Rabu, 26 Januari 2011

Kaedah Mengembalikan Sihir

Salam. Ada beberapa kes yang dirujuk kepada saya, berpunca daripada perbuatan khianat sihir menyihir. Apabila seseorang perawat merawat dengan kaedah yang betul dan tepat, insya Allah, pesakit yang terkena sihir dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam sahaja. Malahan ada pengalaman saya, merawat seorang pesakit yang disihir agak teruk, dapat dipulihkan setelah dirawat dalam tempoh masa 1-2 jam secara total. Namun ini bukanlah suatu janji dan suatu kepastian yang terus menerus berlaku. Semua pada akhirnya tertakluk kepada keizinan Allah. Apa yang saya hendak fokuskan di sini ialah apabila kes sihir tersebut berulang setelah pesakit sembuh dirawat. Kes-kes berulang begini, perawat hendaklah memulangkan kembali kepada penyihir. Kaedah memulangkan sihir dengan kaedah yang haq terdapat berbagai-bagai cara. Ada yang mendirikan solat hajat+wirid salamun qaulan...Ada yang wirid ayat 82 surah Yassin. Kaedah hitam pun ada. Sebagai perawat muslim, hendaklah kita berwaspada tatkala merawat kes sihir kerana kebarangkalian untuk diserang ketika merawat dan dalam tempoh 24 jam adalah besar. Malah ada perawat yang sakit-sakit dan ada juga yang meninggal dunia diserang balik oleh bomoh sihir. Banyak saya jumpa perawat yang berpatah arang berkerat rotan tidak mahu merawat lagi sesudah diserang hebat oleh bomoh. Ibarat kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Sebelum perawat diserang sesudah pesakit dirawat, perawat boleh memulangkan balik sihir sebaik sahaja 'pembersihan' dilakukan. Insya Allah, kebarangkalian diserang balik akan berkurangan atau tiada. Paling penting teguhkan niat dalam bidang ini. Niat hanya mencari redho Allah bukannya mencari keuntungan dunia dengan jalan yang syubhah, muslihat dan melampau-lampau kerana bukan sedikit ustaz-ustaz perawat mengambil kesempatan 'menipu kes-kes rasuk' bagi menyakinkan orang ramai terhadap bengkel rawatan dan pusat rawatan mereka. Ini tidak baik.

Selasa, 18 Januari 2011

Solat Istikharah Sebelum Memilih Hendak Belajar

Alhamdulillah. Segala puji dna syukur bagi Allah. Sejak saya membuka tawaran bimbingan dan gemblengan IHNM ini ramai yang mengambil keputusan bijak untuk belajar dan menghayati kebesaran Allah melalui limpahan rahmatnya yang maha luas. Kini, sebagaimana yang telah saya maklumkan, saya tidak akan terus membuka tawaran bimbingan dan gemblengan ini selamanya. Saya akan tutup apabila sudah mencapai bilangan tertentu. Oleh itu bagi yang telah singgah ke blog ini, dan membaca tentang bimbingan ilmu hikmah dan berminat, maka hendaklah segera membooking masa untuk datang menerima pengisian. Tuan-tuan boleh terus emel kepada saya dapatkan maklumat dan persediaan sebelum datang. Jangan berfikir panjang. Dengan rahmat Allah, bagi saudara yang ingin mencari ilmu perubatan kerohanian yang sebenar, saudara pasti akan berasa tertarik untuk menyertai program ini apabila sudah membaca entri mengenainya di blog ini. Keinginan dan cenderung hati itu saya yakin semuanya daripada Allah Ta'ala. Banyak yang sudah mendirikan solat istikharah dan terjumpa blog saya, mempunyai gerak hati kuat untuk belajar, alhamdulillah. Apabila mereka menerima pengisian mereka juga telah menyatakan kesyukuran yang tiada terkata apabila dapat menerima bimbingan dna pengisian ilmu hikmah , insya Allah. Allah Maha Besar dan Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu. Jadi kalau saudara ragu-ragu juga boleh solat istikharah, buatlah keputusna bijak sebelum tuan tuan menceburkan diri dalam bidang perawatan Islam ini kerana hanya dengan saluran yang haq dan benar sahaja dapat kita berdepan dengan berbagai ragam gangguan dan penyakit. Jadi tiada ketidakpastian lagi selepas ini, insya Allah. Banyak yang telah menerima pengisian telah menyatakan mereka solat istikarah dahulu dna kuat gerak hatinya hendak belajar dengan saya, insya Allah semuanya atas rahmat Allah, saya juga mohon berlindung daripada kejahatan nafsu dan sifat-sifat keji serta bisikan syaitan. Selagi saya terdaya saya bantu sehinggalah saya rasa mencukupi dan tidak lagi membuka bimbingan ini.

Insya Allah.

Isnin, 17 Januari 2011

Pengalaman Merawat dan Membimbing Di Sabah

Salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya. Dengan izin dan rahmatNya, saya dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada saya sebaik mungkin. Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, saya ke Sabah kerana diundang. Walaupun kali pertama saya ke sana namun saya tidaklah berhasrat untuk ke mana-mana.

Walaupun terdetik juga hendak berjalan-jalan. Namun pengisian selama 3 hari itu padat dengan pembelajaran dan sesi rawatan. Sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan juga yang sedikit mencabar ialah merawat orang-orang Ranau. Dalam pakej bimbingan perubatan hikmah, saya juga menyatakan bimbingan praktikal merawat.

Murid boleh mengemukakan pesakitnya sendiri dan lihat saya merawat mereka. Dan kali ini, saya dihadapkan dengan 6 pesakit yang mempunyai masalah berbeza-beza. Namun kesemuanya melibatkan gangguan. Dan gangguan tersebut yang dominan ialah saka dan sihir. Dengan rahmat Allah dua pesakit wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan murid saya ini, dapat saya rawat sehingga mereka melihat sendiri Nur Allah yang terang benderang di akhir sesi rawatan.

Bukanlah suatu yang memelikkan. Apalah hendak dipelikkan. Kita ini kadangkala bercakap sahaja gah tetapi, penyaksian tiada. Mengapa berlaku demikian?Kerana masih wujud kesombongan terhadap Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Maka carilah rahmat Allah. Jangan cari Allah. Walhal pada diri kamu sendiri tiada kamu perhatikan.
***
Di Daerah Ranau, 95% terdiri daripada etnik Dusun. 50% muslim 50% lagi Kristian, pagan, Helluyah dll. Murid dan kesemua pesakit saya orang Dusun. Antara ke enam-enam pesakit, paling keras gangguannya ialah seorang pesakit iaitu seorang gadis lepasan maktab perguruan. 

Setelah kain diselubungkan pada tubuhnya, saya mula membaca ayat kunci dan kalimah-kalimah perlindungan. Sewaktu saya membaca ayatul kursi dia mengigil. Saya pandang tepat titik antara kedua matanya smabil membaca Laqod ja akum...Dia menitiskan air mata. Semakin kuat ngongoinya. Setelah selesai membaca saya mula buat teknik rentapan dna pancaran-penyaluran.

Beberapa kali saya buat dia tetap dalam keadaan sama. Sebagai manusia biasa, kita juga bisa 'jatuh'. 'Jatuh' kerana alpa dan lalai. Baharu saya teringat, ada 4 step saya tidak suruh dia lakukan iaitu pertama meminum air yang telah didoakan, kedua menyapu minyak attar, ketiga menyuruhnya membaca syahadah, istighfar dan selawat serta menyatakan berkomonikasi dengannya sebagaimana saya lakukan ke atas pesakit saya sebelum ini. Natijahnya, gangguan tersebut, sukar ditarik. Semuanya atas peringatan Allah kepada saya agar jangan memandang remeh setiap masalah gangguan kerana bukan masalahnya kita perlu angkat itu jin hebat dan sakti, tetapi masalahnya hubungan kita dengan Allah. Apabila sudah dapat merawat dengan jayanya, maka kita selalu sahaja terlupa dan lalai dan mulalah mahu melihat AKU.

Patutnya Allah sahaja tempat pergantungan mutlak dan susah senang mudah sukar semuanya kena kembali pada Allah. Satu pengajaran buat saya dan buat murid saya.

Sesi tersebut nyata melewati sejam lebih. Kadangkala menangis kuat, kadangkala ketawa. Murid saya yang membaca Ayatul Kursi pun, diketawa dan dicebikkan mulutnya. Saya berhentikan rawatan. Saya naik ke bilik, tunaikan solat asar yang sudah sejam berlalu dan berwirid memohon kepada Allah.

Maka di situlah kita pulangkan segala-galanya kepada Allah. Hati kita. Jiwa kita. Ikhtiar kita, Usaha kita, Kuasa kita, gerak kita semuanya kembali kepadaNya. Setelah   'kembali ke asal' maka saya turun kebawah. Melihat pesakit masih ketawa dan mengejek saya langsung mencapai air doa dan duduk di depannya. Ketawanya berhenti dan badanya mengigil.

Saya tidak mahu percaya apa-apa tatkala itu. Biarlah. Segala-galanya Allah sahaja ketika itu. Kerasukan dan kejadian yang berlaku ini pun kerana Allah, dan fiil Nya pada makhluk sebagai suatu peringatan dan memenuhi janjiNya kepada kita. Lantas saya menuangkan sedikit air doa ke tangan, dengan bismillah, saya rejamkan air kemuka pesakit. Langsung dia menjerit dan terkulai.

Pesakit sedar sedikit namun jin saka masih ada dalam tubuhnya. Saya suruh dia minum air doa basahkan muka, telapak tangan dan kakinya. Dan saya mulakan balik sesi rawatan dengan syahadah.

Alhamdulillah, dengan 1 kali membaca ayatul kursi gangguan jin tersebut dengan izin Allah mati dan pesakit tersedar. Saya mengajarnya syahadah dan membuat imbasan sekali lagi. Sudah tiada. Namun saya melihat jauh ke dalam nurani, sihir masih lekat pada dirinya biarpun telah ditawarkan....Saya sambung sesi rawatan gadis ini pada esok harinya. Kerana saya terpaksa mengikuti murid saya ini ke rumah pesakit lain yang sedang menunggu...Ada masa saya ceritakan pengalaman saya merawat adik beradik lelaki ini...agak mencabar juga walaupun tidak kerasukkan hanya sekadar diperlihatkan Allah sahaja...
***
 Esok pagi saya mulakan rawatan kedua ke atas gadis tersebut. Dengan semua step yang selalu dibuat, saya lakukan, gadis tersebut tidak kerasukkan lagi. Oleh kerana bagi memastikan gangguan tidak berulang saya memohon kepada Allah agar dipulang segala perbuatan sihir tersebut disertai dengan gerak yang haq dnegan keyakinan 1000%. Malahan dengan izin Allah dia melihat  barang-barang sihir malahan rumah penyihir pun dia dinampakkan Allah. Antaranya dia melihat dirinya dihempap batu, terdapat barang sihir yang terdiri daripada bangkai binatang, lambang salib yang besar. Kesemuanya saya mohon pada Allah agar dipulangkan kepada penyihirnya. Batu yang menghempap di tolak dengan makrifah. Salib yang besar di hadapan mata batin gadis itu, dengan rahmat Allah saya musnahkan dengan kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi dan ungkapan ke atas penyaksian kerasulan nabi muhammad. Masya Allah.

Bangkai binatang di musnahkan. Kemudian dia tubuh seorang lelaki yang hitam legam laksana arang terbaring. Kemudian dilihatnya sebuah rumah yang dibawahnya sudah berlonggok dengan kayu api dengan di atas rumah itu berselimutkan cahaya putih berkilauan. Akhirnya, dia melihat tanah perkuburan dan jenazah yang sedang mahu dikebumikan, dengan wajahnya hitam laksana arang, terbakar hangus.

Masya Allah. Kita tidaklah meminta kepada Allah berlakunya demikian namun Allahlah yang membalas kejahatan orang-orang yang jahat dna moga-moga Allah membantu kita menolongi kita dengan rahmatnya berdepan dengan kaum kafir sama ada terdiri daripada golongan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah dengan golongan jin kafir yang engkar lagi derhaka berdendam kesumatnya kepada manusia.

Gadis tersebut masih nampak putaran antara nur dan kegelapan seolah-olah saling berlawan. Dengan izin Allah, tegak seperti alif. Saya pun membacakan dengan haq dan rahmatNya sepotong ayat. Alhamdulillah.

Gadis tersebut sudah tidak nampak apa-apa lagi. Cuma suasana yang terang benderang. Tiada lagi kegelapan atau jalur-jalur hitam. Cuma katanya, jauh di sudut hatinya terdapat sesuatu yang panas, keras dan degil. Ini masalah rohani. Dengan izin Allah rahmat dan redhoNya saya membimbingnya berzikir dengan zikir ismu Zat Allah, Alhamdulilah dan di akhirnya dipohon rahmatNya dan Nur Nya sebagaimana yang pernah dipohonkan Nabi Muhammad SAW. (Carilah dan amalkan doa cahaya tersebut, jangan pandang sebelah mata, konon nak raup semua tapi tak terhayati pun setiap satunya. )

Gadis itu sangat tenang, tersenyum dan dia hanya memandang cahaya yang amat bersih, suci dan menenangkan amat sangat. Kami akhiri sesi tersebut dengan doa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah.

Sabda Nabi: Sebaikbaik doa ialah alhamdulillah.

Allahuahkbar!

bersambung..insya Allah...

Selasa, 11 Januari 2011

Susuk Berlian 2

Assalammualaikum.
Segala puji dan puja bagi Allah pada sebanyak ilmu Allah...

Semalam saya datang lagi ke rumah Opah yang menderita sakit-uzur akibat pemakaian susuk berlian sejak berumur belasan tahun. Saya tiba di rumah anaknya (opah berada di sana), pada pukul 10.30 malam. Malam agak dingin setelah hujan. Salakan anjing dari jiran sebelah mengejutkan saya. Di tangan kanan saya terdapat satu beg plastik yang berisi air mineral yang telah diwirid-doakan serta minyak wangi Oud sebagai bahan perawatan. Tiada bahan lain.

Sewaktu saya berdepan dengan Opah, saya mengukuhkan sila lantas merenung jauh ke dalam batini saya. Dengan kalimah yang suci lagi mulia, Bismillah, syahah, istihfar dan selawat, saya mulakan dengan kalimah-kalimah yang mengandungi perlindungan kepada Allah. Sambil2 itu saya merenung opah yang kelihatan semakin baik. Opah tidak lagi seperti kali ke1 dna ke 2 saya berjumpa dengannya dalam dua minggu lepas. Opah boleh duduk diam-diam, dan berkomonikasi dengan lancar.

Opah menyuruh saya membuang semua benda-benda yang telah dimasukukan ke dalam tubuhnya. Saya melihat dalam nurani saya, susuk yang dipasang pada pangkal peha sudah hampir tiada, sudah luntur kekuatannya sama sekali, cuma yang ada kesan-kesan biasa sahaja. Ibarat luka yang sedang pulih dengan baiknya. Saya melihat juga dengan nurani saya, saka yang mengikuti Opah, Sudah tiada. Yang ada hanyalah sisa-sisa sahaja yang sudah teruk benar. Ataupun jin-jin generasi baharu yang teragak-agak mahu 'masuk campur'. Mereka di luar sahaja dan tidak berani mendekati Opah sewaktu saya berada di sisi opah. Saya menggunakan teknik pancaran nur dan doa mustajab, dan jabat syifa khusus pada anggota2 tubuhnya. Sambil itu anak-anak Opah bercerita sejak saya pulang, Opah sudha semakin baik dari hari ke hari. Ia semakin kurang mengeluh sakit, meracau dan sudah bercakap dengan JELAS yang sebelum ini cakap Opah LANGSUNG tidak difahami. Alhamdulillah, puji pulangkan kepada Allah.

Mereka menuruti semua panduan saya, alhamdulillah berkat kesabaran dan berterusan menjaga Opah dengan izin, rahmat dan kasih sayang Allah, Opah semakin baik cuma dalam sehari dua ini Opah tidak berselara untuk makan dan merasa demam-demam. Ini termasuklah menantu Opah yang, Pak Cik yang mengalami demam. Siptom demam diperolehi sejak anak-anak mereka mengambil barang pusaka Opah dari rumah pusaka di Perak.

Saya terlupa sungguh hendak mengambil gambar barang pusaka tersebut yang terdiri daripada kipas tangan yang berlukisan gambar pokok-pokok hijau, celak dengan bekas tembaganya dan sebatang paku yang masih elok tidak berkarat walaupun sudah puluhan tahun disimpan. Mungkin 60  tahun usia barang tersebut memandangkan usia Opah sudah berumur 81 tahun. Namun demikian saya ada mengambil gambar Opah sewaktu serbuk-serbuk berlian itu timbul dari kulit wajahnya, laksana peluh merenik-renik  deras. Insya Allah akan di muat naik ke blog ini sedikit masa lagi.

Saya melakukan pembersihan  lagi pada tubuh Opah dengan teknik pancaran nur yang diiringi dengan makrifah pada kalbu serta doa. Sewaktu saya menjabat dahi dan ubun-ubun Opah, Opah mengantuk lalu tertidur. Masuk sahaja pembacaan ayatul kursi yang ke 11 kali, Opah menjerit perlhana, sakit, tolonglah aku! Saya tidak mempedulikan jeritan itu. Dan akhirnya Opah teryidur pulas. Saya jabat pula pada tengkuk dan bawah tulang pipinya kiri kanannya. Kemudian saya jabat pula bahagian perutnya dan mencabut penyakit yang demikian lama. Selepas melakuakan demikian, Opah tidak lagi mengadu sakit-sakit pada bahagian tersebut. Tanggaungjawab saya terlaksana pada malam semalam apabila Opah sudah boleh tidur dan saya pun segera mendapatkan barang pusaka.

Dengan izin dan rahmat Allah saya berjaya melunturkan kekuatan ilmu hitam tersebut. Opah juga tidak bertelanjang, menjerit bukan-bukan. Setelah saya selesai dalam 20 minit, Opah tersedar dan meminta agar  anak-anaknya mengambil duitnya lalu diinfaqkan kepada saya. Opah bersungguh-sungguh mahu memastikan anak-anaknya memberikan saya infaq kepadanya....

Barang-barang pusaka tersebut sudah kosong. Kalau ikutkan hati mahu saja saya mengambil barang tersebut. Namun belum saya menyatakan di lidah supaya anak-anaknya membuang barang tersebut ke laut,Opah sudah bersuara agar semua barang tersebut dibuang keluat.

Alhamdulillah, Opah tidak lagi meracau-racau, sudah boleh bercakap dan difahami bagi anak-anak yang mendengar dan Opah berulang kali menyatakan kekesalannya menerima ilmu drp Babanya suatu ketika dahulu. Opah beritahu dia tidka tahu langsung barang-barang yang diberikan mempunyai fungsi dan jin tertentu yang berperanan menyesatkan manusia. Dalam renungan batini saya, Opah sudah pulih 70%. Insya Allah ia akan semakin baik menjelang 21 hari.

Jadi selesailah sudah sesi rawatan saya merawat seorang warga emas yang mempunyai ilmu susuk berlian yang boleh dikatakan level asli. Bukan susuk yang dibuat bomoh sekarang tetapi bomoh dahukala yang mantap pegangan syarat perbomohannya.

Saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi dan tiba sejam kemudian di rumah. Insya Allah, la quwwata illa billah

Jumaat, 7 Januari 2011

Ilmu Batin Silat

Salam. Maklumat daripada entri ini mungkin biasa diketahui bagi perawat-perawat. Justeru saya hanya menulis entri untuk menyampaikan maklumat berkaitan saka ilmu silat kepada pesilat-pesilat yang mencapai tahap tertentu dalam ilmu persilatan dan 'matang' ilmunya. Dalam mempelajari ilmu silat, biasanya diawali dengan buah, jurus dan falsafah-falsafah tersirat disebaliknya tanpa melibatkan formula bacaan khusus lagi. Namun apabila murid sudah menguasai buah dan jurus zahir maka diperturunkan pula ilmu yang bersifat ghaib. Pukulan-pukulan batin/jarak jauh tanpa sentuh pun di ajar kepada murid. Dalam proses ini murid menerima ijazah mentera jampi serapah dan bacaan tertentu termasuk bacaan ayat suci Al-Quran. Murid menngunakan sesuai dengan petunjuk guru. Gerak zahir diirinngi dengan gerak batin. Masalah timbul di sini ialah apabila gerak batin yang disangkakan itu, bukan gerak batin yang haq tetapi ia adalah suatu dorongan dan campur tangan syaitan yang selalu mencari jalan untuk menyesatkan anak adam. Terdapat juga murid yang diarahkan bertapa sama ada di gigi pantai, puncak gunung dan tempat-tempat dianggap keramat sambil membaca jampi serapah mantera tertentu yang tidka pun difahami oleh murid sepenuhnya yang pada akhirnya melahirkan natijah aneh dan pelik seperti penjelmaan nenek tua, pendekar silat dan lain-lain yang mengajarnya bersilat atau ilmu batin yang lain secara ghaib. Kesan daripada semua perilaku tersebut akan melahirkan natihjh yang berbagai termasuk kehebatan berpencak, kehebatan berpencak dengan 'tenaga batin/ghaib, keupayaan mengubat. Keadaan ini akan mencapai tahap tertentu atau kemuncaknya apabila pada mulanya pesilat setelah menguasai hal-hal kebatinan ini, tidak merasa apa-apa, normal dan banyak kelebihan, namun setelah beberapa lama, timbul gejala gangguan pada dirinya dimulai dengan sifat panas baran. Walhal dalam piagam silat tersebut dinyatakan dilarang marah dan panas baran. Namun itulah cara syaitan hendka memperdayakan manusia. Katakankanlah, sifat panas baran itu menyebabkan pesilat dianggap menyalahgunakan ilmu silat dan batin yang dipelajari yang pada akhirnya menyebakab kita melanggar perjanjian atau sumpah maka pesilat itupun mengalami penyakit aneh dan gangguan mental yang kronik. Atau setidak-tidaknya skait-sakit badan, lumpuh dll. Di sinilah pengakhiran segala ilmu yang dipelajari, iaitu penguasan dan gangguan mutlak syaitan dari golongan jin keatas manusia. Cubalah dirawat dengan kaedah rahmaniah, kaedah zikir dan bacaan Ayatul Kursi kita akan lihat betapa gangguan itu dapat dikesan dengan mudah, malah sebelum kita memulakan lagi pun, syaitan2 itu sudah 'menunjukkan' dirinya melalui pesakit. Itulah bezanya dengan ilmu hikmah yang haq bersih suci hanya dari Allah semata-mata. Ilmu Hikmah meskipun mempunyai sensasi hampir sama dengan ilmu ghaib yang batil, tetapi ia tetap berbeza kerana ilmu hikmah sumbernya daripada Allah jua. Nur Allah berbeza dengan kegelapan yang dibawa oleh para syaitan yang memakai topeng ilmu silat batin tertinggi.

Selasa, 4 Januari 2011

Penawar Tekanan dan Saya ke Sabah

Salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lantaran kesibukan mengikuti aktiviti persatuan, sebenarnya saya tidaklah mahu terlibat sangat dengan persatuan. Hal ini kerana persatuan di kalangan orang Melayu ini berbeza dengan persatuan dengan kaum lain, misalnya persatuan kaum Cina. Orang Melayu sangat suka bermain dengan politik yang mana politik itu bukannya memberikan kebaikan yang menyeluruh tetapi pada sepihak dan satu arah sahaja. Persatuan orang Melayu juga lembab dan tiada semangat, kalau dapat berkumpul lebih suka berbual dan melepak berbual kosong membazir masa. Saya sebenarnya anti berbual kosong dan berbazir masa.

Berbalik kepada judul entri ini, penawar gangguan fikiran. Dalam bahasa psikologi gangguan fikiran ini mempunyai banyak nama lain. Bukan tujuan saya mahu spesifikannnya. Boleh merujuk buku psikologi.

Saya tulis di sini gangguan fikiran merangkumi semua keadaan diri yang tidak normal sehingga menerbitkan keresahan, kebimbangan melampau, mengasingkan diri dalam ketermanguan (melainkan beruzlah, mujahadah), berkhayal dan kurang fokus terhadap sesuatu perkara. Gangguan fikiran begini boleh dirawat dengan baiknya dengan kaedah pancaran nur zikir yang telah "dimampatkan". Maksudnya setiap orang daripada kita berbeza tahap berzikirnya. Ada yang berzikir sekejap sahaja sudah naik cahaya diri yakni nur Allah yang di sampaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yang soleh.

Ada yang berzikir lama berjam-jam baharu mendapat natijah daripada zikirnya. Semua ini terpulang kepada limpah kurnia Allah terhadap hamba-hambanya. Apa nak di hairankan. Kalau syurga beratus tingkat. Neraka berjenis-jenis. Makam manusia juga pasti berbeza-beza. Makam mahmudah tidak sama dengan makam ammarah. Begitulah seterusnya. Pancaran Nur itu merupakan suatu zikir dan doa bergabung yang dengan izin Allah pesakit yang dirawat akan mendapat manfaat dan ketenanangan serta merta dan kita bagi yang mendoakan juga mendapat manfaat yang sama atau lebih.

Jadi konsep ini berbeza dengan konsep reiki yang menyalurkan tenaga alam yang entah mana sumber 'energinya'. Juga berbeza dengan konsep 'tenaga dalam' yang akan kepenatan apabila sudah merawat ramai pesakit. Insya Allah dengan rahmat Allah gangguan fikiran dan tekanan melampau dapat dirawat dan dibuktikan di tempatnya apabila digunakan kaedah pancaran nur ini.


MAKLUMAN

Insya Allah dengan izin Allah saya akan ke Sabah pada 14/1-16/1/11 ini kerana dijemput untuk mengajar dan membimbing seorang bakal murid yang mahu mempelajari Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Dalam masa ini bagi sesiapa yang mahu dirawat dan mahu belajar berada di Sabah maka bolehlah segera menghubungi saya agar jadual dapat di atur. Sama ada melalui emel atau sms terus ke HP saya.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...