Isnin, 24 September 2012

Membaca Al Quran dengan maknanya

Salam sejahtera tentulah kita sudah tahu membaca Al Quran, khatam dan menghafal ayat-ayat tertentu untuk perlindungan diri…

Tetapi adakah kita pernah mahu memahami makna yang tersirat di sebalik ayat-ayat Allah ini….
Cubalah kit abaca al Quran dengan membaca sekali makna-maknanya…ada dua cara boleh dibuat..

1. Pilih surah tertentu misalnya surah al-Ankabut
2. Kemudian baca satu ayat kemudian maknanya dengan suara yang boleh didengari oleh diri kita..
3. Cuba fahami dengan hati akan makna2nya sama ada fahami secara terus atau fahami dengan berhenti merenung sejenak…
4.Atau boleh baca sampai pertengahan surah..berhenti dan bacalah maknanya pula…

Petua  memperkuatkan iltizam membaca Al Quran dengan memahami maknanya…
1. Pada permulaan pilihlah kaedah membaca di atas selepas mendirikan solat lima waktu..misalnya selepas solat maghrib…
2. Sebab kita baru nak bermula, maka sebaik sahaja kita habis solat memberi salam, terus kita capai al-Quran…boleh saja nak wirid biasa tapi takut hati kita boleh berubah dan kita tangguhkan membaca al Quran
3. Sebelum baca Al-Quran sila makan kismis dulu…
4. Walaupun membaca terjemah Al Quran kekalkan berwuduk dan hadap kiblat melainkan kita lenguh dll maka boleh bersandar ke dinding atau duduk dikerusi…
5. Letakkan Al Quran di hadapan tikar solat agar kita sentiasa terpandang Al Quran (pun dapat pahala) sekaligus terangsang untuk membacanya….
6. Ambil waktu mustajab seperti antara maghrib dan isyak..atau tidur seawall mungkin bangun jam 4 pagi…lebih mantap dan sedap J
Membaca al Quran ibarat bertemu kekasih…mula-mula kita tentulah berkenalan…kenal al Quran sebagai wahyu mukjizat rasulullah..ingat yang tertulis dan terlafaz itu di alam mana..yang berbunyi dan yang bergerak itu di alam manaJ
Kemudian barulah kita semakin mendekati dan intim dengan al Quran..sehingga al Quran hidup dalam hati dan sehari-harian kita…nak cerita tentang Al Quran ni satu hikmah dan rahsia yang panjang…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...