Sabtu, 29 Oktober 2011

Celaka kepada perawat Islam yang khianat.

Salam sejahtera. Baru-baru ini saya terkejut benar apabila maklumat terdapat seorang patient telah dirogol oleh seorang perawat Islam di Kedah. Popular jugalah ustaz ini pernah masuk TV. Saya menyeru semua pengamal perubatan Islam agar membuat solat hajat dan baca Yassin (apa jua kaedah) agar Allah menunjukkan kebenaran kepada kita semua dan perogol yang menggunakan gelaran sebagai perawat Islam ditangkap oleh pihak berkuasa. Hal ini jika tidak dibendung akan menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa. Celaka sesiapa yang menipu pesakit dna merogol. Sedarlah wahai insan durjana tidakkah engkau sedar engkau tekah menTuhankan nafsu syaitaniyyah dalam dirimu atas nama perubatan Islam yang suci murni?Semoga Allah menzahirkan kebenaran dan keadilan kepada kita! Maklumat ini saya perolehi daripada rakan mangsa yang mana mangsa dalam keadaan trauma, ketiadaan bukti dan malu untuk bawa ke tengah. Cuma doa sahaja setakat ini kita boleh buat. Kaedahnya kita niat agar Allah membinasakan sesiapa sahaja yang menggunakan nama pengamal perubatan Islam dan gelaran ustaz untuk menipu saudara seagama kita lalu merogolnya suatu perbuatan yang amat durjana dan termasuk dalam dosa akhbar. Inilah akibatnya tiada pendidikan rohani yang mencukupi akhirnya terjebak ke lembah zina dan penzaliman sesama makhluk.

Khamis, 27 Oktober 2011

Faktor Kesukaran Dirawat

Salam sejahtera. Faktor kesukaran merawat merujuk kepada masalah yang berlaku pada pesakit itu sendiri. Pesakit mempunyai pegangan tauhid yang lemah. Menganggap gangguan adalah 'realiti' yang berlaku bukannya melihat kepada Allah sebalik sesuatu. Mengukuhkan tauhid dan cuba menerapkannya amat perlu terutama bagi pesakit yang disihir teruk yang memerluka kefahaman yang terang berkaitan amalan zikir yang dilakukan yang 'dianggap sebagai benteng pertahanan diri namun tetap tembus jua.' Inilah cabaran terbesar dalam merawat pesakit menggunakan kaedah kerohanian ini. Selain daripada pesakit yang perlu mempunyai pegangan tauhid yang kuat bukan sekadar belajar sahaja misalnya Sifat 20 dan rangkaian pelajaran tauhid yang lainnya tetapi perawat juga wajib memahamkan diri sendiri akan tauhid itu dalam gerak dan ikhtiyarnya dalam merawat penyakit terutama berkaitan sihir.

Isnin, 17 Oktober 2011

Tidak Adil Mengatakan Orang Melayu Tidak Berdakwah Kepada Saudara Bukan Islam untuk Memeluk Islam


Judulnya agak panjang namun itulah hakikat penulisan kali ini. Sebelum saya pergi jauh saya hendak nyatakan komen dan pandangan saya terhadap siaran radio IKIM baru-baru ini. Saya ingat siarannya bermula jam 4.30 petang setiap hari Khamis. Slot siaran tersebut menampilkan saudara baru kita memeluk Islam. Ada suatu siri slot tersebut saya mendengarnya sambil saya memandu ke Janda Baik. Dalam kesesakan jalan itu, saya tertarik dengan pengakuan ikhlas suadara mualaf yang berketurunan Cina Hokkain yang memeluk Islam. Pengakuannya memang bagus namun apabila dia menyalahkan orang Melayu yang tidak berdakwah kepadanya tentang Islam, pandangannya itu saya rasa salah. Kecenderungan untuk selalu berfikir secara 'pukul lambak' menyebabkan saya rasa kurang senang dengan pandangan saudara mualaf tersebut yang juga seorang profesor. Dia mengatakan Orang Melayu tidak mengambil inisiatif untuk berdakwah Islam kepada orang bukan Melayu yang kafir. Saya kira pandangannya ini salah kerana di negara kita kewujudan syair agama dan luasnya siaran dakwah dalam medium tentang Islam itu sendiri samada pengajian khusus hingga dakwah Islam secara umum sangat banyak sekali. Selain medium penyiaran, medium bercetak juga terlibat. Banyak menerangkan konsep asas dan umum agama Islam. Inilah yang perlu diteliti saudara muallaf tersebut jangan 'pukul lambak' bahawa tiada orang Melayu berdakwah kepadanya tentang Islam. Mungkin dia hendak menyatakan tiada orang Melayu yang 'datang' kepadanya menyatakan kepadanya tentang kebenaran Islam atau asas Islam. Saya kira mungkin saudara baharu tersebut tidak jumpa orang melayu yang betul-betul berdakwah tentang Islam. Insya Allah kalau boleh berjumpa jemaah tabligh insya Allah A-Z mereka boleh bayankan asas kebenaran Islam. Kalau jumpa saya pun Insya Allah. Saya pernah berdakwah menyeru kepada Islam kepada pelajar saya yang bukan Islam sehingga mereka tertarik untuk mendekati Islam dengan bertanyakan saya bagaimana untuk membeli kitab Al Quran yang suci. Mungkin pengalaman saudara baharu itu benar namun apabila disiarankan secara meluas maka ia kurang baik kerana menampakkan bahawa seperti orang Melayu tidak menyebarkan dakwah Islam kepada mereka. bagi pengetahuan saudara baharu tersebut orang Melayu telah Islam di tanah Jawi ini sejak ratusan tahun lampau dan dikalangan mereka memang terdapat pendakwah yang hebat dan menggunakan sepenuh masa untuk berdakwah. Jadi tiada masalah hal ini. IKIM pun satu hal juga sepatutnya fahamkan saudara baharu kita ini tentang peranan orang Melayu yang sekian lama berdakwah untuk Islam. Namun dejay radio IKIM sudah tertawan atau terlalu toleransi sehingga membiarkan kesilapan kedua dan ketiga berlaku. Kesilapan kedua ialah apabila dia menyatakan dia berkahwin dengan wanita Melayu. Dia membawa ibu mertuanya ke beijing untuk melihat agar ibu mertuanya sedar (?) bahawa Islam bukan milik orang Melayu sahaja. Apabila tiba salah sebuah masjid di Beijing, ibu mertuanya bercakap Melayu kepada saudara seagama. Dan gamatlah ketawa saudara muallaf kita ini kepada ibu mertuanya sendiri yang cuba bercakap Melayu kepada orang Cina Muslim yang sudah pasti tidak difahaminya. Mesejnya ialah : Islam bukan milik Melayu semata. Berpanjang-panjang pula saudara muallaf kita ketawakan ibu mertunya sendiri yang 'dangkal' tentang Islam bukan milik Melayu sahaja. Orang Melayu termasuk saya tidak pernah mengklaim agama Islam untuk Melayu sahaja. Tetapi hakikat sejarah membuktikan kerana agama Islamlah orang Melayu jadi kuat perkasa bina negara sistem politik dan perundangan sehingga membentuk adat istiadat serta keseluruhan pandangan alam dan kebudayaan Melayu sehingga ke tradisi tulisnya. Itu hakikat sejarah tanah jawi yang tidak dapat dinafikan lagi. Malah orang Melayu adalah bangsa muslim yang paling toleran terhadap bangsa lain dan mengalu-alukan saudara berlainan bangsa memeluk Islam kerana apabila saudara Cina atau India memeluk Islam maka makin mudahlah mereka faham dasar pembinaan dan hala tuju negara kita ini. Mudah-mudahan suadara muallaf kita ini sedar dan janganlah memukul lambak kerana tiada orang Melayu berdakwah Islam kepadanya maka orang Melayu seluruh Tanah Jawi ini memang tak berdakwah langsung dengan orang bukan Islam dari kaum lain.

*Kita harap saudara muallaf kita ini membanyakkan dakwah menyeru kaumnya untuk memeluk Islam agar mudahlah terbentuk hubungan erat antara Melayu dan kaum Cina serta India juga.

Sekeras Mana Hati Manusia

Salam sejahtera. Seminggu lepas jadual saya agak sibuk dengan kerja rutinan dan tugas asasi serta kerja-kerja merawat sesiapa yang berkehendak. Dalam beberapa kes ini, saya menerima kes kecemasan, seorang suami yang mengurung diri dalam rumahnya kerana berselisih faham dengan isteri. Si suami tidak mahu berjumpa sesiapapun hatta ibunya sendiri. Saya pun terpaksa mengorek sebab musababnya apabila dminta untuk membantu. Sebab ringkasnya ialah berlaku ketidaksefahaman dan berlaku komunikasi yang kasar antara dua belah pihak hingga memungkinkan si suami tidak tahan lagi lantas tidak membenarkan isterinya sendiri masuk ke dalam rumah dan sanggup mengurung diri sendiri. Mereka berharap benar pertolongan saya. Saya hanya mengingatkan yang dapat menolong dan membantu hanyalah Allah sahaja. Kita ini ikhtiyar dan alat sahaja untuk mencapai maksud. Belum sempat saya buat apa-apa saya menerima berita kematian. Terpaksa pulang terus ke kampung halaman, Atok umurnya mencecah 83 tahun akibat sakit tua mati dalam keadaan sujud. Saya berikhtiyar semasa dalam perjalanan di dalam kereta memohon agar Allah melembutkan hati si suami yang keras hati tersebut. Degil sungguh dia. Apabila isterinya berbual dengan saya, sudah beberapa kali si suami cuba mengelar lehernya dengan pisau dapur. Terkejut juga saya. Tatkala ini hanya telefon sahaja pihak polis atau pihak hospital agar suatu jalan terbaik dapat dilakukan. Mana tahu sedang enak tidur tiba-tiba sahaja suami naik 'syeikh' menerkam memenggal leher isteri dan anak-anaknya? Kita mungkin rasa tak MUNGKIN berlaku tetapi kita tetap kena waspada kerana ada kes demikian pernah berlaku. Saya pun tidak senang juga apabila mahu merujuk kes begini kerana apa-apa berlaku tentulah melibatkan saya pula nanti. Apapun Allah memakbulkan doa saya apabila si suami lembut hati beberapa hari selepas itu terhadap isteri dan membenarkan isteri balik ke rumah dan berbaik semula. Perkara ini melibatkan hati, namun benarlah hati mana tak lembut kalau sudah kena doa yang baik?Sekeras mana hati manusia apabila menerima pancaran rahmat dan kasih sayang Allah melalui doa saudara seagama dari jauh yang tidak diketahui oleh orang yang didoakannya.Syukur alhamdulillah.

*Suatu pengajaran buat kita bagi perawat jangan fikirkan logik, saya sendiri tidak fikir logik, yang penting ikhtiyar dan terus berdoa serta tawakal insya Allah adalah jalan keluar daripadaNya.

Rabu, 12 Oktober 2011

Sakit Kepala dan Sakit Hati

Salam sejahtera. Terdapat perkaitan antara sakit kepala dan sakit hati. Sakit hati merupakan sumber atau punca utama sakit kepala. Selain daripada stress dan tekanan melampau. Sesungguhnya dengan cara tertentu sakit kepala yang sangat teruk sekalipun dapat disembuhkan serta merta dengan izinNya jua. Tanpa ubat dan suntikan. Punca sakit kepala ialah sakit hati. Maka dihatilah terkumpulnya segala sifat dan segala mehnah. Maka rawatan hikmah bukan sahaja berpusat ke kepala tetapi terus menuju ke hati merawat tekanan gelisah dan resahnya sehingga hati dan kepala menjadi lapang dan ringan.

Rawatan Mahabbah Suami Isteri

Salam saya buka program rawatan jarak jauh mahabbah suami isteri untuk yang mengalami masalah rumah tangga spt suami main lain, isteri minta...