Rabu, 27 April 2016

Minyak Penyembuhan dan Peneutral

MINYAK PENYEMBUHAN DAN PENEUTRAL

Minyak ini sudah di olah dan di rituali tinggal pakai tanpa bacaan apapun, langsung pakai,  langsung terbukti, tanpa efek samping, tanpa pantangan.

FUNGSINYA :

1. untuk penyembuhan santau,  sihir, dll. cukup di oleskan pada bahagian yg sakit maka akan keluar paku, jarum, pecahan kaca, pasir, ijuk, rambut. binatang, lendir, dll tergantung jenis sihir yg dikirim dpt di lihat dengan mata

2. untuk penyembuhan orang kerasukan jin, dii ikuti makhluk ghoib dll. cukup dioleskan di tengkuk maka orangnya akan kesakitan dan panas, bila kemasukan jin ada bau kabel terbakar, dalam beberapa minit akan sedar in syaa Allah sembuh.

3. untuk penyakit gout urat,  dan semua jenis penyakit urat dan sendi apabila digosok dengan ini akan keluar pasir hitam daripada liang roma dapat di lihat dengan mata. penyakit kolesterol akan keluar pasir putih.

4. untuk penyakit berat kronik,  penyakit aneh, guna-guna, pengasihan,  cukup di minum. dan semua bentuk penyakit akan lenyap, untuk penyakit berat perlu di ulang beberapa kali sampai sembuh.

5. penyakit diabetis,  gatal,  borok, koreng, bila di olesin minyak ini akan kering dan dapat keluar ulat kecil dari tempat yg sakit.

6. untuk membuka aura, menghilangkan semua energi negatif, membuka penutup jodoh, rezeki, gangguan, sihir pemisah, sihir ikatan,  sengkolo, sial, malang,  dll cukup di campur air di buat mandi.

7. untuk meneutralkan tempat usaha, warung, kedai, yg di tutup orang di kirim ilmu hitam, di hancurkan orang. cukup di percikan di tempat usaha. semuanya akan neutral, hilang.

8. dan masih banyak lagi fungsi dari minyak penyembuhan,  dapat kita teroka sendiri kegunaannya, anda kreatifkan sendiri, dapat untuk mengobati orang lain sesuai utk merawat org, mudah,  praktis, langsung pakai. Semuanya dengan izin Allah.

Minyak Penyembuhan dan Peneutral utk Semua

1 botol RM110
2 botol RM190
3 botol RM270
10 botol RM950

1 botol utk kegunaan biasa
2 botol ke atas utk sakit kronik, sihir kronik dll

Ustaz Ali
013 642 1228

Khamis, 21 April 2016

Cara berkomunikasi untuk berikhtiar masalah anda

Assalammualaikum

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan daripada saya pastikan anda benar-benar jujur ikhlas telus nak dapatkan rawatan. Ikuti cara sebagaimana berikut:

1. Boleh telefon terus bagi masalah yg rumit dan komplikated.

2. What apps maklumat penting sahaja
Hasil scan utk rujukan saya. Apa yang saya sampaikan dengan cara tulisan what apps TIDAK AKAN SAMA dengan percakapan dalam telefon.

3.  Elakkan utk berhubung dengan saya semata-mata scan utk menuduh org sihir anda. Tiada scan utk menuduh org menyihir. Saya takkan layan mesej anda begitu.

4.  Elakkan mengarah-arah saya pula. Tambahan anda baru berhubung what apps dgn saya tiba-tiba bertindak memberi arahan pada saya untuk ikut arahan anda.

5. Bila saya suruh anda telefon saya itu suatu rahmat kesempatan pada anda sebenarnya. Banyak panggilan saya tak jawab sebab saya juga ada urusan saya sendiri. Bila anda what apps saya balas pun suatu rahmat buat anda. Apatah lagi bila saya suruh anda telefon saya. Telefon sahaja.  Jgn membalas pula,  eh mesej je la. Sikap anda begini menunjukkan anda tak serius utk berubat tapi sekadar nak tahu-tahu sahaja. Kalau nak tahu sekadar sikit2 tak apa dgn cara sopan ni dgn cara memaksa memerintah dan mengkritik saya pula. Ada ka patut.

6. Saya bukan Tuhan.  Elakkan syirik ya. Dah la sakit buat syirik pula.  Saya sbg insan yang dipinjamkan Allah sedebu ilmu buat membantu sesama. Molekkah anda memaksa mengkritik org yg anda minta tolong daripadanya? Jadi kita pelan2 mesej telefon bual dulu.  Dan ikut cara saya bila berkomunikasi apa saya tanya jawab bukan anda paksa saya jawab apa anda tanya.  Sebab byk keadaan apa anda sangkakan spt anda sangka org itu ini sihir anda,  anda fikirkan sesuatu tu tak lebih hanya sangkaan bukan kebenaran pun.  Nak tau kebenaran sesuatu perkara haruslah ikut rentak org yg anda minta tolong itu bukan anda paksa ikut rentak anda yg hanya berpandu pd sangka2 dan khayalan anda semata.

7. Pastikan anda berhubung dgn saya hanya nak berubat soal mampu atau tak boleh berbincang saya tak marah kalau tak jadi tapi saya tolak jika anda ada ciri2 spt di atas. Jadi sila faham2kan.

Ni contoh mesej yg kurang ajar.  Yg berhubung dgn saya ni seorang guru memaksa saya menengok konon ibu bapanya ada membela hantu ke
Katanya ramai ustaz takpun bomoh menuduh ibu bapa dia beka hantu sihir adik iparnya sampai meninggal.

Sampai ke tahap itu,  saya tak mau mesej dah. Bila saya suruh call saya dia tak mau pula. Main2 ya cikgu. Patut anak murid kamu pun main2 juga. Tak ada adab langsung. Saya sendiri sengaja call cikgu ni tapi apakan daya Allah tak bagi hidayah kat cikgu ni utk jawab panggilan saya.

Sah2 dia sendiri membela hantu syaitan dlm dirinya hingga menuduh ibu bapanya bukan2 kemudian paksa sy pula mengesahkannya.

Takke bangang guru mcm ni. Elakkan anda jadi mcm ni. Malu anak bangsa.







Gangguan jin pada rumah, harta benda, barang elektrik, kereta dan lain-lain

Assalammualaikum

Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rumah tanpa diketahui puncanya. Api itu muncul tiba-tiba dan membakar langsir rumah hingga hangus. Ada juga api yang membakar perabot, baju, kusyen, dan al Quran. Persoalannya bagaimana api muncul ? Walhal segala faktor penyebab yang boleh menyebabkan api tercetus tiada.

Lalu muncullah bomoh, ustaz, pengamal perubatan Islam cuba untuk meleraikan permasalahan ini. Namun api yang muncul merebak membakar apa sahaja itu masih berleluasa hingga keadaan jadi reda tanpa diketahui sebabnya juga.

Kejadikan gangguan bersifat nyata ini juga berlaku apabila tiba-tiba alat elektrik dalam rumah jadi rosak. Lampu yang baharu je ditukar sudah rosak tak menyala. Cerek elektrik, pemanas air, rosak semuanya. Lebih teruk suis utama selalu tertendang off walhal tiada wayar rosak, kilat dan masalah nyata yg lain dpt dikesan.

Ada juga satu kes yg saya terima, kelima-lima buah kereta rosak. Baiki, rosak balik. Baiki rosak semula. Selalunya gangguan begini bertumpu pada rumah. Ya puncanya pada rumah ataupun bepunca daripada tanah yang diduduki.

Keadaan dan 'rasa' dalam rumah itu dapat kita alami agak berbeza dengan rumah yang normal tiada gangguan. Seri rumah diganggu itu kelihatan suram, kelam dan seolah-olah ada satu kabus hitam meliputinya.

Anggota keluarga yang tinggal dalam rumah itu tidak dapat duduk tenteram. Masing-masing anggota keluarga saling bercakaran, bersengketa, bermusuhan dan berpuak-puak. Lebih teruk lagi hingga bergaduh menumpahkan darah. Membunuh anggota keluarga lain tanpa disedari. Ini untuk kes-kes kronik dan tak terkawal akibat tak dirawat dan dikhtiar untuk dipulihkan.

Kes lebih teruk keadaan dlm rumah yang suram kelam dan menakutkan itu juga mempengaruhi kesihatan dan biologi manusia.

Anggota keluarga dalam rumah itu semuanya menghidapi sakit misteri dan tak  jelas jenis dan punca sakitnya.  Contohnya haid datang tidak teratur, tubuh badan bisa-bisa, lebam-lebam, bernanah, keluar air bisa, keluar ulat, batuk darah, demam berpanjangan, badan rasa berat malas nak beribadah, mengantuk sepanjang waktu, fikiran melayang kosong entah kemana, selalu mimpi buruk, melihat penjelmaan makhluk ghaib yg hudoh, indah, menyerankam, barang bergerak sendiri, dengar bunyi percakapan asing dalam rumah, bayi menangis malam tak tidur atau sepanjang hari menangis, merengek, bayi deman sakit walau dah makan ubat jumpa doktor pakar, pokok-pokok hiasan sekitar rumah layu, mati, hangus, terdengar bunyi tapak kaki berlari, bunyi pasir diserakkan ke bumbung rumah, suara wanita mengilai, suara dengusan aneh, ngauman harimau, bunyi pelik, dan banyak lagi. Pendek kata yg alami gangguan sahaja tahu betapa byknya jenis gangguan.

Gangguan kepada kesihatan dan biologi juga dihadapi oleh haiwan kesayangan.  Contohnya tikus hamster mati walau cukup makanan, dan kebersihan dlm sangkarnya. Kucing mati jika tinggal dalam rumah itu lebih drp 12 jam tanpa tanda 2 penyebab kpd kematiannya.

Ada beberapa kes saya terima dan ia membabitkan ikhtiar pemulihan, pembersihan, yang berulang-ulang dan memakan masa ikut keadaan jenis kadar tahap keterukan gangguan dialami.

Dalam menangani kes seperti ini, bukan sahaja perawat wajib bersabar, bertawakal dan mengulangi ikhtiarnya malahan pesakit dan keluarganya juga wajib bersabar, bertawakal dan tidak jemu untuk menanganinya, berusaha memulihkan rumahnya itu.

Saya ada menyediakan pakej rawatan rumah yg merangkumi pemulihan, pembersihan, pemagaran dan sewaktu dgnnya yg mana ada yh dpt diselesaikan dlm tempoh kurang 1 jam atau lebih lagi mengikut kadar keterukan gangguan ada yang berhari-hari dan berulang-ulang.

Persolannya sanggupkah kita berusaha berikhtiar sebegitu rupa? Banyak org sanggup merenovate rumah, sanggup buat pinjaman puluhan malahan ratusan ribu untuk tambah rumah, cantikkan rumah tapi apabila berlaku gangguan pada rumah boleh pula amat berkira untuk memanggil perawat memulihkannya. Masing-masing ada ilmu malah ada perawat yg mendabik dada dpt menghilangkan gangguan pada rumah kurang 5 minit je, walhal tak terbukti apa dikatakannya. Ubat sesuatu penyakit bergantung kpd jenis penyakit kalau jenis kronik takkan telan ubat 10 saat dah sembuh sakit? Dlm dunia rawatan alternatif unsur kelogikkan juga ada dan perlu diambil kira.

Sebab itulah saya akan mencadangkan jenis rawatan dan berapa hari rawatan diperlukan untuk memulihkan rumah pesakit. Ada 1 hari.  Ada 3 hari. Ada 7 hari. Pemulihan rumah ini seiring dengan menyampaikan pesan-pesan agama, petua yang nabi berikan agar rumah tidak menjadi tempat penginapan makhluk ghaib.

Jadi apa tunggu lagi. Jika anda dapati rumah kesayangan anda ada gangguan aneh boleh cuba ikhtiar dengan saya tapi ikutlah syaratnya. Jgn segan malu untuk bertanya dan menerima perkhidmatan saya.

Untuk urusan Pemulihan rumah baharu atau lama atau rumah yg jadi sasaran sihir boleh hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228.  Segera. Jangan lambat-lambatkan ikhtiar nanti kian parah.

Selasa, 19 April 2016

Bagaimana Nabi Muhammad sollallahuala wassalam mengubati gangguan syaitan ?

Assalammualaikum.  Topik bagaimana Rasulullah sollallahuala wassalam mengubati gangguan syaitan yg berlaku dikalangan sahabat baginda ada banyak. Saya hanya masukkan sedikit sahaja.

Ketika Ustman bin Abil Ash radhiyallahuanhu berkata, "Ketika Rasulullah sollallhuala wassalam menugaskan aku ke Thaif,  aku mengalami gangguan dalam solatku sehingga aku tidak tahu solat apa yang aku sedang lakukan, lalu aku pergi menemui  baginda nabi.  Rasulullah sollallahuala wassalam bersabda, " Wahai Ibnu Abil Aish ada apa dgn kamu? "

"Wahai Rasulullah sollallahuala wassalam aku mengalami gangguan dlm solat hingga aku tidak tahu solat apa aku lakukan. "

Rasulullah sollallahuala wassalam bersabda,

"Itu adalah syaitan.Mendekatlah. "

Kemudian aku mendekati Rasulullah sollallahuala wassalam. Baginda menampar dadaku dan meludah di mulutku seraya berkata, "

"Keluarlah musuh Allah! Keluarkah musuh Allah! Keluarlah musuh Allah!"

"Lanjutkan tugasmu. " kata Rasulullah sollallahuala wassalam.

Ustman berkata, "Demi Allah setelah itu aku tidak pernah terkena lagi gangguan itu."

Bersambung..

Ahad, 17 April 2016

Rawatan rumah dan bangunan

Assalammualaikum

Saya menawarkan rawatan rumah berhantu walau seteruk mana sekalipun. Rawatan itu termasuk memburu, menghalau gangguan serta membina pagar khusus utk rumah.

Saya juga bersedia utk membuat rawatan pemulihan pada bangunan kilang, sekolah, ofis, bangunan tinggal yg mahu digunakan semula dan sebagainya.


Isnin, 11 April 2016

Rawatan intensif kanser

Assalammualaikum

Adakah anda menghidap kanser? Apa tahap sekalipun silalah hubungi kami untuk berbincang.

Rawatan intensif kanser bermaksud rawatan secara khusus dan paling kurang 3 hari. Utk yg mahukan rawatan lebih lama blh 7 hari hingga maksimum 40 hari.

Untuk tujuan rawatan intensif kanser selain penginapan, kos bahan rawatan dan upah perkhidmatan adalah ditunaikan oleh pesakit atau wakil pesakit. Kadar bayaran adalah berdasarkan hari saya mengubati anda atau pesakit.

Jika anda inginkan rawatan percuma saya akan tawarkan air dan anda atau pesakit sediakan sendiri walau secara jauh. Tp kesannya pasti tidak sama dgn rawatan intensif secara berdepan dan berhari2.

Kanser, lagi cepat dirawat lagi cepat diatasi. In syaa Allah.

Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

Sabtu, 9 April 2016

Rawatan sihir dan saka

Assalammualaikum

Bulan Rejab sudah pun bermula. Tak lama lagi bulan Sya'ban dan bulan paling dinantikan ialah Ramadhan al Mubarak. Semoga kita dikurniakan kesempatan dan rezeki utk sampai di bulan barokah tersebut.

Aktiviti rawatan Ustaz Tabib Ali masih diteruskan pada bulan Rejab, Sya'aban dan In sya Allah Ramadhan. Apa yg penting silalah hubungi saya dulu sebelum dtg.

Cara saya mengubat ialah yg rumah pesakit. Kalau tak mau buat di rumah boleh di hotel atau boleh terus saja dtg ke Muar.

Rawatan drp saya bersifat ikhtiar bukannya mendahului Allah.  Jika ada izinNya  gangguan atau penyakit apapun dpt disembuhkan. Allah Yg Menyembuhkan bukan saya.

Apa jua jenis gangguan boleh kita ikhtiarkan. Sila hubungi Ustaz Tabib Ali ditalian 013 642 1228.

Semoga kita mendapat rahmat Nya sepanjang bulan-bulan haram ini. Allahu.


Selasa, 5 April 2016

Langit kiblat doa

Ada orang wahhabi betul-betul nak sabitkan bahawa Allah itu di langit. Sampai tahap mereka (terpaksa) berhujah dengan aqal (sedangkan tak pernah belajar mantiq) dengan mengatakan bahawa: "kitakan berdoa ke arah langit, itu tandanya Allah di langit".

Maka kita ahli sunnah pun jawablah, bahawa kita doa ke arah langit sebab langit tu kiblat doa, bukan kerana Allah itu di langit. Lalu mereka hentam kita habis-habisan kerana tak setuju dengan kenyataan itu.

Masalahnya, bukan kita yang memandai-mandai. Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang sebut langit itu kiblat doa, seperti mana ka'bah itu kiblat solat. Lihatlah Fathul Bari (Syarah Sahih Bukhari), Jilid 2, halaman 272 (Cetakan Maktabah Salafiyyah):

وأجازه الأكثرون لأن السماء قبلة الدعاء كما أن الكعبة قبلة الصلاة.

"Dan kebanyakan ulama' mengharuskannya (berdoa di luar solat dengan memandang ke langit) kerana LANGIT IALAH KIBLAT DOA seperti mana ka'bah merupakan kiblat solat"

Kami tak paksa.. cuma nak bagi tahu yang kami tak memadai-mandai.. Ini Ibnu Hajar yang cakap.. Bukan selalu kamu kata kena berlapang dada ke?

Allah ada tanpa tempat !

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...