Selasa, 5 April 2016

Langit kiblat doa

Ada orang wahhabi betul-betul nak sabitkan bahawa Allah itu di langit. Sampai tahap mereka (terpaksa) berhujah dengan aqal (sedangkan tak pernah belajar mantiq) dengan mengatakan bahawa: "kitakan berdoa ke arah langit, itu tandanya Allah di langit".

Maka kita ahli sunnah pun jawablah, bahawa kita doa ke arah langit sebab langit tu kiblat doa, bukan kerana Allah itu di langit. Lalu mereka hentam kita habis-habisan kerana tak setuju dengan kenyataan itu.

Masalahnya, bukan kita yang memandai-mandai. Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang sebut langit itu kiblat doa, seperti mana ka'bah itu kiblat solat. Lihatlah Fathul Bari (Syarah Sahih Bukhari), Jilid 2, halaman 272 (Cetakan Maktabah Salafiyyah):

وأجازه الأكثرون لأن السماء قبلة الدعاء كما أن الكعبة قبلة الصلاة.

"Dan kebanyakan ulama' mengharuskannya (berdoa di luar solat dengan memandang ke langit) kerana LANGIT IALAH KIBLAT DOA seperti mana ka'bah merupakan kiblat solat"

Kami tak paksa.. cuma nak bagi tahu yang kami tak memadai-mandai.. Ini Ibnu Hajar yang cakap.. Bukan selalu kamu kata kena berlapang dada ke?

Allah ada tanpa tempat !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gemblengan Ilmu di Gunung Jerai Panggilan Akhir

Salam. Siapa yg berhajat utk menuntut ilmu2 kebatinan aliran haq dan putih saya ada buat di Gunung Jerai dlm pd 1 hingga 3 Disember ini.  ...