Ahad, 27 April 2014

Pengijazahan, pengisian, gemblengan ilmu hikmah, seminar motivasi agensi kerajaan pakej istimewa, dan Rawatan Islam di Johor Bahru

Assalammualaikum

Di sini kami ingin maklumkan sekali lagi kami akan berkunjung ke Johor Bahru pada esok hingga awal bulan depan.

Kami akan mengadakan pengijazahan, pengisian, rawatan, gemblengan, kursus rawatan Islam, Melayu, Alternatif dan Komplimentri kepada rakyat Johor.

Perkhidmatan kami juga meliputi pembersihan rumah, kedai, kilang, sekolah dan tanah serta aset persendirian dengan kaedah patuh syariah.

Juga perkhidmatan kami pagar rumah, kilang, kedai, sekolah dan tanah serta bangunan persendirian.

Juga memagar kebun tanah ladang anda walau seluas mana sekalipun.

Juga pelaris kedai.  Apapun kedai anda kami akan bantu agar kembali seri hingga dikunjungi ramai pelanggan.

Juga kami juga menawarkan kursus private kepada anda apa juga keilmuan yang anda perlukan pada masa serperti pengasih umum untuk disukai oleh orang yang memandang anda juga pengasih khusus untuk suami isteri tunang dll.

Juga membantu anda untuk andartu mendapatkan jodoh membantu membuang rasa suram dan 'panas' dalam rumah.

Kami juga membantu masalah penyakit berkaitan saraf urut mandi bunga semuanya dengan kaedah yang selari dengan perubatan Islam dan syarak.

Kami juga bersedia menjadi panel rujuk syarikat anda juga panel rujuk bagi apa jua perniagaan anda lakukan selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Kami juga menyediakan Rawatan Umum di masjid masjid surau dan persendirian untuk keluarga kawan taulan saudara mara ahli kariah.

Kami juga menyediakan perkhidmatan kelas dan seminar khusus bagi peningkatan motivasi diri kumpulan agensi kerajaan dan lain2 lagi.

Kami bersedia berkongsi pengalaman kami dengan para doktor profesional yang mahukan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada kami khususnya penyakit berkaitan gangguan syaitan jin mental tingkah laku manusia dan penyakit2 yang gagal dikesan dan dirawat oleh peralatan moden.



Perkhidmatan kami berbeza daripada apa yang anda pernah dapatkan sebelum ini. Kami menjamin kualiti perkhidmatan ditahap terbaik.


Isnin, 21 April 2014

Rawatan Islam dan Pengisian Ilmu Hikmah di Johor Bahru

Assalammualaikum warah matullah hi wabarakatuh.
 
Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Allahumma solli ala saidina Muhammadin nuridzzati wasirris sari fi sai'ril asma'i wassifat.
 
Segala Puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam yang nyata dan alam yang ghaib. Dengan Rahmat Allah yang maha Besar kami akan berada di Johor Bahru atau setepatnya di Kota Tinggi dalam kerangka merawat pesakit yang telah menjemput kami ke sana.
 
Kami juga ingin mempersilakan bagi anda yang berminat dan berkesempatan untuk mengikuti sesi Rawatan Islam atau mahu mengikuti Program Pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah untuk tujuan merawat diri sendiri, banteng, kerezekian dan taqarrub kepada Allah silakan hubungi kami segera melalui emel rahmaniah999@gmail.com
 
Jika anda mahu menjemput kami ke mana-mana daerah, mukim, kampung di negeri Johor silakan sahaja.
 
Maklumat kedatangan kami ke Johor Bahru ialah seperti berikut:
 
Tarikh : 27 April 2014-2 Mei 2014
Tempat : Seluruh daerah di Johor Bahru
Masa perjumpaan: Pagi, petang dan malam.
Keperluan rawatan : Tiada
Keperluan Pengisian Ilmu : Buku nota dan alat perakam lain-lain disediakan.
 
Anda boleh membooking dengan kami dalam masa dan tempoh seperti dinyatakan di atas.
Kaedah Booking Rawatan/Pengisian Ilmu
 
-emel permohonan anda ke alamat emel rahmaniah999@gmail.com
 
Insya Allah kami akan balas.
 
Berikut jadual setakat ini.
 
27 April 2014: Lokasi Muar
28 April 2014: Lokasi di Kota Tinggi (Petang)
28 April 2014: Pagi masih kosong
29 hingga 2 Mei: Pagi, Petang dan Malam masih Kosong
 
 Rawatan gangguan, urut dan bekam juga diadakan atas permintaan anda.
 
Tempoh masa rawatan
 
Setiap rawatan mengambil masa selama antara 1 hingga 4 jam.
Bagi kes tertentu rawatan boleh dilakukan beberapa kali dan hari dilihat pada keadaan pesakit sendiri.
 
Perhatian untuk Pengisian dan Pengijazahan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.
 
Khusus untuk pengisian dan pengijazahan ilmu hikmah iaitu seluruh keilmuan yang kami praktiskan dalam rawatan kami, dinasihatkan agar anda dapat membuat booking lebih awal.
 
Ini kerana teempoh Pengisian dan Pengijazahan Ilmu Hikmah yang mengandungi ilmu-ilmu pengubatan Islam, Melayu, Alternatif serta pengijazahan serangkaian amalan ilmuan hikmah dan para sufi mengambil masa antara 3 hingga 5 jam.
 
Untuk calon pelajar ilmu hikmah anda akan dibekalkan dengan pengisian ilmu yang bermanfaat cukup sebagai bekal dalam kehidupan anda sehari-hari walau siapapun anda insya Allah akan kami bantu anda dalam setiap lapangan kehidupan yang yang diceburi.
 
Jadi ambillah kesempatan ini sementara kami akan mengunjungi tempat anda di sekitar Johor Bahru. Prinsip kami berikhtiar, berusaha, bersungguh-sungguh dan menghulurkan tali silaturrahim demi manfaat kita bersama.
 
Pelajar ilmu hikmah dibawha bimbingan kami akan bergabung secara percuma seumur hidup dalam grup khas kami dimana berbagai manfaat diperolehi seperti penambahan ilmu dari semasa ke semasa, perkongsian pengalaman sesame alumni dan pelajar, komunikasi antara sesame ahli seumur hidup percuma.
 
Jadi walau siapapun anda yang penting BERSEDIA untuk belajar. Maka kami akan membantu anda menunjang karier anda hingga Berjaya insya Allah.
 
Sesuai program ini bagi orang awam yang mahukan kesembuhan dan ikhtiar, juga bagi perawat dan pendakwah Islam yang berusaha giat dalam buat kerja agama program pengisian ilmu hikmah kami akan melengkapkan anda ilmu yang hak.
 
Silakan.
 
*Anda boleh hubungi kami melalui emel rahmaniah999@gmail.com atau hubungi terus nombor telefon seperti tertera dalam ruangan maklumat hubungan dengan kami atau jika tidak dapat hubungi boleh emel dan sertakan nombor telefon anda untuk kami hubungi beri penerangan atau anda bertanya apa saja agar kami dapat menjawab sehingga anda puas sebelum mengikuti program pengisian ilmu yang kami sediakan.
 
 

Rabu, 16 April 2014

Didatangi cahaya terang dan indah mengaku Tuhan

Assalammualaikum.


Di sini kami ingin menyeru pembaca sekelian agar berwaspada dengan mainan tipu daya iblis, syaitan, jin dan sekutunya.

Dalam menempuh kehidupan ini kita pasti akan menemuinya walau dengan cara yang tidak pernah difikirkan oleh akal fikiran.

Serangan tipu daya musuh adalah ujian bagi setiap hambanya. Tidak terkecuali hatta hambanya itu setinggi mana pun ilmu dan sesoleh manapun dia.

Bahkan lagi tinggi kadar iman dan taqwanya di sisi Allah maka lagi tinggilah tipu daya iblis. Tipu daya itu berlaku sama ada secara bisikan mahupun secara penjelmaan terus mereka menganggu kita!

Ini biasa berlaku pada para wali Allah. Misalnya sebagaimana peristiwa yang dialami oleh Ketua Para Wali Allah Syeikh Abdul Qadir al Jailani Qaddasallahu. Setelah Syeikh Abdul Qadir menguasai keseluruhan ilmu Islam dari ramai ilmuwan khususnya di Kota Baghdad hingga ketaraf Mujtahid Syeikh Abdul Qadir Jailani telah memencilkan diri selama hampir 25 tahun di pinggir Baghdad dimana terdapat bangunan usang di sana.

Syeikh ‘Uthman as-Sarafini menukilkan pengalaman Syeikh Abdul Qadir Jailani bersumberkan kitab Qala’id Al-Jawahir.  Syeikh Abdul Qadir menceritakan…

“Aku duduk di persekitaran runtuhan Kota Baghad siang dan malam. Jin suka menghampiri aku dengan dengan berbagai rupa dan pangkat, menyamar sebagai manusia. Mereka  menyerang aku dengan berbagai senjata dan menyembur aku dengan api. Dalam keadaan demikian pun, aku melihat keteguhan keyakinan dalam hati yang luar kemampuan untuk dinyatakan dengan kata-kata. Aku mendengar suatu suara berkata jauh di dalam batinku, “Ya, Abdul Qadir! Bangun dan serang jin-jin itu, kerana Kami telah menanamkan kekuatan luarbiasa dalam diri kamu yang tak dapat dikalahkan. Dan Kami telah datang untuk menyokong kamu dengan bantuan tentera yang tersembunyi”

Memang benar sebaik sahaja aku bangun menyerang jin-jin jahat itu, mereka akan lari lintang pukang, pulang dari mana mereka datang.”

“Kemudian seekor jin datang bersendirian dan berkata kepada aku, “Pergi daripada sini atau aku akan buat ini dan itu kepada kamu!”

Dia memberi amaran dan cuba menakut-nakutkan aku. Tetapi aku terus menampar jin yang mengancamku itu, lalu aku membaca, La hau la wala quwwata illa billah hil aliyil azim yang bermaksud Tiada daya upaya melainkan daya dan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kemudian aku melihat jin itu terbakar lalu menghilang daripadaku.

Satu ketika lain, aku didatangi satu lembaga yang rupanya sangat buruk dan menjijikkan, dia berkata, “Aku Iblis. Aku datang untuk berkhadam kepada engkau kerana engkau telah menggagalkan semua rancangan dan usaha aku. Engkau telah binasakan semua usaha konco-konco aku.

Aku tidak langsung gentar sebaliknya aku katakan kepada Iblis, “Pergilah engkau daripada sini kerana aku tidak percaya pada engkau.” Pada masa itu satu tangan turun dari atas lalu menghentam kepala iblis tersebut menyebabkan Iblis itu jatuh tersungkur ke bumi.

Kemudian Iblis datang kepadaku kali kedua. Cuba menyerang aku dengan anak panah berapi. Ketika itu, seorang lelaki memakai penutup muka muncul menaiki seekor kuda dan menghulurkan sebilah pedang kepadaku. Iblis serta merta berundur!

Kali ketiga aku melihat iblis sedang duduk agak jauh daripadaku. Iblis sedang mengesat airmatanya dan menyapu debu atas kepalanya. Iblis berkata. “Aku telah berputus asa dengan engkau ya Abdul Qadir!

Aku berkata keras kepada iblis, “Pergi engkau daripada sini wahai engkau yang dilaknat Allah!”

Setelah iblis berputus asa menggoda dan menyusahkan Shaikh Abdul Qadir Jilani, Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang sangat terang benderang dalam rupa yang amat indah. Cahaya terang dan indah itu lalu muncul di hadapan Syeikh seraya berkata:

“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh-sungguh mujahadah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan!”

Maka segera Syeikh menyahut, “A’uzhu billahi mina-asy-syaitanir-rajim...pergiah engkau wahai Iblis yang dilaknat.”

Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap pekat dan gelap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, “Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku ini Iblis?” Sedangkan berapa banyak para wali Allah dan orang alim telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”

Syeikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”. Maka aku tahu tentu engkau Iblis.

Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”

Syeikh menjawab kembali, “Binasalah engkau wahai iblis! Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku.” Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Syeikh Abdul Qadir

Di tangannya lebih 5,000 orang Kristian dan Yahudi memeluk Islam. Lebih kurang 100,000 orang perompak bertaubat kepada Allah.

Berdasarkan pengalaman Syeikh Abdul Qadir Jailani ini dapatlah kita ambil pengajaran bahawa iblis dan sekutunya tidak pernah berputus-asa untuk menyesatkan anak Adam.

Sehinggakan menyamar dalam bentuk Cahaya yang terang dan indah. Penyamaran yang seperti ini selalu berlaku pada salik yang bersuluk kehadiran cahaya dalam pelbagai warna dan menjelma mengaku Tuhan dan sebagainya.

  Jadi berwaspadalah kita dalam kehidupan ini. Khususnya bagi salikin, pengamal ilmu hikmah dna kebatinan, jelmaan iblis dan syaitan sebagai Tuhan, malaikat dan nabi tertentu sangat menipudayakan sekali. Apatah lagi kalau jelmaan yang mengaku itu dan ini kita jadikan sebagai sandaran dalam kehidupan ini sama ada sebagai medium pengubatan dan juga pemerolehan ilham kerana semestinya ia mengheret kita ke jalan kesesatan sedikit demi sedikit.

Melainkan makhluk itu datang dengan sendirinya namun dari segi akhlak sufi sejauh mungkin hindarilah daripada ia berdamping dengan kita. Sekalipun Syeikh Abdul Qadir Jailani tidak pun menekan siapa yang menolongnya sama ada malaikat atau makhluk Allah yang lain. Tetapi kita berani pula membuat satu doa permohonan atau rangkaian bacaan tertentu dengan kononnya memohon khodam dan malaikat daripada Allah untuk menolonng kerja dunia kita maka ini membuka ruang besar terhadap kesesatan.

 Semoga kita sentiasa mendapat hidayahNya dan terselamat daripada tipu daya iblis dan sekutunya. Allahurabbi!

 

Isnin, 7 April 2014

Kini kami berada di Kelantan dan akan ke Kuala Terengganu

Asaalammualaikum.

Selepas selesai rawatan ke atas pesakit di Bandar Pusat Jengka di Pahang dua hari lepas kami bergerak ke Bukit Bunga Ayer Lanas dan menginap semalaman merawat.

Petang semalam kami bergerak pula ke Kota Bharu Kelantan untuk berehat sehari semalam dan kami merancang bergerak ke Kuala Terengganu petang ini untuk bertemu dengan seorang lagi pesakit dan calon pelajar di sana.

Esok pada hari Selasa 8 April 2014 kami mempunyai masa lapang untuk temujanji dan bertemu dengan sesiapa juga untuk sesi rawatan dan keilmuan. Diharapkan bagi yang tinggal di Terengganu dapatlah bertemu janji dengan kami segeranya.

Insya Allah.

Setakat ini ikhtiar kami keatas masalah dan rawatan pesakit berjalan lancar sekali. Allah mempermudahkan urusan kami alhamdulillah.

Ada cerita menarik untuk dikongsi seadanya dengan pembaca blog di sini dan semestinya perkongsian detailnya dengan calon dan alumni pelajar Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

Banyak pengalaman ditimba dan pengajaran diperolehi.

Jadi bagi anak Terengganu sila hubungi saya untuk temujanji pada Selasa 8 April 2014 ke atas kerana kami akan pulang ke Bangi jika tiada tenujanji.

Inilaj masanya bagi sesiapa juga pembaca blog ini baru atau lama yang tinggal sekitar Terengganu dan Kelantan bertemu janji dengan kami dalam membantu mencari ikhtiar masalah dan keilmuan.

Manfaatkan keberadaan kami di Pantai Timur kerana kunjungan ini tidaklah selalu. Jimat masa tenaga dan wang anda kerana kami telah hadir di tempat anda.

019 3694765

Selasa, 1 April 2014

Kami berada di Pahang, Kelantan dan Terengganu pada minggu pertama bulan April

Assalammualaikum.

Dimaklumkan jadual kunjungan kami ke negeri Pantai Timur.

Lokasi : Bandar Pusat Jengka, Pahang
Tarikh  : 4/4/2014
Hari      : Jumaat

Pada tarikh tersebut kami datang atas jemputan pesakit yang mahukan rawatan.

Berkemungkinan ia akan sampai 1 hingga 3 hari.

Jadi pada hari Ahad bertarikh  7/4/2014 kami memberi peluang kepada warga Jengka dan mana2 daerah di Pahang yang mahukan rawatan atau mengikuti Program Gemblengan Ilmu dan Rawatan.

Jika anda berminat bolehlah hubungi kami untuk temujanji awal atau jika anda baru menbaca entri ini boleh hubungi kami pada tarikh itu untuk berjumpa dimana2.

Pada hari Isnin 8/4/2014 kami akan ke Kelantan kerana ada jemputan dari pesakit di sana
Jika ada yang berminat mahu ikuti Program Gemblengan Ilmu dan Rawatan boleh hubungi segera untuk temujanji awal.

Kami juga akan pergi ke tempat anda sama ada di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sepanjang minggu depan.

Jika anda berminat untuk mengikuti program kami silalah hubungi kami segera dan kami bersedia ke tempat anda jika disediakan tempat.

Siapa cepat dia dapat. Cuma pastinya 4 hingga 7 / 4 / 2014 sudah dibooking oleh pesakit dari Jengka melainkan kerja kami selesai lebih awal.

Apapun boleh hubungi kami terlebih dahulu. Jangan putus asa jika anda menghubungi kami pada hari sama mahu berjumpa jika ada rezeki bertemulah kita menunaikan hajat masing2.

Ini satu peluang kepada anda yang berada jauh nun di Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk bertemu kami mengikuti Program Gemblengan Ilmu dan Rawatan Akhbar.

Jadi anda boleh jimat masa dan kos perjalanan kerana kami datang kepada anda. Sekali lagi ditegaskan selain tarikh 4 hingga 7 haribulan April anda dapat bertemu kami atau membooking masa belajar daripada kami.

Sila hubungi kami segera.




Mari belajar dari ahli zikir

Assalammualaikum.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Tuhan seru sekelian alam.

Dengan berbesar hatinya kami ingin memaklumkan Program Gemblengan Ilmu Hikmah dan Rawatan Akhbar dan Solusi Kehidupan masih diteruskan.

Anda bukan sahaja didedahkan dengan keilmuan hikmah warisan ulamak hikmah,  ilmu ahli zikir, ilmu rawatan Islam, Hikmah, Alternatif dan Tradisional yang dilengkapkan dengan amalan doa panduan yang mudah diikuti oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa mempunyai anda tidak pernah belajar apapun sebelum ini.

Juga bermanfaat untuk anda yang menjadi perawat perukyah juru terapi pengubatan alternatif program gemblengan ilmu yang kami tawarkan kepada anda akan melengkapkab lagi latarbelakang dan menjadi pengukuh profesion anda.

Walau siapapun anda program kamk tawarkan sungguh istimewa digembleng secara khusus peribadi dan vvip segala maklumat peribadi anda dirahsiakan melainkan pelajar yang mahu berkongsi testimoni dengan pembaca blog ini.

Testimoni pelajar kami yang ada dalam blog ini hanya sebahagian sahaja. Masih banyak pengalaman dialami oleh pelajar kami belum kami masukkan dalam blog ini.

Anda tidak perlu ragu untuk mengikuti program kami. Inilah.masanya untuk merubah kehidupan ke arah lebih baik.

Ahli zikir ialah insan yang menekuni zikir seperti mengkaji makna zikir itu sendiri meneliti metod zikir yang paling memberikan kesan kepaa qalbi dan sentiasa memperbaiki dan memlertingkatkan KUALITI ZIKIR dari semasa ke semasa.

Ketahuilah saudara ku sekelian zikir itu walau secaa sepintas lalu nya kelihatan mudah dilakukan namun amat payah dan berat untuk melaksanakannya secaa benar dan paling memberi bekas kepada qalbi dan jiwa.

Hanya dengan bertanya kepada ahli zikir sahaja anda akan dapat kaedah yang metod yang tepat sama ada metod zahir dan metod batin.

Walaupun kita semua berkongsi zikir yang sama tetapi kesan dan natijah kepada qalbi dan ruh tidak sama.

Bahkan kalau kita berzikirlah sebanyak manapun tanpa panduan dari ahli zikir maka kita tidak akan mendapat kesan maksimum.

Bahkan zikir itu juga haruslah dibimbing secara khusus dari limpahan sir ahli zikir kepada kita sahaja barulah kita dapat jadikan ia modal untuk kita berzikir.

Bagaimana caranya berzikir seperti ahli zikir itu?

Insya Allah kami akan kongsikan dengan anda semua dalam program keilmuan kami anjurkan. Anda bukan sahaja akan dibersihkan daripada segala unsur kebathilan bahkan mendapat ilmu bermanfaat ilmu ketabiban super hikmah ditambah ilmu penjagaan diri ilmu ahli zikir seribu satu ilmu ghaibiah dan ilmu zahiriah ditambah dengan konsultasi dan solusi masalah kehidupan seperti membantu anda memyelesaikan masalah bisnes masalah rumah tangga masalah karier masalah cinta dan kasih sayang masalah jati diri masalah akhlak dan masalah keyakinan dan tauhid serta banyak lagi.

Sehingga sesuai program gemblengan ilmu hikmah kami anjurkan kepada sesiapa sahaja dari orang awam walau apa jua latarbelakang profesion dan karier anda kami alu-alukan kedatangan anda, sampai kepada mualij dan perawat Islam yang kebuntuan apabila menghadapi kes gangguan berat sampai boleh mengikut perawat membaca ayat suci-ada cara atasinya kami akan ajarkan!-juga kepada pengamal perubatan komplementari dan alternatif untuk menambah ilmu dan menyempurnakan keilmuan dipelajari  juga kepada sesiapa jua yang mahukan kehidupan lebih baik lebih berjaya lebih bahagia dunia dan akhirat.

Yuran belajar ada 2 bahagian.

Yuran belajar ilmu dengan pakej penuh lengkap ialah rm9000.00 tunai.

Yuran belajar ilmu dengan pakej jimat dan diskaun rm...sila hubungi kami untuk perbincangan.

Semuan yuran bersifat sekali seumur hidup. Jika kurang jelas sila hubungi kami segera untuk penjelasan langsung hingga puas hati anda.

Yuran belajar adalah merupakan  upah diatas nilai perkhidmatan kami untuk membimbing anda seumur hidup kami selagi anda tetap menghubungi kami juga hadiah kepaa penat lelah kami menceburi bidang ink selama lebih 10 tahun.

Kami memberikan anda silibus pembelajaran ilmi hikmah yang terbaik yang bebas  daripada unsur syirik bebas unsur yang tidak jelas bebas dari unsur yang meragukan amalan yang memberatkan amalan keilmuan kami juga tiada amalan berpuasa kejawen tiada jamli serapah tiada sama sekali perdampingan dengan jin khadam khodam tidak ada sama sekali diajar perkara memelikkan bahkan dengan tangan kosong anda boleh mempraktiskan keilmuan dengan ringkas cepat mudah mujarab lagi ampuh dengan syarat anda mengikuti program kami.

Kami hadir bukan untuk bersaing dengan guru kebatinan pakar profesor doktor ustaz ilmu yang bersifat ghaib ini tetapi kami hadir mahu melengkapkan kemahiran diri anda juga membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup anda walau orang awam.

Kami jamin anda tidak akan menyesal sama sekali mengikuti program kami ini bahkan alumni hingga kini murid yang pernah ikuti program kami kekal setia bersama kami walau sudah bertahun tahun belajar kekal saling menghormati bukti kepada kepuasan dan tercapai hajat dan impia  selepas ikuti program kami. Insya Allah.

Kami juga ada membuka group ilmu hikmah melalui platform aplikasi sembang WhatsApps. Di sini kami dan pelajar kami berkongsi pengalaman  merapatkan  ukhwah hebahan  program pemantapan keilmuan secara percuma saling backup sesama kita semuanya sebagai tanda bukti kami menepati janji bayar yuran sekali belajar seumur hidup selagi hayat kami dikandung badan selagi itulah anda kami bimbing kami tolong anda sedaya upaya kami.

Jadi anda tunggu apa lagi segeralah hubungi kami untuk.menetapkan tarikh hari dan masa berjumpa.

Insya Allah kita jumpa. Dimana ada usaha disitu ada jalan. Dimana ada jalan disitu aa kejayaan. Dimana ada kejayaan disitu ada kesungguhan. Jika anda.mahu melabur dalam bidang yang beri pulangan tanpa had maka dengan kamilah jawabnya.

Insya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim tunjukkan kami akan kebenaran dan kurniakan kami kekuatan untuk.mengikutinya.  Ya Allah tunjukkan kami akan kebathilan dan kurniakan kamo kekuatan untuk.menolaknya.

Ya Allah rahmatilah pembaca blog ini yang setia membaca setiap huruf perkataan dan ayat yang membentuk entri demi entri dalam blog ini. Kurniakan kepada pembaca setia blog ini rezeki dan ilmu serta ditambah kan rahmat dan dilorong kemudahan dan dibukakan hati  mengikuti program kami anjurkan hingga mereka dapat membaca ayat mu Ya Allah sebagaimana yang tertulis paa DIRI mereka sendiri.  Kabulkanlah doa kami Ya Allah matikanlah kami dala. Agama Islam.

Untuk cepat hubungi sila telepon terus ke nombor 019 369 4765 untuk whatsaap pertanyaan boleh whatsap ke nombor 013 642 1228.



Rawatan Mahabbah Suami Isteri

Salam saya buka program rawatan jarak jauh mahabbah suami isteri untuk yang mengalami masalah rumah tangga spt suami main lain, isteri minta...