Rabu, 27 Februari 2013

Maklum balas dan Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah program Gemblengan Ilmu Hikmah terus menjadi pilihan perawat Islam dan masyarakat umum. Baru-baru ini terdapat dua testimoni dan maklum balas yang kami terima. Pertamanya daripada S, seorang perawat Islam yang aktif berkecimpung dalam dunia perawatan.
                Tujuan S menyertai program keilmuan hikmah ini ialah bagi menimba ilmu dalam mempertingkatkan diri dalam hal-hal berkaitan penyembuhan hikmah. Dengan mengikuti gemblengan kami, S dibimbing dengan sepenuh-peuh perhatian sehingga menjadi bekal berguna untuk S membuat rawatan massa kepada masyarakat Borneo.
                Dengan izin dan rahmat Allah, S berhaya melakukan rawatannya seperti merawat pesakit busung, memanggil anggota keluarga yang hilang dan juga lain-lain lagi yang sangat membantu dalam usaha perubatannya.
                Bahkan terdapat seorang pesakit yang amat degil sehingga kerasukan, dengan membaca kunci keilmuan hikmah yang diajar oleh kami dengan izin Allah pesakit itu pulih daripada gangguan rasukannya. S juga berasa semakin mantap dalam perubatan dan dengan izin Allah tidak langsung merasai kesan negative daripada kerja-kerja pengubatan yang merupakan sebahagian dakwahnya yang mulia.
                 S juga mencuba kaedah di ajarkan bagi memanggil balik anggota keluarga yang hilang dan kemudiannya Alhamdulillah kemudiannya tidka lama kemudian keluarga itu mendapat panggilan dari anggota yang menghilangkan diri itu.
                Pengalaman Z pula agak berbeza. Kerja sebagai juruteknik yang mengurus mesin-mesin kadangkala memeningkan kepala. Selalu sahaja sukar untuk Z menyelesaikan punca kerosakan mesin sehingga Z selepas mengikuti gemblengan kami mengatakan masalah itu tidak timbul lagi. Jika ada lima masalah mesin yang memeningkan kepala, empat daripadanya dapat diselesaikan  dengan mudah cepat dan tepat. Begitulah daya pemikirannya semakin meningkat, dadanya lapang dan semakin baik melangkah dalam dunia pekerjaan.
                Siapapun anda sama ada perawat Islam, orang awam biasa, pekerja dan pencari ilmu yang dapat membuahkan hasil dan kesan terhadap kehidupan sehari-hari silalah mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah daripada kami dengan segera. Segeralah daftarkan diri dan saringan akan dibuat bagi memastikan yang benar-benar mahu mengikuti program sahaja dapat ditolong dan dibantu mencapai tujuannya.
                Bagi perawat Islam di sana tentu ramai yang mengikuti perubatan Islam. Sebagaimana Z, dengan menggabungkan teknik ilmu hikmah yang kami ajari dan juga beri pedoman maka pengubatannya makin mantap, berkesan dan mudah.
                Untuk bulan Mac masih banyak tempat kosong untuk pendaftaran Gemblengan Ilmu Hikmah. Untuk makluman program dilaksanakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tarikhnya silalah anda tentukan kemudian. Sila email ke rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tempat VVIP anda hari ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...