Isnin, 31 Disember 2012

Gemblengan Ilmu Hikmah untuk semua

Minggu lepas, perubatan rahmaniah menerima kedatanngan pelajar ilmu hikmah dari Sabah. Beliau pernah mempelajari beberapa keilmuan kebatinan dan belajar reiki. Jadi sebelum bimbingan ilmu dapat dibuat, terpaksalah beliau dibersihkan dahulu daripada pembawan ilmu yang terdahulu. Yang peliknya pembawaan ilmu yang dikatakan bersumber islam dan juga sumber universal energy reiki itu mengheret bersamanya sejumlah jin-jin jahat mengekorinya. Inilah yang sangat memelikkan. Kenapa terjadi demikian? Ini kerana sumber pengambilan ilmu tersebut adalah daripada sumber diragui dan tidak sah. Dan juga beliau tidak memahami struktur ilmu kebatinan hingga mengamalkannya sekerat sekerat hingga menyebabkan banyak gangguan terjadi pada dirinya. Inilah yang mahu dielakkan oleh kita semua dalam menekuni bidang ilmu ghaib kebatinan dan perawatan ini. Asas bagi sesuatu keilmuan ialah ketenangan jiwa. Ketenangan diperolehi daripada rahmat daripada ALlah berkat mempelajari sesuatu keilmuan yang bersih daripada mensyirikkan Allah. Insya Allah, di sinilah akhir pencarian anda semua. Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah akhir pencarian dan ilmu pegangan bagi perawat atau sekurang-kurangnya menjadi sandaran bagi kita untuk berlindung dengan Allah daripada segala perbuatan dengki, khianat, sihir dan lain-lain marabahaya.

Gemlengan Ilmu Hikmah ini dijalankan secara khusus iaitu:

1. Secara personal VVIP. Bukan kursus ramai-ramai.
2. Secara berhadap-hadapan melainkan untuk kes jarak jauh.
3. Segala pengalaman dicurahkan merangkumi teknik merawat benteng diri dan 1001 kegunaan lainnya insya Allah.
4. Bonus-bonus khusus.

Pada bulan Janauri 2013 insya Allah program Gemblengan Ilmu Hikmah ini terus dibuka. Siapapun anda, perawat, orang awam, orang yang tercari-cari ilmu untuk mengisi iri sendiri, golongan pekerja, eksekutif, peniaga, pelajar, ustaz, ustazah...asalkan ikhlas dan rendah hati untuk mempelajari keilmuan ini silalah berhubung dengan alamat email rahmaniah999@gmail.com.

Sudah ramai yang membuktikan khasiat segala keilmuan yang diajar sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat luas. Bebas daripada penipuan, trick, sihir, silap mata dll.

Rabu, 19 Disember 2012

Belajar Ilmu Perubatan Islam

Sekarang ramai yang ingin mempelajari kaedah perubatan Islam. Maka banyaklah pusat rawatan tumbuh dan menawarkan pembelajaran tersebut. Ada yang elah lama bertapak semakin banyak orang pergi ke tempat tersebut. Dalam pemerhatian kami, kaedah pembelajaran yang digunakan adakalanya agak konvensional.

Pendek kata banyak kandungan silibus pengajarannya boleh diakses secara internet, buku atau rujukan sendiri sahaja. Ada yang sekadar menggabung-gabungkan maklumat sana sini. Ada yang advace sedikit tetapi keilmuan tersebut tidak dituntaskan hujung pangkalnya kepada calon murid atau calon mualij. Kemudian berlaku kekeliruan ataupun kehampaan di kalangan calon murid. Bahawasanya ilmu berkaitan perawatan, pengubatan, perubatan Islam memerlukan kaedah dan formula berikut:

Berilmu, berpraktik dan belajar. Dan terus belajar.

Di sini kami mementingkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana dengan berilmu ia akan membentuk pandangan jagat kita. Kalau pandangan jagat kita dipengaruhi oleh keilmuan sekular lainnya, tentulah output pemikiran kita akan herot perot jadinya. Kami yakin di luar sana masih ramai yang hendak belajar perubatan Islam. Segala pemindahan ilmu dan juga inovasi terhadap kaedah dan skill rawatannya itu bergantung kepada pengalaman sepanjang seseorang itu mempraktiskan rawatan ke atas pesakit.

Belajar perubatan Islam bukanlah bemakna menadah kitab dan alat tulis semata. Ia juga mempunyai proses lain dan berterusan. Janganlah hendaknya kita mempersempitkan alam syahadah ini dengan pemikiran katak di bawa tempurung kita. Belajarlah peubatan Islam dan teruslah belajar. Jangan apabila sudah belajar sedikit sudah mendambik dada dan memandang orang lain salah.

Kalau mahu disedari, segala ilmu makhluk di seluruh alam ini sekalipun hanya ibarat setitis air jatuh ke lautan. Walhal Allah telah mencabar kita untuk menulis ilmu Allah dengan berdakwatkan air laut walaupun tujuh lautan sekalipun takkan pernah habis dan tamat.  Jadi apa ditunggu lagi belajarlah jangan terlambat.

Segala permohonan untuk Program Gemblengan Ilmu Hikmah hendaklah diajukan ke alamat emel rahmaniah999@gmail.com . Nyatakan pada tajuk emel: Ilmu hikmah. Untuk kami mudah membalasnya secepat mungkin. Pastikan anti-spam email anda dinyahaktif untuk alamat emel kami.

Salam sayang dan penuh rahmah dai kami, Perubatan Rahmaniah.

Selasa, 18 Disember 2012

prof_sirah diminta nyah aktif spam email anda

Dimaklumkan ada beberapa email yang apabila kami membalasnya ia telah ditolak oleh anti-spamnya. Hal ini amatlah menganggu segala urusan tuan-tuan untuk berhubungan dengan kami. Justeru diminta ambil perhatian bahawa kami telah dan beberapa kali membalas email anda. Cuma emial anda yang menolak balasan email daripada pihak kami menyebabkan anda tidak dapat berhubung dengan kami.

Ahad, 16 Disember 2012

Ibu segala ilmu hikmah

Barangsiapa mendapatnya insya Allah sudah cukup baginya....

Sama ada anda berada di Amerika, Russia, China, United Kingdom, Perancis dan lain-lain negara semua itu bukan penghalang untuk mempelajari ilmu hikmah...

Tiada jarak antara kita.

Bagi yang berminat hendak mempelajarinya sila emel terus ke rahmaniah999@gmail.com.

Bersedialah untuk dibuka segala rahsia.


Sabtu, 15 Disember 2012

Kegembiraan mempelajari ilmu hikmah

Kegembiraan mempelajari sesuatu ilmu hikmah itu ibarat.... rama-rama mendapat madu....
ibarat laut mengucup pantai...
ibarat pungguk memeluk bulan...
 
kecaplah sepuas-puasnya nikmat berilmu dan mengamalkan ilmu...
 
nilai ilmu melebihi seluatan emas dan permata. 
 
Emelkan ke rahmaniah999@gmail.com untuk bersama-sama berkongsi ilmu yang ada...Insya Allah!

Jumaat, 14 Disember 2012

Pengalaman belajar ilmu hikmah

1. Baru-baru ini Perubatan Rahmaniah (PR) telah menerima seorang pelajar Ilmu Hikmah. Pelajar tersebut menerima Gemblengan Ilmu Hikmah Mustajab secara khusus. Oleh kerana sebelumnya pelajar tersebut telah mempelajari beberapa keilmuan yang secara zahirnya nampak betul dan benar. Tetapi hakikatnya ia bertentangan dengan agama. 

2. Proses pembersihan daripada keilmuan lama yang tidak diredhoi Allah pun segera dilucutkan daripada diri pelajar terbabit. Mulanya berlaku penolakan proses pembersihan. Namun apabila pengajar membetulkan niat pelajar maka proses menjadi mudah dan senang. Syukur semuanya berjalan lancar selepas itu. Dan dia pun merasa amat puas sekali. 

3. Pihak PR juga menerima undangan khusus daripada calon pelajar ilmu hikmah dari beberapa buah negeri. Insya Allah jika ada rezeki dan perjanjian yang dipersetujui bersama, pengajar PR dapat pergi ke tempat saudara dan tuan uan untuk mengajar dan mengembleng tuan puan. Dalam mempelajari sesuatu ilmu hendaklah dimulakan dengan langkah yang betul. Langkah demi langkah. 

4. Dan keilmuan tersebut hendaklah ilmu yang dirahmati dan diredhoiNya bukan sebaliknya. Hal ini kerana apabila kita mempelajari sesuatu keilmuan yang hakikatnya rosak walau secara luarannya nampak baik dan betul, pembawaan pelajar atau seseorang itu boleh terpesong jauh dari syariat Islam. Contohnya apa yang berlaku pada seorang pelajar ilmu yang dikatakan bersanad dan diwarisi. 

5. Malangnya bukan sahaja keilmuan itu tidak memberikan kelebihan sebagaimana di tawarkan bahkan mengundang kesempitan rezeki bagi si pengamalnya sehingga perniagaan yang dilakukannya menjadi punah. Orang-orang tua kata, rezeki seret. Tak membuahkan hasil. Selalu rugi. Tiada pelanggan di premis niaga. 

6. Inilah sebab bahana mempelajari suatu keilmuan yang Allah murkai. Antara ciri ilmu yang dimurkaiNya ialah mencampur adukkan antara yang haq dan bathil. Kadangkala kandungan ilmu itu betul tetapi oleh kerana si pengajarnya seleweng dan tidak mendalami serta menguasai sedalam-dalamnya dan sehabis-habisnya maka keilmuan tersebut tidak dapat dikuasai oleh pelajarnya sebaik mungkin. 

7. Maka timbullah kata-kata sesal seperti, tak ada dapat apa-apa, ataupun tiada keyakinan merawat bahkan perniagaan merosot teruk sejak belajar ilmu tersebut. Jadi berwaspadalah sebelum mempelajari suatu ilmu. Di Perubatan Rahmaniah, calon pelajar akan diajar dengan kaedah yang sebetulnya. 

8. Bukan dengan cara yang merosakkan akidah atau bukan dengan pemakaian sebarang trick dan pembohongan. Sebab itulah ada dikalangan pelajar PR Berjaya membuka pusat rawatan sendiri. Berjaya memperolehi kedudukan yang baik dalam jabatan. Dan lain-lain lagi. 

9. Tuan puan saudara pembaca sekelian bila lagi nak belajar…Segala urusan pembelajaran hendaklah diajukan ke emel rahmaniah999@gmail.com . Sila nyatakan hendak belajar ilmu hikmah insya Allah emel anda akan dibalas secepatnya menunjukkan PR bersedia mengembleng anda sebagaimana yang dijanjikan. Insya Allah.

Khamis, 13 Disember 2012

Rawat Diri Sambil Belajar Ilmu Hikmah

Setelah bertahun-tahun mengalami seksaan dan tekanan batin melampau hingga kemurungan dan membentuk personaliti tidak seimbang dan tidak tetap pada agama Islam, maka suatu hari tergeraklah Hamba Allah ini mempelajari ilmu hikmah daripada saya.

Belajar dan terus belajar sehingga segala masalah yang menghurunginya telah hilang dan bersih. Sehingga Hamba Allah itu sihat pulih bahkan menambahkan ilmu lagi.

Pabila dada sudah berisi kemana pergi pun tak rasa risau lagi. Allah bersama orang yang menuntut ilmu. Allah mengangkat darjat bagi setiap penuntut ilmu, Allah pasti menunaikan janji.

Jadi ayuhlah bagi sesiapa yang mahukan pengisian rohani dan diri secara berdepan dan khusus tanpa kehadiran pelajar dan peserta lain seperti di bengkel-bengkel lain maka inilah tempatnya yang tepat untuk mempelajari keilmuan hikmah yang haq secara personal dan persendirian. Insya Allah, la quwwata illa billah.

Ahad, 9 Disember 2012

Gemblengan Ilmu Hikmah dibuka

Salam kasih sayang dan rahmat Allah yang Maha Kuasa. Gemblengan ilmu hikmah masih terus dibuka bagi yang berminat. Insya Allah berbagai faedah akan diperolehi oleh bakal murid.

Gemblengan ini khusus dibentuk dengan bancuhan pengalaman dalam bidang perubatan hikmah, tradisional, alternatif, ghaibi bertahun-tahun demi menjamin kejayaan ke atas murid. 

Marilah kita menambah ilmu agar khazanah ilmu milik leluhur dan agama kita agar TIDAK tenggelam di bawa arus masa. 

Terus emel ke rahmaniah999@gmail.com dan nyatakan mahu belajar ilmu hikmah. 

Khusus bagi mereka yang mahu meraih potensi diri yang terpendam selain membantu masyarakat dan menambah pendapatan yang berkah dunia dan akhirat. Insya Allah. 

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...