Jumaat, 8 Februari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah Suatu Permulaan

Salam sejahtera. Gemblengan Ilmu Hikmah yang ditawarkan menerusi blog ini menjanjikan bimbingan bagi setiap orang yang mahu bermula dalam bidang pengubatan hikmah. Akan dibimbing satu persatu silibus pengajian hingga pelajar dapat mempraktiskan dengan mudah dan mustajab, insya Allah. Gemblengan ilmu hikmah juga baik untuk bagi yang mahu mencari sesuatu ilmu yang dikatakan sebagai pakaian diri. Mencari apa yang disebut sebagai pendinding diri. Apa yang dinamakan sebagai pengisi dada atau sediakan payung sebelum hujan.

Ia juga sesuai bagi sesiapa yang menceburi bidang pengubatan Islam, alternatif, doktor. Juga sesuai untuk arkitek, jurutera, pegawai, polis, tentera, orang awam biasa. Sesuai untuk semua golongan dari remaja hingga dewasa dan tua. Insya Allah dengan mengikuti gemblengan ilmu hikmah ini memadailah untuk anda bergerak bertugas dan berkecimpung dalam apa sahaja bidang dan karier kehidupan. Bagi penceramah dan penyanyi akan menguatkan keyakinan menghapuskan gemuruh dan membenteng diri daripada segala kejahatan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa.

Tujuan program ini dibuka ialah bertujuan menyediakan saluran kepada masyarakat untuk menimba ilmu hikmah tepat dari sumbernya. Tersaring daripada segala unsur syirik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...