Akidah

Assalammualaikum.

Alhamdulillah hi rabbil alamin...Segala puja dan puji bagi Tuhan sekelian alam.
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim...Ya Allah limpahilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya dan para sahabatnya dengan limpahan keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan.

***

Di halaman ini disampaikan ilmu-ilmu agama yang meliputi pelbagai aspek khususnya asas-asas agama. Ambillah manfaat daripadanya.

***

Inti Sari Kitab Faridatul Faraid
 
Syeikh Ahmad al-Fathani
Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sejati

1. Kami merujuk kitab yang dikarang oleh Syeikh Ahmad al-Fathani iaitu Faridatul Faraid yang disusun oleh allahyarham Ustaz Wan Mohd. Shagir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyah.

2. Dalam pembukannya Syeikh Ahmad menukilkan, bermula ilmu tauhid ialah ibarat daripada perhimpunan barang yang diiktikadkan yang dibangsakan kepada agama yag diambil daripada dalil yang diyakini.

3. Makna tauhid pada loghat maksudnya 'mengesakan'.

4. Makna tauhid pada istilahnya pula ialah mengetahui akan segala aqaid yang dibangsakan kepada agama Islam yang telah maklum  di sisi para ahlinya.

5. Hukum mempelajari ilmu tauhid adalah wajib ke atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

6. Apakah yang wajib bagi Allah. Mustahil bagi Nya. Harus bagi Nya.

7. Faedah mengetahui nya ialah kemenangan dan keberuntungan selama-lamanya

8. Sekelian tanda agama Islam itu ada empat iaitu 1) sah iktikad iaitu jazam. 2) Benar qashad iaitu menunaikan ibadat dengan ikhlas. 3)Menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh. 4) Meninggalkan segala larangan.

Melengkapi agama Islam ialah

Islam
Iman
Ihsan
                                                                   
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...