Testimoni Pesakit



Banyak lagi testimoni yang tidak mampu untuk diceritakan di sini. Saya anjurkan tuan puan datang berikhtiar sendiri dan alami sendiri. Lebih baik juga datang belajar dan bagi pencari ilmu jangan ragu-ragu untuk mengikuti pengajian Ilmu Hikmah kami anjurkan kerana terbukti mujarab dengan rahmat Allah segala-galanya membuktikan tiada yang lebih hebat melainkan agama Allah yakni islam. Allahuakhbar!



Testimoni 20 (Baru)
   Sakit tengkuk hingga ke paras bahu amat merunsingkan dan mengganggu pemikiran saya. Sakitnya seperti ada benda yang menekan bahu saya menyebabkan saya berasa sangat sakit dan mudah letih. Puas saya pergi berurut namun sia-sia tiada perubatan . Alhamdulillah selepas bertemu dengan ustaz,  tengkuk dan sakit bahu yang mengganggu saya selama ini hilang dan sehingga kini saya boleh melalukan tugas saya seperti biasa. Terima kasih ustaz.
Puan R (Kajang, Selangor)


Testimoni 19 (Baru)
 Saya teruk disihir sampai tutup 3 buah taska ditutup. Itu pun bisnes saya merundum rakan kongsi minggir. Dengan ikhtiar yang dilakukan oleh ustaz, bisnes saya kembali pulih. Tanpa disangka-sangka datang individu bahkan kumpulan yang terdiri daripada orang ternama dan hebat dalam bisnes datang ke pejabat saya berbincang untuk membuat projek terbaru. Selama beberapa bulan taska tak menerima kanak-kanak, kini saya terima lagi. Kenalan yang benci saya sebelum ini pun datang minta maaf tanpa saya minta dan cakap apa-apa kepadanya. Saya sungguh terkejut dan terharu! Jasa ustaz pasti saya tidak akan lupakan.
Puan H, Sungai Buloh Selangor.

Testimoni 18 (Baru)
Saya sakit kepala migrain sampai tertidur berjam-jam berguling atas lantai menangis dan banyak makan ubat penahan sakit. Sejak dirawat dengan ustaz migrain saya terus hilang. Tak sakit kepala lagi, Ajaib tapi itulah kuasa Allah yang ditunjukkan melalui ikhtiar yang dilakukan oleh ustaz. Terima kasih perubatan rahmaniah.
Arif, Muar Johor

Testimoni 17-Gangguan Saka
Saya mempunyai masalah gangguan saka yang sangat teruk. Sakit kepala yang sangat dahsyat. Sebelum berhubung dengan ustaz Mohd Ali saya telah berubat banyak tempat dan kali terakhir saya berubat di Shah Alam. Namun semakin menjadi-jadi sakit kepala saya tak tertahan rasanya! Apabila saya telefon Ustaz Mohd Ali, terus hilang rasa sakit. Sangat-sangat berkurangan rasanya bagai tidak pernah rasa sakit langsung. Insya Allah saya akan terus berubat dengan ustaz kerana menurut ustaz gangguan saka mesti dirawat secara khusus dan berterusan. Terima kasih ustaz.

AM, Gombak.

Testimoni 16-Gangguan Saka (Baru)
Rasa ringan badan sejak berubat dengan ustaz hari itu. Secara keseluruhannya rasa berkurangan berbanding dahulu. Terima kasih ustaz.

T, Kuala Lumpur.

Testimoni 15-Rasa Berat Bersolat Hilang (Baru)
Alhamdulillah, memang lapang benar. Syukur sangat-sangat. Hati sudah tidak ada rasa berat hendak mendirikan solat. Malahan sempat lagi berzikir. Rasa macam banyak masa yang sebelum saya rasa tidak sempat beramal ibadat. Dua hari ini (sejam berjumpa saya) tidak tinggal solat langsung. Rasa kemanisan bersolat dan beribadat. Dapat bangun sebelum subuh lebih awal sebelum ini (subuh Gajah). Terima kasih ustaz....

Mohd H, Kuala Lumpur.

Testimoni 14
Saya kena gangguan saka turun temurun menyebabkan ayah saya dan bapa saudara saya semuanya sakit mental dan meninggal dunia. Setahun lepas saya belajar reiki dari sebuah laman web. Niat mahu rawat diri sendiri. Saya selalu berdebar gemuruh, negatif dan snagka buruk pada orang. Selalu nak marah-marah tanpa sebab apatah lagi kalau ada sebab. Namun apa yang dihajat tak menjadi. Reiki saya pelajari membuatkan saya 'semakin panas badan' dan semakin kecamuk emosi dna fikiran saya. Saya berjumpa tuan tabib dan sewaktu berbual sebelum dirawat, saya merasakan segala yang saya tanggung selama ini berangsur-ansur hilang dan badan rasa ringan. Setelah dirawat tuan tabib dan pulang ke rumah alhamdulillah hati saya lebih tenang dan tenteram, tak ada lagi perasaan marah-marah. Terima kasih tuan tabib . Mohamad J Bandar Baru Bangi.

Testimoni 13-Anak Kembali Duduk Rumah
"Anak saya keluar rumah ikut kawannya dari pagi sampai ke petang dan kadangkala sampai ke jauh malam. Akhir-akhir ini dia balik lewat malam sahaja. Risau saya dibuatnya khuatir jika dia bercampur dengan mat ganja dan budak-budak nakal. Tuan tabib minta air sebotol sahaja. Kemudian tuan tabib doakan pada air dalam masa 10 minit selesai. Bagi minum anak yang selalu keluar malam itu. Tidak sampai seminggu tempoh diberikan tuan tabib untuk melihat kesannya, anak saya sudah TIDAK KELUAR MALAM LAGI. MASUK sahaja petang DIA SUDAH DUDUK DI RUMAH DAN TIDAK MAHU KELUAR LAGI SEPERTI SEBELUMNYA. Terima kasih tuan tabib atas pertolongan.Ha Esah Jaafar, Kampung Sri Cheeding, Banting Selangor.

Testimoni 12-Migrain selama 10 jam sembuh dalam 20 minit
"Saya diserang migrain sejak pada pukul 10 pagi setelah bertekak dengan seseorang sehingga pukul 7.15 malam. Selama 10 jam saya terlantar dan bangun untuk solat, makan dan ke tandas sahaja. Ubat migrain yang saya makan pun macam tidak memberi kesan apapun dalam mengurangkan sakit kepala saya ini. Kemudian saya SMS Tuan Tabib Mohd Ali setelah mengingatkan yang dirinya mengatakan mampu (dengan izin Allah)menyembuhkan sakit kepala atau migrain dalam tempoh yang segera. Sebaik sahaja saya memberikan nama penuh saya pada Tuan Tabib , saya bagaikan terpana sekejap..rasa macam angin berpusar di atas kepala masuk ikut pusat kepala langsung dalam beberapa minit kemudian sakit kepala saya berkurang sehingga 95%! Sungguh ajaib. Tuan tabib hanya menyuruh saya bersyukur sahaja kepada Allah. Terima kasih tuan tabib. Saya akan bank in kan bayaran rawatan yang kalau nak dibandingkan dengan kesakitan dan terlantar lebih 10 jam itu bayaran rawatan itu hanya semata-mata hadiah bukannya NILAI PERAWATAN. Kaedah perubatan tuan tabib dan keberkesanannya, masya Allah tiada ternilai dengan apapun-Zairul,Melaka.

Testimoni 11 -Kulit yang rosak dan bersisik pulih dalam masa 3 hari
"Setelah dirawat dan meminum air penawar tuan tabib, penyakit gatal saya berkurangan dan paling mengembirakan kulit tangan yang bersisik dan rosak mengeruping telahpun licin, bersih dan sembuh seperti sediakala. Sudah 5 tahun saya terkena penyakit gatal ini puas berubat sama ada berjumpa doktor dan juga berikhtiar ubat kampung. Hanya sekali dirawat tuan tabib selama 30 minit dan meminum air penawar penyakit saya sudah berkurang dengan banyaknya. Kini saya berulang berubat lagi dengan tuan tabib-Alias bin Hj. Salleh

Testimoni 10-Pulihkan Penyakit Gatal-gatal
"Syukur, kepada Allah, setelah dirawat penyakit gatal-gatal badan saya telah hilang sama sekali. Sebelum ini saya telah pergi ke banyak klinik. Sekali 'injection', kena bayar RM80.00. Hilanglah sekejap. Tapi selang dua tiga hari datang balik. Dengan Tuan Tabib, hanya sekali sahaja sudah rasa gatal hilang sepenuhnya. Tak rasa gatal lagi walau makan macam-macam. Terima kasih banyak-banyak!.-Rokiah Ahmad, Kedah.

Testimoni 6-Pulihkan penyakit Gatal dan Gangguan Misteri
Tidak terbuka hati saya untuk membawa anak saya ini berubat secara alternatif setelah 6 bulan lebih doktor pun tidak pasti apakah punca penyakit anak saya ini. Namun setelah melihat blog Tuan Tabib Mohd Ali, saya terus merasa yakin sehingga datang berjumpa dengan beliau. (Saya:Sewaktu peskit didudukkan saya telah melihat kelakuan anak gadisnya yang malu-malu alah sehingga menutup wajahnya dan tidak berani langsung menentang mata saya.)Sewkatu dirawat saya dapat lihat sendiri reaksi anak saya yang tidaklah menjerit-jerit tetapi kakinya merekot dan kejang sedikit bagaikan ada sesuatu yang mahu keluar dari hujung kakinya. Anak saya juga mengadu hujung ibu jarinya kebas sepenuhnya. Alhamdulillah setelah berubat dan diberikan bahan rawatan, selang lima hari penyakit gatal anak saya sudah hilang sama sekali, mimpi buruk pun sudah tidak ada, sifat kasarnya juga kian berkurangan, cuma kulitnya sahaja masih ada bekas (saya:ia mengambil masa sedikit untuk sel-sel tersebut pulih dan tona kulit pulih. Ia bukan bermakna penyakit masih ada cuma ia bekas atau parut sahaja.Insya Allah akan hilang beransur-ansur sepenuhnya.). Terima kasih tuan tabib dan ustaz.Insya Allah saya akan war-warkan kepada kenalan saya yang menghadapi masalah migrain yang akan berjumpa Tuan tabib seberapa segara bagi merawat sakit kepalanya yang sudah agak lama.-Puan Ruslina, Hulu Klang.

Saya tidak sahaja merawat, ambil mahar dan tinggalkan pesakit tanpa peduli sembuh atau tidak. Saya akan mengikuti perkembangannya. Namun pengalaman membuktikan rawatan 1x sahaja sudah memadai kerana saya memperuntukkan masa yang lama dengan pesakit antara 1-2 jam bagi merawat mereka sepenuhnya dan sesempurna mungkin. Insya Allah, bi iznillah.)



Testimoni 8-Pulihkan Penyakit Gatal-gatal
"Syukur, kepada Allah, setelah dirawat penyakit gatal-gatal badan saya telah hilang sama sekali. Sebelum ini saya telah pergi ke banyak klinik. Sekali 'injection', kena bayar RM80.00. Hilanglah sekejap. Tapi selang dua tiga hari datang balik. Dengan Tuan Tabib, hanya sekali sahaja sudah rasa gatal hilang sepenuhnya. Tak rasa gatal lagi walau makan macam-macam. Terima kasih banyak-banyak!.-Rokiah Ahmad, Kedah.
 
Testimoni 7-Menghilangkan Stress, Membuang Sifat Buruk Menonton Bahan Lucah, Membuang energi Malas kembali Bersolat dan Bangun Subuh
Dalam beberapa minit dan dalam 2 kali terapi sahaja pesakit mula menunjukkan perubahan positif. Sewaktu diterapi pesakit merasai getaran hebat melanda sekujur tubuhnyanya kesemutan dari kaki hingga kekalbunya menuju ke kepala. Seketika kepalanya sakit (aktiviti menghapuskan tabiaat-tabiaat buruk dan fikiran negatif dan block mind yang menghambat kecermerlangan diri) dan kemudian terasa ringan dan sembuh terus kini sudah mula bersolat dan cerah wajahnya.

Testimoni 6 - Menolak Jin dalam Badan
Hujung kaki bergerak bagai gelombang. Ada sesuatu yang keluar dari tubuhnya sehingga yang akhir mahu bertahan, bereaksi tangisan degil namun hanya sementara sebelum gangguan keluar juga dalam beberapa detik, perut pesakit memulas dan pesakit muntah. Dan sedar sembuh sehingga kini. Membersihkan rumah dari gangguan kaedah gabungan gerak+zikir+garam+lada+jurusdan doa.

Testimoni 5 -Membasmi Sihir, Memadamkan Memori Negatif Masa Silam
Getaran dari kepala hingga ke hujung kaki, Ibu jari kaki terkuit-kuit bagai terdapat gelombang keluar berdus-dus di hujung kaki. Sukma keluar kembara mencari punca sihir atau tempat ditanam. Sukma pesakit sendiri mencari puncanya dan memusnahkannya dengan bantuan daripada Allah jua. Tanganya membaling bola-bola api ke arah bahan sihir dan ditanam dan menjurusnya. Sebetulnya pesakit sudah mempunyai energi rohaniah dalam bentuk zikir yang diamalkannya selama ini. Dengan bantuan Allah menerusi perawat, pesakit dapat membasmi punca penyakitnya dalam keadaan tidur. Kemudian berlaku gerakan diri bagi memabiki sistem aura dan tenaga dalaman diri pesakit. Setelah selesai memdelete semula memori silam yang menjadi igauan pesakit hingga membnci suami akibat perbuatan suami yang menekan emosi dann perasaannya. Pemadaman memori negatif silam dilakukan dengan pengulangan semula tindakan suami, sehingga suami menyedari sendiri dan mengaku sendiri kesalahannya. Masya Allah semuanya atas kehendak Allah jua!

Testimoni 4-Sembuhkan Rungsing, Mendapatkan diri yang dahulu yang cemerlang
Merasa suatu getaran dari kepala hingga ke hujung kaki. Ada sesuatu keluar mencuat-cuat menerusi ibu jari kaki. Ada getaran keluar dari telapak kaki bagai disedut keluar (energi negatif. kuasa penyakit dll) Fikiran yang rungsing, banyak perkara difikirkan kini tersusun dan fikiran jadi lapang semula. Tenang sangat-sangat. Kembali mendapat diri yang dahulu (sewaktu banyak bertaqqarub ke hadrat Tuhan).

Testimoni 3-Sakit tulang, sendi saraf akibat terjatuh terduduk
Merasa semacam getaran elektrik menjalar ke bahagain tubuh yang sakit menahun akibat banyak kali terjatuh terduduk dan patah-patah.

Testomoni 2 -Bakar Lemak/Buang Toksik
Penghidap obesiti pertama kali diterapi, bercucuran peluh tanda pembakaran lemak dan pembuangan toksik berlaku dengan baiknya. Pesakit merasakan bagai bersenam/berjoging 2-3 jam keliling padang!

Testimoni 1

Sembuhkan Migrain Pesakit migrain sedang menderita kesakitan, terus diterapi kesakitan beransur hilang dan beberapa minit kemudian hilang sepenuhnya.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...