Rabu, 26 Oktober 2016

Pengajian Silat Laksamana Hang Tuah

Assalammualaikum warahmatullahhiowabarakatuh.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan limpah salam selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahuala alihi wasohbihi wabarik wasallam, saya dapat menurunkan satu keilmuan silat gerak rohaniah yang khusus yang diberikan nama Silat Laksamana Hang Tuah.

Silat sebagaimana kita sedia maklum mempunyai banyak cabang-cabangnya dari dulu hingga kini. Namun demikian SLHT yang saya ajar ini tidak mempunyai perkaitan dengan mana-mana perguruan silat mana pun. Ia adalah dicetuskan daripada gerak ilham daripada Allah semata-mata sehingga saya memperhalusi geraknya dan tingkahnya hingga dapat saya dapat ajarkan kembali kepada sesiapa yang berminat mahu mempelajarinya.

SLHT tidak sama sekali membabitkan silat seru memanggil Hang Tuah. Hang Tuah sudah lama arwah. Ia tak dapat membawa kelebihan dan kemudaratan kepada kita. Selesai.

Ia sekadar sebuah nama sebagai suatu simbol gerak sukma murid itu sendiri. Yang secara sirrnya adalah persis sama dengan gerak Silat Laksamana Hang Tuah. Semuanya dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Kalau anda tak percaya tiada paksaan kerana Islam itu sendiri memerlukan keyakinan kepada yang Ghaib.

Guru akan membukakan jalur keilmuan ini kepada murid dan murid langsung membuka gerak sebagaimana diajar dan dibimbing guru hingga pantas dan lincah bersilat.

Sifat Ilmu Silat Laksamana Hang Tuah ini sangatlah lembut gerakannya namun sangat berbisa dan pantas sekali. Jangan sesekali mahu sparring tanpa diawasi oleh orang yang arif tentang gerak rohaniah kerana pukulan atau libasan angin sekalipun sudah cukup bahaya bagi lawannya.

Keilmuan ini bersifat ‘terima jadi’ iaitu terus diijazahkan dan dibukakan guru terus diamalkan dan dipraktiskan. Pun begitu bagi memahirkan anda dengan gerak SLHT ini diperlukan latihan berterusan hingga anda akan tiba pada tingkatan tertinggi ilmu ini sendiri.

Proses ijazah dan penurunan ilmu tidak melebihi 30 minit. Tanpa jin,tanpa khodam, murni drp pengucapan sebuah doa diajarkan guru, anda langsung menerima baiah SLHT ini dan dipraktiskan terus untuk membuka gerak rohanianya dan sah sebagai murid SLHT seumur hidup.

Fungsi SLHT ini tersangatlah banyak. Selain daripada untuk pertahankan diri, anda juga akan  diajar ilmu perubatan melalui silat ini,pemagaran rumah, kawasan atau orang dan banyak lagi.

Siapapun anda, sama ada pesilat yang dah mahir dengan silat tertentu, pesilat yang mahu menambah ilmu atau rahsia ilmu,orang biasa yang langsung tak pernah belajar silat sekalipun akan diajar dengan sepenuhnya oleh Tuan Guru tanpa pilih kasih. Bagi perawat akan menajamkan lagi keilmuan rawatannya selagi aliran ilmunya itu bersih tauhidnya in sya Allah akan saling memperkuatkan ke tahap yang tak dapat anda bayangkan. In sya Allah!

Beruntunglah anda jika sudah membaca artikel ini tapi anda TIDAK MENSIA-SIAKAN membiarkan tawaran belajar drp saya ini . Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Pencuri penjahat penyamun ada di sekeliling kita.

Bonus SLHT ini saya akan ajarkan rahsia2 amalan guru tua, Pakaian Sabilillah, Pakaian Pagar Kota Tauhid dan Asma Waliyullah. Khasiatnya….banyak. Siapa belajar sahaja akan tahu!

Tempahlah masa anda bersama Tuan Guru Ustaz Tabib Ali Mahaguru Silat Laksanama Hang Tuah selama kurang lebih 5 jam untuk pengijazahan dan penurunan ilmu ini.

Anda akan diberikan juga kefahaman TAUHID bagaimana utk membawa gerak silat ini tanpa langsung melibatkan syirik. Saya juga Ustaz yang mengaji TAUHID takkanlah saya nak ajar syirik kpd orang lain. Elakkanlah sangka buruk.

Mahar istimewa jika anda menghubungi Ustaz Ali sekarang ialah RM450 sahaja.  
Mahar istimewa bermula dari 26 Oktober 2016.
Mahar asal rm2500. Jadi renungkan betapa jimatnya jika anda belajar segera daripada Tuan Guru Ustaz Tabib Ali.
Mahar akan dinaikkan bila-bila masa selepas beberapa lama saya umumkan di sini.

Hubungi Ustaz Ali di talian 013 642 1228.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu Duit Inti Karomah