Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lima perkara sunat para nabi mursalin ialah

1) Al-Haya' = Malu
2) Al-Hilm=Tidak marah
3) Al-Hijamah=Berbekam
4) As-Siwak=Bersugi/Gosok gigi
5) At-Ta'aththur=Memakai bau-bauan

Nabi s.a.w bersabda lagi, "Sesungguhnya seorang lelaki dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya siksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala sedangkan ia tidak memiliki apa-apa selain isi rumahnya sahaja."

Nabi s.a.w bersabda lagi, "Ertinya: Sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan belajar dan hilm itu diperolehi dengan membiasakan diri dengan sifat halim iaitu membiasakan diri menahan marah. Barangsiapa memilih kebaikan nescaya diberikan kebaikan, dan barangsiapa meminta dilindungi daripada keburukan nescaya diberikan perlindungan itu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rawatan Kecantikan Aura Metafizik

Salam Kami juga menyediakan rawatan intensif kecantikan dengan kaedah khusus hasil pengalaman dan penemuan kami hampir dua puluh tahun....