Rabu, 27 Februari 2013

Maklum balas dan Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah program Gemblengan Ilmu Hikmah terus menjadi pilihan perawat Islam dan masyarakat umum. Baru-baru ini terdapat dua testimoni dan maklum balas yang kami terima. Pertamanya daripada S, seorang perawat Islam yang aktif berkecimpung dalam dunia perawatan.
                Tujuan S menyertai program keilmuan hikmah ini ialah bagi menimba ilmu dalam mempertingkatkan diri dalam hal-hal berkaitan penyembuhan hikmah. Dengan mengikuti gemblengan kami, S dibimbing dengan sepenuh-peuh perhatian sehingga menjadi bekal berguna untuk S membuat rawatan massa kepada masyarakat Borneo.
                Dengan izin dan rahmat Allah, S berhaya melakukan rawatannya seperti merawat pesakit busung, memanggil anggota keluarga yang hilang dan juga lain-lain lagi yang sangat membantu dalam usaha perubatannya.
                Bahkan terdapat seorang pesakit yang amat degil sehingga kerasukan, dengan membaca kunci keilmuan hikmah yang diajar oleh kami dengan izin Allah pesakit itu pulih daripada gangguan rasukannya. S juga berasa semakin mantap dalam perubatan dan dengan izin Allah tidak langsung merasai kesan negative daripada kerja-kerja pengubatan yang merupakan sebahagian dakwahnya yang mulia.
                 S juga mencuba kaedah di ajarkan bagi memanggil balik anggota keluarga yang hilang dan kemudiannya Alhamdulillah kemudiannya tidka lama kemudian keluarga itu mendapat panggilan dari anggota yang menghilangkan diri itu.
                Pengalaman Z pula agak berbeza. Kerja sebagai juruteknik yang mengurus mesin-mesin kadangkala memeningkan kepala. Selalu sahaja sukar untuk Z menyelesaikan punca kerosakan mesin sehingga Z selepas mengikuti gemblengan kami mengatakan masalah itu tidak timbul lagi. Jika ada lima masalah mesin yang memeningkan kepala, empat daripadanya dapat diselesaikan  dengan mudah cepat dan tepat. Begitulah daya pemikirannya semakin meningkat, dadanya lapang dan semakin baik melangkah dalam dunia pekerjaan.
                Siapapun anda sama ada perawat Islam, orang awam biasa, pekerja dan pencari ilmu yang dapat membuahkan hasil dan kesan terhadap kehidupan sehari-hari silalah mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah daripada kami dengan segera. Segeralah daftarkan diri dan saringan akan dibuat bagi memastikan yang benar-benar mahu mengikuti program sahaja dapat ditolong dan dibantu mencapai tujuannya.
                Bagi perawat Islam di sana tentu ramai yang mengikuti perubatan Islam. Sebagaimana Z, dengan menggabungkan teknik ilmu hikmah yang kami ajari dan juga beri pedoman maka pengubatannya makin mantap, berkesan dan mudah.
                Untuk bulan Mac masih banyak tempat kosong untuk pendaftaran Gemblengan Ilmu Hikmah. Untuk makluman program dilaksanakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tarikhnya silalah anda tentukan kemudian. Sila email ke rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tempat VVIP anda hari ini!

Ahad, 17 Februari 2013

Pengalaman Pelajar Gemblengan Ilmu Hikmah

Baru-baru ini kami telah menerima dan menggembleng seorang pelajar yang juga seorang perawat Islam yang aktif bergerak. Alhamdulillah berkat gemblengan tersebut berlaku peningkatan potensi rawatan kepada dirinya sehingga dia menjadi benar-benar yakin untuk mendepani segala gangguan dan jenis penyakit. 

Gemblengan Ilmu Hikmah dilakukan secara personal empat mata bermula pagi hingga mencecah ke waktu petang. Sinaran rahmat dan pahala mencurah-curah bagai hujan dari langit nan tinggi. Sebelum beliau beredar saya menasihatkan dirinya agar istiqomah dan menjaga hati serta merawat keyakinan saban waktu. Elakkan membuang masa kepada perkara yang sia-sia. Jangan mudah putus asa. Nanti akan muncul pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka semasa merawat pesakit. Insya Allah. 

Bagi perawat, mualij dan sesiapa sahaja yang berminat boleh menghubungi rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tarikh dan waktu yang sesuai bagi tujuan gemblengan Ilmu Hikmah. Kami tidak mengajarkan sihir dan trick tetapi ilmu yang sebenar-benarnya, untuk manfaat diri keluarga dan masyarakat sekeliling. 

Jangan bazirkan masa, tenaga dan duit anda kepada perkara sia-sia. Laburlah untuk kebaikan anda, keluarga dan masa depan anda di akhirat kelak. Saya mengalu-alukan kedatangan email anda untuk permohonan belajar. Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hemah hati kami dalam memberikan yang terbaik untuk anda. 

PERHATIAN : Untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah kaedah Rahmaniah ini anda dikehendaki menepah tarikh dan waktu yang sesuai dengan anda. Bagi kami di sini, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang sesuai untuk gemblengan memandangkan hari tersebut adalah hari cuti minggu. Kalau tidak sempat boleh pada hari bekerja tetapi dengan makluman terlebih dahulu. 

Motto kami : Mewariskan ilmu dari sumbernya. Mewariskan ilmu yang hak. Mewariskan ilmu yang bermanfaat. Ilmu laksana cahaya yang menerangi jiwa. Sumbunya adalah kesungguhan. Minyaknya adalah diri anda sendiri!

Jumaat, 15 Februari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah tolak amalan damping jin

Berdamping dengan jin boleh dilakukan dengan berbagai cara. Saya rasa semua sudah maklum akan hal itu. Cari saja di internet bersepah caranya ditulis. Perdampingan dengan jin tidak banyak memberi keuntungan kepada perawat kerana perawat akan bergantung kepada jin tersebut. Ini menyebabkan pergantungan dengan Allah berkurangan dan tergelincir kepada syirik. Banyak juga perawat yang mengaku mengamalkan perubatan Islam berdamping dengan jin. Katanya jin Islam. Sejauh mana kita dapat mengetahui jin itu Islam atau tidak?Kalau Islam pun sejauh mana kita dapat menjangka tingkah laku dan feelnya terhadap kita sepanjang perdampingan itu berlangsung? Perdampingan itu sering ditandai dengan pemberian hadiah kononnya dari alam ghaib seperti batu cincin, keris, tongkat, tasbih sekalipun. Dengan memiliki barangan tersebut maka ikatan persahabatan antara manusia dengan jin berlangsung. Seringkali kita hairan perawat yang berdamping dengan bersahabat dengan jin akan menggunakan ayat suci al Quran dan zikir yang biasa kita baca. Ketahuilah apabila iktikad kita rosak dan keimanan kita telah dipesongkan spt pergantungan kepada jin khodam ini maka secara terusnya segala amalan kita tidak akan diterima Allah. Bacaan kita hanya menjadi angin lalu. Dari mana timbul perkara mencarik adat kalau bukan dari kemurkaan Allah menerusi perkara ajaib yang berlaku! Cuba lihat sebuah riwayat tentang doa yang ditolak oleh Allah walaupun telah melepasi hingga tujuh langit. Allah Maha Bersih dan Allah hanya menerima sesuatu yang bersih sahaja. Orang-orang berdamping dengan jin ini walaupun dia solat dan zikir mereka tidak diterima oleh Allah jadi perlakuan ibadah itu tidak lebih sebagai lakonan yang bertujuan menipu diri mereka sahaja dan menipu orang lain yang terpedaya dengan tipuan dan kata-kata mereka. Hal ini bukanlah saya menolak kewujudan barang dialam ghaib tersebut cuma hendak menegaskan apa yang ada disekeliling kita pun sudah tidak terpakai dan digunakan lagi. Contohnya sejadah bunian dari alam ghaib walhal sejadah di rumah kita yang dibeli dengan harta yang halal dan pasti pun sudah lama kita tidak gunakan. Inikan pula mahu taksub dengan sejadah pemberian bunian. Memanglah pada peringkat awal tiada kelihatan unsur syirik tetapi lama-kelamaan akan terserlah juga. Alhamdulillah dalam Gemblengan Ilmu Hikmah Kaedah Rahmaniah ini kami tidak sesekali mengamalkan ajaran untuk berdamping dengan hantu jin syaitan. Roh kita lebih kuat daripada jin-jin di muka bumi dan di langit jika  benar-benar kita mensucikannya dengan tauhid yang luhur dan amalan yang hak. Maka betullah kata orang-orang tua, pastikan niat kita bersih apabila beramal dengan sesuatu ilmu. Kalau dah niat nak jumpa khadam jin ratu jin itu ini wiridlah sejuta kali ayatul kursi atau doa nurbuwwah sekalipun datanglah selaksa tentera jin naik kuda bercahaya sekalipun semua itu tdk memberi manfaat kepada keselamatan kita di akhirat kelak malah boleh menjadi faktor terjerumusnya kita ke lembah neraka. Nau zubillah. 

Selasa, 12 Februari 2013

Ilmu Hikmah Khusus Untuk Semua

Salam sejahtera. Dengan testimoni sekian banyak pelajar Ilmu Hikmah kepada saya membuktikan Gemblengan Ilmu Hikmah Perubatan Kaedah Rahmaniah berbaloi kepada mereka yang mengambil keputusan untuk mempelajarinya. Namun demikian haruslah difahami ilmu hikmah bukanlah ilmu yang kemahiran yang dapat diukur keberadaan dan keupayaannya. Keberadaannya dan keupayaannya bersifat ghaib namun dapat dirasai dan digunakan untuk pelbagai tujuan yang baik-baik, Untuk makluman pembaca untuk bulan Februari masih dibuka peluang seluas-luasnya unntuk sesiapa sahaja tanpa mengira golongan untuk mempelajari keilmuan ghaib yang ampuh ini. Bagi tujuan tersebut bolehlah emailkan permohonan ke rahmaniah999@gmail.com. Hanya yang benar-benar serius sahaja diminta membuat permohonan belajar manakala yang hanya mahu main-main silalah beredar dari blog ini.

Isnin, 11 Februari 2013

Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah Perubatan Kaedah Pengubatan Rahmaniah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Beberapa minggu sebelum ini saya ada mengembleng seorang pelajar Ilmu Hikmah bernama Z. Z memang sudh mengalami gangguan antaranya kesan ambilan ilmu salah dan sihir. Selepas pembersihan dan pengisian ilmu, Z beramal mengikut tatacara yg ditunjuk ajar oleh saya melalui berdepan dan panduan dalam nota yang dibekalkan bersama.

Mulanya Z agak ragu. Saya terus mendorongnya utk melakukan amalan sebagaimana diajar. Pentingnya menyakini akan apa yang ditunjuk ajar oleh guru walaupun belum mendapat sesuatu. Moral kpd pelajar Ilmu Hikmah yang lain juga :). Dan Z patuh dan hasil pertama atas petunjuk Allah yg memberikan kekuatan kpd keyakinan dan dirinya.

Z mendapat petunjuk pertama :

apa khabar...ada info terbaru....satu lg sebelum saya pegi kerja kemarin saya nampak kelibat kat depan rumah tepi longkakng saya rase ilmu sihir yng ditanam masih belum mati...ape nak buat tu tuan...insyaALLAH nnt saya balik saya kuat2 kan tekad....saya buat dgn izin ALLAH...

Nasihat atau maklum balas terhadap Z : Teruskan amalan diberikan dgn penuh keyakinan.

Tak lama kemudian Z hubungi saya melalui telefon: 

1. Semalam saya bermimpi melihat Tuan (pembimbing Ilmu Hikmah) bersama diri saya berdiri di halaman rumah saya dan tuan mendorong saya untuk menscan halaman rumah dgn teapak tangan dan tibatiba muncul kain hitam menerjah saya. saya pun melawannya hingga kain hitam itu hilang....


Nasihat saya : Teruskan amalan.

Tak lama Z mendapat satu lagi bantuan drp Allah dgn jelas dan nyata:


2. Assalamualaikum Tuan,

Saje nak berkongsi dgn Tuan Pengalaman, Semalam lepas saya zikir, tetiba selepas itu sy rase mcm tenang dan tergambar kawasan rumah saya dgn jelas...dgn tgn saya terus bergerak mcm scan,,,tetiba sampai dekat satu kawasan ni hati rse mcm ada sesuatu, jd saya pun mcm terdetik benda x bagus dan kata hati ckp ini langsuir....saya terus dgn cara Tuan Ajar saya hembus dan buang tgn cam buang dgn perasaan agak bersemangat cam marah...ok ker tu Tuan---atau ujian semasa beramal...

Sekian Tuan dari saya yg Jahil...semua dtg dr ALLAH...ALLAH juga yg melorong kan semua nya...


Nasihat dan maklum balas saya : Alhamdulillah yakinlah dgn apa yang Allah tunjukkan pada saudara. Tetap beramal dgn panduan diberikan. 

Gemblengan Ilmu Hikmah masih dibuka. Silalah berhubung dgn saya utk temujanji. Bagi pelajar senior dan lain2 pelajar junior ambillah iktibar drp pengalaman Z ini. Tak ada masa saya nak menulis dusta dan membohongi org lain dan membuat saham dosa di blog ini. Semuanya drp pengalaman benar.

Sila email ke rahmaniah999@gmail.com utk temujanji pembelajaran Ilmu Hikmah

Jumaat, 8 Februari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah Suatu Permulaan

Salam sejahtera. Gemblengan Ilmu Hikmah yang ditawarkan menerusi blog ini menjanjikan bimbingan bagi setiap orang yang mahu bermula dalam bidang pengubatan hikmah. Akan dibimbing satu persatu silibus pengajian hingga pelajar dapat mempraktiskan dengan mudah dan mustajab, insya Allah. Gemblengan ilmu hikmah juga baik untuk bagi yang mahu mencari sesuatu ilmu yang dikatakan sebagai pakaian diri. Mencari apa yang disebut sebagai pendinding diri. Apa yang dinamakan sebagai pengisi dada atau sediakan payung sebelum hujan.

Ia juga sesuai bagi sesiapa yang menceburi bidang pengubatan Islam, alternatif, doktor. Juga sesuai untuk arkitek, jurutera, pegawai, polis, tentera, orang awam biasa. Sesuai untuk semua golongan dari remaja hingga dewasa dan tua. Insya Allah dengan mengikuti gemblengan ilmu hikmah ini memadailah untuk anda bergerak bertugas dan berkecimpung dalam apa sahaja bidang dan karier kehidupan. Bagi penceramah dan penyanyi akan menguatkan keyakinan menghapuskan gemuruh dan membenteng diri daripada segala kejahatan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa.

Tujuan program ini dibuka ialah bertujuan menyediakan saluran kepada masyarakat untuk menimba ilmu hikmah tepat dari sumbernya. Tersaring daripada segala unsur syirik.


ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...