Selasa, 22 Oktober 2013

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 12 : Dua al-Hafiz

 

Selepas ikuti Gemblengan Ilmu Hikmah, Ustaz Wan Khairu al-Hafiz, kanan, dan Ustaz Hamim al-Hafiz, kiri dapat memanfaatkan keilmuan bagi membantu umat.

Khususnya Ustaz Hamim telah berikhtiar merawat pesakit yang kerasukan jin dan dengan izin Allah dapat mengeluarkan beberapa jin yang menganggu dan dengan izin Allah pesakit melihat sendiri jin pengganggu terbakar! 

Dan lebih membanggakan lagi Ustaz Hamim lakukan tanpa kami berada di sisinya!

Ustaz Hamim juga telah dicadangkan oleh saudaranya Ustaz Syamsul untuk belajar daripada kami yang mana Ustaz Syamsul adalah mantan pelajar kami 3 tahun lepas. 

Kini Ustaz Syamsul yang juga pernah belajar dari Darussyifa giat melakukan rawatan Islam ke atas pesakit.

Manakala Ustaz Wan Khairu pula terlebih dahulu menemui kami untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah.

Kedua-dua Ustaz al-Hafiz ini sempat melihat kami melakukan rawatan ke atas pesakit. 

Ustaz Wan Khairu melihat sendiri bagaimana rawatan ke atas gangguan jin ke atas pasangan usami isteri dari Batu Pahat, Johor dirawat hingga pesakit dapat merasai kelegaan dan dengan izin Allah melihat 3 ekor jin keluar dari tubuhnya. Testimoni pesakit ada dinyatakan di bahagian testimoni.

Selepas pesakit temui doktor, doktor menyatakan  masalah slip disc tulang belakangnya selesai dan tidak perlu pembedahan!

Ustaz Hamim pula baru-baru ini sahaja sempat melihat kami merawat seorang pesakit yang terbuka mata ketiganya atau third eye.

 Masalah pesakit yang juga lazim dialami oleh orang mata tanpa hijab ini ialah cepat dan mudah ibarat vakum terserap energi negatif daripada penampakan makhluk halus. 

Dengan rawatan kami lakukan Ustaz Hamim melihat sendiri bagaimana dengan izin dan rahmat Allah kami dapat mengeluarkan gangguan jin dalam tubuh pesakit tanpa pesakit menjerit dirasuk!

Bahkan jin itu bergerak ke kakinya hingga bergetar hebat sebelum kami merentapnya dan getaran itu hilang. 

Dan pesakit merasai gangguan itu ditarik dengan ikhtiar kami dan pesakit merasa ringan dan seri wajahnya naik seperti sediakala. 

Dalam erti kata mudah, sembuh!

Pengalaman dua orang hafiz ini seharusnya membuka mata anda pengunjung blog ini yang masih tercari-cari tempat untuk menekuni keilmuan dan perubatan Islam yang insya Allah yang dapat menjadi andalan anda dalam aktiviti rawatan sehari-hari.

Belajarlah daripada pengamal yang terbukti berpengalaman bukan penjual kertas fotostat!

Ia juga menjadi perangsang kepada orang awam mempelajari kaedah kami walau tidak mahu merawat sekalipun cukup sebagai bekal diri atau rawatan diri.

Tahniah! Walaupun anda bukan al-Hafiz atau menghafaz Al-Quran kami tetap menerima anda seadanya bagi mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan. 

Anda hebat sejak dilahirkan, buktikan!!!

Sila klik bahagian Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah bagi keterangan lanjut.

Bagi mengesahkan apa yang kami tulis ini sebagai benar dan banyak lagi pengalaman dengan dua al-Hafiz ini sila telefon mereka.

Juga anda boleh dapatkan rawatan dengan mereka dengan melihat kedekatan jarak dalam kawasan yang ditulis di bawah.

Ustaz Wan Mohd Khairu  al-Hafiz 013-981 9861 (Gombak, Selayang, Serendah, Batu Caves)

Ustaz Hamim al-Hafiz 019-266 8299 (Kuang, Shah Alam)

Segala-galanya atas kehendak Allah, Jangan bertuhankan sesuatu selain daripada Allah. Ilmu itu kaedah dan ikhtiarnya. Manakala terkabulnya adalah milik mutlak Allah. Kena cara dan gaya memang berhasil! Insya Allah.


Rabu, 9 Oktober 2013

Masjid Lubuk Batu di Segamat Masjid Keramat - Gambar

Assalammualaikum. Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim Berikut adalah gambar sepanjang siasatan saya di Masjid Lubuk Batu sebelum munculnya kalimah Allah yang terukir di lantai Masjid Lubuk Batu, Segamat selepas solat Isya. Juga kemunculan orb (objek putih) dalam beberapa gambar. Silalah teliti. Sila perhatikan dengan saksama dengan minda dan hati terbuka dan lapang. Untuk melihat orb yang dimaksud saya berikan klunya iaitu gambar dalam masjid. Sila klik gambar satu persatu untuk imej lebih besar dan jelas. Terima kasih kepada AJK Masjid Lubuk Batu yang memberikan sumbangan cerita sebagai rujukan dalam menyiapkan tulisan ringkas tetapi penting ini. Untuk anda yang ingin mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah dan mendapatkan Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif boleh klik di halaman di atas.

Selasa, 8 Oktober 2013

Masjid Lubuk Batu di Segamat Masjid Keramat

Assalammualaikum Pembaca yang dihormati sekelian.

Dalam hidup ini antara paling indah ialah kenangan hidup. Nikmatilah secebis pengalaman khusus saya ini khas untuk pembaca setia sekelian.Ini tulisan asli daripada kembara saya beberapa bulan lepas.

Bismillah hirahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassallim!

Lebih 500 tahun lalu...

         Melaka alah juga akhirnya dengan Portugis!
         Dan tentera Sultan Mahmud pun terpaksa berundur  hingga ke Pagoh dan
Kota Bentayan. Tapi Portugis telah tiba dan menghambat tentera Melaka.
 Ada yang terbunuh dan ada yang terus berundur dengan memudiki Sungai
Muar.   Selamat Gagah mengepalai pengunduran tersebut bersama Sultan
Mahmud dengan Bendahara Tepok dan beberapa orang Melaka yang masih
selamat.  Sultan Mahmud terus berundur hingga ke Pahang manakala
Bendahara Tepok dan segelintir lagi orang Melayu terus memudiki Sungai
Muar hingga tiba ke Sungai Lubuk Batu, Ulu Muar. Bendahara Tepok,
Selamat Gagah dan orang-orangnya pun berehat di atas batu gajah yang
berselerak di sepanjang Sungai Lubuk Batu. Kejernihan airnya dan ikan
sungai berenang antara batuan memikat mata.
        “Sudahlah kalah. Dihambat pula si Benggali Putih itu seperti anjing!”
rungut Bendahara Tepok sambil mengurut kakinya yang lumpuh. Selamat
Gagah yang juga Panglima Perang Melaka  mencedok air Sungai Lubuk Batu
dengan upih lalu disuapkan kepada Bendahara Tepok.
        “Segar amat airnya!” kata Bendahara Tepok sungguh puas. Di lubuk batu
itu juga Bendahara Tepok dan orang-orangnya mandi-manda dan berwuduk
lalu mendirikan solat. Menanti juga Bendahara Tepok kalau-kalau
Portugis menunjukkan muka dari balik belukar tebal.
        “Seputih-putih manusianya pun, bayangnya hitam juga! Akan ku tikam
orang dan bayangnya sekali gus!” Tempik Bendahara Tepok tatkala
merasakan Lubuk Batu dihampiri sesuatu. Namun bayang Benggali Putih
itu pun tidak nampak.
        “Baik kita bermastautin di sini saja. Lagipun aku tidak larat lagi
hendak berjalan. Tuan hamba boleh meneruskan perjalanan jika mahu.”
kata Bendahara Tepok lalu berbaring di atas batu gajah. Mata yang
berusia 60 tahun itu bersinar tajam memandang langit berarak awan
putih. Selamat Gagah yang setia itu hanya menundukkan kepala merenung
pusaran air Lubuk Batu.
        Bermulalah penerokaan dan pembukaan kawasan sekitar sungai dengan
penempatan orang Melayu. Namun Bendahara Tepok merasa bangsanya tidak
punya apa-apa lagi. Kemakmuran Melaka sentiasa bermain di ingatannya.
Belum terpadam tindak tanduk bodoh Sultan Mahmud yang terlalu muda
dengan pembesar yang ralit dengan kuasa hingga menggoyahkan pertahanan
tentera Melaka.
        “Pmuda Melayu Melaka lembik belaka! Tidak ada semangat perjuangan
langsung. Penakut! Andai aku masih muda pasti aku akan beramuk
habis-habisan menghalau Benggali Putih kembali ke tempat asalnya!
Bukankah mereka orang asing yang tidak tahu malu membuat onar kepada
agama dan tanah tumpah darah bangsa! Ahhhhhh!”
        Selamat Gagah dan beberapa orang yang lain sekadar memerhatikan
sahaja gelagat si bendahara tua menjulang keris ke udara  melepaskan
perasaannya di tebing sungai Lubuk Batu. Bendahara Tepok mengambil
sebiji batu lalu dicampakkan batu itu sekuat hatinya ke tengah lubuk.
        “Andai batu itu timbul semula kita semua balik ke Melaka hambat orang
asing itu balik ke negerinya!” kata Bendahara Tepok sambil
dilibas-libas udara dengan keris saktinya.
        Namun batu itu terus tenggelam dan tidak timbul. Bendahara Tepok
terduduk. Kerisnya ditikam ke tanah. Genggaman tangan bendahara tua
itu erat pada hulu keris. Jadi penampan tubuhnya yang kian merendah ke
bumi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya seorang lelaki tua
Melayu itu!

        2013

        Petang itu Bandar Segamat memutih. Air Sungai Muar memanjat tebing.
Di tepi tebing sungai terdapat deretan kedai makan. Ramai yang
berteduh di situ. Ada yang menikmati makanan dan ada yang sekadar
bersembang kosong.
        Bammmmmmmmmm! Bammmmmmmmmmm! Bammmmmmmmmmm!
        Bunyi yang seakan-akan bunyi meriam itu mengisi kehampaan udara
Segamat. Namun tiada siapa pun yang peduli. Mungkin itu dari sungai di
mana batang pokok besar hanyut memukul tebing dan melanggar sampah.
Mungkin itu bunyi guruh gagah bermaharajalela di puncak awan.
        “Pak cik. Dekat sini ada masjid tak?” soal Pemuda dari Kuala Lumpur itu.
        “Ada. Kamu keluar dari bandar Segamat ikut jalan utama. Ke depan
sedikit sebelah kiri ada sebuah masjid tua. Betul-betul berhadapan
dengan makam lama. Jangan terbabas pula.” Kata Pak Cik yang juga tuan
kedai makan di situ.
        Pelik. Seingat Pemuda itu tidak ada pula masjid dilihatnya termasuk
makam lama dimaksudkan pak cik kedai makan itu sewaktu masuk ke bandar
Segamat.
        Masya Allah! Benarlah kata pak cik itu. Ada sebuah masjid di sebelah
kirinya sebaik keluar dari bandar Segamat. Bumbung masjid itu separas
jalan raya yang ditinggikan. Terpaksa berhati-hati menuruni jalan
kecil menuju ke masjid dengan kecuraman jalan hampir 45 darjah.
Tersergam sebuah masjid sederhana besar yang sampingnya terdapat
aliran anak sungai yang deras.
        Pemuda itu mematikan enjin kereta dan berdiri keseorangan di halaman
masjid itu. Jam menunjukkan angka 6.45 petang. Pintunya tertutup
rapat. Ketika Pemuda itu ke belakang masjid dia ternampak bekas mandi
jenazah terlentang tenang. Langkah Pemuda itu terhenti apabila melihat
seekor kucing hitam sedang merenungnya duduk di atas pagar batu
masjid. Tiba-iba kedengaran bunyi menyeret di lantai sedangkan tiada
sesiapapun di sekelilingnya.
        “Nak berwuduk di sana.”
        Pemuda itu hampir melompat tatkala melihat seorang lelaki tua
bertubuh kurus, rendah dan memakai lebai muncul dari balik pintu balai
masjid.
        “Pak cik ini siapa?” tanya Pemuda itu lurus.
        “Saya ini bukan siapa-siapa. Hanya diamanahkan membersihkan lantai
masjid ini sahaja setiap hari.”
        “Mulia kerja pak cik ini. “
        “Mulia atau tidak pekerjaan kita semuanya bergantung pada hati. Kalau
kita riak tentu sia-sia. Ayah, atuk nenek moyang saya dulu inilah
kerjanya. Dah orang percayakan kita. Kita buat. Tapi hati kena betul.
Ikhlas kepada Allah.”
        Pemuda itu angguk melihat Pak Lebai terus mengelap lantai dan
meninggalkan dirinya. Selesai berwuduk dia masuk ke perut masjid. Pak
Lebai itu membuka pintu, tingkap dan lampu serta kipas dalam masjid
itu. Solat jamak didirikan. Khusyuknya beribadah di masjid ini.
        Setelah berdoa Pemuda itu bingkas meneroka masjid. Pemuda itu melihat
terdapat satu pintu yang lurus menuju ke anak tangga. Ketika itu belum
ada jemaah yang datang. Setapak demi setapak Pemuda itu melangkah
hingga menaiki anak tangga. Rupa-rupanya anak tangga itu memanjat
tebing jalan utama yang menghubungkan Bandar Segamat dengan daerah
lain di Johor. Di seberangnya pula terletak makam lama.
        Kesunyian meluruh bersama biru dan kuning senja bercampur mencipta
warna gelap malam. Pemuda itu menyeberangi jalan dan tiba di sisi
makam lama. Pokok bunga melur melingkar seperti ular. Dedaunan menadah
langit. Bunganya menutupi permukaan pusara tua. Terdapat batu nisan
berikat kain kuning. Dan tembok peringatan sejarah yang didirikan di
tebing Sungai Lubuk Batu menceritakan pembukaan Segamat, sebuah bandar
bersejarah. Lukisan orang-orang Melayu bertanjak dan bersidai di
tebing sungai ditatap Pemuda itu dengan mendalam. “Sejarah sedang
berbicara dengan kita.” Getus hati Pemuda itu.
        Entah dari mana munculnya burung berbulu hitam terbang laju di atas
kepala Pemuda itu lalu ghaib di antara pepohonan tua yang melatari
perkuburan lama.
        Allahuakhbar! Allahuakhbar!
        Azan maghrib berkumandang. Pemuda itu bergegas ke masjid. Ketika
melintasi jalan sebuah kereta  tidak berlampu melaju sedikit sahaja
lagi hampir melanggar dirinya. Mujur dia sempat tiba di sisi jalan.
Siapakah pemandu gila itu?
        Jemaah telah datang. Saf diluruskan. Dapatlah dua saf maghrib itu.
Selesai berwirid dan berdoa, Pemuda itu mendapatkan imam masjid.
        “Saya dari Kuala Lumpur. Boleh kita berbual sebentar tentang masjid tua ini?”
        Ustaz Ismail yang juga Imam Satu Masjid Lubuk Batu menyatakan
persetujuan. Bersama Cikgu Majzub, Tuan Haji Halim dan beberapa orang
lama, halaqah dibentuk. Terbukalah cerita, terhurailah lagenda. Cerita
masjid ini adalah cerita istimewa. Tempat ibadah dan saksi sejarah.
Masjid ini asalnya pondok singgah untuk berteduh dan berehat bagi
penziarah makam lama.
        Kemudian pada tahun 1930an-40an dijadikan sebagai wakaf oleh Sultan
Iskandar dan kemudian di naik taraf sebagai masjid. Nama sungai Lubuk
dijadikan nama masjid. Tiada sesiapa yang berani merobohkan masjid ini
kerana ia dijaga oleh Istana Johor.
        Pada tahun 1930 semasa kerja pengubahsuaian mimbar masjid dilakukan.
Apa yang mengejutkan telah ditemui sebuah meriam batu tertanam di
bawah mimbar masjid.  Saiz meriam itu dalam tiga hingga empat kaki
panjangnya.
        Meriam itu diperbuat daripada batu. Meriam batu itu juga berpeluru
batu. Menurut ceritanya meriam batu itu adalah sebahagian daripada
senjata Bendahara Tepok dan tentera sultan ketika menentang Portugis.
Peluru batu meriam yang ditembak akan menerobos dinding kayu kapal
lalu menenggelamkan kapal musuh.
        Sejak ratusan tahun lampau lagi penduduk kampung Berata, Temenggong,
Paya Dalam dan Taman Bendahara sering kali mendengar bunyi meriam
berdentum sebelum turunnya hujan lebat dan banjir. Mungkinkah bunyi
tadi terhasil daripada meriam batu yang dijumpai tertanam di bawah
mimbar masjid?
        Sejak meriam itu diambil pihak berwajib semakin kurang bunyi meriam
kedengaran. Tetapi masih ada penduduk Segamat mendengar bunyi letupan
itu. Zainuddin salah seorang daripadanya.
        Menurut Zainuddin muka bumi Segamat yang bertanah paya menyebabkan
banjir sering berlaku. Namun sebelum tahun 2006 datanglah banjir
seteruk mana pun Masjid Lubuk Batu tidak pernah ditenggelami air.
        Pernah Zainuddin melihat sendiri air sungai Lubuk Batu sudah melimpah
pada waktu Asar. Zainuddin yang ketika itu masih remaja menolong Haji
Sirat dan Ketua Kampung Haji Mohamad bin Abdullah mengangkat
barang-barang di masjid. Tetapi lantai masjid langsung tidak dijejaki
oleh air banjir. Bahkan dapat didirikan solat lagi dalam masjid ketika
air sungai terus membanjiri kawasan sekitarannya hingga kelihatan
banjir berombak-ombak.
        Subhanallah! Sebab itulah masjid tua itu dianggap sebagai masjid keramat!
        Maka ramailah yang mahu beriktikaf di masjid keramat ini.
Berbagai-bagai-bagai perkara aneh berlaku. Terdapat seorang hamba
Allah beriktikaf seorang diri di masjid itu hingga dinihari dan
mendirikan solat malam. Namun entah mengapa pula hamba Allah itu lari
tidak cukup tanah sebelum sempat munajatnya selesai. Ada juga hamba
Allah yang lain selepas menunaikan solat berseorangan di tengah
masjid, dia melihat tiga orang yang berjubah putih turut bersolat di
belakangnya.
        Bahkan Haji Halim bin Haji Ali, 63 sendiri pernah alami peristiwa
aneh apabila Haji Halim yang berada paling hujung merasa hembusan
angin lembut mengelus pipinya tatkala memberikan salam ke sebelah kiri
yang tiada berorang! Bagi Haji Halim terdapat hamba Allah yang tidak
kelihatan di mata turut sama mengimarahkan Masjid Lubuk Batu ini.
        Walau bagaimanapun banjir besar yang berlaku pada tahun 2006 dan 2011
telah menenggelamkan masjid itu sehingga separas tingkap!
Berkemungkinan ia kesan penambakan tanah pada jalan dan sungai Lubuk
Batu. Penambakan jalan dan pengukuhan tebing sungai menyebabkan batu
gajah yang dipercayai menjadi tempat perbaringan dan permandian
Bendahara Tepok telah ditenggelami ke dalam tanah.
        Pemuda itu meneruskan penerokaannya. Bagaimana pula ceritanya makam
lama yang terletak bersebelahan dengan Masjid Lubuk Batu? Setelah
diselidiki, makam lama itu menempatkan jenazah dari kerabat istana
dari jalur keturunan Temenggung dan orang asal Segamat.
        Di situ juga Bendahara Tepok dikebumikan di samping pusara keluarga
Temenggung. Dahulunya jika ada kemangkatan raja di pangkalan kota,
raja akan diarak sampai ke sungai Segamat.
         Ustaz Ismail menceritakan Haji Rahman tukang penggali kubur pernah
melihat ada satu jenazah yang tidak hancur di makam lama itu. Haji
Rahman melakukan penggalian semula kubur lama atas tujuan pelebaran
jalan utama menuju Segamat. Makam lama itu ditutup untuk sebarang
pengebumian jenazah pada tahun 1998.  Kini makam lama itu di bawah
jagaan Majlis Agama Segamat dan dijadikan sebagai bahan sejarah yang
menandakan kewujudan Segamat. Nasir Bilal Khan pernah bertandang di
masjid keramat ini untuk penggambaran drama Musafir.
        Ulamak Sheikh al-Muqari' Haji Hassan bin Ismail Al-Hafiz merupakan
kadi pertama Segamat yang pernah mengimarahkan Masjid Lubok Batu
dengan mengajar Al-Quran dan agama Islam. Beliau merupakan guru kepada
imam besar Masjid Negara sekarang iaitu Sheikh Ismail bin Mohamad
al-Hafiz dan juga guru kepada Ustaz Abu Hassan Din a-Hafiz.
        Selesai Isyak Pemuda itu memohon izin untuk pulang. Hati pemuda itu
belum puas sebenarnya dan bertanya “Tidak ada lagikah kisah mistik dan
paranormal masjid ini?”
        Pemuda itu tergerak hati memilih pintu keluar yang menghubungkan
dengan anak tangga yang mendaki tebing jalan  menuju ke makam lama.
Ketika melepasi pintunya, pemuda itu terpandang ke lantai masjid yang
dibasahi oleh air. Mungkin air bilasan cucian lantai dari pak cik yang
ditemui Pemuda itu pada lewat petang tadi. Dan mata Pemuda itu
menangkap satu kalimah suci yang terlakar daripada bekas air di lantai
masjid. Kalimah Allah!
        Allahu Rabbi! Semoga Allah menyelamatkan masjid keramat dan
bersejarah ini daripada sebarang angkara. Amin

(Diharamkan sama sekali mencopy paste cerita dan entri ini ke dalam blog-blog lain. Jika tuan puan berkenan mencupliknya hendaklah disertakan link ke blog perubatan rahmaniah. Sebarang perbuatan di luar izin akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak bahkan di dunia lagi sudah menerima tulah dan akibatnya. Bi iznillah.)

(Gambar bakal menyusul. Jangan lupa sentiasa berkunjung ke blog ini. Insya Allah)

***
Pemuda dalam cerita pengalaman sebenar di atas bukanlah merujuk saya semata-mata tetapi merujuk kepada semua orang Melayu yang wajar mengingati dan mengiktiraf sejarahnya sendiri. Saya yakin kemunculan kalimah itu menandakan setiap jejak kembara ini disaksikan Allah. Semoga pengalaman kecil ini akan menebalkan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah pada akhirnya serta memupuk kecintaan terhadap hamba Allah yang soleh dan masjid-masjid Allah di atas muka bumi ini.

Sama-samalah kita!


Alat kelamin 'ghaib' dari tempatnya!

'Lama' tak buat status. Bukan malas atau apanya. Banyak masa digunakan untuk meneliti kes-kes yang pernah saya tangani sejak lama t...