Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah

Segala pengalaman dan testimony pelajar akan dimuatkan ke halaman ini. Jika ada alumni mahu menyumbang testimoni dan pengalaman selepas belajar ilmu hikmah daripada kami silalah emelkan ke rahmaniah999@gmail.com . Sama juga yang mahu mempelajari silalah emel ke emel yang sama atau telefon terus ke nombor Hotline yang tertera di blog ini. Segala testimoni dan pengalaman akan pengalaman sebenar pelajar kami. Perhatian, kerana halaman ini baru diwujudkan entri pengalaman pelajar kami tidak dapat disusun dengan baik. Jadi jangan hiraukan tentang penomboran. Sebaliknya telitilah pengalaman pelajar kami sebelum ini dan hubungilah mereka jika mahu pengesahan atau hubungi kami jika anda berminat untuk belajar daripada kami.
Sesungguhnya ramai yang mahu belajar ilmu hikmah, tenaga dalam putih dan perubatan Islam tetapi belajar daripada mereka yang tidak mengamalkan ilmu itu. Sepatutnya apabila kita mahu memilih guru, biarlah guru itu telah beramal atau sebati dengan ilmu yang mahu diturunkannya kepada kita. Belajar daripada guru yang beramal dengan ilmu yang mahu diturunkan kepada kita adalah penting kerana selain ilmu memerlukan pengalaman. Bermula daripada pengalamanlah lahirnya ilmu (suatu sistem yang digunapakai). Daripada pengalamanlah melahirkan petua, gerak dan lain-lain lagi yang membentuk fondasi sesuatu ilmu hikmah, tenaga dalam Nur Muhammad dan perubatan Islam.
***

Pengalaman belajar ilmu hikmah 1

1. Baru-baru ini Perubatan Rahmaniah (PR) telah menerima seorang pelajar Ilmu Hikmah. Pelajar tersebut menerima Gemblengan Ilmu Hikmah Mustajab secara khusus. Oleh kerana sebelumnya pelajar tersebut telah mempelajari beberapa keilmuan yang secara zahirnya nampak betul dan benar. Tetapi hakikatnya ia bertentangan dengan agama. 

2. Proses pembersihan daripada keilmuan lama yang tidak diredhoi Allah pun segera dilucutkan daripada diri pelajar terbabit. Mulanya berlaku penolakan proses pembersihan. Namun apabila pengajar membetulkan niat pelajar maka proses menjadi mudah dan senang. Syukur semuanya berjalan lancar selepas itu. Dan dia pun merasa amat puas sekali. 

3. Pihak PR juga menerima undangan khusus daripada calon pelajar ilmu hikmah dari beberapa buah negeri. Insya Allah jika ada rezeki dan perjanjian yang dipersetujui bersama, pengajar PR dapat pergi ke tempat saudara dan tuan uan untuk mengajar dan mengembleng tuan puan. Dalam mempelajari sesuatu ilmu hendaklah dimulakan dengan langkah yang betul. Langkah demi langkah. 

4. Dan keilmuan tersebut hendaklah ilmu yang dirahmati dan diredhoiNya bukan sebaliknya. Hal ini kerana apabila kita mempelajari sesuatu keilmuan yang hakikatnya rosak walau secara luarannya nampak baik dan betul, pembawaan pelajar atau seseorang itu boleh terpesong jauh dari syariat Islam. Contohnya apa yang berlaku pada seorang pelajar ilmu yang dikatakan bersanad dan diwarisi. 

5. Malangnya bukan sahaja keilmuan itu tidak memberikan kelebihan sebagaimana di tawarkan bahkan mengundang kesempitan rezeki bagi si pengamalnya sehingga perniagaan yang dilakukannya menjadi punah. Orang-orang tua kata, rezeki seret. Tak membuahkan hasil. Selalu rugi. Tiada pelanggan di premis niaga. 

6. Inilah sebab bahana mempelajari suatu keilmuan yang Allah murkai. Antara ciri ilmu yang dimurkaiNya ialah mencampur adukkan antara yang haq dan bathil. Kadangkala kandungan ilmu itu betul tetapi oleh kerana si pengajarnya seleweng dan tidak mendalami serta menguasai sedalam-dalamnya dan sehabis-habisnya maka keilmuan tersebut tidak dapat dikuasai oleh pelajarnya sebaik mungkin. 

7. Maka timbullah kata-kata sesal seperti, tak ada dapat apa-apa, ataupun tiada keyakinan merawat bahkan perniagaan merosot teruk sejak belajar ilmu tersebut. Jadi berwaspadalah sebelum mempelajari suatu ilmu. Di Perubatan Rahmaniah, calon pelajar akan diajar dengan kaedah yang sebetulnya. 

8. Bukan dengan cara yang merosakkan akidah atau bukan dengan pemakaian sebarang trick dan pembohongan. Sebab itulah ada dikalangan pelajar PR Berjaya membuka pusat rawatan sendiri. Berjaya memperolehi kedudukan yang baik dalam jabatan. Dan lain-lain lagi. 

9. Tuan puan saudara pembaca sekelian bila lagi nak belajar…Segala urusan pembelajaran hendaklah diajukan ke emel rahmaniah999@gmail.com . Sila nyatakan hendak belajar ilmu hikmah insya Allah emel anda akan dibalas secepatnya menunjukkan PR bersedia mengembleng anda sebagaimana yang dijanjikan. Insya Allah.
Pengalaman Pelajar Gemblengan Ilmu Hikmah 2
 Ada panggilan daripada kawan yang memberitahu rumahnya terdapat gangguan tiap kali menjelang senja seperti ada bau wangi ,penghuni rumah yang demam teruk. Saya pun datang untuk bantu kwn saya itu. Dengan mengikuti panduan dan bimbingan guru saya mulakan gerak kerja pembersihan rumah selepas isyak dengan wirid khusus ilmu hikmah semasa bergerak sekitar rumah dengan teknik pembersihan yang diajarkan badan saya kembang semacam terasa seperti leher ditekan dari belakang dan terasa hawa panas. Kemudian saya terus mengaktifkan lagi kunci khusus ilmu hikmah yang diajarkan  dan terasa angin sejuk lembut menghilangkan hawa panas dan segala ketidakselesaan itu danselepas itu tiada lagi bau wangi misteri, gangguan demam dan lain lain lagi. Dan kawan saya pun dapat merasai perubahan dengan udara dalam rumah lebih sejuk dingin tidak seperti sebelum ini. Alhamdulillah tiada lagi gangguan selepas itu . Terima kasih dan saya syorkan siapa yang inginkan ilmu hikmah yang sebenar silalah berhubung dengan perubatan rahmaniah bagi mendapatkan bimbingan dan saya sekarang terbukti keberadaan dan fungsi ilmu ini walaupun sudah  bertahun mengikutinya. Hafiz Shah Alam.

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 15 : Ridzuan dari Singapura

Assalammualaikum.

Ustaz apa khabar? Saya masih mempraktiskan Ilmu Hikmah Formula 1. Ustaz minggu yang lepas apabila saya bertafakur. Ada sekali saya rasakan seolah-olah diri saya menjadi ringan bagaikan terapung di udara seperti meraga sukma.

Saya rasakan ada satu putaran nur di dalam badan. Ia terlalu sofistikated jika mahu dijelaskan dengan kata-kata. Saya rasa sangat gembira dan terharu kerana baru saat ini dapat 'rasa' pada diri saya sendiri.

Saya juga terkenangkan masa silam saya yang terbuang dan tinggal sisa waktu yang ada ini untuk terus mengabdikan diri kepadaNya.

Insya Allah kita jumpa lagi ustaz.

Hubungi Ridzuan untuk kesahihan testimoninya +6591461806

 Ulasan Kami :  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan seru semesta alam.

Tahniah Ridzuan kerana berjaya mengikuti Program Gemblengan Ilmu pada minggu lepas.

Nasihat kami teruskan beramal. Beramallah kerana Allah bukan kerana rasa. Rasa itu hanya secebis rahmat Ilahi agar iman kita lebih berkembang lagi tanpa batasan.

Tetap ingatlah Allah melalui diri. Inilah namanya

'Barang yang direndam tak basah, dibakar tak hangus.'

Kami juga telah memberikan penjelasan kepada Ridzuan akan situasi yang dirasai dan dilaluinya itu. Kami juga telah menyarankan apakah yang perlu dilakukan oleh beliau dan beliau faham dan pertemuan bakal berlangsung lagi.

Ini juga membuktikan bahawa kami benar dalam berjanji dan juga benar-benar serius mahu membimbing anda. Jangan fikir2 lagi. Lagi lama anda lambat buat keputusan orang lain sudah jauh maju ke depan. Yang dari Singapura pun datang jauh2 mahu mengikuti program kami. Anda yang tinggal dalam Malaysia senegara dengan saya tidak mahu rebut peluang ini. Janganlah anda menjadi manusia yang rugi.

Program Gemblengan Ilmu Hikmah pada 21/12/2013 tinggal separuh hari lagi sebelum menjelang. Tiada alasan lagi jika anda mengatakan tidak mampu dengan yuran pengajian yang dikenakan. Kami bagi peluang kepada anda untuk belajar dengan yuran pengajian diskaun.

Jadi tinggal anda saja nak atau tak nak saja.

rahmaniah999@gmail.com
Ya Allah! Dengan rahmat dan kebesaranMu jadikanlah setiap pengunjung yang bertandang ke blog kami diberikan keampunan dipandang olehMu dengan sejuta rahmat dan sejuta kebaikan. Jadikanlah petunjuk dan pengajaran bagi kami dan juga sekelian hambaMu akan tanda-tanda kebesaranMu yang berlaku dalam seluruh episod hidup kami yang sementara di atas dunia ini.
Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 14: Mohd. Jamal Abd. Rashid
Berikut adalah pengalaman pelajar seniour kami iaitu saudara Mohd. Jamal Abdul Rashid, 48, (gambar di atas) yang berasal dari Perak yang telah datang bersuri bertemu kami sekali lagi untuk berkongsi pengalaman menimba ilmu daripada kami. 

Tulisan ini adalah hasil rakaman suara beliau pengakuan beliau sendiri. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan ibrah daripadanya! 
...Saya menggunakan teknik rawatan yang diajarkan oleh Ustaz Tabib. Kebanyakan pesakit saya memberikan respon yang positif dan merasakan tubuh badan menjadi ringan. Pendek kata apa yang diajarkan oleh Ustaz Tabib itulah yang saya lakukan. Tiada penambahan apa-apa. 

Saya letakkan segala penyembuhan sepenuhnya kepada Allah. Saya amalkan segala tunjuk ajar Ustaz Tabib hingga kepada anjuran bersedekah dengan cara tertentu yang terbukti berkesan mengundang limpahan rezeki dan rahmat dalam hidup saya. 
1. Sembuhkan pesakit tiada selera makan 
Antara kes yang sudah saya tangani ialah pesakit yang tidak ada selera makan. Sebelum ini pesakit itu telah dirawat oleh bomoh yang mengatakan pesakit itu diserang sihir. Rawatan oleh bomoh itu juga tidak memberikan apa-apa kesan positif kepada pesakit itu. 
Selepas saya buat rawatan sebagaimana yang Ustaz Tabib ajarkan. Alhamdulillah tidak lama selepas itu ibunya menelefon memberitahu anaknya sudah berselera untuk makan nasi dan lain-lain jenis makanan. 

2. Berkat Amalkan Doa yang diajarkan 

Ada juga kes yang melibatkan rumah tangga. Pesakit dilihat terlalu dikuasai oleh ibu mertuanya. Ibarat kerbau ditarik talinya. Apa yang Ustaz Tabib ajar itulah yang saya lakukan untuk ikhtiar kepada pesakit.
Selepas saya menggunakan kaedah tertentu dengan membaca doa khusus alhamdulillah tubuh pesakit bukan sahaja merasa ringan bahkan kembali menjadi dirinya yang sebenar. 
Sudah ada keberanian membuat keputusan. Lebih menakjubkan selepas saya buat rawatan ke atasnya, pesakit akan terbau busuk apabila berdepan dengan anggota keluarga yang mengenakan sihir penunduk kepada dirinya. Mak mertuanya juga tidak berani lagi memperkotak-katikkan dirinya seperti sebelum ini. 

Selain itu dia rasakan sangat penghormatan orang terhadap dirinya dalam lingkungan kerja dan rakan taulannya. Orang yang dahulunya tidak mempedulikannya kembali menyedari kehadirannya dan sering membelanjanya makan. 

Terima kasih keada Ustaz Tabib yang banyak membimbing dan menggembleng saya hingga dapat membantu sesame masyarakat. Niat saya ikhlas untuk membantu masyarakat. 

3. Jadi sejuk hati dan rezeki berlimpah 

Sejak belajar dengan Ustaz Tabib dengan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Tahap Istimewa ini berlaku perubahan yang besar dalam hidup saya. Jika dahulu saya panas baran dan tidak sebulu dengan anak-anak. 

Kini selepas jumpa Ustaz Tabib berlaku perubahan hingga hubungan dengan anak-anak kembali normal dan sangat akrab. Bahkan pelajaran dan pencapaian akademik dan kemahiran anak-anak saya sangat menakjubkan! Inilah yang paling saya harapkan selama ini. 

Alhamdulillah! Dalam bab rezeki. Boleh kata kalau saya ditelefon sahaja maka rezekilah itu. Saya ada kemahiran sedikit sebanyak dalam bidang pertanian dan landskap. 

Dengan kemahiran itu saya menjadi tumpuan pelanggan di serata daerah Perak dan seluruh negara. Ini selepas jumpa Ustaz Tabib saya dapat lagi satu projek landskap. 

Hanya berbekalkan sijil SPM dan kursus asas di UPM. Ajaibnya selepas belajar dengan Ustaz Tabib segala kemahiran saya pelajari itu diaktifkan balik. 

Pendek kata ia kembali menjadi punca rezeki saya yang tak disangka-sangka! Siapa nak bagi rezeki macam itu kalau kita sendiri tidak berusaha? 

Baru-baru ini saya mendapat berita baik kenaikan jawatan dan gaji dengan sijil SPM saya yang sebelum ini tidak dapat memohon apa-apa kenaikan. 

Ini semua selepas saya mengikuti gemblengan yang diajarkan oleh Ustaz tabib. Syukur Alhamdulillah! 
...banyak lagi pengakuan ikhlas Mohd. Jamal yang tidak kami muatkan di sini. Cukuplah sekadar yang ditulis buat bacaan pembaca setia dan murid saya sebagai suatu pengajaran yang bermakna! 

 Ulasan kami 

 Alhamdulillah hi rabbol alamin! Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam. Segala limpahan kasih sayang limpahan salam selamat ingatan penuh kasih langit dan bumi kepada junjungan mulia Tuan yang dikasihi dihormati disanjungi iaitu Nabi Muhammad sallallahu ala wassalam dan kaum keluarga baginda tanpa batasan masa, tempat dan zaman! Allahukahbar!!! 

1. Apa yang kami terbitkan di sini bukanlah suatu kesombongan dan keujuban tetapi merupakan suatu Manifestasi Syukur kami kehadratNya! Berhentilah anda daripada mengatakan hidup anda selalu malang sial dan tidak bernasib baik. Ubahlah ia menjadi baik dengan mengikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa kami anjurkan.

 Cepat sebelum kami mengambil keputusan menutup program kami ini! Usah mencari jalan penyelesaian melalui sihir dan amalan ritual yang aneh-aneh dan berbahaya terhadap akidah dan hidup kita. Hargailah kehidupan ini dengan keindahan ilmu, iman dan amal!

2. Inilah antara testimoni pengakuan terus terang oleh Saudara Mohd Jamal Abd Rashid yang telah menerima Gemblengan Ilmu Hikmah tahap Istimewa daripada kami. Pertama kali beliau bertemu kami ketika dalam keadaan sosial dan emosinya tidak stabil. Jenuh beliau berhujah dengan kami pula tentang kelebihan ilmu perang yang dipelajarinya sebelum ini. 

3. Apabila kami tanya, “Kalau ilmu itu baik dan dirahmati mengapa Tuan panas baran dan sering kesempitan rezeki dan kehidupan?” 

Alhamdulillah selepas belajar daripada kami beberapa tahun lalu Mohd. Jamal Abd Rashid datang lagi dan perubahan hidupnya sangat-sangatlah menginsafkan kami. 

Kami hanya penyampai keilmuan dan keberkatan yang diperolehi oleh Mohd. Jamal Abdul Rashid murid kami adalah berkat usaha dan kesungguhannya beramal mengikut tunjuk ajar kami. Bukankah di dalam hadis terdapat begitu banyak kelebihan berguru dan belajar? Buktikan bersama kami!

Kini kata Mohd. Jamal, “Saya istiqomah dengan amalan Ustaz Tabib ajarkan dan gemblengkan saya itu sahaja. Tiada yang lain! Ia sudah lebih mencukupi! Alhamdulillah!” 

4. Bermula dari perubahan sikap positif daripada marah kepada sejuk hati, sempit dada kepada lapang dada, kurang iman kepada bertambahnya iman dan kesyukuran, daripada keliru kepada penyelesaian masalah kehidupan, daripada kesempitan rezeki kepada keluasan rezeki, daripada sakit kepada pulih dan dapat pula membantu masyarakat yang memerlukan Mohd. Jamal adalah contoh tauladan pelajar kami yang berjaya. Tahniah Mohd. Jamal. Terus istiqomah sampai akhir hayat! Semoga Tuan Berjaya dunia dan akhirat! 

 5. Jadi, anda tunggu apa lagi! Segeralah hubungi kami seperti tertera di atas atau emel rahmaniah999@gmail.com untuk belajar daripada kami satu-satunya pusat Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa yang berlandaskan syariat tidak dicemari unsur jampi serapah yang tidak difahami maksudnya dan lain-lain unsur syirik. 100% ilmu hikmah warisan ulamak dan orang soleh, tegap dan betul di atas jalanNya yang lurus! 

6. Kami sesekali tidak menyamai orang yang mengajar Ilmu Hikmah tetapi turut mempraktikkan sihir dan kejahatan serta ritual yang aneh dan memelikkan! Kami tidak seperti itu dan TIDAK sesekali sama dengan mereka. Jadi awaslah anda dalam membuat perbandingan dan rujukan serta pilihan yang tepat dan selamat dengan akidah anda. Kami berani meletakkan testimoni pelajar kami secara berterusan dengan meletakkan rujukan nombor telefon (mohon jangan salah gunakan) dan gambar (jika diizinkan tuan punya badan) bagi membuktikan kami berkata benar. Hargailah kesempatan ini untuk mendapatkan keyakinan daripada mereka mengenai perkhidmatan kami!

7. Sebagai perangsang semangat anda, anda kami layan dan bimbing sampai puas hati sampai berhasil insya Allah selagi ada usaha dan azam anda akan memperoleh apa jua hajat dan niat anda! 

Jangan hadkan anugerah limpah kurnia Allah Yang Maha Luas itu! 
Mohd Jamal Abdul Rashid 
Petani Moden Perunding dan Kontraktor Lansdskap 
Berpengalaman luas dalam bidang pertanian
Pengeluar Baja Semulajadi Istimewa Tanpa Kimia 
Perawat Islam 
Pakar Rujuk Masalah Kasih Sayang 
Pakar Rujuk Masalah Kewibawaan dan Karismatik 
Kaunselor Umat istimewa 
013-5182272 (Lokasi Perak) Perkhidmatan Seluruh Negara. 

*Anda boleh merujuk dan menghubungi beliau jika mahukan perkhidmatan seperti disenaraikan di atas dan kami tidak ragu-ragu lagi untuk meletakkan kepercayaan kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepercayaan yang diberikan oleh anda kepadanya. 

*Anda juga dapat bertanya terus kepadanya jika mahukan kesahihan testimony pengalaman belajar ilmu daripada kami. Anda dapat bercakap dengannya untuk membuat keputusan terbaik dalam menentukan untuk belajar daripada kami sekarang! 

*Anda juga boleh terus hubungi kami melalui nombor telefon yang tertera dalam blog ini.
Ya Allah! rahmatilah kami bantulah kami, murid kami dan bakal murid kami terus menerus janganlah dikau putuskan bantuan Mu kepada kami dan juga murid-murid kami dan bakal murid kami yang sedang membaca tulisan ini walau di mana mereka berada. 

Ya Allah! Jika kami, murid kami serta bakal murid kami diujiMu Ya Allah maka berilah jalan keluar. 

Jadikanlah amalan kami, murid kami dan bakal murid kami diterimaMu Ya Allah dan menjadi asbab kepada pembuka bantuan rahmat dan penyelesaian terhadap segala masalah hidup kami. 

Ya Allah! Berkatilah Ya Allah hidup kami dengan amal dan ehsan kepadaMu dan jadikanlah diri kami, murid kami dan bakal murid kami sentiasa berdamping rapat dengan para awliyaMu yan terus menerus mengingatiMu pada setiap pagi dan petang. 

Ya Allah! Hindarilah kami, murid kami dan bakal murid kami daripada dipengaruhi oleh hamba-hambaMu yang melupaiMu dan menipdudayakan kami.  

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Nurullah! Dengan rahmatMu yang maha luas terimalah bisikan doa kami, air mata kami dan pengharapan kami! Amin Ya Rabbal alamin!
*Berhijrahlah dari kegelapan kepada Nur Allah bersama kami rahmaniah999@gmail.com 
Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 13 : Salwa Pulau Pinang

Assalammualaikum Ustaz Tabib yang dirahmati Allah.

Banyak perkara yang tak terjangka berlaku selepas menuntut ilmu dengan ustaz. Ustaz Tabib  mengajar saya dan suami kita sebagai manusia tiada daya dan upaya melainkan dgn izin dan pertolongan dari Allah yg maha tinggi lagi maha agung...:)

Sekadar nak berkongsi kisah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran tentang kekuasaan Allah swt Selepas saya menuntut ilmu dgn ust.

Ada satu kisah yang saya nak kongsi berlaku iaitu setiap kali sy ke masjid, sy akan niat dlm hati untuk bersedekah rm10 atau apa yg ada dalam wallet. Ustaz ada ajar kaedah ini kepada saya semasa gemblengan ilmu berlangsung. Alhamdulillah sy dgn anak2 n suami cukup makan dgn rezeki Allah bagi.

Pada hari lain sebelum keluar masjid terdetik nak sedekah rm10 sebab perasan ada rm10 dlm wallet. Buka lagi sekali tengok ada rm11. Saya pun niat sedekah apa yg ada iaitu rm11. Memang saya pasti dah takde duit dalam wallet. Malamnya tetiba saya buka wallet di klinik nak amek kad saya terkejut tgk ada rm50 elok ada dlm wallet.

Tanya suami dia ke yang letak? Suami cakap bukan. Puas saya fikir mana datang duit ni sebab seingat saya memang tade duit dah sebab dah guna masa kat masjid semalam. Ustaz,saya cuma boleh ucapkan Alhamdulillah dan melihat kebesaran allah. Allah tu maha berkuasa dan maha hebat.insaf saya dengan kejadian ni.

Selain itu masalah gastrik angin  saya alami kurang dengan banyaknya boleh dikatakan sudah tiada masalah angin kembong dll masalah perut.

Lebih daripada itu jiwa bertambah kuat semangat meningkatkan kualiti ibadah.

Suami juga dipanggil temuduga untuk kerja lebih baik dan dekat dengan keluarga seperti kami impikan selama ini.

Bersyukur amat sangat dibimbing oleh Ustaz Tabib!

Salwa, Pulau Pinang
Pelajar Ilmu Hikmah Tahap Istimewa
Usahawan Kek
Tel  012 479 1548 untuk pertanyaan
Tentang keilmuan dan pengalaman belajar
Juga menerima tempahan kek
***
Ulasan kami.

Bersyukurlah kepada Allah
Kami hanya penyampai manakala Allah yang menganugerahkan.
Kami membimbing anda tanpa mengenal ras bangsa dll.
Kepada anda yang masih ragu2 blh tanya sendiri Salwa di talian yg tertera
Bagi anda yg mahu belajar blh terus hubungi kami.
Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 12 : Dua al-Hafiz

 

Selepas ikuti Gemblengan Ilmu Hikmah, Ustaz Wan Khairu al-Hafiz, kanan, dan Ustaz Hamim al-Hafiz, kiri dapat memanfaatkan keilmuan bagi membantu umat.

Khususnya Ustaz Hamim telah berikhtiar merawat pesakit yang kerasukan jin dan dengan izin Allah dapat mengeluarkan beberapa jin yang menganggu dan dengan izin Allah pesakit melihat sendiri jin pengganggu terbakar! 

Dan lebih membanggakan lagi Ustaz Hamim lakukan tanpa kami berada di sisinya!

Ustaz Hamim juga telah dicadangkan oleh saudaranya Ustaz Syamsul untuk belajar daripada kami yang mana Ustaz Syamsul adalah mantan pelajar kami 3 tahun lepas. 

Kini Ustaz Syamsul yang juga pernah belajar dari Darussyifa giat melakukan rawatan Islam ke atas pesakit.

Manakala Ustaz Wan Khairu pula terlebih dahulu menemui kami untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah.

Kedua-dua Ustaz al-Hafiz ini sempat melihat kami melakukan rawatan ke atas pesakit. 

Ustaz Wan Khairu melihat sendiri bagaimana rawatan ke atas gangguan jin ke atas pasangan usami isteri dari Batu Pahat, Johor dirawat hingga pesakit dapat merasai kelegaan dan dengan izin Allah melihat 3 ekor jin keluar dari tubuhnya. Testimoni pesakit ada dinyatakan di bahagian testimoni.

Selepas pesakit temui doktor, doktor menyatakan  masalah slip disc tulang belakangnya selesai dan tidak perlu pembedahan!

Ustaz Hamim pula baru-baru ini sahaja sempat melihat kami merawat seorang pesakit yang terbuka mata ketiganya atau third eye.

Masalah pesakit yang juga lazim dialami oleh orang mata tanpa hijab ini ialah cepat dan mudah ibarat vakum terserap energi negatif daripada penampakan makhluk halus. 
Dengan rawatan kami lakukan Ustaz Hamim melihat sendiri bagaimana dengan izin dan rahmat Allah kami dapat mengeluarkan gangguan jin dalam tubuh pesakit tanpa pesakit menjerit dirasuk!

Bahkan jin itu bergerak ke kakinya hingga bergetar hebat sebelum kami merentapnya dan getaran itu hilang. 

Dan pesakit merasai gangguan itu ditarik dengan ikhtiar kami dan pesakit merasa ringan dan seri wajahnya naik seperti sediakala. 

Dalam erti kata mudah, sembuh!
Pengalaman dua orang hafiz ini seharusnya membuka mata anda pengunjung blog ini yang masih tercari-cari tempat untuk menekuni keilmuan dan perubatan Islam yang insya Allah yang dapat menjadi andalan anda dalam aktiviti rawatan sehari-hari.

Belajarlah daripada pengamal yang terbukti berpengalaman bukan penjual kertas fotostat!

Ia juga menjadi perangsang kepada orang awam mempelajari kaedah kami walau tidak mahu merawat sekalipun cukup sebagai bekal diri atau rawatan diri.
Tahniah! Walaupun anda bukan al-Hafiz atau menghafaz Al-Quran kami tetap menerima anda seadanya bagi mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan. 

Anda hebat sejak dilahirkan, buktikan!!!

Sila klik bahagian Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah bagi keterangan lanjut.

Bagi mengesahkan apa yang kami tulis ini sebagai benar dan banyak lagi pengalaman dengan dua al-Hafiz ini sila telefon mereka.

Juga anda boleh dapatkan rawatan dengan mereka dengan melihat kedekatan jarak dalam kawasan yang ditulis di bawah.

Ustaz Wan Mohd Khairu  al-Hafiz 013-981 9861 (Gombak, Selayang, Serendah, Batu Caves)

Ustaz Hamim al-Hafiz 019-266 8299 (Kuang, Shah Alam)

Segala-galanya atas kehendak Allah, Jangan bertuhankan sesuatu selain daripada Allah. Ilmu itu kaedah dan ikhtiarnya. Manakala terkabulnya adalah milik mutlak Allah. Kena cara dan gaya memang berhasil! Insya Allah.

Pengalaman Belajar Ilmu Hikmah - Ezam Klang

Banyak orang suruh kami detailkan program belajar Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) yang kami anjurkan. Beginilah.  Apa kata tuan puan tanya sendiri dengan saudara Ezam murid seniour kami pengalamannya. Kalau sekali telefon tidak dijawab jangan putus asa.  Maklumlah sibuk bekerja tapi dijamin dapat beri galakan anda belajar dengan kami.

Berikut pengakuan Ezam.

1. Sejak belajar saya kini menemui ketenangan sejati. Mudah untuk laksanakan ibadah. Dinaikkan pangkat.

2. Dpt khusyuk ibadah. Doa zikir dll amalan dpt dilakukan dgn tubuh badan yang ringan. Bersyukurlah kerana dapat ikuti gemblengan dengan ustaz.Alhamdulillah.

3. Ustaz tidak kedekut ilmu dan masa sabar membimbing. Nilai mahar tidak terbanding dengan nilai bimbingan. Walaupun sudah bertahun ikut ustaz segala janji dipenuhi.

4.Dulu saya belajar banyak tempat. Dgn ustaz juga saya kekal meskipun sudah bertahun tahun.Terima kasih ustaz atas tunjuk ajarnya.

5. Saya terus dapat konsultasi percuma saja.ustaz berikan solusi atas permasalahan dan saya lakukan sebaiknya dan hasilnya Alhamdulillah.

6. Ustaz tidak seperti pembimbing keilmuan lain yang lupakan muridnya.ustaz sedia bimbing walau sudah habis masa belajar. Ustaz jadi kawan, penasihat, sahabat yang setia dan sabar bimbing.benarlah kata ustaz selagi murid mahu hubungi ustaz selagi iyulah ustaz melayani.

Banyak lagi faedah lain yang saya dapat hasil tunjuk ajar ustaz yang berterusan. Jadi anda jangan ragu2 lagi kerana di sinilah pilihan yang tepat untuk menimba ilmu beramal dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Ezam boleh dihubungi di talian 013-230 5822 (Klang, Meru)
Emel : nur12cahaya@hotmail.com
 Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 11 : Ahmad dari Singapura

Salam Ust Tabib dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Saya Ahmad Syakir dari Singapura yang pernah mengikuti pembelajaran ilmu hikmah dari anda. Saya datang bersama dua orang kawan saya. Untuk pengetahuan anda, saya telah selesai melakukan amalam wird formula....dan formala dua secara berterusan.

Semasa mengamalkannya, perut saya mulas selama 2 minggu pertama. Semasa berwirid, saya selalu merasakan seperti ada getaran lektrik di tangan dan kadang kala tangan terasa hangat atau dingin.Saya dan ibu saya juga telah mengamalkan.... dan alhamdullilah gangguan ibu saya telah banyak berkurangan.

....

Terima kasih saudara Ahmad Syakir yang telah mengikuti gemblengan ilmu. Banyak lagi faedah saudara akan dapat sepanjang mempraktiskan keilmuan yang diajari.

Ahmad Syakir ambil keputusan tepat dan bijak selepas penat membawa ibunya untuk dirawat merata rata. Walaupun Ahmad tiada pengalaman belajar ilmu sebelum ini dengan mengikuti gemblengan sudah cukup bagi beliau untuk membantu ibunya dan meningkatkan kualiti hidupnya.

Ilmu tidak ternilai dengan apapun material di dunia ini. Mempunyai ilmu lebih beruntung daripada memiliki harta. Jika harta menyebabkan kita terpaksa menjaganya daripada dicuri siang.malam ilmu pula menjaga kita daripada segala siang dan malam.

Jika harta menyebabkan kita bermusuhan ilmu pula menyebabkan kita bersaudara.

Banyak lagi fadilat ilmu daripada harta. Bukannya tidak boleh berharta tapi memadailah harta itu cukup untuk memenuhi kehidupan seadanya manakala selebihnya diinfakkan ke jalan Allah dan salah satu infaq di jalan Allah adalah memperuntukka  harta untuk mendapatkan ilmu.

Hanya yang mengamalkan sahaja dapat merasai kebenaran kata kata dan hikmah di atas. Untuk permohonan belajar sila email rahmaniah999@gmail.com

Lagi pengalaman pelajar Ilmu Hikmah Ahmad Zawawi

Assalamualaikum ustaz, malam ni mak saya lepas berbuka puasa, solat magrib, muntah semula semua yang di makan, kemudian beliau makan semula. lalu beliau mengadu pada saya. saya letakkan tangan di perut mak dan saya bacakan zikir inti kalimat secara kuat, saya pejamkan mata, sewaktu sedang baca, saya nampak gambaran kain pasang hitam berbelang merah jambu berlipat, kemudian dari kain tersebut keluar kepala lembaga bertanduk kehitaman, timbul, kemudian jadi kucing hitam pekat, lalu saya tidak nampak lagi, hilang. saya teruskan bacaka….. lalu saya bacakan…., saya doakan….., dan….., mak saya katakan sakit kepalanya hilang, musykil nya saya apa maksud gambaran yang saya nampak tadi. boleh ustaz berikan sedikit penjelasan mengikut pengalaman ustaz?Ahmad Zawawi.

Lagi testimoni pengalaman daripada beliau selepas mengikuti  Gemblengan Ilmu Hikmah daripada kami. Untuk jawapan ringkas dan secara awamnya, gambaran yang dilihat oleh Ahmad Zawawi menandakan layar scanning telah terangkat berkat pengamalan amalan yang telah diijazahkan dan diajar daripada kami. Hanya beberapa bulan kemudian. Namun ini bukanlah satu perhentian.

Perseteruan antara manusia dengan syaitan sentiasa berlangsung sampai ke akhir zaman. Gambaran binatang itu ialah rupa jelmaan makhluk yang menggangu. Itu bukanlah rupa hakiki jin atau syaitan melainkan penjelmaan dan penyerupaan semata-mata dalam operasinya menyesatkan dan memusnahkan kehidupan manusia.Gambaran Ahmad itu menunjukkan kejayaan dalam ikhtiar ke atas ibunya apabila gambaran yang muncul itu hilang dan ghaib dalam layar scan Ahmad Zawawi.

Pengalaman beliau sama dengan kami apabila kami dijemput merawat seorang suri rumah yang mengalami tekanan darah tidak normal dan letih lesu. Keluar masuk hospital akhirnya dengan kaedah rawatan daripada kami, muncul lembaga bertanduk kemudian hilang dalam pusaran cahaya putih.Yang penting rasa sakit warga emas itu berkurangan dan berangsur sembuh. Ini semua pengalaman yang akan mematangkan kita selaku manusia yang diberi sedikit pengetahuan oleh Allah hingga meningkatkan rasa penghambaan pendekatan dan pengharapan kita kepada Allah Ta’ala.

*Istimewa bagi sesiapa yang mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah sempena bulan Ramadhan, pakej gemblengan masih dibuka dan diberikan BONUS ISTIMEWA (alumni sila hubungi kami untuk maklumat lanjut).

 Kenapa jumpa bomoh yang syirik, atau membuang duit ke sana ke sini? Lebih baik anda belajar dan belajarlah daripada kami yang berpengalaman yang mempraktiskan ilmu dan bersedia berkongsi pengalaman dengan anda dalam bidang yang semakin dilupai orang kini.Pada bulan puasa diakui jumlah pelajar ilmu hikmah berkurangan mendadak hampir tiada langsung.

Jadi inilah kesempatan anda mendapatkan perhatian khusus daripada kami agar anda lebih cepat menguasai memahami sekaligus mempraktiskan keilmuan yang diajar secara berdepan dan terbimbing!

Pakej bimbingan dan gemblengan kami megguna pakai silibus yang disusun berdasarkan pengalaman bertahun-tahun kami dalam bidang pengubatan hikmah ini. Kami sedar masih ada langit di atas langit namun inilah yang kami sedia kongsikan moga-moga anda semua beroleh keinginan yang kuat dan pasti. rahmaniah999@gmail.com

Assalammualaikum. Selamat berpuasa, beribadah, berqiamulail. Perubatan Rahmaniah menerima testimoni pesakit yang akhirnya menerima pengijazahan 1 amalan keilmuan daripada silibus Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Pengubatan untuk membantu mempercepatkan kesembuhannya. Dia Berikut adalah email ringkasnya.

                                                                                     ***                         

Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Jin Botak

Assalamualaikum Ustaz Rahmaniah. MOGA DIRAHMATI SETIAP HARI.Ustaz, saya suka untuk menyedekahkan fatihah kepada ustaz dan mendoakan kesejahteraan kepada ustaz setiap hari bagi menghargai jasa ustaz mencurahkan ilmu kepada saya.

Syukur alhamduillah, saya merasakan perubahan pada diri  saya. Saya lebih kuat apabila mengamalkan________.

 Pada hari kedua pengamalan, saya dapat melihat jin yang mengganggu saya keluar berukuran 3 kaki berkepala botak bentuk lembaga hitam. Malah saya jadi lebih terkejut tetapi syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya.

 Saya mulai merasa lebih tenang...

Terima Kasih Ustaz Rahmaniah.

Selamat Berpuasa dan Beramal.Moga Ustaz sekeluarga dirahmati sentiasa

Ikhlas,SARIMAH Batu Pahat, Johor Bahru.

____

Terima kasih Sarimah. Amalkan secara istiqomah. Ingat ayat bukanlah berkuasa. Ayat hanya menjadi  penghubung hati kita kepada Allah. Hingga mustajab doa dan pengharapan kita
 Amin.

Bagi yang masih teragak-agak untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Pengobatan maka selidiki lah dulu hati anda. Adakah anda mahu kehebatan semata atau mahukan dada terisi dgn keilmuan yg dapat dimanfaatkan bila perlu. Terserah lah. Di sini kami hanya menawarkan keilmuan yang boleg digunakan. Pasanglah niat untuk belajar hubungilah kami jika ada kemusykilan. Bagi anda yang sudah belajar dimana mana tapi  rasa kecewa cuba selidik kenapa anda kecewa. Kalau anda inginkan kehebatan yang sentiasa dapat dipertontonkan kpd ramai maka di sini bukanlah tempatnya. Namun jaminan kami keilmuannya tetap boleh diandalkan. Insya Allah. Email segera permohonan belajar ke email rahmaniah999@
gmail.com

Utk Ramadan Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Pengobatan masih dibuka seluasnya. Dengan pengisian keilmuan terus ke peringkat tertinggi balik dari gemblengan dapat terus merawat dan membantu bahkan pulang modal belajar sekejap sahaja. Cepat untuk Ramadan pengambilan dihadkan agar kami dapat memberikab tumpuan vvip kpd calon pelajar. Bagi alumni sila DATANGA BERJUMPA LANGSUNG dengan kami atau setidaknya TELEFON guru anda sedia bimbing jangan main sms dan email sahaja kerana keilmuan bisa di pertajamkan dengan pertemuan dengan guru. Booster update dan muzakarah keilmuan terus dibuka.

Bayangkan Puan Sarimah yang hanya ambil program rawatan sahaja pun sudah dapat manfaat daripada 1 kunci keilmuan sahaja apatah lagi pelajar kami yang dapat semua sekali dengan powerfull berganda ganda. Jadi apa di tunggu lagi.. sila ajukan permohonan belajar ke email yang disertakan di atas segera. Lagi cepat anda buat keputusan lagi cepatlah anda menempa kejayaan dalam hidup anda merubah nasib diri ke arah lebih baik. Email rahmaniah999@gmail.com.

Ya Rahman!
Ya Rahim!
Ya Fattah!
Ya Razzaq!
Ya Waliyy!

Alhamdulillah 7x. Amin.
Tanya Pengalaman Ahmad belajar ilmu hikmah dengan kami
Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan rahmat Allah, limpahahan kasih sayangNya dan limpah selawat ke atas Jujungan Nabi Muhammad s.a.w kami di Perubatan Rahmaniah menyampaikan ucapan setinggi terima kasih kepada para Alumni Gemblengan Ilmu Hikmah Perubatan (Ilmu Hikmah Nur Makrifah) yang telah bergabung bersama kami.  Sesungguhnya segala infak dan usaha susah payah untuk datang mempelajari keilmuan ini pasti akan diganjariNya sama ada di dunia dan di akhirat.
Kami masih lagi menerima kiriman sms, Talk Google dan inbox rahmaniah999@gmail.com yang memberikan testimoni dan maklum balas keberhasilan dan kemujaraban selepas mengikuti sesi Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami tawarkan. Semuanya itu berlaku atas izin Allah yang Maha Kuasa jua.
Perlu diingatkan, Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan tidak sesekali mempunyai persamaan dengan kegiatan ilmu hikmah yang bersengkokol dengan amalam sihir dan meragukan. Amalan merajah azimah, wafak dan sebagainya. Walaupun kami mempunyai pandangan tersendiri dan tidak menolak cara sebegitu lantaran hujah ulamak berkaitan tentang pengamalan ilmu tersebut kami di sini tidak mencampuradukkan sesuatu yang meragukan dalam program kami ini.
Bahawa program Gemblengan lmu Hikmah ini gabungan daripada lima kunci ilmu yang sendiri dipraktiskan oleh pengajar kami. Lebih jauh daripada itu ia mempunyai pengembangan ilmu dari semasa ke semasa sesuai dengan sifat ilmu itu sendiri yang sentiasa bertambah dan tidak akan pernah habis dicedok dari lautan hikmahNya. Cara kami adalah berbeza sama sekali bahkan penerapan ilmu lebih kepada pengalaman tersendiri yang kami lalui daripada hasil amalan ilmu.
Bahawa juga mengamalkan dan mempelajari keilmuan ini bukanlah menyebabkan anda akan menjadi superman atau berbeza daripada orang lain. Anda akan memahami lebih jauh rahsia ilmu hikmah yang hakiki dan bagaimana untuk mengembangkannya dengan tanpa batas tentunya dengan izin Allah yang Maha Kuasa.
Berikut adalah maklum balas dan testimoni berterusan yang diperolehi oleh seorang Alumni Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan. Ahmad Zawawi yang baru beberapa bulan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah kami anjurkan sering kali mengirimkan maklum balas dan testimoni. Terima kasih Ahmad Zawawi. Bersyukurlah kepada Allah yang Maha Kaya. Jadikan semangat Ahmad Zawawi ini dalam mengaplikasikan keilmuan dalam kehidupan sehari-hari sebagai contoh tauladan kepada kita semua.
Sembuhkan Gangguan Penyakit Pelbagai
Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman baru sejak saya mengamalkan ilmu yang  digemblengkan oleh ustaz. Mak saya mengadu kepada saya tidak sedap badan, sakit di bahagian belakang, kaki rasa nak kejang, badan rasa lemah dan rasa nak demam. Pada mulanya saya bacakan_____ dan _______. Kemudian saya letakkan tangan saya pada bahagian pusat mak sambil berdoa agar mak saya cepat sembuh. Saya bacakan_____ sebanyak 1x, di____dan_____lalu saya hembuskan dan doakan lagi agar mak saya hilang sakit2 di badan dan hilang kejang kakinya. Kemudian saya bacakan_____di kaki kanan dan_____kaki kiri. Selepas tu saya tanya pada mak saya apa yang mak rasa sewaktu sesi rawatan yang saya buat. Mak saya kata, sewaktu saya letakkan tangan pada____ dan bacakan____tersebut, terasa seperti ada gerakan dari dalam perut. Mak saya tersenyum. Petang ini pulang dari kerja mak dah boleh lakukan aktiviti macam biasa, kaki tidak kejang dan badan pun  tidak berasa sengal belakang dan tidak rasa nak demam lagi. Alhamdulillah gangguan yang ada pada mak saya telah keluar. Syukur Alhamdulillah. Maklumbalas dan testimoni dihantar pada 17 Jun 2013 ke inbox rahmaniah999@gmail.com
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Baru2 ni ustaz ada ajarkan baca ______saya sudah hafal tapi belum sempat buat solat sunat tahajud lagi. Petang , kutipan kedai pun harap pagi tadi dalam kurang rm50, saya bacakan____doakan di hati, Ya Allah mintalah hari ni dapat seratus.alhamdulillah! Tidak semena-mena seorang demi seorang masuk ke kedai sampai penuh pc, kebetulan lak hari ni bebudak nak print kerja kursus, 3-4 orang juga..sudah hampir_$$$__ seperti saya doakan tadi. Alhamdulillah. Maklumbalas dan testimoni dihantar pada 24 Jun 2013.
Tanya Ahmad Zawawi sendiri!

Ahmad Zawawi Batu                                                                                                                    Kurau Perak

0189763603
Usahawan Pusat Siber dan  Komputer
Az It Centre Servis Computer
Jualan Alat Ganti Komputer
Sewa Komputer, Internet dan  Printing.


                                                                                                                             Silalah ertanya sendiri dengan beliau jika pembaca blog ini mahukan penjelasan sebelum dan selepas Ahmad mengikuti Gemblengan kami di sini. Masih banyak pengalaman beliau yang pembaca boleh tanya. Tanyalah sepuas hati khususnya bagi yang masih meragui keberhasilan program kami jalankan ini.

Bagi anda yang berminat silalah berhubung langsung ke rahmaniah999@gmail.com

Bagi alumni yang ingin berkongsi pengalaman silalah emailkan ke email yang sama.

Belajarlah ilmu yang selamat, terbukti, terjamin dan berhasil.

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 10

Baru-baru ini sepupu saya  hendak bersalin. Tapi dari pukul 3 pagi sampai selepas subuh pun masih tidak beranak lagi. Selepas itu saya baca kunci ilmu hikmah  alhamdullillah lepas setengah jam sepupu dapat beranak..alhamdulillah. terima kasih ustaz di atas tunjuk ajar yang berterusan. A. Klang.

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 9

Assalamualaikum

Ustaz Rahmaniah. Alhamdulillah semalam genap 7 hari saya beramal dengan ilmu hikmah ini. Banyak perubahan pada diri saya. Antaranya saya berjaya tunaikan solar 5 waktu. Selalu rasa nak beramal. Ada keinginan untuk dirikan solat sunat dan solat dhuha. Sebelum ini tidak  pernah pun saya buat solat dhuha. Paling ketara yang saya nampak selepas solat saya suka nak baca Al-Quran dan terjemahannya. Dalam seminggu ini pun saya ada perasan bila saya ke sesuatu tempat ada orang yang memandang saya dengan pandangan yang lama. Siap toleh lg. Nak kata kenal x kenal pun. Pernah sekali saya temankan adik saya buat repot kat balai, ada satu anggota sabah nie serah repot adik saya kat saya dengan perasaan takut dan x boleh nak tengok muka saya. Dia macam takut2. Saya tengok menggigil tangan dia bg report tu kat saya. Alhamdulillah memang ada perubahan pada diri saya ustaz. syukran.

 F.Anggota Keselamatan Kuala Lumpur.

Ulasan kami: Yg memberi kesan adalah Allah. Allah yg memasukkan kekuatan dlm diri saudara utk beramal.  Soal org yg memandang kita itu subjektif. Tentang badan terketar dan ketakutan itu mungkin berpunca daripada saka diri atau pembawaan ilmu salah yg diamalkan pd dirinya. Ini bukanlah matlamat yg penting keredhaan Allah dan Allah sentiasa merahmati dan membantu kita dlm menjalani kehidupan sehari hari. Inilah matlamat kita. Semoga Allah sentiasa merahmati pelajar ilmu hikmah dibawah bimbingan kami dan sama samalah kita menggapai rahmat Nya.

Bagi pembaca yang ingin mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Perubatan sila emailkan permohonan anda ke rahmaniah999@gmail.com

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 8

Petang semalam lebih kurang pukul 6 petang balik kedai terus pergi ke anak, waktu tu badan dia panas lagi merengek-rengek tak selesa demam, saya pegang dadanya dan pusat baca kunci ilmu hikmah baru 1 kali baca dia dah gelisah dan menangis, saya dukung dan saya bawa ke depan, saya minta isteri tolong ribakan, saya baca kunci ilmu hikmah pada anak saya sambil berdoa agar anak segera sembuh demamnya, keluar panas dari tubuh badannya, anak semakin tenang dan tak merengek lagi, kemudian saya baca kunci ilmu hikmah 3 pusingan di pusat dada dan ubun2, keadaan anak masih nampak lemah lagi sebab makan muntah, tak lalu makan, kemudian sebelum saya pergi kerja malam tadi saya suapkan ubat demam tp anak muntah balik.ubat tu.habis tutup kedai saya balik rumah tengok anak dah beransur sembuh dan mula main..pagi ni alhamdulillah..dia dah mula aktif semula, bagi makan pun dah lalu semula....beransur sembuh Alhamdulillah tindak balas yang pantas. saya tak dapat nak buat air kelapa muda  semalam hujan, tak boleh nak cari kelapa, lagipun dah lewat petang..terima kasih banyak ustaz atas tunjuk ajar dan panduan,alhamdulillah sedikit sebanyak saya mampu usahakan untuk merawat anak saya sendiri dah, berkat tunjuk ajar ustaz dan dengan keizinan dan limpah kurnianya Allah SWT memakbulkan doa saya. anak saya kembali beransur sembuh dari demamnya tdk kunjung sembuhnya walau sudah dibawa ke hospital.

Utk mengikuti gemblengan ilmu hikmah sila emailkan permohonan ke rahmaniah999@gmail.com segera.

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 6

Assalammualaikum. Saya telah mengikuti gemblengan ilmu hikmah. Saya rasa jiwa amat tenang. Manakala baru baru ini sy berkunjung melawat pak cik yg sakit di hospital.salah seorang pesakit yg tidak jauh dr pak cik saya yang sakit membuatkan deria pengesan hikmah yg telah diaktifkan tuan tabib rahmaniah telah dpt mengesan cincin yg dipakai pak cik itu yg berkhadam. Lebih drp itu sy lebih berkeyakinan dlm kehidupan. Terasa benar perubahan diri selepas mengikuti gemblengan ilmu. Abd. Johor.

Saya alami gangguan misteri. Selalu stroke tiba2.sudah puas berubat.apabila mengikuti gemblengan ini saya merasa badan ringan.hilang sakit pada badan.rasa bertenaga bahkan sentiasa rasa tubuh sy spt dibelai angin yg amat tenang dan menyegarkan. Tiada lagi sakit di belakang kaki dan kepala.terima kasih sy akan amal ilmu yg diajar utk kehidupan lebih baik pada masa depan. Tabib rahmaniah juga menyatakan stroke itu tdk akan dtg lagi dgn izin Allah. Z.selangor.

Saya dulu amal reiki.sekarang badan jadi berat fikiran buntu rungsing dan selalu murung. Bila berjumpa dan dirawat tabib rahmaniah sy kembali pulih. Jadi lebih bertenaga bersemangat mahu hidup.ringan tubuh badan fikiran lapang terbukti keberkesanannya. Tabib hanya merawat sy dan saya pun dgn ini magu belajar drp tabib gemblengan ilmu hikmah .krn yakin dgn rawatan tabib dan setelah merasai perubahan rawatannya. Z. Klang.

Selepas bercakap dgn tabib rahmaniah saya terus  letih seharian. Entah mengapa. Tabib kata itu proees rawatan jarak jauh. Utk makluman sy pakai susuk dan ia menyebabkan tubuh jd berat dan malas ibadah. Sejal cakap dgn tabib melalui telefon dan sekaligus menerima rawatan drpnya kini badan sy rasa lebih ringan sy rasa lebih sihat bertenaga semangat nak belajar gemblengan ilmu hikmah membuak2.insya Allah sy akan berusaha bersungguh2 utk belajar pada tarikh yg telah kami persetejui bersama. F.kuala lumpur.

Utk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah silalah hantarkan permohonan ke email rahmaniah999@ gmail.com. insya Allah maklum balas akan terus diberikan.

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 5

Saya buka kedai tapi semua orang tidak datang ke kedai kami. Jika ada pun yang datang hanya beberapa orang sahaja.Ada orang mengatakan kedai kami ditutup. Walhal setiap hari kedai kami dibuka. Selain itu badan saya selalu sakit2. Isteri saya pun sama. Anak saya sampai menangis tengah malam. Fikiran dan badan saya rasa berat. Merata saya berubat hinggalah saya berjumpa terus dengan perubatan rajmaniah. Alhamdulillah selepas mebgikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah saya merasakan tubuh saya rinagan. Sakit2 badan hilang. Saya juga merasa spt memakai pakaianperisai pada tubuh saya. Tapi ustaz pesan jgn leka sbb tuhasan belum selesai. Dlm perjalanan pulang saya diserang mengantuk amat sangat. Saya juga berak2 sampai keluar darah. Ustaz beritahu saya itu normal. Sekadar proses pembersihan penyakit yg terus berlangsung. Saya terus mempraktiskan ilmu yg sy pelajari dan akhirnya berak 2 darah saya sudah berhenti. Saya rawat isteri anak dan emak saya.alhamdulillah semunya positif dan berkesan. Saya rawat kedai saya dgn panduan ustaz alhamdulillah kedai saya kembali dikunjungi pelanggan. Syukur. -Ahmad Zawawi Batu Kurau Perak. Utk ikuti program kami sila emel permohonan ke rahmaniah999@gmail.com

Pengalaman Belajar Ilmu Hikmah 4


Assalammualaikum.  Saya telah diminta oleh kakak ipar saya untuk merawat anaknya yang sedang demam. Sudah beberapa bulan anak buah saya itu tidak mahu makan. Suka menangis di tengah senja dan malam. Badannya sentiasa panas. Muntah-muntah selepas makan. Saya hanya melihat anak buah saya itu sambil membaca Kunci Ilmu Hikmah dan kemudian saya dikurniakan ilham untuk merawatnya dengan beras. Terdapat kaedah tertentu yang saya lakukan dan dengan sekali rawatan menggunakan beras ditambah keadah rawatan rahmaniah,  anak buah saya itu kembali sihat, boleh makan, ketawa, badannya tidak panas lagi, dan tidak menangis lagi, Alhamdulillah. Saya diberitahu anak buah saya ini telah dibawa jumpa pawang dan orang yang pandai-pandai tetapi hasilnya tidak ada langsung. Saya bersyukur kepada Allah kerana terbukti pengamalan ilmu yang diajar secara berdepan ini telah dapat membantu kehidupan saya sehari-hari. Nasihat saya kembalilah kepada kaedah perubatan Islam yang sebenar dan hindarilah perbuatan yang meragukan dan mensyrikkan Allah dalam mencari ikhtiar perubatan. - Mohd, dari Muar Johor.

Admin Perubatan Rahmaniah : Jadi kami persilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah drp kami secara khusus dan berdepan. Pengajaran dan pembelajaran ilmu hikmah bukan secara dalam internet. Tetapi berlaku secara empat mata dimana guru akan mengajar anda bagaimana utk mempraktiskan keilmuan ini. Anda akan melalui proses demi proses dalam menerapkan keilmuan ini ke dalam jiwa anda bukan semata-mata memberi ijazah sahaja. Lebih daripada itu kami membuka pengajian sepanjang masa dan tidak dibiarkan sendirian dengan syarat terus menghubungi kami sama ada melalui telefonemel dan pertemuan yang dirancang. Insya Allah tujuan Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah untuk membanteras keilmuan syirik dan meramaikan pengamal perubatan Islam dan muslim yang sejati sekaligus menyediakan masyarakat perkhidmatan rawatan Islam dan hikmah yang bersih dan murni terhindar daripada perbuatan syirik yang besar dosanya di sisi Allah. Segera hantarkan permohonan anda ke rahmaniah999@gmail.com kami akan segera membalasnya. Hanya untuk tujuan yang baik sahaja.

Pengalaman Pelajar Belajar Ilmu Hikmah 3

Assalammualaikum. Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat dan diliputi rahmat Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya. Dalam posting ini ingin kami menjelaskan berdasarkan pengalaman dihubungi oleh ramai orang, majoritinya mempunyai masalah kehidupan yang berbagai ragam. Ada yang mengalami tekanan di tempat kerja seperti berdepan dengan sifat cemburu rakan sekerja hingga mengundag perilaku yang jahat dan keji. Ada yang berada dalam dilema akibat kesempitan rezeki dan perniagaan yang tidak maju serta sentiasa rugi. Ada yang memiliki kerjaya yang baik, rumah yang selesa tetapi hubungan suami isteri pul a mempunyai banyak masalah hingga mengundang kkegagalan memberikan nafkah. Untuk anda yang banyak mempunyai masalah hidup janganlah hanya
mengharapkan orang berikhtiar, berdoa dan berusaha untuk diri kita. Sebaliknya andalah yang harus memajukan diri dengan menimba ilmu secara khusus seperti mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami tawarkan. Kaedah pembelajaran secara persendirian membolehkan setiap calon pelajar menghayati sendiri pengalaman menimba ilmu yang sebenar selain menjaga privasi calon pelajar ilmu itu sendiri. Kami menganalogikan ia seperti ini. Manusia itu seperti :

1. Gelas. Jika di isi dengan air maka udara pun tidak dapat memenuhi ruang gelas. Jika dituangkan air maka udara pun mengambil tempatnya. Begitu juga manusia. Jika tidak dipenuhi dengan Nur Allah dalam dirinya maka dipenuhilah dalam dirinya kegelapan iblis syaitan dan nafsu nafsinya yang keji. Kegelapan dan kejahatan akan menyempitkan kehidupan manusia berbagai aspek sama ada dia sedar atau tidak atau hingga dia disedarkan oleh orang lain.

2. Komputer. Jika komputer telah dipenuhi virus, ia bukan sahaja menguasai siistem komputer bahkan merosakkannya dan memusnahkan jaringan dalam komputer. Komputer juga akan berat dan tidakk dapat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diharapkan. Lalu kenalah komputer itu dibersihkan daripada virus dengan menformatnya semula dan mengisinya dengan antii virus baharu atau ditambah kompnenan lain agar ia bertambah lancar dan efisen berkerja. Seperti itu juga manusia yang harus di proses kembali dirinya, dibersihkan jiwa akal dan emosinya dan diisi dengan ilmu dan Nur Allah yang diperolehi dengan cara beramal dengan benar sebagaimana ditunjuk oleh sang guru dan mursyid baharulah manusia itu akan jadi seperti komputer baharu yang cergas, serrta dapat melaksanakan tanggungjawab semula dengan mudah, ringan tubuh dan suka hatinya kepada perkara yang baik.

Jadi dipersilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang sentiasa di buka untuk anda memajukan diri dengan emel ke rahmaniah999@gmail.com

Maklum balas dan Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah program Gemblengan Ilmu Hikmah terus menjadi pilihan perawat Islam dan masyarakat umum. Baru-baru ini terdapat dua testimoni dan maklum balas yang kami terima. Pertamanya daripada S, seorang perawat Islam yang aktif berkecimpung dalam dunia perawatan.
                Tujuan S menyertai program keilmuan hikmah ini ialah bagi menimba ilmu dalam mempertingkatkan diri dalam hal-hal berkaitan penyembuhan hikmah. Dengan mengikuti gemblengan kami, S dibimbing dengan sepenuh-peuh perhatian sehingga menjadi bekal berguna untuk S membuat rawatan massa kepada masyarakat Borneo.
                Dengan izin dan rahmat Allah, S berhaya melakukan rawatannya seperti merawat pesakit busung, memanggil anggota keluarga yang hilang dan juga lain-lain lagi yang sangat membantu dalam usaha perubatannya.
                Bahkan terdapat seorang pesakit yang amat degil sehingga kerasukan, dengan membaca kunci keilmuan hikmah yang diajar oleh kami dengan izin Allah pesakit itu pulih daripada gangguan rasukannya. S juga berasa semakin mantap dalam perubatan dan dengan izin Allah tidak langsung merasai kesan negative daripada kerja-kerja pengubatan yang merupakan sebahagian dakwahnya yang mulia.
                 S juga mencuba kaedah di ajarkan bagi memanggil balik anggota keluarga yang hilang dan kemudiannya Alhamdulillah kemudiannya tidka lama kemudian keluarga itu mendapat panggilan dari anggota yang menghilangkan diri itu.
                Pengalaman Z pula agak berbeza. Kerja sebagai juruteknik yang mengurus mesin-mesin kadangkala memeningkan kepala. Selalu sahaja sukar untuk Z menyelesaikan punca kerosakan mesin sehingga Z selepas mengikuti gemblengan kami mengatakan masalah itu tidak timbul lagi. Jika ada lima masalah mesin yang memeningkan kepala, empat daripadanya dapat diselesaikan  dengan mudah cepat dan tepat. Begitulah daya pemikirannya semakin meningkat, dadanya lapang dan semakin baik melangkah dalam dunia pekerjaan.
                Siapapun anda sama ada perawat Islam, orang awam biasa, pekerja dan pencari ilmu yang dapat membuahkan hasil dan kesan terhadap kehidupan sehari-hari silalah mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah daripada kami dengan segera. Segeralah daftarkan diri dan saringan akan dibuat bagi memastikan yang benar-benar mahu mengikuti program sahaja dapat ditolong dan dibantu mencapai tujuannya.
                Bagi perawat Islam di sana tentu ramai yang mengikuti perubatan Islam. Sebagaimana Z, dengan menggabungkan teknik ilmu hikmah yang kami ajari dan juga beri pedoman maka pengubatannya makin mantap, berkesan dan mudah.
                Untuk bulan Mac masih banyak tempat kosong untuk pendaftaran Gemblengan Ilmu Hikmah. Untuk makluman program dilaksanakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tarikhnya silalah anda tentukan kemudian. Sila email ke rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tempat VVIP anda hari ini!

Pengalaman Pelajar Gemblengan Ilmu Hikmah


Baru-baru ini kami telah menerima dan menggembleng seorang pelajar yang juga seorang perawat Islam yang aktif bergerak. Alhamdulillah berkat gemblengan tersebut berlaku peningkatan potensi rawatan kepada dirinya sehingga dia menjadi benar-benar yakin untuk mendepani segala gangguan dan jenis penyakit. 
Gemblengan Ilmu Hikmah dilakukan secara personal empat mata bermula pagi hingga mencecah ke waktu petang. Sinaran rahmat dan pahala mencurah-curah bagai hujan dari langit nan tinggi. Sebelum beliau beredar saya menasihatkan dirinya agar istiqomah dan menjaga hati serta merawat keyakinan saban waktu. Elakkan membuang masa kepada perkara yang sia-sia. Jangan mudah putus asa. Nanti akan muncul pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka semasa merawat pesakit. Insya Allah. 
Bagi perawat, mualij dan sesiapa sahaja yang berminat boleh menghubungi rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tarikh dan waktu yang sesuai bagi tujuan gemblengan Ilmu Hikmah. Kami tidak mengajarkan sihir dan trick tetapi ilmu yang sebenar-benarnya, untuk manfaat diri keluarga dan masyarakat sekeliling. 
Jangan bazirkan masa, tenaga dan duit anda kepada perkara sia-sia. Laburlah untuk kebaikan anda, keluarga dan masa depan anda di akhirat kelak. Saya mengalu-alukan kedatangan email anda untuk permohonan belajar. Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hemah hati kami dalam memberikan yang terbaik untuk anda. 
PERHATIAN : Untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah kaedah Rahmaniah ini anda dikehendaki menepah tarikh dan waktu yang sesuai dengan anda. Bagi kami di sini, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang sesuai untuk gemblengan memandangkan hari tersebut adalah hari cuti minggu. Kalau tidak sempat boleh pada hari bekerja tetapi dengan makluman terlebih dahulu. 
Motto kami : Mewariskan ilmu dari sumbernya. Mewariskan ilmu yang hak. Mewariskan ilmu yang bermanfaat. Ilmu laksana cahaya yang menerangi jiwa. Sumbunya adalah kesungguhan. Minyaknya adalah diri anda sendiri!

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...