Selasa, 30 Disember 2014

Ilmu selamat kandung Alif

Ilmu selamat orang dulu-dulu...

Ucapkan kata di bawah ni sebelum keluar rumah atau bila-bila masa sahaja.

Aku masuk dlm kandung Alif 
Tiada siapapun dapat membinasakan aku
Melainkan Mu Ya Allah

Bacalah surah Al-Fatihah 1x sambil pejam mata. Habis baca terus sedut nafas panjang-panjang dan dalam-dalam sambil bayangkan seluruh jasad dan roh kita masuk dalam kalimah Alif yg terang bercahaya. Dan lepaskan nafas spt biasa.

Ingat Alif tu huruf bukan Tuhan atau makhluk. Ia simbol kepada permulaan ilmu dan kalam. Ada rahsia yang tersembunyi. 

Maaf mungkin hamba salah. Boleh betulkan dan nasi tambah...

Tatacara terima

Ucap dan baca ikut yang ditunjuk di atas. Cuma apabila selepas sedut nafas tu tahan sekejap sambil ucap dlm hati "aku terima secara sempurna amalan ini jadikanlah ia sempurna buatku." Dah ucap mantap dlm hati maka lepaskan nafas.

Saya ijazahkan bagi yg yaqin dan ikut tatacara di atas saya tak izin ia dijual. Jagalah solat kerana solat tiang agama. Tanpa solat bagaimana doa dan kata-kata anda dipandang oleh Allah dgn rahmatNya...

Utk mendapatkan pengisian ilmu yang lengkap silalah ikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Hiperzikrullah . Anda akan dibimbing dengan lebih terperinci lagi dengan disempurnakan pengajian hingga dapat digunakan sehari-hari.

Rabu, 24 Disember 2014

Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Pengubatan Islam

Assalammualaikum. Dimaklumkan gemblengan ilmu hikmah masih dibuka kepada sesiapa yang berhajatkan kepada rawatan diri,keluarga dan masyarakat.

Lebih drp itu gemblengan ilmu juga untuk mencapai kefahaman hakikat semesta raya dan Maha Pencipta selain memboosterkan rohani ke tahap infiniti

Peluang yang ada yang disia siakan. Ramai yang telah mengambil manfaat drp program kami ini


Siapapun anda. Jika anda seorang eksekutif dan sekarang sedang mencari cari program keilmuan untuk meningkatkan diri maka inilah program terbaik untuk anda.

Jika anda seorang usahawan sedang mencari program untuk melonjakkan perniagaan anda inilah juga program terbaik untuk anda.

Siapapun anda kami tidak memandang pada bangsa,ras,warna kulit. Asalkan anda MUSLIM.

Jika anda mengabaikan halaman ini sesungguhnya anda telah menyia siakan peluang terbaik yg mungkin tdk anda temui akan dtg dimana mana.

Mari ubah hidup anda sekarang.


Selasa, 2 Disember 2014

rawatan penyakit busung

Asaalammualaikum

Kami menyediakan Rawatan Pakar penyakit busung bagi yang memerlukan dengan  kaedah selamat dan petua tertentu yang selari dengan syariat.

Belum cuba belum tahu.

Mahar perubatan RM 2500.00


Gemblengan Ilmu di Pulau Besar Melaka

Alhamdulillah...dpt 'green light' buat GemblenganSuperSpiritual(GSS) di Pulau Besar, Melaka pada bulan Januari 2018. S keilmuan meli...