Selasa, 31 Disember 2013

Allah di hati kita

Assalammualaikum.

Marilah kita muhasabah diri...

Ketika kita sihat adakah kita berupaya mengingati Allah...

Ketika kita sakit adakah kita ikhlas kembali kepada Allah...

Ketika kita lapang adakah kita peruntukkan masa untuk Allah...

Ketika kita sempit adakah kita baru mencari peluang untuk mengingati Allah...

Kalau kita ingin tahu apakah kedudukan kita di sisi Allah maka telitilah dimana Allah di hati kita...

Kalau kita ingin tahu sejauh mana sihat kita diberkati dan dirahmati Allah lihatlah bagaimana diri kita mengingati Allah...

Kalau kita ingin tahu sejauh mana sakit kita sebagai tanda kembalinya kita kepada Allah maka lihatlah sejauh mana kita mampu menempuh susah payah mengikhlaskan diri beribadah kepadanya  dalam keadaan sakit...

Kalau kita ingin meluaskan saat yang sibuk dan masa yang sempit maka lihatlah bagaimanana hati kita dapat menggunakan peluang yang ada untuk beribadah kepadaNya...

Kalau kita ingin menggunakan masa yang sihat dalam lautan makrifah dan kesyukuran berubudiah kepadaNya maka perhatikanlah apakah perkara yang dapat menggandakan nilai ibadah sama ada melalui keberkatan dan panduan beramal...

Allah tidak meminta kita membayar nikmat yang diberikanNya seperti nikmat penglihatan, pendengaran, pengecapan, pengucapan, nikmat akal, semangat, roh, anggota tubuh, anggota batin, nikmat cahaya matahari, nikmat malam, nikmat bersuami isteri,  nikmat persaudaraan, nikmat kasih sayang dan seluruh nikmat di dunia ini...

Tetapi bila Allah menarik salah satu nikmat di atas maka itulah tanda ingatan daripadaNya. Adakah kita mahu membaiki diri kembali kepadaNya...

Insya Allah dalam program kami bukan semata-mata untuk menjadikan anda tabib masyarakat bahkan juga tabib kepada diri sendiri...

Penawarnya ada di sisiNya...mahukah anda mengambilnya?

Hubungi kami segera di talian berikut...

019-369 4765 Hot Line


Isnin, 30 Disember 2013

Cara belajar ilmu hikmah perubatan dan kerohanian

Assalammualaikum.

Berikut adalah cara untuk anda belajar daripada kami.

1. Sila emailkan/sms nama penuh, tarikh lahir dan niat untuk belajar.
2. Tentang yuran pengajian ialah RM 9000.00. Untuk yuran diskaun hubungi kami melalui emel atau telefon kerana kami ada buat promosi yuran dalam masa tertentu.Sekarang yuran diskaun sedang berlangsung.
3. Insya Allah segala khazanah ilmu dan pengalaman akan dikongsikan bersama calon pelajar.

Harap anda tidak hanya sekadar bermain-main nak belajar kemudian cancel saat akhir kerana akan menyusahkan orang lain.

Jika anda mahu kami hubungi anda sila tinggalkan sms atau email nombor phone anda dan maklumkan kepada kami yang anda mahu penerangan daripada kami.


Jumaat, 27 Disember 2013

Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah akan dihentikan tahun hadapan

Assalammualaikum

Untuk makluman pembaca Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah+Rawatan Akhbar+Solusi Kehidupan akan dihentikan pada tahun hadapan.

Ini bagi memudahkan kami memberi tumpuan 100% kepada alumni dan murid kami yang terdahulu. Bagi alumni silalah anda emel kepada kami maklumat terkini anda untuk kemaskini data.

Juga kami akan membuka Kelas Pemantapan Ilmu Hikmah secara mingguan. Jadi boleh lah anda alumni hadir cuma tunggu kami umumkan Hari yang sesuai dalam 1 minggu utk Kelas Pemantapan Ilmu Hikmah ini dilaksanakan pada tahun depan 2014.

Bagi pengunjung blog kami yang dikasihi sekelian belum terlambat untuk anda menyertai kami. Silalah hantar permohonan belajar sebelum kami umumkan menutup program kami ini

Tidak sama apa yang diperolehi oleh murid kami yang telah mengikuti gemblengan daripada yang sekadar membaca blog kami semata2.

Apa yang tertulis di blog hanyalah perkongsian maklumat dan pengalaman bukan keilmuan dan praktisnya lagi.

Siapa cepat menempah tempat dialah yang beruntung. Cepat sebelum kami tutup pada bila-bila masa shj pd tahun depan.

Emel rahmaniah999@gmail.com

Jumaat, 20 Disember 2013

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 15 : Ridzuan dari Singapura


Assalammualaikum.

Ustaz apa khabar? Saya masih mempraktiskan Ilmu Hikmah Formula 1. Ustaz minggu yang lepas apabila saya bertafakur. Ada sekali saya rasakan seolah-olah diri saya menjadi ringan bagaikan terapung di udara seperti meraga sukma.

Saya rasakan ada satu putaran nur di dalam badan. Ia terlalu sofistikated jika mahu dijelaskan dengan kata-kata. Saya rasa sangat gembira dan terharu kerana baru saat ini dapat 'rasa' pada diri saya sendiri.

Saya juga terkenangkan masa silam saya yang terbuang dan tinggal sisa waktu yang ada ini untuk terus mengabdikan diri kepadaNya.

Insya Allah kita jumpa lagi ustaz.

Hubungi Ridzuan untuk kesahihan testimoninya +6591461806



Ulasan Kami :  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan seru semesta alam.

Tahniah Ridzuan kerana berjaya mengikuti Program Gemblengan Ilmu pada minggu lepas.

Nasihat kami teruskan beramal. Beramallah kerana Allah bukan kerana rasa. Rasa itu hanya secebis rahmat Ilahi agar iman kita lebih berkembang lagi tanpa batasan.

Tetap ingatlah Allah melalui diri. Inilah namanya

'Barang yang direndam tak basah, dibakar tak hangus.'

Kami juga telah memberikan penjelasan kepada Ridzuan akan situasi yang dirasai dan dilaluinya itu. Kami juga telah menyarankan apakah yang perlu dilakukan oleh beliau dan beliau faham dan pertemuan bakal berlangsung lagi.

Ini juga membuktikan bahawa kami benar dalam berjanji dan juga benar-benar serius mahu membimbing anda. Jangan fikir2 lagi. Lagi lama anda lambat buat keputusan orang lain sudah jauh maju ke depan. Yang dari Singapura pun datang jauh2 mahu mengikuti program kami. Anda yang tinggal dalam Malaysia senegara dengan saya tidak mahu rebut peluang ini. Janganlah anda menjadi manusia yang rugi.

Program Gemblengan Ilmu Hikmah pada 21/12/2013 tinggal separuh hari lagi sebelum menjelang. Tiada alasan lagi jika anda mengatakan tidak mampu dengan yuran pengajian yang dikenakan. Kami bagi peluang kepada anda untuk belajar dengan yuran pengajian diskaun.

Jadi tinggal anda saja nak atau tak nak saja.

rahmaniah999@gmail.com

Antara Perawat Islam yang bingung dengan pengamal ilmu kebatinan yang terpedaya

Assalammualaikum.

Kami masih ingat pernah sekali kami dihubungi oleh seorang perawat Islam. Dia sendiri mengadu yang hati dan jiwanya kosong.

Walaupun telah merawat pelbagai jenis pesakit dia merasakan dirinya keliru dalam meningkatkan lagi darjat di sisi Allah.

Kami menasihatinya agar jangan bingung. Terimalah ia sebagai suatu signal daripada Allah yang mana Allah mahu dirinya pergi lebih jauh daripada sekadar merawat.

Ada sesetengah perawat Islam perukyah atau muallij berasa keupayaan merawat hingga jin menjerit sakit atau takut kepadanya lalu masuk Islam adalah suatu pencapaian.

Walhal itu bukanlah segalanya. Kenapa harus terhenti pencapaian insan hanya pada rawatan Islam mengapa tidak dilonjakkan lagi untuk merawat hati sendiri?

Alhamdulillah bagi perawat Islam yang sedar dan sentiasa mahu menambah ilmu.

Walaubagaimanapun perawat Islam haruslah berwaspada selalu agar jangan terjebak dalam lingkaran kepalsuan dunia mistik kebatinan tenaga dalam aura reiki kejawen dan pemakaian barang azimat dll.

Ada satu kawasan dalam dunia kebatinan ini sentiasa dikabusi kesamaran pembohongan dan tipu muslihat. Awas usah terpedaya. Elok2 perawat Islam itu amal ayat suci terjebak pula dalam ritual yang meragukan dan berbau syirik.

Begitu juga bagi orang yang sentiasa ke sana ke mari belajar ilmu kebatinan mistik tenaga dalam reiki dll.

Masih berasa kosong jiwanya umpama layang layang putus talinya tidak tahu kemana mahu terbang.

Bahkan ada yang sejak berniat berpisah dengan guru silat gerak sendiri dia telah diganggu jin silat mantan gurunya sampai puluhan tahun seperti terasa testis sendiri digigit dll.

Tak kurang yang akhirnya menjadi hamba kepada khadam jin dll

Ada juga yang berkhadam ayat suci. Soalnya kenapa kita mencari khadam si penjaga ayat kononnya?

Mengapa tidak dicari yang Empunya Ayat dan Empunya Diri?

Maka tidak hairanlah yang mencari ilmu hikmah yang bersifat demikian sentiasa sahaja berasa tubuhnya panas emosinya cepat terbakar  tubuhnya berat dll.

Ilmu hikmah yang benar penaungnya Allah pasti akan membawa kepada sejuta kebaikan dan rahmat dan syifa berbeza ilmu hikmah yang samar dan berkhadam ritual berat2 dan aneh2 .

Pendek kata Program Gemblengan Ilmu Hikmah kami anjurkan insya Allah akan memperkukuhkan tauhid anda selain ringan tubuh jasmani dan tubuh rohani untuk beribadat kepadaNya. Inilah yang anda cari bukannya kebatilan yang menawarkan kepalsuan hidup dan derhaka.

Untuk makluman anda sekali lagi kami menyeru anda untuk mengikuti program kami pada bulan Disember 2013 ini dimana kami tawarkan berbagai bonus dan hadiah untuk anda. Apa tunggu lagi anda hubungi kami melalui emel atau telefon seperti tertera di atas blog ini.

Kami profesional kepercayaan anda adalah keutamaan kami.

Khamis, 19 Disember 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah Panggilan Istimewa

Assalammualaikum.

Sempena hujung tahun ini kami ingin menawarkan kepada anda Gemblengan Ilmu Hikmah yang bermanfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Kami selalu dihubungi oleh orang yang pernah belajar tenaga dalam, reiki, prana shakti, ilmu kebatinan dan hikmah, pemakai tangkal azimat dan ramai lagi yang aneh dan pelik-pelik.

Mereka ada yang mengadu nasib dgn kami bahkan juga ada di antaranya mengatakan keilmuan yang dipelajari sebelum ini tidak langsung memberi perubahan kepada diri sebagaimana yang diharapkan.

Mereka mengadu telah menghabiskan puluhan ribu semuanya akibat tersihir dengan kuasa iklan yang berlebihan dalam menggambarkan program keilmuan metafizik yang dianjurkan.

Bahkan ada yang memasukkan perencah saintifik di sana sini agar tambah gah tetapi itu semua kata2 belaka dan sekadar teori semata2.

Untuk mempraktiskan jauh susah rumit bahkan pelik memelikkan ritual nya seolah2 Islam belum sempurna dari aspek kebatinan dan kerohanian serta metafiZik dalam meneroka potensi dalaman insani.

Berbeza dengan kami yang tidak pandai menaburkan perencah saintifik iklan yang muluk2 seperti mana yang ditulis dalam pemflet reiki atau terpapar di laman maya.

Kami hanya menyatakan keilmuan kami anjurkan ini bermanfaat di dunia dan di akhirat serta dapat dirasai semasa proses gemblengan berlaku.

Pembuktian itu bukan rasa yang bersifat tempelan nasib dan luaran tetapi jauh daripada itu membuka kesemua pintu kesedaran rohani manusia dipacu dan dibimbing mendaki kepuncak.

Jadi apa tunggu lagi kami tidak sama seperti yang anda temui kami ada cara sendiri dalam menggembleng murid hingga segala keilmuan terus dpt dipraktiskan selepas belajar daripaa kami pada hari sama.

Semua senarai kelebihan belajar ilmu dari kami hanya sikit sahaja walhal masih banyak belum tertulis ditambah rawatan dan solusi problem kehidupan.

Untuk bulan disember 2013 kami menawarkan segala Bonus rahsia berbaloi baloi untuk anda manfaatkan dalam kehidupan sehari2.

Cepat tempah tempat anda sekarang pada 21 atau 22 haribulan 12 / 2013 ini. Bahkan anda akan diberikan hadiah misteri

rahmaniah999@gmail.com

Rabu, 18 Disember 2013

Orang laut dan pawang laut

Assalammualaikum.

Orang laut....siapakah dia? Adakah nelayan atau orang yang pergi ke laut? Ia bukan orang walau seperti orang. Kalau di laut tanda keberadaanya ialah kelihatan kepalannya saja dengan rambutnya yang mengerbang dan timbul ke permukaan di laut.Dia bergerak mengikut arus air laut.

Orang laut ni boleh berjalan sampai ke pantai. Kalau anda melihat sekujur lembaga seperti orang berjalan dari laut atau timbul dari laut menuju ke darat jangan sesekali anda tegur.  Tapi mengikut nelayan yang selalu terserempak dengannya orang laut tidak menganggu sesiapa asal jangan ditegur.

Namun ada yang buat kawan dan menyerunya untuk tujuan tertentu...ini berbeza pula dengan pawang laut..orang bertubuh ikan yang memiliki 4 tanduk runcing di belakangnya...

Pawang laut

Entah kenapa namanya begitu. Ia digelar oleh nelayan. Pawang laut ni pun tak ganggu orang.Tapi ada sekalilah seorang nelayan yang terjaring pawang laut ni. Kemudian disumpah seranahkannya pula sebab jaring itu terpaksa dilepaskan ke laut.

Nelayan mana tak terkejut terjaring si pawang laut. Dahlah  bentuknya pelik dan menyeramkan. Dgn tubuhnya spt ikan besar empat pemeluk dewasa.

Balik aje rumah terus nelayan tersebut jatuh sakit. Mulutnya  herot perot. Badannya lumpuh. Dah diubat
Tapi mulut tetap herot. Pergi ke laut minta maaf pun sama sampailah meninggal dunia.

Entri ni hanya sekadar pembacaan saja bukannya untuk ditakuti. Ada cara kita dpt elak bertembung dgn makhluk dan kejadian geruh spt ini. Kami ada caranya...ada dalam Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah selain banyakkkkkk lagi kandungan ilmu untuk.pelbagai maksud dan lebih drp itu mendekatkan diri kpd Allah.

Kami ada diskaun yuran dan berbagai bonus menanti anda hanya hubungi kami untuk diskaun yuran dan lain2 hadiah misteri...

Pada 21 dan 22 / 12 / 2013 ada gemblengan khas bonus extra. Jadi segeralah tempah tempat anda pada tarikh tersebut!

rahmaniah999@gmail.com

Selasa, 17 Disember 2013

Ilmu Hikmah Nur Makrifah

Assalammualaikum.

Sekali lagi kami menyeru kepada anda semua untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Untuk makluman anda pada bulan ini kami ada menawarkan pengajian Ilmu Hikmah pada kadar yuran yang berpatutan. Sila hubungi kami jika mahukan diskaun yuran.

Kesemua ilmu yang kami amalkan akan kami perturunkan dan ditambah lagi solusi masalah hidup yang sedang anda alami. Semoga Allah merahmati dan kita bertemu.




Khamis, 12 Disember 2013

Nilai Ilmu Hikmah kaedah kami juga penting seperti ijazah universiti

Assalammualaikum pengunjung blog yang dirahmati Allah sekelian. Syukur kepada Allah keran diberikan masa peluang dan ruang untuk kami terus membuka program pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM).

Sesungguhnya matlamat kami ialah melahirkan insan bertaqwa dan memohon bantuan hanya kepada Allah. Selain itu menambahkan jumlah para muallij perawat Islam dan juga membantu merawat sambil belajar dan menerima pengisian ilmu daripada kami secara khusus.

Besarlah faedahnya program pengajian ilmu hikmah yang kami buka ini. Jauh sekali daripada membelakangi para guru ilmu hikmah dan guru kerohanian kami hadir bagi membanyakkan lagi pilihan dan alternatif yang ada untuk umat Islam seluruh dunia khususnya rantau asia datang mengikuti program kami.

Alhamdulillah setakat ini program kami telah diikuti oleh ramai orang sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan kami mensasarkan pelajar dari negara lain di merata dunia untuk menuntut ilmu dengan kami.

Jadi marilah kita menimba ilmu kerana ilmu itulah kunci kejayaan, kunci kesembuhan rohani dan jasmani, kunci kefahaman, kunci pertolongan Allah dan tenteraNya, kunci keselamatan, kunci darjat, kunci rezeki dan master key kunci segala hajat dunia dan akhirat kita semua insya Allah.

Program pengajian kami sesuai bagi orang awam biasa, orang muda, para eksekutif, para ketua jabatan kerajaan yang menghadapi pelbagai cabaran tugas dan ancaman, para pemimpin yang mahukan kejayaan dalam kepimpinan dan politik, para guru, hinggalah orang biasa kami tidak sekali membezakannya.

Anda akan mendapati program kami 1001 kegunaan daripada 1001 kefahaman amalan hikmah dan kerohanian hinggalah kepada motivasi diri dan membantu menyelesaikan apa jua permasalahan hidup dan tugas anda sehari-hari.

Anda akan kami bantu dalam mencari solusinya dengan memanfaatkan keilmuan yang kami bimbing ke atas anda.

Cubalah anda nilai program pengajian sekaligus rawatan ini adakah menyamai sebuah kereta idaman anda bayar bulan2 itu? Atau nilainya sama dengan rumah yang bakal anda tinggalkan atau anda tinggal dalam rumah yang anda berbangga sudah memilikinya walhal jiwa anda kosong hampa dan murung sentiasa!

Katakan anda sedang mengalami kemurungan dan penyakit tetapi anda.miliki wang yang banyak ataupun anda rasa wang yang banyak dalam simpanan bank tersebut masih sedikit kerana jiwa anda sakit maka ketika ini adakah anda masih mahu berdegil tidak mahu mengisi jiwa anda dengan rahmat  dan kesembuhan mutlak melalui belajar ilmu daripada kami?

Tepuk dada tanyalah hati kecil anda.

Nilai program keilmuann kami anjurkan lebih berharga daripada segala-galanya kerana ia terkandung ilmu dalam merafakkan ubudiah dan seni halus hikmah dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini.

Kami hadir membawakan kaedah lain daripada yang lain.  Bukan sekadar anda datang jumpa kami untuk nak sembuhkan sakit anda yang banyaknya merupakan signal daripada yang Maha Kuasa.
Yang harus anda fahami betul.

Sakit sebagai signal dari Dia menunjukkan ada sesuatu dalam hidup kita jalani ini tidak berkah tidak dirahmati oleh Nya.

Jadi kalau anda sekadar dapatkan air penawar kemudian pulang anda tidak memahami signal dariNya maka sakit anda akan datang lagi walau dalam wajah yang berbeza.

Apabila diperiksa maka nyatalah harta anda di sita keberkahanNya oleh Allah kerana sedikit.bahkan tiada langsung digunakan bagi menuntut ilmu yang membawa kepadaNya.

Jadilah harta yang anda buat pakai dan makan sumber penyakit rohani jiwa dan jasmani fizikal nau zubillah. Sakit jantung darah tinggi kencing manis dikenali penyakit tiga serangkai dan penyakit orang kaya dan biasa adalah signal dari Allah agar menggunakan sedikit dari harta kurniaanNya untuk di jalan Allah yang salah satunya ialah menuntut ilmu.

Malangnya anda merasakan belajar ilmu apatah lagi bersifat hikmah dan kerohanian tak perlu keluarkan duit maka anda telah tersilap sama sekali. Betapa banyakkah telah anda keluarkan wang untuk tujuan kehidupan dunia anda?

Ya jika anda katakan rumah kereta telefon gajet moden adalah keperluan maka ilmi adakah nilai nya lebih rendah daripada itu? Fikir2kanlah.

Berap anda perlu bayar untuk ijazah2 di universiti? Sanggup berhutang dan membayar interest walhal ilmu hikmah dan kerohanian juga penting dan bernilai tinggi bahkan mengatasi ilmu dunia anda belajar itu.

Kami bukan nak menakutkan anda tapi inilah hasil penelitian kami selama ini Bahawa nilai kebendaan melebihi nilai keilmuan haq maka ssebab itulah dunia dipenuhi manusia durjana.

Janganlah kita menjadi seperti mereka ayuh kembalilah kepadaNya dengan merintis jalan dan menimbanilmu. Di bulan Disember 2013 ini kami masih buka Program Pengajian Ilmu Hikmah Istimewa dengan yuran pengajian rm9000.00. Program kami bukan sekadar belajar bahkan belajar sambil merawat diri dan melengkapkan dengan keilmuan yang menyempurnakan hidup anda.



Ahad, 8 Disember 2013

Ilmu adalah modal termahal

Assalammualaikum. Ilmu adalah modal terbaik meraih keuntungan dunia dan akhirat. Banyak orang sanggup membelanjakan hartanya untuk memiliki kereta idaman rumah besar pakaian berjenama mainbgolf melancong dan lain2. Tapi sangat berkira jika hendak belajar sesuatu ilmu buat bekal dan modal diri. Akhirnya jiwa kita kosong. Hampa dan murung walaupun duduk dalam rumah besar memandu kereta mewah atau megah berpakaian berjenama. Lebih parah jiwa yang kosong diisi oleh perkara batil sia-sia umur yang ada. Jadi bersegeralah mendapatkan ilmu sementara sisa hidup masih ada. Kita selalu merasakan wang banyak dan kebendaan adalah milik kita. Walhal ia akan ditinggalkan bila jasad kaku tidak bernyawa lagi. Yang dibawa adalah kain putih yang murah papan tikar mengkuang dan air mata anak isteri. Ketika ini mahu insaf sudah terlambat. Sebelum pintu tertutup rapat cepatlah anda menimba ilmu yang dapat membuahkan amal. Buah amal yang manis rasa ubudiahnya. Manis yang berkhasiat kepada tubuh rohani. Tubuh rohani yang sihat dan kuat itulah yang nak dibawa ke dalam solat. Untuk ikuti gemblengan ilmu drp kami sila hubungi kami melalui telefon dan emel tertera di atas. Kami menunggu respon anda. Semoga anda dilimpahi cahayaNya.

Selasa, 3 Disember 2013

Pengalaman rawatan Ustaz Wan Khairu al-Hafiz yang pertama : mengeluarkan jin reiki


Gambar di atas menunjukkan pengamal reiki sedang melakukan rawatan ke atas pesakit. Persoalannya kenapa kita orang Islam mesti mengambil Attunement reiki sedangkan Islam sudah sempurna dengan Ilmu Hikmah dan Kerohanian yang tiada tolak tandingnya? Bahkan cara gaya penempelan tangan pengamal reiki menciplak sunnah Rasulullah yang merawat pesakit dengan bacaan ayat suci al-Quran , zikir, doa tertentu dan kata-kata arahan yang jelas bukannya pengamal reiki yang dikatakan bebas ikatan agama, tak perlu baca apa-apa tak perlu doa apa-apa hanya diletakkan tangan. Nampaknya reiki seolah-olah mengatasi sunnah Rasulullah yang maksum kekasih Allah pun membaca dan berdoa apatah lagi anda dan kita semua yang ummat ini. Kembalilah kepada perubatan nabawi, ilmu hikmah dan kerohanian yang haq warisan nabi, salafussoleh dan awliyak Allah agar selamat hidup anda!



Baru-baru ini kami ada menghubungi Ustaz Wan Khairu, (kanan) yang mana testimoni beliau sudah dimasukkan dalam entri lepas. 

Ustaz Wan Khairu telah berjaya merawat beberapa masalah gangguan. Antaranya ialah pelajar reiki.

Pelajar reiki itu sekadar mahu bertanya tentang keilmuan kami ajarkan. 

Selain itu tulisan kami sebelum ini yang menolak reiki sebagai suatu kaedah yang selamat digunakan dari sudut agama Islam yang suci telah membangkitkan persoalan pelajar reiki itu.

Apatah lagi pelajar reiki itu turut menghadapi gangguan.

Ustaz Wan Khairu dengan rendah hati mempelawa pelajar reiki itu untuk menemuinya dan pelajar reiki itu setuju.

Sesi rawatan Ustaz Wan Khairu yang pertama pun bermula. Dengan tunjuk ajar kami berikan semestinya berkat Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa ke atas Ustaz Wan Khairu maka dengan mudah gangguan jin dapat dikesan.

Hingga berlakulah dialog. Dipendekkan cerita Ustaz Wan Khairu berjaya menginsafkan jin reiki tersebut untuk keluar dari tubuh pesakit dan tidak lagi menganggu pelajar reiki/pesakit.

Alhamdulillah Ya Allah! Pelajar reiki itu dapat merasai perubahan yang amat nyata, tubuhnya ringan tidak seberat dulu dan dapat kembali beribadah dengan sempurna.

Ustaz Wan Khairu menyatakan rasa syukurnya kepada Allah kerana pengalaman pertama merawat pesakit reiki itu membuktikan KUALITI Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa kami anjurkan.

Komen Ustaz Wan Khairu, 

"Subhanallah Ustaz Tabib! Saya buat sebagaimana yang ditunjuk ajar. Memang Ustaz Tabib tidak menipu dan berkata benar apabila rawatan berlangsung dengan cepat dan mudah. Barulah saya dapat menyedari betapa agungnya Ayat-ayat Allah serta pergantungan kepadaNya. Terima kasih Ustaz Tabib yang menyedarkan saya tentang kemulian Ayat-ayatNya sekalipun saya seorang Hafiz baru dikala inilah saya meraih secebis mukjizat ayatNya dan bertambah yakin saya untuk mendekatkan diri kepada Allah pemilik segala ayat dan kekuatan!"

Begitulah lebih kurangnya kata-kata Ustaz Wan Khairu menerusi bualan telefon kepada kami. Tahniah Ustaz Wan Khairu! Ingat Formula yang telah kami berikan. Guna pakai ia selalu jangan sesekali memandang diri kita yang hina ini. 

Isbatkan hanya Zat Yang Maha Agung!

La hau la wala quwwata illa billah...

Ya Allah! Dengan rahmat dan kebesaranMu jadikanlah setiap pengunjung yang bertandang ke blog kami diberikan keampunan dipandang olehMu dengan sejuta rahmat dan sejuta kebaikan. Jadikanlah petunjuk dan pengajaran bagi kami dan juga sekelian hambaMu akan tanda-tanda kebesaranMu yang berlaku dalam seluruh episod hidup kami yang sementara di atas dunia ini!

Ingatlah misi kita kedunia, untuk beribadat kepadaNya!



*Ustaz Wan Mohd Khairu  al-Hafiz 013-981 9861 (Gombak, Selayang, Serendah, Batu Caves)

Emel kami rahmaniah999@gmail.com atau telefon  019-369 4765 (Hot line) untuk belajar pada bulan Disember ini. Ada bonus istimewa bagi yang mengambil pada bulan Disember ini.

*Reiki kini meluas diajar kalau benarlah ia ilmu yang benar maka mustahil dapat mengundang jin duduk dalam tubuh badan sama ada disedari atau disedari. Janganlah reiki menjadi bala tentera syaitan menyesatkan anda sewaktu sakatartul maut. Buanglah ilmu tak pasti ambillah hanya ilmu yang benar, sahih, terang jelas sumbernya. Ingat segalanya ada dalam ilmu yang benar!

*Khusus kepada kaum guru-guru seluruh negara yang sedang bercuti kenapa anda wahai guru tidak mengambil peluang cuti anda untuk menimba ilmu daripada kami? Insya Allah ada sejuta kebaikan terhidang untuk para guru. Kami berbangga tugas anda wahai guru. 


Isnin, 2 Disember 2013

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 14: Mohd. Jamal Abd. Rashid

 Memaparkan 20131116_173415.jpg

Berikut adalah pengalaman pelajar seniour kami iaitu saudara Mohd. Jamal Abdul Rashid, 48, (gambar di atas) yang berasal dari Perak yang telah datang bersuri bertemu kami sekali lagi untuk berkongsi pengalaman menimba ilmu daripada kami. 

Tulisan ini adalah hasil rakaman suara beliau pengakuan beliau sendiri. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan ibrah daripadanya! 

...Saya menggunakan teknik rawatan yang diajarkan oleh Ustaz Tabib. Kebanyakan pesakit saya memberikan respon yang positif dan merasakan tubuh badan menjadi ringan. Pendek kata apa yang diajarkan oleh Ustaz Tabib itulah yang saya lakukan. Tiada penambahan apa-apa. 

Saya letakkan segala penyembuhan sepenuhnya kepada Allah. Saya amalkan segala tunjuk ajar Ustaz Tabib hingga kepada anjuran bersedekah dengan cara tertentu yang terbukti berkesan mengundang limpahan rezeki dan rahmat dalam hidup saya. 

1. Sembuhkan pesakit tiada selera makan 

Antara kes yang sudah saya tangani ialah pesakit yang tidak ada selera makan. Sebelum ini pesakit itu telah dirawat oleh bomoh yang mengatakan pesakit itu diserang sihir. Rawatan oleh bomoh itu juga tidak memberikan apa-apa kesan positif kepada pesakit itu. 

Selepas saya buat rawatan sebagaimana yang Ustaz Tabib ajarkan. Alhamdulillah tidak lama selepas itu ibunya menelefon memberitahu anaknya sudah berselera untuk makan nasi dan lain-lain jenis makanan. 

 2. Berkat Amalkan Doa yang diajarkan 

Ada juga kes yang melibatkan rumah tangga. Pesakit dilihat terlalu dikuasai oleh ibu mertuanya. Ibarat kerbau ditarik talinya. Apa yang Ustaz Tabib ajar itulah yang saya lakukan untuk ikhtiar kepada pesakit.

 Selepas saya menggunakan kaedah tertentu dengan membaca doa khusus alhamdulillah tubuh pesakit bukan sahaja merasa ringan bahkan kembali menjadi dirinya yang sebenar. 

Sudah ada keberanian membuat keputusan. Lebih menakjubkan selepas saya buat rawatan ke atasnya, pesakit akan terbau busuk apabila berdepan dengan anggota keluarga yang mengenakan sihir penunduk kepada dirinya. Mak mertuanya juga tidak berani lagi memperkotak-katikkan dirinya seperti sebelum ini. 

Selain itu dia rasakan sangat penghormatan orang terhadap dirinya dalam lingkungan kerja dan rakan taulannya. Orang yang dahulunya tidak mempedulikannya kembali menyedari kehadirannya dan sering membelanjanya makan. 

Terima kasih keada Ustaz Tabib yang banyak membimbing dan menggembleng saya hingga dapat membantu sesame masyarakat. Niat saya ikhlas untuk membantu masyarakat. 

3. Jadi sejuk hati dan rezeki berlimpah 

Sejak belajar dengan Ustaz Tabib dengan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Tahap Istimewa ini berlaku perubahan yang besar dalam hidup saya. Jika dahulu saya panas baran dan tidak sebulu dengan anak-anak. 

Kini selepas jumpa Ustaz Tabib berlaku perubahan hingga hubungan dengan anak-anak kembali normal dan sangat akrab. Bahkan pelajaran dan pencapaian akademik dan kemahiran anak-anak saya sangat menakjubkan! Inilah yang paling saya harapkan selama ini. 

Alhamdulillah! Dalam bab rezeki. Boleh kata kalau saya ditelefon sahaja maka rezekilah itu. Saya ada kemahiran sedikit sebanyak dalam bidang pertanian dan landskap. 

Dengan kemahiran itu saya menjadi tumpuan pelanggan di serata daerah Perak dan seluruh negara. Ini selepas jumpa Ustaz Tabib saya dapat lagi satu projek landskap. 

Hanya berbekalkan sijil SPM dan kursus asas di UPM. Ajaibnya selepas belajar dengan Ustaz Tabib segala kemahiran saya pelajari itu diaktifkan balik. 

Pendek kata ia kembali menjadi punca rezeki saya yang tak disangka-sangka! Siapa nak bagi rezeki macam itu kalau kita sendiri tidak berusaha? 

Baru-baru ini saya mendapat berita baik kenaikan jawatan dan gaji dengan sijil SPM saya yang sebelum ini tidak dapat memohon apa-apa kenaikan. 

Ini semua selepas saya mengikuti gemblengan yang diajarkan oleh Ustaz tabib. Syukur Alhamdulillah! 

...banyak lagi pengakuan ikhlas Mohd. Jamal yang tidak kami muatkan di sini. Cukuplah sekadar yang ditulis buat bacaan pembaca setia dan murid saya sebagai suatu pengajaran yang bermakna! 

 Ulasan kami 

 Alhamdulillah hi rabbol alamin! Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam. Segala limpahan kasih sayang limpahan salam selamat ingatan penuh kasih langit dan bumi kepada junjungan mulia Tuan yang dikasihi dihormati disanjungi iaitu Nabi Muhammad sallallahu ala wassalam dan kaum keluarga baginda tanpa batasan masa, tempat dan zaman! Allahukahbar!!! 

1. Apa yang kami terbitkan di sini bukanlah suatu kesombongan dan keujuban tetapi merupakan suatu Manifestasi Syukur kami kehadratNya! Berhentilah anda daripada mengatakan hidup anda selalu malang sial dan tidak bernasib baik. Ubahlah ia menjadi baik dengan mengikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa kami anjurkan.

 Cepat sebelum kami mengambil keputusan menutup program kami ini! Usah mencari jalan penyelesaian melalui sihir dan amalan ritual yang aneh-aneh dan berbahaya terhadap akidah dan hidup kita. Hargailah kehidupan ini dengan keindahan ilmu, iman dan amal!

2. Inilah antara testimoni pengakuan terus terang oleh Saudara Mohd Jamal Abd Rashid yang telah menerima Gemblengan Ilmu Hikmah tahap Istimewa daripada kami. Pertama kali beliau bertemu kami ketika dalam keadaan sosial dan emosinya tidak stabil. Jenuh beliau berhujah dengan kami pula tentang kelebihan ilmu perang yang dipelajarinya sebelum ini. 

3. Apabila kami tanya, “Kalau ilmu itu baik dan dirahmati mengapa Tuan panas baran dan sering kesempitan rezeki dan kehidupan?” 

Alhamdulillah selepas belajar daripada kami beberapa tahun lalu Mohd. Jamal Abd Rashid datang lagi dan perubahan hidupnya sangat-sangatlah menginsafkan kami. 

Kami hanya penyampai keilmuan dan keberkatan yang diperolehi oleh Mohd. Jamal Abdul Rashid murid kami adalah berkat usaha dan kesungguhannya beramal mengikut tunjuk ajar kami. Bukankah di dalam hadis terdapat begitu banyak kelebihan berguru dan belajar? Buktikan bersama kami!

Kini kata Mohd. Jamal, “Saya istiqomah dengan amalan Ustaz Tabib ajarkan dan gemblengkan saya itu sahaja. Tiada yang lain! Ia sudah lebih mencukupi! Alhamdulillah!” 

4. Bermula dari perubahan sikap positif daripada marah kepada sejuk hati, sempit dada kepada lapang dada, kurang iman kepada bertambahnya iman dan kesyukuran, daripada keliru kepada penyelesaian masalah kehidupan, daripada kesempitan rezeki kepada keluasan rezeki, daripada sakit kepada pulih dan dapat pula membantu masyarakat yang memerlukan Mohd. Jamal adalah contoh tauladan pelajar kami yang berjaya. Tahniah Mohd. Jamal. Terus istiqomah sampai akhir hayat! Semoga Tuan Berjaya dunia dan akhirat! 

 5. Jadi, anda tunggu apa lagi! Segeralah hubungi kami seperti tertera di atas atau emel rahmaniah999@gmail.com untuk belajar daripada kami satu-satunya pusat Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa yang berlandaskan syariat tidak dicemari unsur jampi serapah yang tidak difahami maksudnya dan lain-lain unsur syirik. 100% ilmu hikmah warisan ulamak dan orang soleh, tegap dan betul di atas jalanNya yang lurus! 

6. Kami sesekali tidak menyamai orang yang mengajar Ilmu Hikmah tetapi turut mempraktikkan sihir dan kejahatan serta ritual yang aneh dan memelikkan! Kami tidak seperti itu dan TIDAK sesekali sama dengan mereka. Jadi awaslah anda dalam membuat perbandingan dan rujukan serta pilihan yang tepat dan selamat dengan akidah anda. Kami berani meletakkan testimoni pelajar kami secara berterusan dengan meletakkan rujukan nombor telefon (mohon jangan salah gunakan) dan gambar (jika diizinkan tuan punya badan) bagi membuktikan kami berkata benar. Hargailah kesempatan ini untuk mendapatkan keyakinan daripada mereka mengenai perkhidmatan kami!

7. Sebagai perangsang semangat anda, anda kami layan dan bimbing sampai puas hati sampai berhasil insya Allah selagi ada usaha dan azam anda akan memperoleh apa jua hajat dan niat anda! 

Jangan hadkan anugerah limpah kurnia Allah Yang Maha Luas itu! 

Mohd Jamal Abdul Rashid 

Petani Moden Perunding dan Kontraktor Lansdskap 
Berpengalaman luas dalam bidang pertanian
Pengeluar Baja Semulajadi Istimewa Tanpa Kimia 
Perawat Islam 
Pakar Rujuk Masalah Kasih Sayang 
Pakar Rujuk Masalah Kewibawaan dan Karismatik 
Kaunselor Umat istimewa 

013-5182272 (Lokasi Perak) Perkhidmatan Seluruh Negara. 

*Anda boleh merujuk dan menghubungi beliau jika mahukan perkhidmatan seperti disenaraikan di atas dan kami tidak ragu-ragu lagi untuk meletakkan kepercayaan kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepercayaan yang diberikan oleh anda kepadanya. 

*Anda juga dapat bertanya terus kepadanya jika mahukan kesahihan testimoni pengalaman belajar ilmu daripada kami. Anda dapat bercakap dengannya untuk membuat keputusan terbaik dalam menentukan untuk belajar daripada kami sekarang! 

*Anda juga boleh terus hubungi kami melalui nombor telefon yang tertera dalam blog ini.

Ya Allah! rahmatilah kami bantulah kami, murid kami dan bakal murid kami terus menerus janganlah dikau putuskan bantuan Mu kepada kami dan juga murid-murid kami dan bakal murid kami yang sedang membaca tulisan ini walau di mana mereka berada. 

Ya Allah! Jika kami, murid kami serta bakal murid kami diujiMu Ya Allah maka berilah jalan keluar. 

Jadikanlah amalan kami, murid kami dan bakal murid kami diterimaMu Ya Allah dan menjadi asbab kepada pembuka bantuan rahmat dan penyelesaian terhadap segala masalah hidup kami. 

Ya Allah! Berkatilah Ya Allah hidup kami dengan amal dan ehsan kepadaMu dan jadikanlah diri kami, murid kami dan bakal murid kami sentiasa berdamping rapat dengan para awliyaMu yan terus menerus mengingatiMu pada setiap pagi dan petang. 

Ya Allah! Hindarilah kami, murid kami dan bakal murid kami daripada dipengaruhi oleh hamba-hambaMu yang melupaiMu dan menipdudayakan kami.  

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Nurullah! Dengan rahmatMu yang maha luas terimalah bisikan doa kami, air mata kami dan pengharapan kami! Amin Ya Rabbal alamin!

*Berhijrahlah dari kegelapan kepada Nur Allah bersama kami rahmaniah999@gmail.com 
 

Rawatan Mahabbah Suami Isteri

Salam saya buka program rawatan jarak jauh mahabbah suami isteri untuk yang mengalami masalah rumah tangga spt suami main lain, isteri minta...