapat jutaan butiran hakikat tersimpan dalamnya.
 
 

belajar ilmu hikmah untuk pelajar Program Gemblengan Ilmu Hikmah

 
Bukti bahawa pelajar yang mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah akan sentiasa mendapat bimbingan dan pengijazahan ilmu secara percuma dari semasa ke semasa tanpa dikenakan apa-apa mahar atau yuran belajar lagi.
 
Tunaikan yuran dan mahar belajar sekali sahaja
Belajar sepanjang hayat guru In syaa Allah
 
Selain berkongsi pengalaman sesama alumni dan bertukar pendapat...
 
Apa lagi...cepat tempeh tempat anda sekarang..giliran anda pula untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu dan mendapat segala keistimewaan sebagai pelajar kami
 
Contact Ust Ali 013 642 1228
 
 

Testimoni rawatan pulih kedai dan pelaris kedai kaedah ilmu hikmah, rawatan Islam dan petua



Testimoni ikhtiar rawatan buang halangan hingga naik pangkat





Rabu, 4 Februari 2015

Zikir menjauhi diri daripada syaitan

Marilah kita semua berzikir yakni menyebut dan mengingati Allah Ta’ala sama ada pada sifatNya dan menyeru AsmaNya. Hal ini kerana orang yang banyak berzikir kepada Allah itu adalah seperti seseorang yang sedang dicari jejak oleh musuh dengan cepat. Sehingga ia sampai ke benteng yang kukuh lalu dia berlindung dari musuhnya di dalam benteng itu. Demikianlah seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada gangguan syaitan melainkan dengan berzikir kepadaNya. Berzikir merupakan suatu keutamaan dan kekal berzikir terus menerus meski dengan lisan adalah dituntut sekali. Zikir ibarat kubu dan benteng manakala syaitan sentiasa mencari jalan untuk mengganggu kita menerusi pintu kelalaian. Secara umumnya lalai bermaksud lupa. Perinciannya sebagaimana berikut:
Lalai berzikir
-Langsung tidak pernah dan mahu berzikir
-menghentikan zikir dan tidak istiqomah lagi
Berzikir dalam keadaan lalai
-rasa berat dan malas hendak berzikir
-jika berzikir juga akan rasa sukar khusyuk dan berat seolah-olah ada beban
-jika berzikir lagi sentiasa diganggu oleh gambaran-gambaran kehidupan dan urusan keduniaan yang tidak pernah sudahnya.
Berzikir dalam keadaan lalai dari sudut pandangan kerohanian
-hati berpaling daripada menumpukan ingatan kepadaNya kepada sesuatu yang selain drpNya yakni makhluk dan akhyar (masiwallah)
-hati tidak dapat melekangkan masiwallah
-hati tidak dapat menangkap nur zikir yang diucapkan atas lidah menyebabkan tingkah laku kita berlawanan dgn apa yang kita zikirkan
-hati masih diselimuti dengan syirik sama ada syirik khafi dan syirik jali hingga sukar nur zikir masuk ke dalam hati
-hati masih gagal mencerap khasiat zikir hingga tiada mempunyai rasa dlm berzikir kepadaNya
-ada juga hati yang seperti orang buta matanya. Rumah telah ada depan matanya tapi si buta tidak dapat melihat keberadaan rumah itu. Bahkan dalam konteks tertentu si buta mata kasar dapat melihat rumah itu dengan hatinya yang celik bahkan lebih mulia daripada yang bermata kasar tapi buta hatinya!
Justeru  kita haruslah terus berzikir kepadaNya meskipun zikir kita setakat sampai pada lisan sahaja....
Lalai berzikir lebih jahat akhlaknya daripada zikir dalam keadaan lalai...Orang yang berzikir dalam keadaan lalai dia tetap akan mendapat pahala...dan lama –kelamaan dengan rahmatNya dan Kasih sayangNya...Allah akan campakkan rasa lazat berzikir dalam erti kata lain zikir itu sudah sampai kepada hati...atau zikir itu mula menjadi lampu menerangi hati yang gelap gulita sebelum ini....
Namun kalau kita lalai berzikir maksudnya langsung tak mau berzikir hatta lisan sekalipun dan sebagainya maka itulah yang dikatakan Allah, kami palingkan hati daripada kebenaran. Meninggalkan zikir bermakna meninggalkan menyebut dan mengingat Allah dan hukumnya adalah berdosa. Dosanya terus menerus bertambah dari waktu ke waktu akibat lalai berzikir kepadaNya.
Bagaimana pula yang dikatakan zikir yang sebenar-benarnya?
Allah berfirman,
“Ingatlah Aku nescaya Aku ingat kamu!”-Surah al-Baqarah 125.
Kualiti zikir seperti ini amatlah tinggi mutunya laksana emas sepuluh! Laksana berlian di atas kaca.
Dalam hadis Qudsi  diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, Allah berfirman,”
“Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaku”
“Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya.”
Keadaan hati orang beriman yang berzikir kepada Allah itu ialah sebagaimana dinyatakan menerusi firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.”  (al-Anfaal 2-4)
Getar hati apabila disebut nama Allah bermaksud zikir yang telah sampai kepada hati yakni zikir itu sudah menjadi lampu yang mula menerangi hati...apabila nur zikir mula menerangi hati maka akan tersingkaplah bagi hati insan itu kepada Kholiqnya yakni Allah Azzawajalla.
Hati yang tersingkap daripada hijab ialah dosa dan syirik yang telah berjaya dileburkan dengan nur zikrullah itu tadi...
Dan selanjutnya hati yang telah diterangi dengan nur zikir itu akan bertambah imannya apabila dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran...tanda bertambah iman ialah bertambah kukuhlah tauhidnya kepada Allah...membesar teguh dan kuat semakin kuat.
Apa yang dia baca dia yakin dan beriman tanpa bangkangan. Sekalipun ia mutasyabihah dia tetap yakin teguh kepada Allah tanpa goyah sedikitpun apatah lagi nak mempersoalkannya. Itulah iman sebenar-benarnya. Kemudian hati yang diterangi nur zikir akan jadi dermawanlah dirinya. Sebahagian harta diperolehinya seperti wang, tanah dan sebagainya diinfakkan ke jalan kebenaran seperti digunakan wang itu untuk berzakat, menderma anak yatim, bersedekah kepada guru yang mendidik hatinya dan seterusnya.
Kemudian Allah angkatlah darjat hambanya serta memperolehi ampunan dan rezeki. Rezeki di penghujung ayat ini bukan merujuk kepada berbentuk keduniaan seperti wang, emas dan lain-lain walaupun itu tidaklah mustahil diperolehi.
Rezeki dimaksudkan ialah kenikmatan yakni rasa lazat sedap ringan mudah dalam melakukan kewajipan dan ketaatan kepada Allah tanpa merasa sedikitpun penat lelah.
Peningkatan darjat insan pula bermula dengan peningkatan jiwa daripada jahat kepada baik..daripada baik kepada lebih baik...daripada lebih baik kepada terbaik...daripada terbaik kepada paling terbaik daripada antara yang terbaik...in sya Allah. Janji Allah tidak pernah mungkir!
Namun ada juga zikir memberi kesan tenang tenteram kepada hati....Antara getar dan tenang pada hati itu semua tertakluk di bawah urusan atau kerja Allah.
Bahkan ada juga yang mati apabila mengingati Allah sewaktu solat semasa membaca ayat-ayat Allah yang berisi ancaman neraka.
Ada juga hati yang dalam keadaan menumpu penuh kepada Allah hingga hanyut dibawa ombak syuhud kepada Allah.
Begitulah keadaan hati yang sampai kepadanya nur zikir.
Walaubagaimanapun keadaan zikir yang sebenar-benar sampai kepada hati menjadi suluhan nur hingga menyingkap tabir hijab antara hamba dengan kholiq kita memerlukan pembimbing agar tidak tersesat dalam cahaya.

“Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) (kepada Adam dan zuriatnya) di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”

Surah al-Hijr Ayat 39-40.

Ikhlas itu apa? Rahsia Allah dengan hamba. Bagaimana nak mencapai keikhlasan kepada Allah? Dengan cara berzikir sebenar-benar kepada Allah hingga nur zikir menerangi hati dan menyingkap tabir hijab antara kita dengan Tuhan. Mohonlah kepada Allah rasa ikhlas itu atau Allah akan hadirkan rasa ikhlas pada hati nurani kita.
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.” Surah An-Nisa' Ayat 76.
Iblis dan anak buahnya para syaitan sentiasa mahu menyesat dan menggoda serta menganggu kita. Tetapi gangguan dan godaan itu adalah lemah.

Strateginya bagaimana?

Berperang melawannya! Itu sahaja. Orang kafir berperang bagi menindas dan membunuh ummat Islam serta memadamkan cahaya Allah dimuka bumi ini. Orang kafir yang bersikap dan bertindak begini( kerana ada orang kafir yang baik dan sentiasa membuat kebajikan ia tidak termasuk dalam kategori diperangi. Harap peka!) Dan orang beriman perangilah orang kafir itu yang berperang di jalan taghut yakni pemimpin yang zalim atau lebih tepat saya katakan taghut itu ialah dajjal yang dibelakangnya terdiri daripada pertubuhan iluminati dan freemason.
Hal ini kerana orang kafir yang berperang di jalan taghut ialah mereka yang bermusuh dengan orang beriman dan berhasrat dengan penuh dendam dan dengki serta sakit hati mahu memadamkan cahaya Allah yakni agama Islam di muka bumi ini.
Wajarkah manusia memadamkan cahaya Allah di atas muka bumi ini sedangkan Allah adalah pencipta dan pemilik bumi dan seluruh alam mayapada dan alam semesta ini???
Sikap orang kafir ini adalah terjemahan daripada hasutan dan godaan iblis dan sekutunya para syaitan. Dan godaan serta tipudaya iblis dan syaitan menerusi orang kafir itu adalah sangat lemah sebenarnya takkan mampu membinasakan orang beriman JIKA iman kita mencapai kualiti IKHLAS atau MUKHLISIN.
Melainkan kita muslim munafik, fasiq, zindiq,tali barut dan sebagainya sifat bermuka-muka.

Jadi dalam konteks perubatan Islam adalah suatu yang biasa apabila syaitan  merasuk pesakit hingga menyebabkan pesakit bukannya sahaja menderita sakit malah pesakit akan menjauhi zikir dan gagal berzikir kepada Allah Ta’ala. Syaitan dapat menguasai fikiran dan merasuk manusia sama ada menjelma sebagai penyakit akibat godaan dan gangguan syaitan atau sihir dan juga menerusi idelogi dan pemikiran seperti menyuntik rasa ‘beriman’ kepada idelogi ciptaan manusia atau idelogi ciptaan yahudi yang pada titik akhirnya menjerumuskan kita ke lembah  neraka. Semoga Allah lindungi kita.
Jadi di sini serba ringkas ini kita dapat lihat betapa penting dan utamanya berzikir kepada Allah. Kalau saya ditanya kenapa mudah sangat ummat Islam dirasuk disihir dan sebagainya...disebabkan meninggalkan zikir kepada Allah. Sama juga keadaan kenapa ummat Islam sekaran ditindas dibunuh dan kita seperti buih dilautan yang tak dapat berbuat apa-apa bagi membantu saudara seagama kita yang sedang dizalimi?
Jawapannya sebab kita meninggalkan zikir kepada Allah!

Kalaupun kita seperti seolah-olahnya berzikir kepada Allah tetapi tiada keikhlasan sejati dalam hati kita menyebabkan terbukanya pintu penguasaan kepada syaitan untuk menakluki kita.
Jadi belajarlah ya..ilmu tentang zikir ini...walau daripada mana kumpulan, tariqah, group, orang perseorangan belajarlah...belajarlah ilmu zikir...in syaa Allah semoga kita ada jalan keluar kepada kemenangan dan kejayaan dunia dan akhirat...
*Saya sedang membuat pengambilan pelajar baharu untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dalam program ini terdapat cara berzikir  panduan daripada pengalaman ahli zikir mudah-mudahan nur zikir itu menyebar dan bersambung-sambungan kepada anda yang membaca tulisan ini.
Ya Allah saksikanlah aku telah menyampaikan!
Lepaskan daku dan muridku daripada hisab yang berat di hari yang mana dinar, dirham, ringgit, dollar, paun dan segala harta benda perniagaan TIDAK BERGUNA SAMA SEKALI.
Utk maklumat lanjut Hubungi Ust Ali
Contact : 013 642 1228
(Telefon ATAU whatapps sahaja SMS TDK AKAN DILAYAN)

Ahad, 1 Februari 2015

Program Gemblengan Ilmu Hikmah Tahun 2015

Assalammualaikum

Mulai Februari program Gemblengan Ilmu Hikmah masih dilanjutkan...tuan puan boleh merujuk entri sebelum ini yang menerangkan tentang program saya anjurkan ini.

Istimewanya untuk tahun 2015 ini saya akan menawarkan pelbagai tambahan ilmu dan pengalaman dalam bidang ini.

Program gemblengan memberi kesempatan kepada anda untuk mempelajari bukan sahaja apa yang dikatakan sebagai perubatan Islam bahkan ilmu-ilmu bermanfaat yang dapat digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Istimewanya lagi program saya anjurkan ini ialah program gemblengan amat mementingkan kefahaman ilmu yang diajarkan kepada calon pelajar.

Saya tidak memberikan anda silibus semata-mata tetapi juga kefahaman yang panjang lebar dan tuntas keilmuan yang akan diajari dan anda terapkan.

Anda akan diajar dan dibimbing dengan suatu pengetahuan yang jarang atau hampir tidak pernah anda dengari dan tahu seumur hidup anda.

Selain itu saya juga melakukan penyelarasan keilmuan saya ajari ini dengan keilmuanm lain aliran putih yang anda pernah pelajari sebelum ini. Hingga anda tidak bingung dalam mempraktikkan sesuatu amalan dan keilmuan apabila diperlukan.

Sediakan payung sebelum hujan. Jangan tunggu hujan lebat baru nak bertindak. Hubungi Ust Ali ditalian 013 642 1228

Program Mahaguru Grandmaster Ilmu Hikmah,Kebatinan dan Ilmu Ghaib

Salam. Kembali dibuka program Gemblengan Mahaguru untu tahun ini yang meliputi ilmu 1. Rahsia Kekuatan Batin Manusia Asas hingga level G...