Jumaat, 15 Februari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah tolak amalan damping jin

Berdamping dengan jin boleh dilakukan dengan berbagai cara. Saya rasa semua sudah maklum akan hal itu. Cari saja di internet bersepah caranya ditulis. Perdampingan dengan jin tidak banyak memberi keuntungan kepada perawat kerana perawat akan bergantung kepada jin tersebut. Ini menyebabkan pergantungan dengan Allah berkurangan dan tergelincir kepada syirik. Banyak juga perawat yang mengaku mengamalkan perubatan Islam berdamping dengan jin. Katanya jin Islam. Sejauh mana kita dapat mengetahui jin itu Islam atau tidak?Kalau Islam pun sejauh mana kita dapat menjangka tingkah laku dan feelnya terhadap kita sepanjang perdampingan itu berlangsung? Perdampingan itu sering ditandai dengan pemberian hadiah kononnya dari alam ghaib seperti batu cincin, keris, tongkat, tasbih sekalipun. Dengan memiliki barangan tersebut maka ikatan persahabatan antara manusia dengan jin berlangsung. Seringkali kita hairan perawat yang berdamping dengan bersahabat dengan jin akan menggunakan ayat suci al Quran dan zikir yang biasa kita baca. Ketahuilah apabila iktikad kita rosak dan keimanan kita telah dipesongkan spt pergantungan kepada jin khodam ini maka secara terusnya segala amalan kita tidak akan diterima Allah. Bacaan kita hanya menjadi angin lalu. Dari mana timbul perkara mencarik adat kalau bukan dari kemurkaan Allah menerusi perkara ajaib yang berlaku! Cuba lihat sebuah riwayat tentang doa yang ditolak oleh Allah walaupun telah melepasi hingga tujuh langit. Allah Maha Bersih dan Allah hanya menerima sesuatu yang bersih sahaja. Orang-orang berdamping dengan jin ini walaupun dia solat dan zikir mereka tidak diterima oleh Allah jadi perlakuan ibadah itu tidak lebih sebagai lakonan yang bertujuan menipu diri mereka sahaja dan menipu orang lain yang terpedaya dengan tipuan dan kata-kata mereka. Hal ini bukanlah saya menolak kewujudan barang dialam ghaib tersebut cuma hendak menegaskan apa yang ada disekeliling kita pun sudah tidak terpakai dan digunakan lagi. Contohnya sejadah bunian dari alam ghaib walhal sejadah di rumah kita yang dibeli dengan harta yang halal dan pasti pun sudah lama kita tidak gunakan. Inikan pula mahu taksub dengan sejadah pemberian bunian. Memanglah pada peringkat awal tiada kelihatan unsur syirik tetapi lama-kelamaan akan terserlah juga. Alhamdulillah dalam Gemblengan Ilmu Hikmah Kaedah Rahmaniah ini kami tidak sesekali mengamalkan ajaran untuk berdamping dengan hantu jin syaitan. Roh kita lebih kuat daripada jin-jin di muka bumi dan di langit jika  benar-benar kita mensucikannya dengan tauhid yang luhur dan amalan yang hak. Maka betullah kata orang-orang tua, pastikan niat kita bersih apabila beramal dengan sesuatu ilmu. Kalau dah niat nak jumpa khadam jin ratu jin itu ini wiridlah sejuta kali ayatul kursi atau doa nurbuwwah sekalipun datanglah selaksa tentera jin naik kuda bercahaya sekalipun semua itu tdk memberi manfaat kepada keselamatan kita di akhirat kelak malah boleh menjadi faktor terjerumusnya kita ke lembah neraka. Nau zubillah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...