Khamis, 30 Januari 2014

Ciri perawat sejati

Assalammualaikum. Berikut ciri perawat sejati yang perlu ada di kalangan kita:

1. Berakidah dengan akidah tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Menjadikan Al-Quran, as-Sunnah dan doa para wali dan salafussoleh sebagai sumber utama dalam merawat pesakit
3. Berpenglaman dalam merawat pelbagai jenis masalah kesihatan sama ada sakit fizikal dan sakit akibat gangguan ataupun gabungan antara kedua-duanya sekaligus.
4. Berpengalaman meneroka pelbagai teknik rawatan sebelum menemui teknik rawatan sendiri
5. Memberikan masa yang mencukupi dan sewajarnya dalam merawat setiap pesakit
6. Merawat pesakit secara seorang demi seorang bukannya secara beramai-ramai
7. Memberikan rawatan dengan sikap profesional
8. Berakhlak mulia
9. Menjauhi diri daripada mengambil kesempatan seperti meraba pesakit dll.
10. Memberikan tausiyyah dan tazkirah kepada pesakit agar tabah hadapi masalah dihadapi
11. Perawat telah berkahwin
12. Perawat berfikiran matang dan bersedia mendengar keluhan pesakit
13. Perawat mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah
14. Perawat haruslah tahu  kedudukannya sebagai perawat
15. Perawat menjaga diri daripada hiburan melalaikan
16. Perawat yang memiliki jiwa yang tenang dan akal yang bijak
17. Perawat tahu motivasi pesakit dan sedia berkongsi petua dan panduan amalan ringkas
18. Perawat yang sentiasa menjaga zikir
19. Perawat yang mempunyai perisai nur yang kukuh
20. Perawat yang bersungguh-sungguh bukannya cepat mengalah
21. Perawat yang tidak akan bebankan pengguna denga mewajibkan membeli produk luar melainkan tanpa desakan
22. Perawat yang mempunyai kelengkapan dan senjata lengkap menghadapi sebarang tantangan ghaib
23. Perawat yang memiliki keilmuan yang mempunyai tali persambungan silsilah kerana ia sumber berkah rahmat dan pertolongan Allah
24. Perawat yang dibimbing dengan cara yang betul dan benar daripada guru yang pakar dan ahli
25. Perawat yang dapat menghayati keberadaan ilmu yang dituntut dan diamalkan
26. Perawat yang yakin dan pasti dengan ilmu yang dipelajarinya

Insya-Allah banyak lagi ciri perawat yang perlu anda miliki sebelum terjun dalam bidang perawatan. Kami di sini sentiasa membuka pintu peluang kepada anda untuk menimba ilmu dengan kami.
Program Gemblengan Ilmu Hikmah memang kami buatkan khas untuk anda dimana silibusnya kami susun dalam memudahkan anda menguasai khazanah ilmu di tahap terbaik dan sempurna.

Emel : rahmaniah999@gmail.com

Nikmati diskaun yuran pengajian istimewa pada Januari dan Februari ini dengan bonus rahsia menanti setiap calon peserta baharu khusus pada bulan Januari dan Februari ini...


Rabu, 29 Januari 2014

Pakej Rawatan Sihir dan Gangguan jin

Assalammualaikum...salamun qaulan mirrabbirrahim...

Adakah anda teruk menderita sakit akibat disihir. Seketika diserang sihir pun dah menderita apakah lagi sakit sampai bertahun-tahun bahkan ada yang berbelas dan berpuluh tahun!!!

Bayangkanlah...

Kini kami hadir menawarkan perkhidmatan rawatan sihir dan gangguan jin dengan lengkap dan tiada dimana-mana.

Upah perkhidmatan istimewa dan lengkap dari kami ini adalah dari rm2000 hingga rm10000 berdasarkan berat kes dan masalah anda hadapi.

Contohnya gangguan diri dan rumah upah tidaklah melebihi rm5000.00

Lainlah anda ada kilang atau premis untuk pembersihan dan pemagaran ia tidak melebihi rm10000.00

Setiap rawatan kami ada khidmat selepas rawatan yang mana ia percuma tertakluk pada terma dan syarat.

Hubungi kami segera bagi menempah tarikh dan hari nak buat rawatan ini.

Selasa, 28 Januari 2014

Program Gemblengan Ilmu Hikmah, Ilmu Penyembuhan, Kerohanian dan Solusi Masalah Hidup 2014

Assalammualaikum.

Atas permintaan orang ramai kami masih lagi membuka program keilmuan dengan  program keilmuan yang memberi seribu satu manfaat kepada semua.

Kamilah satu-satunya yang menawarkan program keilmuan secara lengkap dalam satu pakej. Sehingga tidak perlu lagi untuk anda mengeluarkan modal tambahan belajar di tempat lain.

Kami membimbing anda secara praktikal bukannya teori semata-mata.

Anda akan kami gembleng hingga melahirkan insan berjiwa baharu, teguh, beriman, bijaksana, ampuh, berilmu, disegani manusia dan makhluk ghaib,

Sedikan payung sebelum hujan. Sebelum anda 'terkena' dan 'dikenakan' oleh pesaing anda dan manusia berhati kotor maka bertindaklah untuk belajar daripada kami.

Namum bagi yang sedang menderita kami turut menerima anda selagi anda mahu kesembuhan. Usah berputus-asa selagi hayat dikandung badan datanglah insya Allah kami layan anda dengan sebaiknya.

Sila hubungi kami seperti nombor yang tertera di atas untuk membooking tarikh dan masa belajar.

Khamis, 23 Januari 2014

Murid ilmu hikmah perubatan dari Malaysia, Singapura, Brunei

Assalammualaikum.

Terima kasih tak terhingga kepada para murid kami yang telah bersungguh-sungguh mengikuti gemblengan ilmu yang kami anjurkan.

Juga murid yang dapat sentiasa bertemu dengan kami walau sudah lama mengikuti gemblengan ilmu bertahun-tahun kalian adalah murid yang hebat.

Apa jua yang kalian lakukan sama ada membuka pusat rawatan dan terapi di mana saja kami doakan agar sukses sentiasa.

Hubungan antara kita tidak akan terpisah walau berjarak jasmani kerana rohani tetap berpadu dalam untaian istiqomah amalan keilmuan.

Bagi anda yang belum mengikuti gemblengan ilmu apalah ditunggu lagi. Jika ada kekeliruan dan ketidakfahaman maka telefonlah kami bertanya kami akan jawab sebaiknya.

Kami tidak sama dengan apa yang anda baca diluar sana. Apa yang tertulis di sini juga hanyalah secebis sahaja walhal ada banyak lagi kelebihan belajar daripada kami.

Apa yang anda tunggu lagi. Sementara kami mengenakan yuran diskaun.

Selasa, 21 Januari 2014

Rawatan sakit jantung, darah tinggi, kencing manis

Insya Allah rawatan kami terus kepada anda di tahap pakar dimana anda akan lihat.hasilnya dalam tempoh 24 jam. Cukuplah anda derita susah hati sakit badan murung dengan upah perkhidmatan rm2000.00. Dijamin.

Bagi yang nak belajar ilmu penyembuhan dari kami juga.dialu-alukan. Kami akan kongai rahsia pengubatan kaedah khusus kami. Anda juga dapat menambahkan keilmuan yang sedia ada. Booking masa belajar anda sekarang! Dgn bayaran yuran diskaun.

Isnin, 13 Januari 2014

Cara rawat sihir dan buang sial hidup

Sihir yang lama mengaanggu pastilah menyusahkan hidup kita. Jika bekerja kerja yang dilakukan tak dapat diselesaikan dan disempurnakan dengan baik. Jika berada di jawatan tertentu  sentiasa berasa badan sakit bagai dihiris pisau dan ditusuk sembilu tajam ke dalam daging. Ada suami yang dulunya sayang kini benci.

Jika dulu ada isteri yang mencintai kini sering memaki. Jika bintang hidup kita sedang bersinar ada saja musuh dalam selimut mengintip peluang mahu memadamkan sinaran kita. Apalah gunanya kita punya gaji besar jawatan tinggi duit banyak jika hidup tidak serupa hidup .

Hidup seperti zombie sahaja hanya bekerja dan bekerja jiwa menderita sakit akibat gangguan bertahun tahun. Apalah gunanya menjadi Pengarah atau CEO atau apa sahaja jawatan besar kalau hidup sunyi nak solat pun tak tahu nak doa pun tak tahu apatah lagi nak zikir dan membaca al Quran.

Jika anda atau saudara anda atau kawan anda mengalami masalah seperti ditulis di atas maka anda dipersilakan untuk mengikuti program keilmuan yang kami anjurkan. Insya Allah anda akan berubah 1000%  dan masalah anda dapat diatasi satu persatu. Kenapa anda mahu berlengah lagi sementara waktu masih ada. Jangan ketika anda sedang atau telah mengabaikan ajakan ini malaikat telah datang menjemput anda ke alam barzakh.

Hubungi kami untuk cara rawat sihir dan buang sial hidup anda pakej rawatan kami amat lengkap. Jangan berlengah lagi segala maklumat anda kami rahsiakan. Segera hubungi kami uuntuk temujanji.

Cara rawatan jarak jauh

Assalammualaikum.

Bagi anda yang inginkan rawatan tetapi tidak dapat jumpa dengan kami maka bolehlah membuat rawatan jarak jauh dengan kami insya Allah.

Caranya ialah

1. Mesej nama dan tarikh lahir pesakit ke nombor telefon sebagaimana yang tertera dalam blog ini.
2. Mms gambar pesakit jika boleh kerana ia akan memudahkan proses rawatan jarak jauh
3. Ceritakan serba sedikit masalah atau sakit atau gangguan yang dialami oleh pesakit.
4. Tunggu maklumbalas daripada kami
5. Kami sms maklumbalas dan bayaran perkhidmatan ini dalam lingkungan rm150 hingga rm500.00 bergantung keadaan penyakit yang dialami oleh pesakit
6. Kami akan sertakan nombor akaun untuk transfer dan pembayaran terlebih dahulu ketika ini kepercayaan anda kami perlukan.
7. Selepas kami menerima pembayaran anda melalui transfer atau bank in sila sms alamat lengkap anda untuk pos bahan rawatan khusus atas nama dan penyakit atau gangguan yng dialami oleh anda.
8. Jarak masa selepas transfer dengan kiriman barang antara 1 hingga 9 hari bergantung kepada keadaan penyakit atau gangguan anda alami. Perkembangan rawatan jarak jauh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa hingga barang dipos dan diajar cara memanfaatkannya.
9. Bahawa ini semua adalah ikhtiar atau syariat perubatan manakala hakikat kesembuhan dan tercapainya hajat tuan puan adalah pada Allah sepenuhnya. Sila rujuk testimoni kami untuk menguatkan keyakinan anda.


Ahad, 12 Januari 2014

Suara dari Kubur

Akhirnya Muslim meninggal dunia selepas menderita sakit yang agak lama. Adiknya Taufik antara saudara yang rapat dengan arwah sepanjang hidupnya.

Selepas jenazah dimandikan dan disolatkan jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Imam membacakan talkin. Tergambar kesedihan di wajah Taufik dan saudara-mara yang lain. Hanya tanah kubur yang masih merah menjadi tatapan mata semua.

Kemudian Imam pun membaca doa. Taufik mengikuti setiap patah doa yang dilantunkan Imam dengan sepenuh penghayatan jiwa.

Hingga Taufik merasa sekelilingnya sunyi dan hening. Tiba-tiba Taufik mendengar satu suara yang bergema menyebut nama arwah abangnya.

"Wahai Muhammad Muslim bin Abdullah!!!"

Tiada jawapan. Sebaliknya terdengar bunyi orang mengertapkan gigi seperti keadaan orang yang terlalu takut yang amat sangat.

Hati Taufik diterpa rasa gerun hingga menitis air matanya. Adakah itu suara malaikat yang telah datang untuk menyoal abangnya...

Bunyi gigilan suara dan kertapan gigi itu berlangsung agak lama hingga  Taufik tidak sanggup lagi mahu mendengarnya kerana seluruh jiwanya merasa takut gerun dan sedih bercampur-baur.

Taufik buka mata. Dikesatnya air mata yang membasahi pipinya. Taufik pandang kiri dan kanan. Hanya dia seorang sahaja di tanah perkuburan itu di sisi pusara abangnya yang masih merah.

DarI kejauhan penduduk kampung telah beratus meter meninggalkan Taufik sendirian.

Sungguh ini bukti kebesaran Allah buat diri Taufik. Kejadian ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku jika dikehendaki Allah.

Apabila Taufik bertanya dengan ustaz semuanya hanya menyatakan tidak mustahil boleh terjadi. Bahkan terdapat dalil malaikat akan memanggil nama kita di alam itu bagi dihisab sama ada di kubur atau di padang mahsyar.

Sama-samalah kita ambil iktibar.




Khamis, 9 Januari 2014

Orang Muar boleh jumpa kami di Masjid Jamek Sungai Abong Muar

Assalammualaikum

Perhatian bagi penduduk sekitar Muar yang mahu berjumpa dengan saya boleh lah saudara datang ke Masjid Jamek Sungai Abong Muar sepanjang hari ini hari Khamis bertarikh 9.1.2014 sehingga 11.1.2014.

Pertemuan itu bagi anda orang Muar yang mahu mendapatkan penjelasan tentang Program Gemblengan Ilmu Hikmah, Rawatan dan Kerohanian terus daripada kami.

Bagi orang Muar yang bertemu dengan kami dan terus membooking tarikh untuk mengikuti program kami maka anda akan mendapat bonus istimewa dan yuran pengajian diskaun.

Ambillah kesempatan ini sebelum terlambat. Inilah peluangnya orang Muar untuk menimba ilmu yang benar bermanfaat.

Insya Allah. La hau la wala quwwata illa billah hil aliyil azim.


Belajar 1001 manfaat khasiat buah kelapa

Assalammualaikum

Sesungguhnya khasiat buah kelapa amatlah banyak dalam merawat pelbagai jenis penyakit zahir dan gangguan.

Insya Allah dalam program gemblengan kami anjurkan kami akan membimbing anda untuk menggunakan buah kelapa dalam merawat 1001 jenis penyakit zahir dan batin.

Jangan lupa tempah tempat anda untuk mengikuti pengajian ilmu hikmah, rawatan Islam, rawatan alternatif dan rawatan tradisional yang semuanya mengikuti landasan syariah.

Sila email ke rahmahiah999@gmail.com
Atau telefon kami ke nombor 019 369 4765

Yuran pengajian : RMxxxx + Diskaun Awal tahun
Masa belajar : Sabtu dan Ahad.

Untuk makluman alumni dan pelajar lama blog ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keilmuan kerana ia dapat dibaca oleh orang awan.


Rabu, 8 Januari 2014

Promosi Belajar Ilmu Hikmah, Rawatan Islam dan Kerohanian 2014

Assalammualaikum. Kami akan mengadakan promosi belajar ilmu hikmah, rawatan Islam, kerohanian pada bulan Januari 2014 ini.

Ada lima proses dalam belajar daripada kami ditambah bonus menarik.

Sediakan payung sebelum hujan.
Jangan sudah terkena barulah nak mencari bekal. Ada seorang imam pun muntah darah akibat disantau oleh pendengkinya. Tak kira siapalah kerja menghantar barang ni akan terus berlaku.

Program kami sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat tidak kira anda mahu belajar untuk menjadi perawat profesional mahupun sebagai bekal diri.

Hubungi kami segera sebelum terlambat.



ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...