Rabu, 19 Disember 2012

Belajar Ilmu Perubatan Islam

Sekarang ramai yang ingin mempelajari kaedah perubatan Islam. Maka banyaklah pusat rawatan tumbuh dan menawarkan pembelajaran tersebut. Ada yang elah lama bertapak semakin banyak orang pergi ke tempat tersebut. Dalam pemerhatian kami, kaedah pembelajaran yang digunakan adakalanya agak konvensional.

Pendek kata banyak kandungan silibus pengajarannya boleh diakses secara internet, buku atau rujukan sendiri sahaja. Ada yang sekadar menggabung-gabungkan maklumat sana sini. Ada yang advace sedikit tetapi keilmuan tersebut tidak dituntaskan hujung pangkalnya kepada calon murid atau calon mualij. Kemudian berlaku kekeliruan ataupun kehampaan di kalangan calon murid. Bahawasanya ilmu berkaitan perawatan, pengubatan, perubatan Islam memerlukan kaedah dan formula berikut:

Berilmu, berpraktik dan belajar. Dan terus belajar.

Di sini kami mementingkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana dengan berilmu ia akan membentuk pandangan jagat kita. Kalau pandangan jagat kita dipengaruhi oleh keilmuan sekular lainnya, tentulah output pemikiran kita akan herot perot jadinya. Kami yakin di luar sana masih ramai yang hendak belajar perubatan Islam. Segala pemindahan ilmu dan juga inovasi terhadap kaedah dan skill rawatannya itu bergantung kepada pengalaman sepanjang seseorang itu mempraktiskan rawatan ke atas pesakit.

Belajar perubatan Islam bukanlah bemakna menadah kitab dan alat tulis semata. Ia juga mempunyai proses lain dan berterusan. Janganlah hendaknya kita mempersempitkan alam syahadah ini dengan pemikiran katak di bawa tempurung kita. Belajarlah peubatan Islam dan teruslah belajar. Jangan apabila sudah belajar sedikit sudah mendambik dada dan memandang orang lain salah.

Kalau mahu disedari, segala ilmu makhluk di seluruh alam ini sekalipun hanya ibarat setitis air jatuh ke lautan. Walhal Allah telah mencabar kita untuk menulis ilmu Allah dengan berdakwatkan air laut walaupun tujuh lautan sekalipun takkan pernah habis dan tamat.  Jadi apa ditunggu lagi belajarlah jangan terlambat.

Segala permohonan untuk Program Gemblengan Ilmu Hikmah hendaklah diajukan ke alamat emel rahmaniah999@gmail.com . Nyatakan pada tajuk emel: Ilmu hikmah. Untuk kami mudah membalasnya secepat mungkin. Pastikan anti-spam email anda dinyahaktif untuk alamat emel kami.

Salam sayang dan penuh rahmah dai kami, Perubatan Rahmaniah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...