Isnin, 2 Disember 2013

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 14: Mohd. Jamal Abd. Rashid

 Memaparkan 20131116_173415.jpg

Berikut adalah pengalaman pelajar seniour kami iaitu saudara Mohd. Jamal Abdul Rashid, 48, (gambar di atas) yang berasal dari Perak yang telah datang bersuri bertemu kami sekali lagi untuk berkongsi pengalaman menimba ilmu daripada kami. 

Tulisan ini adalah hasil rakaman suara beliau pengakuan beliau sendiri. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan ibrah daripadanya! 

...Saya menggunakan teknik rawatan yang diajarkan oleh Ustaz Tabib. Kebanyakan pesakit saya memberikan respon yang positif dan merasakan tubuh badan menjadi ringan. Pendek kata apa yang diajarkan oleh Ustaz Tabib itulah yang saya lakukan. Tiada penambahan apa-apa. 

Saya letakkan segala penyembuhan sepenuhnya kepada Allah. Saya amalkan segala tunjuk ajar Ustaz Tabib hingga kepada anjuran bersedekah dengan cara tertentu yang terbukti berkesan mengundang limpahan rezeki dan rahmat dalam hidup saya. 

1. Sembuhkan pesakit tiada selera makan 

Antara kes yang sudah saya tangani ialah pesakit yang tidak ada selera makan. Sebelum ini pesakit itu telah dirawat oleh bomoh yang mengatakan pesakit itu diserang sihir. Rawatan oleh bomoh itu juga tidak memberikan apa-apa kesan positif kepada pesakit itu. 

Selepas saya buat rawatan sebagaimana yang Ustaz Tabib ajarkan. Alhamdulillah tidak lama selepas itu ibunya menelefon memberitahu anaknya sudah berselera untuk makan nasi dan lain-lain jenis makanan. 

 2. Berkat Amalkan Doa yang diajarkan 

Ada juga kes yang melibatkan rumah tangga. Pesakit dilihat terlalu dikuasai oleh ibu mertuanya. Ibarat kerbau ditarik talinya. Apa yang Ustaz Tabib ajar itulah yang saya lakukan untuk ikhtiar kepada pesakit.

 Selepas saya menggunakan kaedah tertentu dengan membaca doa khusus alhamdulillah tubuh pesakit bukan sahaja merasa ringan bahkan kembali menjadi dirinya yang sebenar. 

Sudah ada keberanian membuat keputusan. Lebih menakjubkan selepas saya buat rawatan ke atasnya, pesakit akan terbau busuk apabila berdepan dengan anggota keluarga yang mengenakan sihir penunduk kepada dirinya. Mak mertuanya juga tidak berani lagi memperkotak-katikkan dirinya seperti sebelum ini. 

Selain itu dia rasakan sangat penghormatan orang terhadap dirinya dalam lingkungan kerja dan rakan taulannya. Orang yang dahulunya tidak mempedulikannya kembali menyedari kehadirannya dan sering membelanjanya makan. 

Terima kasih keada Ustaz Tabib yang banyak membimbing dan menggembleng saya hingga dapat membantu sesame masyarakat. Niat saya ikhlas untuk membantu masyarakat. 

3. Jadi sejuk hati dan rezeki berlimpah 

Sejak belajar dengan Ustaz Tabib dengan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Tahap Istimewa ini berlaku perubahan yang besar dalam hidup saya. Jika dahulu saya panas baran dan tidak sebulu dengan anak-anak. 

Kini selepas jumpa Ustaz Tabib berlaku perubahan hingga hubungan dengan anak-anak kembali normal dan sangat akrab. Bahkan pelajaran dan pencapaian akademik dan kemahiran anak-anak saya sangat menakjubkan! Inilah yang paling saya harapkan selama ini. 

Alhamdulillah! Dalam bab rezeki. Boleh kata kalau saya ditelefon sahaja maka rezekilah itu. Saya ada kemahiran sedikit sebanyak dalam bidang pertanian dan landskap. 

Dengan kemahiran itu saya menjadi tumpuan pelanggan di serata daerah Perak dan seluruh negara. Ini selepas jumpa Ustaz Tabib saya dapat lagi satu projek landskap. 

Hanya berbekalkan sijil SPM dan kursus asas di UPM. Ajaibnya selepas belajar dengan Ustaz Tabib segala kemahiran saya pelajari itu diaktifkan balik. 

Pendek kata ia kembali menjadi punca rezeki saya yang tak disangka-sangka! Siapa nak bagi rezeki macam itu kalau kita sendiri tidak berusaha? 

Baru-baru ini saya mendapat berita baik kenaikan jawatan dan gaji dengan sijil SPM saya yang sebelum ini tidak dapat memohon apa-apa kenaikan. 

Ini semua selepas saya mengikuti gemblengan yang diajarkan oleh Ustaz tabib. Syukur Alhamdulillah! 

...banyak lagi pengakuan ikhlas Mohd. Jamal yang tidak kami muatkan di sini. Cukuplah sekadar yang ditulis buat bacaan pembaca setia dan murid saya sebagai suatu pengajaran yang bermakna! 

 Ulasan kami 

 Alhamdulillah hi rabbol alamin! Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam. Segala limpahan kasih sayang limpahan salam selamat ingatan penuh kasih langit dan bumi kepada junjungan mulia Tuan yang dikasihi dihormati disanjungi iaitu Nabi Muhammad sallallahu ala wassalam dan kaum keluarga baginda tanpa batasan masa, tempat dan zaman! Allahukahbar!!! 

1. Apa yang kami terbitkan di sini bukanlah suatu kesombongan dan keujuban tetapi merupakan suatu Manifestasi Syukur kami kehadratNya! Berhentilah anda daripada mengatakan hidup anda selalu malang sial dan tidak bernasib baik. Ubahlah ia menjadi baik dengan mengikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa kami anjurkan.

 Cepat sebelum kami mengambil keputusan menutup program kami ini! Usah mencari jalan penyelesaian melalui sihir dan amalan ritual yang aneh-aneh dan berbahaya terhadap akidah dan hidup kita. Hargailah kehidupan ini dengan keindahan ilmu, iman dan amal!

2. Inilah antara testimoni pengakuan terus terang oleh Saudara Mohd Jamal Abd Rashid yang telah menerima Gemblengan Ilmu Hikmah tahap Istimewa daripada kami. Pertama kali beliau bertemu kami ketika dalam keadaan sosial dan emosinya tidak stabil. Jenuh beliau berhujah dengan kami pula tentang kelebihan ilmu perang yang dipelajarinya sebelum ini. 

3. Apabila kami tanya, “Kalau ilmu itu baik dan dirahmati mengapa Tuan panas baran dan sering kesempitan rezeki dan kehidupan?” 

Alhamdulillah selepas belajar daripada kami beberapa tahun lalu Mohd. Jamal Abd Rashid datang lagi dan perubahan hidupnya sangat-sangatlah menginsafkan kami. 

Kami hanya penyampai keilmuan dan keberkatan yang diperolehi oleh Mohd. Jamal Abdul Rashid murid kami adalah berkat usaha dan kesungguhannya beramal mengikut tunjuk ajar kami. Bukankah di dalam hadis terdapat begitu banyak kelebihan berguru dan belajar? Buktikan bersama kami!

Kini kata Mohd. Jamal, “Saya istiqomah dengan amalan Ustaz Tabib ajarkan dan gemblengkan saya itu sahaja. Tiada yang lain! Ia sudah lebih mencukupi! Alhamdulillah!” 

4. Bermula dari perubahan sikap positif daripada marah kepada sejuk hati, sempit dada kepada lapang dada, kurang iman kepada bertambahnya iman dan kesyukuran, daripada keliru kepada penyelesaian masalah kehidupan, daripada kesempitan rezeki kepada keluasan rezeki, daripada sakit kepada pulih dan dapat pula membantu masyarakat yang memerlukan Mohd. Jamal adalah contoh tauladan pelajar kami yang berjaya. Tahniah Mohd. Jamal. Terus istiqomah sampai akhir hayat! Semoga Tuan Berjaya dunia dan akhirat! 

 5. Jadi, anda tunggu apa lagi! Segeralah hubungi kami seperti tertera di atas atau emel rahmaniah999@gmail.com untuk belajar daripada kami satu-satunya pusat Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa yang berlandaskan syariat tidak dicemari unsur jampi serapah yang tidak difahami maksudnya dan lain-lain unsur syirik. 100% ilmu hikmah warisan ulamak dan orang soleh, tegap dan betul di atas jalanNya yang lurus! 

6. Kami sesekali tidak menyamai orang yang mengajar Ilmu Hikmah tetapi turut mempraktikkan sihir dan kejahatan serta ritual yang aneh dan memelikkan! Kami tidak seperti itu dan TIDAK sesekali sama dengan mereka. Jadi awaslah anda dalam membuat perbandingan dan rujukan serta pilihan yang tepat dan selamat dengan akidah anda. Kami berani meletakkan testimoni pelajar kami secara berterusan dengan meletakkan rujukan nombor telefon (mohon jangan salah gunakan) dan gambar (jika diizinkan tuan punya badan) bagi membuktikan kami berkata benar. Hargailah kesempatan ini untuk mendapatkan keyakinan daripada mereka mengenai perkhidmatan kami!

7. Sebagai perangsang semangat anda, anda kami layan dan bimbing sampai puas hati sampai berhasil insya Allah selagi ada usaha dan azam anda akan memperoleh apa jua hajat dan niat anda! 

Jangan hadkan anugerah limpah kurnia Allah Yang Maha Luas itu! 

Mohd Jamal Abdul Rashid 

Petani Moden Perunding dan Kontraktor Lansdskap 
Berpengalaman luas dalam bidang pertanian
Pengeluar Baja Semulajadi Istimewa Tanpa Kimia 
Perawat Islam 
Pakar Rujuk Masalah Kasih Sayang 
Pakar Rujuk Masalah Kewibawaan dan Karismatik 
Kaunselor Umat istimewa 

013-5182272 (Lokasi Perak) Perkhidmatan Seluruh Negara. 

*Anda boleh merujuk dan menghubungi beliau jika mahukan perkhidmatan seperti disenaraikan di atas dan kami tidak ragu-ragu lagi untuk meletakkan kepercayaan kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepercayaan yang diberikan oleh anda kepadanya. 

*Anda juga dapat bertanya terus kepadanya jika mahukan kesahihan testimoni pengalaman belajar ilmu daripada kami. Anda dapat bercakap dengannya untuk membuat keputusan terbaik dalam menentukan untuk belajar daripada kami sekarang! 

*Anda juga boleh terus hubungi kami melalui nombor telefon yang tertera dalam blog ini.

Ya Allah! rahmatilah kami bantulah kami, murid kami dan bakal murid kami terus menerus janganlah dikau putuskan bantuan Mu kepada kami dan juga murid-murid kami dan bakal murid kami yang sedang membaca tulisan ini walau di mana mereka berada. 

Ya Allah! Jika kami, murid kami serta bakal murid kami diujiMu Ya Allah maka berilah jalan keluar. 

Jadikanlah amalan kami, murid kami dan bakal murid kami diterimaMu Ya Allah dan menjadi asbab kepada pembuka bantuan rahmat dan penyelesaian terhadap segala masalah hidup kami. 

Ya Allah! Berkatilah Ya Allah hidup kami dengan amal dan ehsan kepadaMu dan jadikanlah diri kami, murid kami dan bakal murid kami sentiasa berdamping rapat dengan para awliyaMu yan terus menerus mengingatiMu pada setiap pagi dan petang. 

Ya Allah! Hindarilah kami, murid kami dan bakal murid kami daripada dipengaruhi oleh hamba-hambaMu yang melupaiMu dan menipdudayakan kami.  

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Nurullah! Dengan rahmatMu yang maha luas terimalah bisikan doa kami, air mata kami dan pengharapan kami! Amin Ya Rabbal alamin!

*Berhijrahlah dari kegelapan kepada Nur Allah bersama kami rahmaniah999@gmail.com 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...