Jumaat, 28 Oktober 2016

Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan ilmu-ilmu diijazahkan ustaz ali


Alhamdulillah semua hanya dengan kekayaan Allah semata-mata jua. Tahniah,  semoga terus ikhlas istiqomah dalam beramal dan berbakti kpd ummat manusia. 

Bagi yang mahu belajar sila hubungi Mujiz Ahli Hikmah Ustaz Tabib Muhammad Ali as-Sammaniyah 013 642 1228. 

Dalam keilmuan Ilmu Hikmah Nur Makrifah anda akan diajar dengan keilmuan2 bagi memperkuatkan kerohanian, merawat pelbagai penyakit zahir dan batin,  membuang gangguam sihir,  saka,  pengasihan,  dan sebagainya. 

Mahar Ilmu Hikmah Nur Makrifah rm2900
Mahar sbg infak fisabilillah kpd guru anda yg sepenuh masa membimbing murid2nya. 

Rawatan Buang Gangguan Halus

Rawatan Buang Sihir, Buang Jin Saka,  Buang Gangguan Jin Fasiq,  Buang Gangguan Jin Menyamar Islam dan sebagainya.

Rawatan Buang Sihir Busung,  Sihir Gila,  Sihir Penyakit,  Sihir Pengasih,  Sihir Penunduk,  Sihir Penutup Kedai,  Sihir Penghalang Jodoh, dan lain-lain lagi.

Hubungi ust ali 013 642 1228

Rabu, 26 Oktober 2016

Pengisian Gerak Ilmu Tomoi/Muay Thai

Ilmu ini ialah ilmu gerak sealiran dengan gerak Silat Laksamana Hang Tuah. Namun pengisian Ilmu Gerak Tomoi ini dapat anda pelajari sama ada anda kosong atau sudah mempunyai asas ataupun sudah mahir bertomoi.

Bagi yang belum pernah ada ilmu tomoi secara formal, saya akan bukakan jalur keilmuan tomoi ini secara hak. Anda akan dapat gerakan tomoi ini secara instan daripada Allah Yang Maha Kuasa dan bolehlah anda mempertajamkan ilmu tomoi anda secara formal kalau nak.

Kalau anda sudah mahir bermuay thai bertomoi maka pengisian gerak tomoi ini akan memperkuatkan memperlajukan dan memberatkan lagi setiap pukulan anda. Tendangan anda menjadi laju pantas 2x atau 3 x ganda daripada asal anda miliki.

In sya Allah silalah nak belajar mencuba.
Mahar istimewa sempena pengenalan ialah rm400 sahaja.
Mahar istimewa bermula 26 Oktober 2016.
Mahar asal ialah rm2000


Ilmu Spektrum Qudratul Haq

Ilmu Spektrul Qudratul Haq (ISQH) suatu ilmu langka yang disari daripada ahli hakikat yang wusul kepada Allah. Pendek kata ilham yang benar suci murni kepada hambaNya yang dikasihi untuk berbagai hajat dalam kehidupan.

Dengan mengucapkan Doa Simbol Nafas-Jantung dan teknik khusus yang disesuaikan dengan hajat anda seperti

1. Penggunaan ISHQ untuk Mencapai Segala Hajat dan Cita-cita
2. Pengaktifan Magnet Wang atau Magnet Kerezekian Akhbar
3. Istikhorah Untuk Segala Pilihan dan Perniagaan yang Sedang atau Akan Dilakukan
4. Peningkatan Stamina dan Kesihatan di Tahap Optimum dan Prima
5. Pembuangan Lemak dan Toksin Dalam Tubuh
6. Proteksi/Pagar Tempat Kediaman dan Perniagaan
7. Pengubatan Khusus Untuk Pesakit
8. Pengawal Keselamatan Diri dan Orang Lain
9.Dan banyak lagi disesuaikan dengan hajat dan keperluan sehari-hari kita.

ISQH ini kuncinya pada Doa Simbol Nafas-Jantung (DSNJ) dan teknik-teknik khususnya.

Ilmu ini murni aliran hakikat yang suci drp sebarang prewangan,khodam,jin,azimat dll.

ISHQ ini juga akan diberikan BONUS Ilmu Silat Laksanama Hang Tuah dan bonus-bonusnya jika anda memesan pakej ilmu ini sekarang

Mahar istimewa sempena pengenalan bermula 26 Oktober 2016 ialah RM950 sahaja.
Mahar asal ialah rm3500.

Rebutlah peluang keemasan ini. Hubungi Tuan Guru Ustaz Tabib Ali di talian 013 642 1228 sekarang. Hotline.

Pengajian Silat Laksamana Hang Tuah

Assalammualaikum warahmatullahhiowabarakatuh.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan limpah salam selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahuala alihi wasohbihi wabarik wasallam, saya dapat menurunkan satu keilmuan silat gerak rohaniah yang khusus yang diberikan nama Silat Laksamana Hang Tuah.

Silat sebagaimana kita sedia maklum mempunyai banyak cabang-cabangnya dari dulu hingga kini. Namun demikian SLHT yang saya ajar ini tidak mempunyai perkaitan dengan mana-mana perguruan silat mana pun. Ia adalah dicetuskan daripada gerak ilham daripada Allah semata-mata sehingga saya memperhalusi geraknya dan tingkahnya hingga dapat saya dapat ajarkan kembali kepada sesiapa yang berminat mahu mempelajarinya.

SLHT tidak sama sekali membabitkan silat seru memanggil Hang Tuah. Hang Tuah sudah lama arwah. Ia tak dapat membawa kelebihan dan kemudaratan kepada kita. Selesai.

Ia sekadar sebuah nama sebagai suatu simbol gerak sukma murid itu sendiri. Yang secara sirrnya adalah persis sama dengan gerak Silat Laksamana Hang Tuah. Semuanya dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Kalau anda tak percaya tiada paksaan kerana Islam itu sendiri memerlukan keyakinan kepada yang Ghaib.

Guru akan membukakan jalur keilmuan ini kepada murid dan murid langsung membuka gerak sebagaimana diajar dan dibimbing guru hingga pantas dan lincah bersilat.

Sifat Ilmu Silat Laksamana Hang Tuah ini sangatlah lembut gerakannya namun sangat berbisa dan pantas sekali. Jangan sesekali mahu sparring tanpa diawasi oleh orang yang arif tentang gerak rohaniah kerana pukulan atau libasan angin sekalipun sudah cukup bahaya bagi lawannya.

Keilmuan ini bersifat ‘terima jadi’ iaitu terus diijazahkan dan dibukakan guru terus diamalkan dan dipraktiskan. Pun begitu bagi memahirkan anda dengan gerak SLHT ini diperlukan latihan berterusan hingga anda akan tiba pada tingkatan tertinggi ilmu ini sendiri.

Proses ijazah dan penurunan ilmu tidak melebihi 30 minit. Tanpa jin,tanpa khodam, murni drp pengucapan sebuah doa diajarkan guru, anda langsung menerima baiah SLHT ini dan dipraktiskan terus untuk membuka gerak rohanianya dan sah sebagai murid SLHT seumur hidup.

Fungsi SLHT ini tersangatlah banyak. Selain daripada untuk pertahankan diri, anda juga akan  diajar ilmu perubatan melalui silat ini,pemagaran rumah, kawasan atau orang dan banyak lagi.

Siapapun anda, sama ada pesilat yang dah mahir dengan silat tertentu, pesilat yang mahu menambah ilmu atau rahsia ilmu,orang biasa yang langsung tak pernah belajar silat sekalipun akan diajar dengan sepenuhnya oleh Tuan Guru tanpa pilih kasih. Bagi perawat akan menajamkan lagi keilmuan rawatannya selagi aliran ilmunya itu bersih tauhidnya in sya Allah akan saling memperkuatkan ke tahap yang tak dapat anda bayangkan. In sya Allah!

Beruntunglah anda jika sudah membaca artikel ini tapi anda TIDAK MENSIA-SIAKAN membiarkan tawaran belajar drp saya ini . Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Pencuri penjahat penyamun ada di sekeliling kita.

Bonus SLHT ini saya akan ajarkan rahsia2 amalan guru tua, Pakaian Sabilillah, Pakaian Pagar Kota Tauhid dan Asma Waliyullah. Khasiatnya….banyak. Siapa belajar sahaja akan tahu!

Tempahlah masa anda bersama Tuan Guru Ustaz Tabib Ali Mahaguru Silat Laksanama Hang Tuah selama kurang lebih 5 jam untuk pengijazahan dan penurunan ilmu ini.

Anda akan diberikan juga kefahaman TAUHID bagaimana utk membawa gerak silat ini tanpa langsung melibatkan syirik. Saya juga Ustaz yang mengaji TAUHID takkanlah saya nak ajar syirik kpd orang lain. Elakkanlah sangka buruk.

Mahar istimewa jika anda menghubungi Ustaz Ali sekarang ialah RM450 sahaja.  
Mahar istimewa bermula dari 26 Oktober 2016.
Mahar asal rm2500. Jadi renungkan betapa jimatnya jika anda belajar segera daripada Tuan Guru Ustaz Tabib Ali.
Mahar akan dinaikkan bila-bila masa selepas beberapa lama saya umumkan di sini.

Hubungi Ustaz Ali di talian 013 642 1228.

Rabu, 12 Oktober 2016

Rawatan sihir di Seri Kembangan

Alhamdulillah semalam punya cerita...kes sihirnya memang  kelas A punya berat. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Allah permudahkan daripada mula hingga akhir. Itupun sudah memakan masa 4 jam. Spt biasa masuk saja ke rumah pesakit, saya sudah 'dijurus sihir' sampai saya agak kepeningan.

Seorang kanak-kanak termasuk ayah dan ibunya serta dua adiknya. Saya mulakan dulu rawatan pada kanak2 lelaki itu. Dengan membaca tertib amalan lazim, dan mengaktifkan gerak. Spt biasa Allah selalu memberikan saya pandangan agar dpt membantu pesakit. Dlm pandangan batin saya melihat kepala kanak2 itu spt sarang tebuan yg besar. Bila saya masukkan tangan dlmnya pelan2 saya tarik keluar drp lubang sarang sihir pd kepalanya ulat2 sebesar lengan budak. Masya Allah quwwata illa billah.

Byk pula tu. Meraung dia walhal saya hanya meletakkan dgn lembut telapak tangan saya. Seorang lagi dah menangis2. Bila saya letakkan kepala di ubun2nya dan membaca kunci amalan gerak dan memperdalamkan rasa, tangannya mengejang spt nak mencakar saya tapi gagal.

Sebab ada perlawanan langsung dgn tukang sihir saya sambil merawatnya terpaksa menyerang tukang sihir agar segala keilmuannya terkunci. Doa2 awliya dilanjutkan. Surah Al Qadr, al Fill,  an Nasr serta 3 qul dan beberapa ayat pembatal sihir dan beberapa ayat drp surah yassin. Memohon bantuan tentera Allah diketuai Malaikat Muqorrobin. Subhanallah.

Bukan saya nak baca tetapi diilhamkan begitu bukan perancangan akal saya. Dan antara jelas dan samar saya spt duduk di tengah medan perang yang amat bising dan seru walau malamnya begitu sunyi hampiri jam 2 pagi.

 Akhirnya dia sendawa dan tubuhnya kembali normal.  Yang seorang lagi pula lagaknya spt beruk. Menggaru sana sini. Juga kaedah yg sama. Tapi sudah mudah krn punca serangan sihir itu satu saja sudah dipunggar akar2nya. Allahuakhbar. Sihir berangkai kpd kesemua anggota keluarga mereka bahkan yg ada ibu bapa yg di kg pun terlibat.

 Alhamdulillah  keyakinan kpd Allah menjadi amat tinggi.  Berkat Rasulullah, para malaikat Allah, para guru, awliya,  doa rakan2 fb yang ada mengiringi saya.  Tenang dan terasa begitu dibantu olehNya. Salah seorang drp mereka melihat seseorang berpakaian busana Jawa hadir dan duduk berzikir spt turut mendoakan ikhtiar kami lakukan. Saya sekadar senyum. Kalau tidakpun sebuah ilusinya, itu hanyalah kerja Allah semata. Saya serah kat Allah jua. Bukan saya seru sapa2... Tapi jauhhhh di sudut hati, dilanda rasa terharu sayu...

Cinta itu jauh jarak masa dan alamnya tp dekat secara hakikinya.
Tak pernah tersua tapi mesra akrab.
Semuanya atas dasar kerana Allah, kasih sayang Allah, bantuan Allah.
Dtg dan pergi krn Allah.
Tiada selain melainkanNya.
Sekalipun kejahatan itu membencinya memusuhinya hingga kiamat.

Semoga keluarga itu dikurniakan kesembuhan.

*masih di area KL jika ada nak buat rawatan silalah hubungi utk temujanji. 013 642 1228. Semoga ada jalan.

Ahad, 9 Oktober 2016

Rawatan ilmu saka rimba

Jika nak jumpa hantu rimba silalah ke pinggir hutan atau belakang rumah anda yang ada hutan bakarlah tulang ikan sehingga naik asapnya ke udara. Cakaplah hadir, hadir, hadir beberapa kali, nescaya dtglah hantu rimba itu spt ribut, bunyi yg kuat dan bumi yang bergegar. Fungsinya utk memerintahkan hantu rimba utk menzalimi seseorang. Tapi jgn terkejut pula kalau ia minta nyawa anda. Siap sedialah!

***

Inilah berlaku kpd seorang pesakit sy ini akibat amalkan panggil hantu rimba itu, tubuhnya lumpuh kejang, bisu dan matanya terbeliak memandang je satu arah. Sukmanya telah dibawa ke alam kegelapan. Alhamdulillah selesai rawatan selama 3 hari, pesakit itu bagaikan baru tersedar drp tidur yg panjang pada subuh hari ketiga rawatan intensif. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Urusan perubatan dll hubungi

013 642 1228.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Rawatan kerasukan

Malam kelmarin saya dihubungi oleh seorang pesakit yang juga juruterbang Malindo Air. Dia cerita kpd saya pernah kerasukan teruk dan ibunya memanggil ustaz drp sebuah pertubuhan terkenal, orang kanan tuan guru, sekali ustaz tu kena tempelek, kena perli, kena ketawa,  kena penumbuk dan tendangan drp pesakit yg sedang dirasuk itu sampai ustaz ni malu dan berang.  Sebelum menyerah kalah sempat ustaz tu 'kerjakan' jin tu hingga lebam2 tubuh pesakit tu. Alih2 ustaz tu pula marah jin tu macamlah jin tu manusia yg berjasad.  Sampai ibunya pula tak sanggup nak tgk.  Jam dah menunjukkan angka 4 pagi.

"Maaf saya tak mampu buat. Saya kena panggil kawan-kawan saya dan kami akan rawat semula siang esok."

"Habis, anak saya ni masih merasuk mengelupur bercakap bukan2 di tengah rumah ini nak buat bagaimana?"

Tanpa kata apa-apa ustaz tu berlalu pulang meninggalkan sang ibu terpinga-pinga bersama anaknya yang masih kerasukan parah.

Menjelang azan subuh baru dia sedar drp kerasukannya. Esok TIDAK seperti yang dijanjikan bayang ustaz tu pun tak nampak.

Persoalannya:

1. Kenapakah ustaz tu tinggalkan pesakit yg sedang kronik kerasukan begitu saja?

2. Kenapakah ustaz itu mungkir janji?

3. Kenapakah jin yg merasuk tu dpt melawan, memerli dan mengetawakan ustaz tu balik ?

4.  Ada tak kaedah atau ilmu rawatan tanpa kita lebamkan badan pesakit walhal jinnya rilex aja?

Semoga kita ambil iktibar. In sya Allah kalau saya diberikan amanah saya akan lakukan rawatan terbaik dan professional ke atas anda atau keluarga anda.

Hubungi Ust Tabib Ali
013 642 1228

Rawatan santau

Rawatan santau

Alhamdulillah saya blh dtg terus ke alamat anda jika dijemput.

013642 1228

Sabtu, 1 Oktober 2016

Rawatan murtad

Seorang wanita Melayu berusia 50 an,  mahu murtad, namun sebelum dia keluar , dia bertemu seberapa banyak orang Islam sama ada ustaz atau orang biasa dan mengatakan, "Aku mahu membunuh Muhammad! "

Dan kita sudah maklum respon dia dapat. Kena yang tak matang, langsung mahu dicederakan dirinya. Jadi dia semakin jauh dgn kepercayaannya bahawa Islam itu agama palsu dan menggalakkan keganasan. Tambahan pula dia dizalimi bekas suaminya,  pernah diganggu seksual oleh pegawai agama sewaktu meminta kaunseling tentang kegoyahan akidahnya.

Namun, ditakdirkan Allah dia diketemukan oleh seorang daei yang biasa-biasa saja penampilannya, tanpa serban, songkok dan lebai serta jubah. Tapi siapa sangka dia adalah daei yang sedang meningkat naik dalam sebuah ngo yang memberikan khidmat kaunseling dakwah. Dia juga mempunyai ciri unik yang jarang ditemui pd daei lain.

"Aku benci Muhammad, aku mahu bunuh dia! "

"Bagus!"

"Eh, kenapa kamu kata bagus? Bukankah kamu patut marah kpdku?"

"Saya berkata demikian kerana sebelum puan, sudah ramai yang mahu membunuh baginda. Tapi kebanyakan mereka yang mahu membunuh baginda itu menemui kegagalan bahkan ada dikalangan mereka memeluk Islam."

"Ceritakan kpdku kenapa mereka mahu memeluk Islam pula?"

Daei itu pun ceritalah tentang keelokan akhlak Nabi Muhammad solllahualaihi wassalam. Sehingga wanita yang mahu murtad itu membatalkan hasratnya mahu bertaubat.

"Apa salah baginda yang membuatkan puan mahu membunuhnya? Puan tidak boleh meletakkan kesalahan ummat yang melakukan kejahatan dan keganasan kpd Rasulullah kerana baginda tdk pernah menyuruh sesiapa berbuat kejahatan dan keganasan."

"Betullah kata kamu wahai anak muda. Aku menyesal dgn sikapku."

"Saya yakin jika puan bertaubat dan melakukan amal soleh, Nabi Muhammad sollallahualaihi wassalam pasti akan tersenyum kepadamu dan puan pasti akan menangis, menangis, menangis rindukan baginda spt saya dan org yg merindui baginda."

Daei itu terus menangis spt anak kecil. Wanita itu amat terbaru sebak dan turut merasakan sesuatu yang amat aneh namun teramat indah menyusup dlm hatinya.

Walaupun nabi sudah lama wafat, namun 'aura' baginda kekal bersama kita hingga bila-bila!

Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassalim!

Ustaz Ali

Bicara tentang 'black magic' dan benteng hakikat

Umumnya semua ilmu baik aliran putih atau hitam sekalipun dapat mematahkan serangan santet, tuju-tuju, teluh, santau.

Namun jika serangan ghaib itu sudah melibatkan  ilmu-ilmu tertentu yang bersifat 'putus makrifat' atau di Sulawesi disebut Ilmu Putus atau Asenna Ogie atau kalau di Sumatera disebut ilmu putus tali nyawa, maka ilmu batin tertentu yang tidak mempunyai dasar hakikat yang kuat biasanya akan tembus.

Beberapa ilmu 'putus makrifat' yang sangat berbahaya  untuk penyerangan adalah

1. Ilmu Pancung Melayu Sumatra
2. Ilmu Pedang Petir Kalimantan
3. Ilmu Tunjuk Sulawesi
4. Ilmu Makrifat Jantung Jawa.

Dalam hal ini, salah satu di antara ilmu hakikat yang dapat membenteng serangan ilmu tersebut ialah 'Ilmu Kalimat Mustajab Haq'.

Ia merupakan jampi yang berisi pernyataan hakikat diri insan yang dibuka dengan kalimah basmallah, kalimah tauhid, kalimah Haq, dan Jibril alaihssalam.

Ilmu Kalimat Mustajab Haq termasuk pecahan ilmu hakikat,  ilmu selamat juga ilmu hikmah khusus untuk penyembuhan diri. Rahsia ilmu ini boleh dikatakan termasuk langka dan jarang guru memilikinya. Jika ada yang mengetahui pun, banyak merahsiakan kerana dibimbangi disalahgunakan untuk kejahatan.

Manfaat ilmu ini bertujuan untuk membuka segala potensi dalam diri insan seperti antara lain:

1. Sebagai ilmu keselamatan untuk mendapatkan perlindungan Allah daripada segala macam bahaya zahir maupun batin.

2. Meningkatkan imuniti tubuh daripada serangan penyakit kronik. Juga sebagai ikhtiar untuk melakukan proses penyembuhan spiritual dan kerohanian terhadap diri sendiri maupun orang orang lain.

3. Membuka pintu keajaiban spiritual dan kerohanian diri.  Pengaktifan ketajaman indera ke-6 l (High Sensory Perception) untuk menangkap berbagai dimensi gelombang keghaiban alam semesta.

4. 'Booster' ilmu tenaga dalam, ilmu pernafasan, dan lain sejenisnya. Ilmu memperkaya  sumber hakikat seseorang.

5. Berbagai tujuan usaha, bisnes,  pelarisan, pergaulan dan lain-lain.

6. Mengaktifkan cahaya tubuh  melalui proses ilahiah antara lain karisma, wibawa, dan lainnya.

7. Mengaktifkan daya keberuntungan dan keberkahan hidup dalam setiap niat dan perbuatan.

8. Melakukan pemagaran tempat, dan lain sebagainya.

9. Menghadapi serangan ghaib tingkat tinggi seperti santet, teluh, santau, tuju-tuju dan sejenisnya.

Untuk menguasai ilmu ini diperlukan kesungguhan dlm mengamalkannya, menghayatinya dan menyelami 'rasa' pada setiap kalimat yang diucapkan.

Kalimat yang berusi kod2 hakikat bukanlah diucapkan sembarangan tetapi perlu ditafakur dengan teknik penghayatan tertentu.

In sya Allah bila kita mendawamkannya in sya Alla dengan izin Nya ilmu2 putus makrifat yang tersebut di atas dpt dielakkan serangan ghaibnya. Malah dikatakan sesetengah org arifbillah, kalimat itu diilhamkan Allah kpd para pendakwah yang terpaksa memasuki sesebuah komuniti masyarakat yang kuat mengamalkan black magic.

Hanya sekadar sebuah perkongsian. Apapun amalan ayat2 suci jika difahami dengan sempurna itulah yang terbaik utk dijadikan sandaran.

Ustas Tabib Ali
013 642 1228

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...