Ahad, 30 September 2012

Ilmu Perubatan Hikmah - Panggilan Istimewa

Salam sejahtera. Semoga pembaca blog yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini kami ucapkan ribuan terima kasih. Di sini kami ingin memaklumkan gemblengan khusus Ilmu Perubatan Hikmah diteruskan dengan edisi istimewa. Edisi istimewa ini telah dan sedang dinikmati oleh perawat yang telah pun mempelajari keilmuan langka ini daripada kami dulu.

Antara sifatnya yang istimewa ialah, bimbingan secara kursus dan personal yang tidak mungkin diperolehi dimana-mana selain menambahkan kefahaman dalam mengguna pakai segala kunci keilmuan dengan cara yang betul dan berkesan.

Anda akan dibimbing bagaimana mengaktifkan kunci keilmuan pada diri anda hingga anda mampu meraih segala keistimewaan yang dinyatakan tanpa ragu-ragu lagi. Selain itu anda akan memahami kedudukan sebenar ilmu hikmah dan ilmu ghaib serta sewaktu dengannya tanpa harus tercari-cari lagi di merata tempat tanpa hujung pangkalnya.

Seyogia di ingatkan bukanlah bermakna anda akan tahu segala keilmuan di atas muka bumi yang sementara ini. Tetapi anda akan tahu bagaimana nak menggunakan kunci ilmu yang diwariskan dengan cara yang sebenar-benarnya tanpa teraba-raba lagi.

Hal ini kerana ada yang sekadar menjual nota dan ia sendiri pun tak amal dengan apa yang disalinfotokopi untuk anda. Jadi ia suatu pembohongan yang nyata dimana anda sendiri sanggupkah bergadai risiko mengamalkan apa yang tidak diamalkan oleh yang mengijazahkan anda sesuatu amalan kebatinan?

Jangan ambil risiko!

Jadi belajarlah daripada kami secara betul dan benar agar anda dapat meraih segala potensi diri dan seterusnya mendapat kesentosaan dunia dan akhirat.

Segala kunci ilmu yang diwariskan bebas sepenuhnya drp segala pengaruh syirik dan penggunaan makhluk halus. Bebas dan merdeka. Semuanya berpaksikan daripada KETAUHIDAN kepada Allah yang mana jika kita bertindak sekarang juga mahu menggalinya dan menimba ilmu maka secepat itu pula Allah akan membukakan rahsia-rahsia hikmat-hikmat yang anda sendiri akan perolehi dan alami sendiri nanti selepas belajar daripada kami.

Bahawasanya keilmuan ini bukan semata-mata untuk anda menjadi perawat tetapi juga sebagai pakaian diri dalam mendepani kehidupan yang serba ujian dan serba mencabar ini.

Jadi ambillah peluang untuk belajar daripada kami sesegeranya sebelum terlewat dan menyesal dikemudian hari. Bahwasanya tawaran pembelajaran ilmu hikmah edisi istimewa ini (murid terdahulu telah menerimanya!) tidak berterusan dan anda mungkin menjadi orang terakhir mengaksesnya untuk kehidupan yang lebih baik sempurna dan jaya.

Terus emel kepada rahmaniah999@gmail.com untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan dan nanti kami akan membelas secepatnya. 

Belajar ilmu hikmah daripada ahlinya
Bukan semata daripada orang yang hanya tahu menfotokopi notanya!


Isnin, 24 September 2012

Membaca Al Quran dengan maknanya

Salam sejahtera tentulah kita sudah tahu membaca Al Quran, khatam dan menghafal ayat-ayat tertentu untuk perlindungan diri…

Tetapi adakah kita pernah mahu memahami makna yang tersirat di sebalik ayat-ayat Allah ini….
Cubalah kit abaca al Quran dengan membaca sekali makna-maknanya…ada dua cara boleh dibuat..

1. Pilih surah tertentu misalnya surah al-Ankabut
2. Kemudian baca satu ayat kemudian maknanya dengan suara yang boleh didengari oleh diri kita..
3. Cuba fahami dengan hati akan makna2nya sama ada fahami secara terus atau fahami dengan berhenti merenung sejenak…
4.Atau boleh baca sampai pertengahan surah..berhenti dan bacalah maknanya pula…

Petua  memperkuatkan iltizam membaca Al Quran dengan memahami maknanya…
1. Pada permulaan pilihlah kaedah membaca di atas selepas mendirikan solat lima waktu..misalnya selepas solat maghrib…
2. Sebab kita baru nak bermula, maka sebaik sahaja kita habis solat memberi salam, terus kita capai al-Quran…boleh saja nak wirid biasa tapi takut hati kita boleh berubah dan kita tangguhkan membaca al Quran
3. Sebelum baca Al-Quran sila makan kismis dulu…
4. Walaupun membaca terjemah Al Quran kekalkan berwuduk dan hadap kiblat melainkan kita lenguh dll maka boleh bersandar ke dinding atau duduk dikerusi…
5. Letakkan Al Quran di hadapan tikar solat agar kita sentiasa terpandang Al Quran (pun dapat pahala) sekaligus terangsang untuk membacanya….
6. Ambil waktu mustajab seperti antara maghrib dan isyak..atau tidur seawall mungkin bangun jam 4 pagi…lebih mantap dan sedap J
Membaca al Quran ibarat bertemu kekasih…mula-mula kita tentulah berkenalan…kenal al Quran sebagai wahyu mukjizat rasulullah..ingat yang tertulis dan terlafaz itu di alam mana..yang berbunyi dan yang bergerak itu di alam manaJ
Kemudian barulah kita semakin mendekati dan intim dengan al Quran..sehingga al Quran hidup dalam hati dan sehari-harian kita…nak cerita tentang Al Quran ni satu hikmah dan rahsia yang panjang…



Rawatan Kecantikan Aura Metafizik

Salam Kami juga menyediakan rawatan intensif kecantikan dengan kaedah khusus hasil pengalaman dan penemuan kami hampir dua puluh tahun....