Selasa, 26 Ogos 2014

Program Pengisian Ilmu Hikmah Selendang Rida'

Assalammualaikum

Di sini kami ingin mewar-warkan program pengisian ilmu nur diri. Dengan mengikuti program pengisian ini anda akan terus dapat merawat penyakit medis dan penyakit non-medis dan mempertahankan diri serta seribu satu hikmah lagi yang tersembunyi. Juga saranan pembangkitan daya kekebalan. Setiap peserta akan menerima selendang khusus yang telah ditransfer. Penyatuan nur hikmah akan disinergikan dengan nur diri hingga mewujudkan satu medan nur yang sangat kuat lembut sifatnya serta jelas terasa. Juga sebagai media penarik harta kekayaan dan kerezekian.

Bonus khusus bulan Ogos 2014: Batu permata yang siap dirajjah ghaib dan diisi kekuatannya untuk berbagai tujuan hidup.

Mahar program Pengisian Ilmu Hikmah Selendang Rida' bagi alumni atau bekas pelajar : RM600.00

Mahar program Pengisian Ilmu Hikmah Selendang Rida' bagi bukan alumni atau bukan bekas pelajar kami: RM30
00.00

Sila hubungi Ustaz Ali ditalian 013-642 1228.

Bonus program Ogos  masih ada. Sila buat temujanji dahulu.

Masa pengisian: Setiap hari, siang, malam dll.

Boleh secara beramai atau persendirian.

Testimoni 1


Testimoni 2

"Saya rasa ada satu tumbukan ke perut dan dada semasa pengijazahan selendang rida' ini dan mata jadi terang benderang dan bertenaga!"

Masih banyak lagi testimoni yang belum sempat kami upload ke blog. Insya Allah dari semasa ke semasa kami masukkan!


Khamis, 21 Ogos 2014

Rawatan tulang retak

Assalammualaikum

Dikesempatan ini kami ingin mewar-warkan perkhidmatan rawatan tulang retak dengan kaedah yang ringkas dan mudah tapi mustajab insya Allah. Bahan perlu dibawa pesakit adalah garam kasar, pelepah pisang dan air mineral. Jika retaknya pada lengan tangan dan kaki maka diperlukan bahan tambahan iaitu buluh. Dalam perubatan moden tak ada rawatan spesifik untuk tulang retak. Akibat tulang retak tidak boleh tidur malam kerana sakit.

Mahar rawatan rm550.00.

Rabu, 20 Ogos 2014

Program Transfer Nur Hikmah Pengasih Tahap Tinggi

Assalamualaikum

Kami menawarkan program khusus terima jadi iaitu transfer nur hikmah pengasih untuk berbagai tujuan dalam kehidupan tanpa amal cukup kami buatkan secara ghaibiah dengan menerima transfer nur hikmah pengasih ini segala yang bersifat kasih sayang akan terhasil. Nur hikmah pengasih akan ditransfer mengikut hajat khusus anda. Mahar RM550.00.

Terima jadi
Terima bersih tanpa amalan dan ritual.

Hubungi segera 013 642 1228


Isnin, 11 Ogos 2014

Program Gathering bersama Alumni Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Gemblengan Pelajar Baru

Assalamualaikum

Di kesempatan bulan Syahwal yang mulia ini kami akan menganjurkan:

Program Gathering bersama Alumni Ilmu Hikmah Nur Makrifah

&

Program Gemblengan Pelajar Baru


Antara pengisian ilmu ialah

-semua keilmuan kami warisi dan praktiskan sepanjang pengalaman kami melayan pesakit yang mempunyai pelbagai ragam masalah kesihatan, kehidupan, kerezekian, keselamatan, percintaan dan banyak lagi karenah.

-semua ilmu perubatan zahir dan batin

-semua ilmu keselamatan

-semua ilmu mempertahankan diri siap tajrib

-semua ilmu kerezekian

-semua ilmu hikmah yang langka ringkas dan mujarrob

Kami rasa tak perlu nak senaraikan jenis keilmuan. Pokok nya buka banyak dan sedikit ilmu. Tetapi bagaimana ilmu itu diaktifkan dan dihidupkan sehingga dapat digunakan walau selepas baru digembleng.

Cakap banyak pun tak guna. Datang sendiri.

Program ini akan diadakan pada:

Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh: 23 dan 24 Ogos 2014
Tempat : Muar


Pada tarikh ni gathering juga akan dilaksanakan.

Tapi kalau calon pelajar baharu segan dan malu boleh datang hari lain lalu kita buat secara PRIVATE.

Ni bulan syahwal dan juga sebagai menaikkan semangat kita belajar reramai.

Maklumat lanjut telefon saja 013 642 1228 utk maklumat lanjut.


Selasa, 5 Ogos 2014

Keris 13 Mei dan kalung emas pusaka

Assalamualaikum.



Pesakit H ni sudah puluhan tahun mengalami gangguan kejiwaan. Ciri gangguan kejiwaan yang dialaminya ialah selalu diserang perasaan takut yang tak semena-mena. Diserang rasa bimbang dan takut tiba-tiba. Selalu gagal tidur pada waktu malam dan diserang mimpi menakutkan. Badan juga terasa berat seperti menanggung beban berat.

Kemuncak gangguan pesakit H akan merasa tubuh, roh dan semangatnya mendapat sentuhan ghaib. H juga selalu ditindih dan melihat kelibat lembaga hitam berbulu.

Bukan H saja malah anak dan cucunya juga mengalami gangguan sama sampaikan ditindih hingga melihat sosok lembaga hitam berbulu dalam rumah mereka.

Maka sudah jenuhlah pesakit H mendapatkan rawatan. Namun Allah masih menangguhkan kesembuhannya.

Akhirnya pada 16 ramadan lalu kami dijemput untuk merawat dirinya. Rawatan pun dilakukan lebih kurang 3 jam. Semasa rawatan dilakukan kami ada bertanya kepada H ada atau tidak menyimpan apa-apa barang pusaka.

H pun menunjukkan kepada kami kalung emas pusaka berusia 100 tahun lebih. Segera kami tawarkan dan kosongkan kalung tersebut dengan kaedah khusus yang tertentu.

Sebelum berpisah kami tanya lagi H adakah lagi barang pusaka yang ada dan tidak ditunjukkan kepada kami? Ini kerana kami melihat ada bayangan keris terbang mengitari tubuh H secara ghaib.

Tapi H kata dah tak ada apa-apa. Okey kami berlapabg dada. Kerana kami bukanlah bomoh hendak menilik. Pun bukan boleh memaksa pesakit menyerahkan barang pusaka yang disayanginya.

Setelah beberapa hari H memberi testimonial yang gangguan kejiwaan dan penampakan lembaga hitam dalam rumah sudah tiada. Alhamdulillah.

Namun beberapa hari lepas H hubungi lagi. Ingatkan sakitnya datang lagi
 Rupa-rupanya mahu memberitahu kami akan keberadaan keris yang digunakan ketika 13 mei 1969. Keris pusaka arwah suaminya itu elok terletak dalam almari.

Kata H dia baru teringat akan kewujudan keris itu dalan gubuk lama di rumahnya.

Sekali lagi kami datang untuk melihat atau mengosongkan keris tersebut jika mempunyai  isian khadam jin.

Syukur Alhamdulillah.  H beri kerjasama. Walau pun H mengatakan sejak kali pertama berubat dengan kami kesihatannya pulih 100 peratus dan boleh tidur nyenyak serta tiada lagi penampakan lembaga hitam berbulu kasar dalam rumahnya. Alhamdulillah.

Tapi H mengaku juga mahu kami mengambil saja keris tersebut jika ada apa-apa.

Kami pun menawarkan keris itu. Mengikut H keris itu diberi abang kepada suaminya sebagai  pertahanan dan keselamatan diri semasa kejadian rusuhan kaum pada 13 mei.

Syukur Alhamdulillah.  Yang penting H telah sembuh sejak puluhan tahun menderita gangguan akibat barang pusaka yang berisi jin dan khadam.

Segala puji milik Allah.
Hubungi kami jika mahu dapatkan rawatan dan apa jua perkhidmatan kami.
013 642 1228.


Jumaat, 1 Ogos 2014

Rawatan sihir, saka, pengasih, pengisian ilmu di sekitar Gombak, Setapak dan Selangor

Esok 2 Ogos 2014 hingga beberapa hari kemudiannya kami berada di area sebagaimana ditulis di atas. Silalah tuan puan set kan masa untuk menerima rawatan daripada kami.

Jika anda ingin pengisian ilmu maka dipersilakan juga. Kami akan bimbing anda di rumah anda secara tertutup dan identiti anda kami rahsiakan.

Jika anda ingin rawatan pengasih, buka cahaya diri, penaik seri wajah dan lain-lain khidmat rawatan Islam, alternatif, silalah segera hubungi kami. Belum cuba belum tahu.

Marilah kita berikhtiar sambil berserah diri dan bertawakal kepada Allah.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...