Khamis, 29 Mei 2014

Rawatan Islam dan Alternatif di Putrajaya dan Cyberjaya 30 dan 31 haribulan Mei dan 1 Jun

Asssalammualaikum.

Khidmat rawatan Islam, ruqyah syariyyah, rawatan secara zikir dan rawatan secara rohani kini dibuka kepada penghuni Putrajaya dan Cyberjaya.

Kami boleh datang melakukan rawatan di rumah anda sekaligus melakukan pembersihan rumah, konsultasi vvip, rawatan tuntas hingga ke akarnya untuk segala masalah gangguan sihir, saka keturunan, saka ilmu, saka liar dan lain-lain jenis saka.

Silalah anda tentukan tarikh, masa untuk perjumpaan dan masa rawatan. Untuk makluman anda kami lapang pada

Tarikh dan Hari

30 Mei 2014 Jumaat
31 Mei 2014 Sabtu
01 Jun 2014 Ahad

Masa

8.00 pagi - 12.00 tengah malam

Sila sms maklumat diri ke nombor 013-642 1228 untuk sebarang pertanyaan dan temujanji rawatan sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

Upah khidmat rawatan dari 30, 31 Mei dan 1 Jun ini hanya rm400.00 untuk kes penyakit dan gangguan ringgan hingga sederhana berat.

Upah khidmat rawatan untuk kes berat akan dinyatakan sebelum kami datang ke rumah anda.

Rawatan diluar tarikh di atas juga tetap dilakukan namun harus dibooking dahulu jika kami berada di luar kawasan.

Khidmat rawatan kami tidak tertakluk kepada rawatan penyakit dan gangguan sahaja malah termasuk konsultasi apa jua masalah kejiwaan, kerohanian, psikologi anda.

Juga termasuk rawatan rumah, kawasan, tanah, premis dan sebagainya.

Kami juga menerima barangan mistik dan antik untuk dilupuskan dan ditawarkan serta diputuskan hubungan antara barangan mistik dengan pemiliknya agar tidak menjadi saka baka.

Sila hubungi kami segera.

Ilmu Warisan Perubatan Islam - contact 013-642 1228.

Kami juga ada mengadakan pembelajaran ilmu-ilmu warisan perubatan Islam dan ilmu-ilmu rawatan Islam yang diilhamkan Allah terus kepada ustaz tabib.

Semua ilmu yang diajar adalah berlandaskan syariat dan lunas-lunas agama.

Insya Allah sesuai untuk perawat Islam dan orang awam walau apa jua level sosial atau taraf sosial anda kami rahsiakan identiti anda.

Anda bukan sahaja diajar untuk menjadi perawat bahkan didedahkan dengan ilmu bermanfaat buat bekalan di masa mendatang dan sebagai pengisian rohani untuk seribu satu macam keperluan.

Sediakan payung sebelum hujan dan jadikan bekalan agar permusafiran kita tidak tergendala di pertengahan jalan kehidupan.

Yuran pengajian rm5000.00.
Bonus pengisian full
Hanya secara bersemuka sahaja.
Tawaran pengajian ilmu ini adalah sebahagian daripada silibus Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM).

Insya Allah anda akan dibekalkan ilmu bermanfaat sunia dan di akhira siap boleh digunakan selepas sesi pengajian selesai.

Tawaran pengajian Ilmu Mustajab Warisan Perubatan Islam hanya sah pada tarikh di atas sahaja. Jika tuan puan mempunyai niat dan bajet untuk belajar tetapi tidak sempat untuk tarikh 30, 31 Mei dan 1 Jun di Putrajaya dan Cyberjaya kami bersedia mempertimbangkan untuk menggembleng anda pada tarikh dan masa lain serta ditempat lokasi lain dengan syarat segera booking tarikh anda dan sungguh-sungguh mahu belajar.

Adapun jika anda mahu berubat dan belajar sekaligus silalah maklumkan kepada kami segera dan inilah kaedah terbaik.

Bagi anda yang mahu berubat dan belajar sekaligus ibaratnya membuang yang bathil dari diri dan mengaktifkan yang haq dalam diri maka yurannya atau upah khidmatnya ialah rm5000.00 sahaja.

Tiada upah dan bayaran untuk khidmat rawatan.

Bagi yang hanya mahu rawatan pada tarikh 30, 31 Mei dan 1 Jun upah khidmat untuk kes ringgan hingga sederhana berat ialah rm400.00 sahaja.

Bagi kes berat dengan perbincangan. Silalah hubungi kami 013 642 1228 untuk booking dan menentukan ringan atau beratnya masalah anda alami.

Cepat segera sementara kami berada di area Putrajaya dan Cyberjaya pada tarikh berkenaan.




Isnin, 26 Mei 2014

Tanda-tanda diganggu langsuir

Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bisikan syaitan yang direjam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Langsuir ialah namanya sahaja. Hakikatnya adalah jin dari golongan syaitan juga. Sesekali kami bertemu juga pesakit yang diganggu langsuir. Langsuir sejenis hantu dalam pandangan alam orang Melayu.

Ia hantu yang liar dan digambarkan wanita mati beranak dan berpakaian serba putih, berlumuran darah, berambut panjang, sesekali ada yang bertaring tajam, bermata merah.

Ciri paling menonjol sekali langsuir adalah kegemarannya suka ketawa dan mengilai hingga ia menjadi trademark langsuir.

Ia berhabitat di hutan, pokok tinggi, kawasan berbukit, bahkan di pokok mati, di rumah kosong, ditepi jalan.

Gangguan langsuir boleh berlaku dalam 2 keadaan utama iaitu langsuir itu sengaja menganggu atau jenis liar.

Langsuir juga boleh ditundukkan oleh bomoh menerusi jampi mantera dan ritual tertentu langsuir boleh dijadikan pembantu menyihir orang lain.

Jika gangguan langsuir liar ia seperti tiada hala tuju. Muncul mengilai dan lenyap tetapi langsuir yang ditundukkan itu pula bergerak terbang mengikut arahan si tukang sihir.

Yang nak difokuskan langsuir jenis sihir. Langsuir jenis ini mempunyai kecerdikan dan kekuatan yang melebihi langsuir liar.

Ia akan menganggu mangsa berdasarkan arahan si tukang sihir dengan lazimnya berpaut atau menggigit anggota tubuh pesakit seperti belakang badan, peha, ibu jari sebelum kesakitan menjalar ke seluruh badan, badan rasa berat seperti memikul bebanan hingga sukar untuk berdiri tegak, berjalan, hingga tahap teruk tidak boleh bangun hanya berbaring, fikiran melayang layang kusut fikiran.

 Pada tahap klimaks gangguan langsuir ialah pesakit akan nampak sendiri benda alah tersebut sama ada langsuir itu menghisap darah melalui ibu jari kakinya atau bertenggek di alang rumah, jendela dsb yang bertujuan mahu menggilakan akal rasional pesakit.

Kita akan nampak pesakit seperti marahkan sesuatu dan menjerit kpd satu-satu arah dalam rumah seperti ada makhluk mengejek atau menunjukkan diri di situ.

Namun demikian gangguan langsuir yang dikirim secara amalan sihir pada tahap teruk dan klimaks gangguannya langsuir jarang bergerak seorang diri.

Langsuir sihir biasanya agar bergerak bersama beberapa ekor lagi hantu seperti pelesit, hantu raya, dan kawan-kawan sejenisnya menyerang pesakit.

Biasanya pada tahap teruk mereka bergilir-gilir menyerang hampir setiap saat hingga pesakit seperti mengalami sakit gila kronik yang dikenali dengan nama delusi, halusinasi, dual personal dan sebagainya.

 Dan perubatan moden dan sains tiada ubat untuk merawat kegilaan disebabkan gangguan makhluk halus melainkan rawatan menggunakan kejutan elektrik pada nilai tertentu pada otak pesakit. Dan cara ini amatlah berbahaya membiolkan terus pesakit atau menyebabkan kematian otak.

Ada banyak pengalaman perawat dan muallij dalam mendepani kes ini. Langsuir biasanya amat suka membohong. Adakalanha gemar mengaku dia islam walhal nyata hantu yang kafir harbi yang wajib diperangi.

Ada kalanya perawat sukar mengesan langsuir yang menyorok pada tubuh pesakit apabila pesakit semata-mata diam membisu atau hanya merungut perlahan.

Ada kalanya langsuir akan mengajuk pembacaan ruqyah dengan hilaian panjangnya hingga menegakkan bulu roma walaupun perawat tidak ada rasa takut pada gangguan tapi hilaian langsuir adalah tanda serangannya terhadap perawat.

 Juga tanda langsuir membunyikan isyarat S.O.S kecemasan agar segera dimaklumi oleh si tukang sihir dan kawan-kawannya agar membantunya.

Ada kalanya langsuir terus minta mahu keluar kerana tidak tahan sakit apabila ruqyah dibacakan berterusan tanpa henti.  Ingat, walau langsuir atau makhluk halus lain yang menganggu pesakit jangan kita terpedaya mahu melayan percakapannya atau mengajaknya dialog.

Pastikan kita telah membaca ayat ruqyah lebih drp 80% atau sehingga lau anzalna agar syaitan, hantu dan jin tidak menggunakan masa berdialog dengan kita untuk memulihkan dirinya.

Pengalaman kami begitulah bagi langsuir kami tidak melayannya berdialog kerana langsuir lebih pembohong daripada jin dari segi percakapannya. Malah sia-sia sahaja dan masanya meminta bantuan.

Baca lagi dan terus baca hingga dia sendiri minta mahu keluar bukannya menjerit. Sesetengah perawat berhenti membaca ruqyah apabila pesakit yang kerasukan menjerit. Sudah pasti apabila kita berhenti membaca dan suruh dia keluar, ia tidak akan mahu keluar.

Kembali kepada pengalaman kami, sampai langsuir menyerah diri. Si langsuir itu kata mahu pulang semula kepada tuannya. Awas, jangan sesekali sebagai perawat kita izinkan hal ni berlaku.

Yakni langsuir balik semula kepada si penyihirnya. Kerana mangsa akan berisiko diserang lebih teruk selepas beberapa ketika dirawat.

Juga jangan cuba mengIslamkan langsuir. Nak cam langsuir ni antara lain kita tanya saja dia nama apa, dia tak tahu. Tanya dia jenis makhluk apa. Dia senyum misteri dan membisu. Kemudian bila kita kata langsuir, terus ia mengilai. Langsuir seronok apabila dia dikenali ramai. Kira gila glamorlah.

Kembali kepada rawatan kami, kami bertanya juga walau kami tahu dgn izin Allah siapa lagi bersamanya. Dia kata ada dua lagi dan kami menyuruh langsuir itu mengarahkan kawan-kawannya itu berambus daripada pesakit.

Langsuir itu akur kemudian kami tetap memusnahkannya dengan izin Allah kerana kami tahu kawan-kawannya melihat apa berlaku pada si langsuir tersebut termasuk tukang sihir.

Selepas dengan izin Allah langsuir itu dimusnahkan barulah amaran kami berikan agar jangan ada sesiapa lagi cuba menganggu pesakit jika tidak mahu menerima nasib seperti langsuir tersebut.

Ini salah satu teknik atasi kes berulang dan memukul gendang perang dengan penyihir yang menyihir secara berulang.

Semuanya atas bantuan Allah jua. Ingat sebagai perawat serahkan diri kepada Allah dengan ibadat seikhlas mungkin membanyakkan yang sunat.

Ada pun pesakit demikianlah apabila tubuh dah ringan seringan-ringannya maka solatlah dan zikirlah. Semoga Allah mengekalkan kesihatan kita.

Rupa-rupanya bukan pesakit kami itu sahaja yang dikirim langsuir tetapi ramai lagi rakan sekerjanya mendapat kiriman hadiah sakit-sakit badan tersebut.

Nampaknya orang kena syak (OKS) memang bersaka dan membawa benda alah itu ke tempat kerja dan digunakannya untuk memudahkan urusan kerjanya sehari-hari seperti menundukkan dan mengawal bos, menjatuhkan rakan sekerja yang menjadi pesaing, menyerang orang yang tak disukainya bahkan tanpa bersebab juga benda alah itu menganggu rakan sekerja yang tak ada apa-apa masalah dengannya.

Inilah dikatakan tadi sediakan payung sebelum hujan. Lengkapilah diri dengan ilmu yang bermanfaat yang haq dan berlandaskan syariat agar anda semua tidak menjadi mangsa gangguan yang tidak kasat mata.

Namun jika anda pembaca budiman telah terkena tanda-tanda gangguan seperti di atas atau tanda-tanda lain maka boleh merujuk kepada kami dengan segera. Jangan biarkan diri dalam keadaan melarat. Jangan berputus-asa dari kesembuhan dan rahmat daripada Nya.

Sesiapa yang berhajat melakukan rawatan daripada kami silalah hubungi kami segera jangan biarkan badan anda makin berat sakit dan fikiran tak tentu arah melayang kosong hampa dalam masa yang lama. Boleh jadi anda diganggu langsuir dan perlukan rawatan intensif dan pakar agar kesihatan dan kehidupan anda kembali pulih.

Hubungi kami seperti di talian tertera di atas atau emel.

Rabu, 21 Mei 2014

Pengasas Pusat Rawatan Islam Ilahiah (PUTERI) meninggal dunia

Beberapa hari lalu kami telah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui nombor 019-3244588 yang merupakan nombor telefon bagi menghubungi Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahiah (PUTERI) yang bertempat di Bukit Sentosa, Serendah Rawang Selangor menyatakan kepulangan pengasasnya Dr. Rejab ke rahmatullah.
 
Abdul Rejab sedang merawat pesakitnya. Gambar daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Ini merupakan kehilangan besar kepada umat Islam dan bidang pengubatan dan perubatan Islam dan alternatif. Perawat seperti beliau sangat ringkas cara pengubatannya tanpa melibatkan perkara syirik hanya berpandukan kepada zikrullah dan ayat suci beliau banyak menzahirkan mukjizat Allah menerusi khidmat rawatannya selama ini di tengah masyarakat.
 
Yang uniknya rawatan islam beliau lakukan bukan sahaja untuk gangguan mahkluk halus bahkan untuk pesakit biasa atau sakit klinikal juga turut dapat disembuhkan dengan ikhtiar dilakukan oleh Dr. Rejab dengan hanya berzikir dan berdoa.
 
Kami merasa sedih dengan pemergian beliau namun apa pun kita haruslah redha kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
 
Mati merupakan pertemuan paling dinantikan hamba yang mukmin dengan Tuhan yang mencipta dan menzahirkannya di atas muka bumi ini.
 
Kami yakin segala khidmat baktinya dalam perubatan Islam hingga tersebar dan terkenal meluas di dalam media dan di kalangan masyarakat pelbagai kaum diganjari Allah sebaik-baiknya.
 
Jasanya bukan sedikit. Keberadaannya di tengah umat ini walaupun sekejap tetap memberikan impak dan wajah yang indah agama Allah di muka bumi ini di akhir zaman yang penuh fitnah dan pancaroba ini.
 
Kami berharap alumni kami dan juga perawat Islam lainnya di luar sana contohilah usaha arwah dan kegigihannya dalam meninggikan pengubatan/perubatan Islam.
 
Jangan hadkan pada pesakit alami gangguan sahaja tetapi luaskan jangan malu-malu dan segan bersaing dengan perubatan moden.
 
Jangan merasai seperti melukut di tepi gantang. Jadilan gunung yang teguh di tengah-tengah alam ini dan mengukuhkan bumi Allah.
 
Bersama-samalah kita yang masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah ini agar berjuang di jalan perubatan dan pengubatan Islam ini. Tentu di luar sana sudah ramai yang menempuh bidang ini dan ada yang sepenuh masa di jalan ini.
 
Makanya tentu sudah merasai betapa pahitnya kehidupan duniawi dan betapa serongnya sesetengah golongan masyarakat yang memandang enteng pengubatan dan perubatan Islam yang baginya hanya 'ikhlas'ikhlasan' semata-mata.
 
Walhal masyarakat awam tidak tahu ada perawat yang sepenuh masa mencurah keringat bakti dan hidup mereka dalam bidang ini agar dapat memberi sepenuh komitmen membantu masyarakat.
 
Jadi masyarakat haruslah bersama perawat jika perkara lain dapat dibelanjakan untuk kepuasan nafsu dan material apalah sangat dengan bayaran atas khidmat rawat perawat Islam yang bertungkus lumus demi kesihatan anda juga.
 
Maaf, kami begitu empati dengan hal ini. Anda boleh membaca blog perawat Dr. Rejab video dan tulisannya serta siaran medianya dimana banyak kita dapat belajar daripadanya selain mendapatkan semangat daripadanya.
 
Bagi perawat Islam di luar sana, jika kita ditakdirkan meninggal dunia asbab daripada aktiviti rawatan kita lakukan yakinilah mati kita adalah syahid.
 
Kita sedar bahawa sihir dapat membinasakan dengan izin Allah jika bersamaan tibanya waktu ajal maka janganlah kita berburuk sangka kepada Allah. Itu tandanya Allah mahu mengangkat kita ke darjat yang tinggi, insya Allah.
 
Menjadi perawat Islam sebenarnya bukanlah mudah. Selain wajib menjaga diri sendiri dan keluarga dengan batasan syariat dan kekal istiqomah di atas jalan ilmu amal dan taqwa kita juga akan mendepani masyarakat yang belum-belum benar memahami susah payah kita dalam bidang ini.
 
Apapun teruslah berbakti kepada msyarakat bagi perawat yang telah pergi kita kalungkan Al-Fatihah untuknya semoga Allah mencucuri rohnya dengan rahmat Allah berlimpah ruah. Diampuni dosanya dan diterima amal baiknya dan ditutupi aib kekurangannya.
 
Amin.
 
Berikut adalah mesej yang kami terima daripada isteri Allahyarham Dr. Rejab. bagi pesakit, kenalan dan sesiapa sahaja yang pernah berhubung dan kenal dengan arwah harap dimaafkan salah silapnya dan didoakan beliau bahagia di alam sana. Kita pun bakal menyusurinya!
 
Mesej dari isteri Allahyarham Dr. rejab pada 18 Mei 2014 pada pukul 12.14 PM.
 
Assalammualaikum. Tuan/Puan, saya isteri kepada perawat. Saya mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Perawat Abdul Rejab bin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 8.00 malam pada 16 Mei 2014 dan telah dikebumikan pada 17 Mei 2014. Jika arwah ada salah dan silap pada Tuan/Puan selama ini  atau sepanjang mengenali arwah harap dimaafkan. Pusat Rawatan ini tidak akan beroperasi memandangkan beliau tidak meninggalkan pengganti untuk merawat. Sekali lagi pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
 
Berikut adalah url laman web beliau.
 
 
Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi 019-3244588.

Fadhilat zikir menurut tasawuf dan sufi



 
Jalan dekat 

Menurut Ustaz Abu Ali ad-Daqaq, zikir itu ialah suatu rukun yang kuat dalam perjalanan untuk sampai kepada Allah ta'ala malahan ia lebih kuat dipegangi oleh yang suluk (kaum sufi yang beruzlah atau mengasingkan diri daripada masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan penyucian hati menurut kaedah sufiah) mengikuti jalan ini. Seseorang tidak akan sampai ke hadrat Allah (syuhud) melainkan dengan membanyakkan dan mengekalkan zikir kepada Allah.
 
Saiyidi Ali al-Murshifi rahimahullahu ta'ala menyebut, zikir untuk menyucikan hati seperti pasir kasar yang menghilangkan karatnya besi. Dan ibadat lain selain zikir yang bertujuan menyucikan hati ibarat sabun yang cuba membersihkan karat besi. 
 
Menurut Syeikh Mustafa al-Bakri rahimahullahu ta'ala, jalan paling dekat sampai kepada Allah ialah membanyakkan zikrullah kerana sesungguhnya ahli zikir itu ialah Ahlullah dan golongan khawash dan sebagai teman duduk ke hadrat Allah Ta'ala.
 
Rasulullah s.a.w bersabda zikir adalah penawar hati. Hadis ini bermaksud menyucikan hati daripada segala sifat keji.
 
Syeikh Abdul Wahab as-Sya'rani rahimahullahu ta'ala berkata ketahuilah hanya dengan melalui zikrullah secara berkekalan itu akan memadamkn segala penyakit batin iaitu kibir, riya', prasangka, hasad dengki, dendam kesumat, khianat, menipu, suka dipuji dan sebagainya.
 
Syeikhuna Saiyidi as-Syeikh Muhammad Samman Qaddasallahu ruhahu dalam wasiatnya berkata, suruhlah manusia supaya berzikir iaitu membanyakkan zikir La ilaha illallah kerana dinukilkan oleh Sultan al-Asyikin Quthbil Arifin Maulana Asy-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani  Qaddasallahu  sirrahu bahawa apabila dia didatangi seorang penyamun Syeikh Abdul Qadir berkata kepada penyamun itu, sebutlah La ilaha illallah dan banyaklah olehmu menyebutnya.

Begitu juga apabila Syeikh Abdul Qadir didatangi oleh peminum arak dan pelaku zina. Sebutlah olehmu akan La ilaha illallah. Dengan keberkatan kalimah tauhid itu banyak antara mereka telah bertaubat kepada Allah dan menyebabkan para pelaku dosa diterima taubatnya dan berubah menjadi ahli ibadah.

Mahsyurkanlah La ilaha illallah!

Berkatalah Syeikh Samman lagi dalam wasiatnya, wahai saudara-saudaraku suruhlah manusia kecil besar, lelaki perempuan, orang muda dan orang tua, supaya menyebut La ilaha illllah dan perlihatkanlah dan mahsyurkanlah kalimah tauhid tersebut bersama ramai orang sama ada di zawiah atau di baitul ibadah atau di masjid atau di rumah atau dijalan raya atau di pekan-pekan atau di tempat-tempat lain, dan janganlah kalian menghiraukan teguran orang ramai atau mempedulikan kata-kata orang terhadap kalian kerana yang demikian itu (menyebut kalimah tauhid dan memahsyurkannya) tidak menunjukkan kekurangan kalian akan tetapi meningkatkan derajat dan memperolehi kesejahteraan di sisi Allah Ta'ala.
 
Syeikh Abdul Wahab as-Sya'rani rahimahullahu ta'ala berkata, dinukil daripada Syeikh Ibrahim al-Waliyullah dari negeri Mesir, ketahuilah bahawa seseorang tidak akan sampai ke hadrat Allah melainkan dengan membanyakkan zikrullah.

Menurut Syeikh Abdul Wahab Sya'rani rahimahullahu ta'ala, kami ahli thariqatus shufiyyah berkata: Wajib bagi syeikh mursyid menyuruh muridnya yang salik membanyakkan zikrullah melalui lidahnya dengan suara yang keras lantas dan kuat (jahar) serta dengan penuh keazaman dan himmah. Apabila telah tetap hal demikian Syeikh Mursyid akan menyuruh muridnya menyelaraskan zikir diantara hati dan lidahnya.

Syeikh Mursyid berkata, kekalkanlah terus zikrullah kerana engkau (salik) berada di hadrat Allah Ta'ala bersama-sama hadirnya hati kalian. Janganlah kalian tinggalkan daripada membanyakkan zikrullah itu sehinggalah berlakunya hal kepadamu dan anggota tubuhmu sekeliannya turut serta menyebut zikrullah serta tidak lalai kepada Allah.

Mematahkan serangan syaitan

Berpesanlah Syeikh Ibrahim al-Matbuli rahimahullahu ta'ala, perbanyakkanlah kalian berzikir kepada Allah kerana disebabkan zikrullah diturunkan hujan rahmat Allah dan membanyakkan zikrullah menghilangkan kesusahan hati, menghapuskan kekerasan hati, melenyapkan penyakit batin, mematahkan tipu muslihat serangan syaitan dan sekutunya, menolak bencana dan bala bencana dan menghalang daripada syaitan menunggangi kalian. Faedah-faedah zikir itu tidak terkiralah banyaknya.
 
Sayyidi Abu Madyan at-Talemsani berkata, barangsiapa yang banyak dan berkekalan (istiqomah) dengan zikir kepada Allah nescaya hatinya akan menjadi jernih dan tetap tertuju ke hadrat Allah.
 
Syeikh Abdul Wahhab as-Sya'rani rahimahullahu berkata, yang dimaksudkan dengan hadrat Allah Azzawajalla iaitu apabila diluahkan oleh kaum sufi ia bermaksud Syuhud hamba Allah seolah-olah berada di hadrat Allah yakni hatinya sentiasa mengingati Allah setiap detik, melihat setiap tingkah laku sebagai Af'al (perbuatan) Allah Ta'ala.
 
Inilah makam ainul yaqin  dan haqqul yaqin. Ia juga dkenali sebagai musyahadah iaitu Syuhud hati sentiasa kepada Allah sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah sebagai Ihsan. Sabda Rasulullah, ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tiada melihatNya , Allah tetap melihatmu.
 
Selain zikir La ilaha illallah terdapat juga zikir Ismu Zat iaitu zikir Allah yang ditarik dari pusat lalu ditahan di qalbu dizikirkan kalimah Allah sebanyak-banyaknya bagi membersihkan hati.
 
Antara peranan Syeikh Mursyid Tariqat selain daripada melengkapi muridnya dengan syariat dan ibadat fardhu dan fiqh,  seorang mursyid juga akan menyuruh muridnya membanyakkan zikrullah iaitu dengan menyebut zikir Ismu Zat Allah semasa berdiri, berbaring dan duduk. Pada setiap waktu dan ketika agar gerak gerinya tidak kosong daripada zikrullah.
 
Ini namanya zikir khafi manakala zikir La ilaha illallah disebut juga sebagai zikir jahar...bersambung insya Allah.
 
Komentar Ustaz Tabib tentang wasiat-wasiat dan panduan daripada para masyaikh-masyaikh di atas...

 Zikir La ilaha illallah dan zikir Ismu Zat Allah mempunyai kaifiat tertentu yang harus dipelajari secara berguru.

Walaupun secara asasnya kita boleh berzikir seperti mana kita tahu (yang hakikatnya kita tidak tahu dan hanya meniru perlakuan orang lain semata-mata) tetapi zikir secara sewenangnya tidak akan memberi banyak memberi kesan kepada penyucian hati. 

Contohnya kita selalu lihat orang awam berzikir tahlil untuk kenduri arwah atau majlis kesyukuran. Lantunan zikir kalimah tauhid tidak mantap dan tidak betul cara sebutannya.

Ibarat memanah tetapi jauh tersasar dari sasaran yang semestinya. Sebab itu kita dapat lihat ketika orang bertahlil ada Jemaah boleh lagi tergelak, tersenyum, berbual dengan rakan, matanya meliar kekiri dan ke kanan, fikirannya menerawang tentang makanan, keduniaannya. Pengucapan zikir juga tidak mantap tidak sesuai dengan arahnya perjalanan nafas.

Jadi zikir tahlil yang dilakukan kebanyakan orang awam di mana-mana kini hanyalah memenuhi adat semata-mata. Kerana menghadiri kenduri arwah dan sebagainya bukannya untuk sampai ke hadrat Allah. Meskipun demikian ia tetap dikira bernilai ibadah dan tetapi diberi pahala oleh Allah.

Jadi untuk merasai zikir yang benar-benar berkesan pada qalbu hingga menyuci dan menjernihkannya daripada segala melalaikan maka dianjurkanlah agar kita mencari mana-mana tariqatus sufiah yang muktabar dan sanadnya bersambung sampai ke Rasulullah s.a.w agar kita merendahkan diri dan ego membuang pangkat kebesaran dan kenamaan kita untuk berbaiah dan bertalqin zikir dengan syeikh mursyid agar ditunjukkan dimana kedudukan diri kita yang sebenar-benarnya agar kembali kita daripada 'lupa diri atau lupa daratan' kepada 'tahu diri dan tahu dimana bumi dipijak dan tahu dimana langit dijunjung.'

Allahukahbar!

Hati yang suci akan melahirkan tubuh badan zahir dan batin yang sihat wal afiat. Inilah sebenar-benar takrif sihat bukannya sihat dari segi aspek tubuh fizikal semata-mata sebagaimana standard amalan kesihatan moden alopathi yang nilai ukuran empirikal pada fizikal dan jasmaniah semata-mata.

Walhal hati dan batin dicemari dengan dosa, racun, kotoran, sifat keji dan lain-lain.

Hati yang kotor akan menyebabkan tubuh fizikal yang sihat akan sakit juga akhirnya atau secara perlahan-lahan atau boleh secara mengejut mengalami sakit.

Insya Allah kami dapat berkongsi dengan lebih lagi kepada pembaca yang terbuka hati mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) kami anjurkan berkenaan zikir, tatacaranya, penerangannya dan ijazahnya.

Silalah menghubungi dengan kami melalui nombor telefon dan emel seperti tertera di atas.

Entri ini hanyalah rangsangan berupa inti sari maklumat sahaja bukannya suatu kaedah mengamalkan sesuatu ilmu dan zikir kerana untuk mengetahui kaedah cara dan penjelasan lebih mendalam haruslah belajar dengan cara sistematik biar berguru biar berkitab biar mengahadap biar berijazah biar bersetia biar bersatu padu biar berkenal akrab kerana perjalanan rohani terlalu payah dan seru dimestikan bimbingan yang sebetul-betulnya.

Wallahualam bissawab.
 
 
 

Selasa, 20 Mei 2014

Disihir bos sendiri

Assalammualaikum...semalam ustaz tabib dipanggil untuk merawat seorang suri rumah di Pinggiran Putra Seri Kembangan Selangor.

Semasa ustaz menemui Puan J, dapat dilihat air mukanya yang keruh. Suaranya perlahan dan menggambarkan kebimbangannya.

Menurut Puan J, selepas hari raya Cina pada tahun lepas, Puan J balik ke kampungnya di Pokok Sena, Kedah.

Di kampung Puan J telah bermimpi didatangi oleh sekujur lembaga seperti binatang menggigit kakinya.

Sekaligus Puan J terjaga dari tidur. Namun kaki kirinya terasa sakit. Dan ia berterusan sehingga berbulan-bulan hinggalah ke tahun 2014 ini.

Gangguannya menjalar sampai ke bahagian belakang badan. Terasa berat sepanjang masa. Tak habis di situ berlaku perubahan suhu yang mendadak. Bila Puan J berada di pejabat yang sejuk dengan pendingin udara, Puan J bermandi peluh kepanasan.

Puan J juga terasa sesuatu berpaut pada mukanya. Seperti ada sesuatu bergantung pada mukanya. Perutnya juga terasa sakit seperti ada sesuatu yang merayap-rayap dan bergerak-gerak ke serata arah.

Lebih teruk lagi Puan J terasa amat berat untuk mendirikan solat walaupun digagahkan juga. Hendak ke pejabat pun terasa seperti berat tubuh mahu dibawanya.

Sampai suatu ketika Puan J susah hendak membaca Al-Quran yang biasa dibacanya. Puan J juga tidak datang bulan sehingga hamper dua bulan.

Rawatan yang dibuat ke atas Puan J oleh ustaz tabib pun dilakukan. Beberapa rangkaian ayat suci al-Quran dibacakan ke telinga kanan Puan J.
 
Sambil telapak tangan kanan dilekapkan ke titik refleksi Pa Hui Puan J.

Tidak berapa lama kemudian tubuhnya seperti mengkerekot seperti menahan sakit.

Nampaknya jin yang berada dalam tubuh Puan J mula menunjukkan dirinya.

"Siapa kau!"

Mengeleng.

Salah satu ayat dari Surah ar Rahman pun dibacakan. Suara jin mula kendengaran seperti tidak tahan lagi merasa derita.

"Ada orang hantar kau ke atau datang sendiri?" soal ustaz tabib.

"Orang hantar aku..."

"Untuk apa?"

"Budak ni tak mau dengar cakap...mana boleh orang atas tunduk pada dia orang bawah ni..."

"Oh begitu. Tapi apa pun kau kena keluar dari tubuh dia. Kau tak berhak ganggu dia."

"Tak nak keluar...."

Ustaz tabib pun terpaksa menggunakan 'kekerasan'. Dengan cara tertentu ustaz tabib lakukan.

"Ooo ! Sakit! Sakit! Sakit! baik, baik ! Aku keluar!"

Ustaz Tabib yang baru saja nak memulakan kaedahnya terhenti daripada meneruskan langkahnya. Memberi peluang kepada jin yang menangis teresak-esak akibat kesakitan...lalu ustaz tabib duduk semula di depan Puan J.

"Ooo laa..sakit...T...yang hantar aku...aku jin dari tanah Jawa...dia hantar aku semasa budak ni berada di Kedah!"

"Ooo..kau keluar ya...ambil semua bias-bias dalam tubuh Puan J..barang sihir semua..jangan tinggal sisa pun..."

"Ya, ya aku keluar..tapi aku takut tuan aku marah..."

"Kau ni Islam atau tidak?"

"Ya, Islam..aku jin lelaki."

"Baik, kau Islam tapi buat zalim pada orang terlibat dalam kerja syirik. Aku nak kau bersyahadah kembali kemudian bertaubat...kemudian kau pergi ke.....aku akan doakan kepada Allah agar kau tidak akan diganggu tuan kau lagi, boleh!?"

"Ya boleh!"katanya sambil menitiskan air mata insaf.
 
"Kau hendak keluar ikut mana?" Tanya Ustaz tabib.
 
"Ikut tangan kiri dia!"
 
Ustaz tabib memandang ke arah tangan kiri Puan J sambil memohon dibukakan jalan seluasnya kepada jin dan pasukannya itu keluar dari tubuh Puan J. Kelihatan tangan kiri Puan J bergerak-gerak dan tegang.

Ustaz tabib pun teruskan rawatannya dengan mengeluarkan jin dari tubuh Puan J dengan dibacakan surah Ad-Dhuha dan dilaungkan azan.
 
 Apabila Puan J sudah sedar dan scanning dilakukan sekali lagi Puan J tidak lagi kerasukan.

Puan J juga merasa ringan tubuh badan. Sakit badannya langsung hilang. Alhamdulillah itulah keajaiban kalamullah. Mukjizat sepanjang zaman.

Rupa-rupanya tukang sihir T itu orang atasan Puan J. Menurut Puan J berlaku salah faham dengan T hingga T langsung tidak mahu memandangnya dan bertegur sapa lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan akibat gangguan makhluk halus dan jin dalam tubuh silalah maklumkan kepada kami sesegera mungkin ditalian sebagaimana di atas. 
 
 Kita berikhtiar Allah memakbulkan.








Selasa, 13 Mei 2014

Program Gemblengan Ilmu Zikir Inti Kalimah

Asssalammualaikum

Salam Rejab. Pada bulan ini kami ingin membuka program pengajian ilmu zikir inti kalimah kepada pembaca semua.

Ia merupakan sebahagian daripada modul dan silibus Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

Pakej Program Ilmu Zikir Inti Kalimah ini kami sediakan khusus bagi anda yang mahukan pengajian ilmu hikmah yang berfungsi 1001kegunaan dalam kehidupan sehari hari.

Dengan yuran pengajian rm750.00 anda bukan sahaja diijazahkan dengan amalan zikir inti semata-mata bahkan anda akan di transfer nur hikmah ke tubuh anda hingga mampu mengecapi sebahagian besar fadilaf zikir inti tersebut serta merta.

Anda juga akan kami bersihkan daripada kekusaman cahaya diri, memulihkan seri wajah, membuka jalur kerezekian, membuka kewibawaan khusus untuk berjaya dalam persaingan kerjaya yang kian mencabar masa kini.

Titik ghaib yang menjadi pusat penerimaan ilmu pada tubuh anda akan kami buka dan aktifkan dengan izin Allah.

Anda juga kami ikhtirkan pemagaran daripada segala bentuk hasad fasad dengki manusia, terhindar daripada perbuatan khianat sihir dan sebagainya.

Sesuai untuk sesiapa sahaja daripada orang awam yang kosong tetapi mahu mula mengenal dan belajar daripada mula kami persilakan, langkah awal sangat penting kerana daripada sinilah akan menentukan keselamatan dan kejayaan anda di dunia dan di akhirat.

Program Ilmu Zikir Inti Kalimah proses gemblengan ke atas anda berjalan selama 1 hingga 3 jam pada bila2 masa yang anda mahu.

Jika boleh secara berhadapan namun jika tidak boleh secara jarak jauh dengan syarat anda yakin pada kami.

Segeralah membooking masa kami untuk anda selagi kami masih membuka kesempatan ini.

Ini kerana program gemblengan zikir inti kalimah ini hanya berlaku dalam bulan ini sahaja. Diluar bulan program keilmuan kembali kepada asal iaitu dalam modul IHNM.

Kami buka kesempatan ini bagi yang tidak mampu mengikuti pengajian IHNM yg merupakan pakej keilmuan penuh.

Inilah masanya anda meneroka ilmu yang haq dan dapat dimanfaatkan dengan yuran belajar berpatutan dengan pengisian terbaik.

Pakej istimewa  bulan rejab Program Gemblengan Ilmu Zikir Inti Kalimah yuran belajar rm750.00 sahaja.

Manakala pakej penuh Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) adalah rm9000.00

Jadi kami telah menyediakan anda pilihan ikutlah kemampuan dan keikhlasan anda dalam mengejar dan menimba ilmu.


Rabu, 7 Mei 2014

Ujian dalam menuntut ilmu

Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini.

Baiklah pada petang Selasa yang indah ini , kami ingin berkongsi serba sedikit ujian dalam menuntut ilmu.

Ujian yang dimaksudkan di sini bukanlah bermakna ujian sekolah atau penilaian untuk menyemak sejauh mana pengetahuan murid terhadap ilmu.

Ujian itu juga bukan bermaksud halangan dan rintangan dalam pengamalan sesuatu keilmuan.

Ujian yang kami maksudkan ialah susah payah kami dalam mencari, mendapatkan dan menghadap guru diseluruh pelusuk tanah air dan di bumi Nusantara ini.

Sebenarnya proses pengilmuan yang kami lalui telah bermula sejak dibangku sekolah lagi. Mulanya mestilah yang mendidik kami ialah insan yang menjaga dan memelihara kami sejak kecil.

Bukan senang nak mendapatkan ilmu daripada Tok Wan yang tidak ramah walaupun dengan anaknya. Apatah lagi kami yang bertaraf cucu ini. Hehehe.

Dengan Tok Wan asas kepada ilmu itu ialah mengaji Al-Quran. Kemudian menghafaz beberapa rangkaian doa sehari hari. Hinggalah cara nal solat jenazah.

Apabila kami besar siki almari kitabTok Wan sering menjadi sasaran kami. Bila Tok Wan keluar rumah saja kerja kami pun bermula. Tapi banyak pula kitab jawi yang tidak kami arifi dikala itu sekadar nak baca judulnya seperti Hidayatus Salikin dll kitab kuning bolehlah. Kalau nak belek dari satu fasal ke satu fasal memang mencari pasal apabila Tok Wan pulang tiba-tiba dengan motor Honda petak 70cc nya.


Kelam kabutlah kami menyusun balik kitab Tok Wan kemas-kemas. Bukan apa. Tok Wan belas konstabel polis. Kekemasan adalah cirinya yang paling utama. Baju pagoda yang dipakai di rumah atau sebagai baju panas pun mesti terpacak dan rata serata-ratanya.

Pernah sekali Tok Wan membalun kami dengan surat khabar berita harian yang telah dilipat dan digulung keras-keras.

Sebab selerakkan kitab Tok Wan sampai album gambar keluarga pun terlibat sama. Lupa nak beritahu selain kitab kuning terdapat juga album gambar lama dari hitam putih sampai warna Tok Wan dan seluruh anak-anaknya.

Kami yang anak yatim ni dah namanya akal budak remaja ingin tahu apabila melihat album gambar tersebut. Semasa selak satu persatu album gambar tu terkeluar pula telur cicak yang melekat falam ring album gambar.

Aktiviti mencari telur cicak dan memecahkannya pula kami buat. Macam manalah tak marah Tok Wan. Bila orang tua tu balik tak sempatlah kami megemas.

Nak tunggu ke kat situ lagi dah tahu kerusi malas Tok Wan terletak bersebelahan dengan almari kitab lamanya itu!

Kekadang selain disebat dengan surat khabar berita harian akibat selerakkan kitab kuning dan album lama Tok Wan kami juga akan dihukum dengan hukuman serupa kalau kami membaca surat khabar Tok Wan.

Macam manalah Tok Wan tak marah kalau kami yang dulu membaca surat khabar Berita Harian yang dibeli olehnya.

Tok Wan takkan terus baca surat khabar apabila pulang ke rumah. Dia letakkan dulu surat khabar itu di atas meja kecil di tepi lerusi malasnya sebelum dia menyambar cangkul dan penebas.

Tok Wan nak senamam dulu sebelum membaca. Tebas apa yang patut. Kumpulkan sampah sarap di halaman rumah dan kebun kecil di depan rumah sebelum dikumpulkan dan dibakar.

Nah! Antara jarak masa bau rumput ditebas sehingga bau asasp mengepul menusuk hidung itulah kami membaca,  menyelak dan mengamati setiap berita dan cerita yang ditulis dalam akhbar harian tersebut.

Dah bau asap kami pun berhenti baca dan letak susun lipat elok-elok Berita Harian di atas meja Tok Wan. Sampai satu tahap kami akan kerat dan gunting artikel menarik untuk kami kumpulkan dalam buku skrap.

Tapi apabila Tol Wan mula dah pandai membuat kelongsong untuk dijual kepada apek cina kedai runcit di pekan buat mengisi beras, tepung dan barang lainnya Tok Wan marah kuga bila dapat tahu hobi kami itu. Katanya buat semak bilik saja!

Seiring bergeraknya masa Tok Wan yang kian tua dan rajin mengaji dan bermarhaban selalu le masjid dan ke surau.

Tok Wan tak ajak kami ke surau atau masjid. Cuma Tok yang menyuruh kami ikut Tok Wan ke masjid atau ke surau.

Apabila Tok Wan mula dilantik secara tak rasmi untuk jadi muazzin dan imam di surau yang letaknya hanya diseberang jalan, kami ikut jejaknya ke sana. Kekadang kami jalan bersaing dengan Tok Wan untuk guna tandas sampai Tok Wan mengamuk pun ada. Tapi setakat tampar pintu bilik air sajalah.

Ada sekali datang malas kami Tok Wan akan heret kami ke surau. Hahaha. Pernah kami melihatTok Wan

Itulah guru pertama kami Tok Wan yang membesarkan kami tanpa penat dan lelah yang daripadanyalah kami belajar solat zikir doa2 dan selawat2 hingga solat jenazah.

Apabila kami dewasa mula berdiri di kaki sendiri dan Tok Wan telah kembali ke rahmatullah kami tak rasa sukar lagi untuo mengharungi ujian dalam menuntut ilmu. Kami faham guru yang mengajar akan memperuntukkan masanya yang berharga untuk membimbing kami juga tenaga dan kesenangan hidupnya. Jadi kami tidak lokek untuk menginfakkan harta kami dalam semua aspek semata2 untuk menuntut ilmu.

Kami pernah tak ada duit kakan sekalipun untuk hari itu namun disebabkan Allah Maha Kaya dibukakan hati seorang hamba Allah untuk sedekah kepada kami ketika kami sedang iktikaf di masjid.

Kami pernah dicaci rakan serumah sewa semasa bujang dulu sebagai pengemis hanya semata2 kami hanya mampu memakai baju Pagoda lusuh dan tak mampu beli pakaian.

Apa yang ada pada kami , hampir sebahagian besarnya kami laburkan untuk berkelana mencari ilmu tidur disurau, tidur dalam kereta dan bas semata2 nak pergi menghadap guruuntuk mencari ilmu.

Hinggakan kini tabiaat kami masih sama demi ilmu kami aoan korbankan apa juga setiap sen dalam poket kami hingga pernah duit terakhir dalam poket kami gunakan untuk bayar tol dan infak sedekah kpd guru.

Kerana kami yakin setiap harta kita infakkan untuk guru dan tujuan mencari ilmu akan jadi saksi diakhirat kelak.

Jadi anda bagaimana, besikap terhadap usaha dalam menuntut ilmu, adakah anda berfikir menuntut ilmi hanya sekadar emailkan sahaja amalan? Atau menuntut ilmu sekadar meminta saja tanpa anda berfikir bagaimana untuk menghargai jasa dan penat lelah guru?

Sedangkan anda sanggup berlapar demi membeli material memenuhi hawa nafsu semata sedangkan untuk ilmu yang ingin anda tuntut drp guru adalah percuma percuma begitu saja?!

Isnin, 5 Mei 2014

Cara membuang jin dari tubuh

Assalammualaikum.

Insan diciptakan Allah lengkap dengan anggota akal hati yang sempurna. Masuknya jin dalam tubuh manusia adalah disebabkan kita telah membiarkan pintu pada diri kita terbuka luas untuk mereka masuk sewenang-wenangnya.

Akibat gangguan jin tersebut berlaku pelbagai keadaan yang melanda seseorang manusia. Daripada seorang yang rajin solat menjadi malas dan berat sekali unyuk bersolat. Daripada rajin berzikir menjadi malas untuk berzikir.

Daripada seorang yang suka kepada kebaikan menjadi sebaliknya suka kepada benda benda melalaikan hingga mengheret kepada kejahatan.

Jin yang menganggu manusia mengilham dan mempengaruhi emosi dan perasaan manusia untuk melakukan kejahatan adalah dianggap juga sebagai syaitan.

Kejahatan dan bisikan daripada syaitan yang menganggu manusia sangat luas sekali kesannya. Semuanya itu berlaku atas izin Allah jua bagi melihat sejauh mana manusia dapat kembali kepada Allah.

Gangguan syaitan keatas manusia juga menyebabkan manusia kembali kepada Allah bertaubat membersihkan diri daripada dosa dosa dan mengisi diri dengan ilmu hikmah nur makrifah kepada Allah.

Justeru kita dituntut untuk mencari ilmu kerana hanya dengan ilmu lah kita dapat mengeluarkan jin dalam erti kata sebenar benarnya bukan semata mata atas istilah perubatan Islam sahaja.

Mengeluarkan jin yang paling ampuh ialah dengan cara menimba ilmu yang haq yang membawa kita makrifah kepada Allah. Bagi mengikuti bimbingan secara khusus daripada kami silalah tetapkan masa dan tarikh atau hubungi nombor di atas.

Insya Allah anda akan kami bantu dan membuka dimensi baru dalam hidup anda semua. Segeralah hubungi kami.

Jumaat, 2 Mei 2014

Rawatan Gangguan Makhluk Halus dan Belajar Ilmu Hikmah di Kedah

Assalammualaikum.

Dengan limpahan kasih sayang Allah yang Maha Besar, kami akan berkunjung ke negeri Jelapang Padi Kedah Darulaman untuk melakukan sesi rawatan dan gemblengan ilmu hikmah.

Inilah masanya pembaca blog yang berada di negeri-negeri utara tanah air bolehlah menetapkan temujanji dan booking masa dan tarikh untuk bertemu kami dimana-mana lokasi di seluruh negeri Kedah.

Khidmat rawatan kami meliputi semua masalah gangguan zahir dan batin, lama atau baharu.

Kami juga akan mengadakan Program Gemblengan Ilmu Hikmah, Perubatan Islam, Perubatan Melayu, Perubatan Alternatif dan Komplimentri di seluruh daerah di negeri Kedah.

Tuan puan bolehlah membooking hari dan masa untuk bertemu kami. Program Gemblengan Ilmu akan merangkumi rawatan akhbar dan pembelajaran keilmuan lengkap pengisian dan pengijazahannya sekaligus sesuai untuk anda.

Siapapun anda walau pun terdiri daripada orang awam sekalipun boleh mempelajarinya untuk bekal hidup, sebagai pengisian jiwa, rawatan jiwa apatah lagi kalau anda perawat Islam mahu memantapkan keilmuan yang telah dipelajari akan tambah mantap insya Allah di sinilah tempatnya untuk anda mempertingkatkan diri.

Insya Allah kami akan berada di Kedah pada bulan Mei dan kedatangan anda yang sedang mencari-cari tempat belajar dan rawatan jika untuk cuba berikhtiar dengan kami silakanlah insya Allah usaha kita tidak akan disia-siakan Allah.

Lokasi pertama kami di Kedah ialah daerah Yan diikuti daerah-daerah lain di negeri Kedah.

Yang penting sila emel ke rahmaniah999@gmail.com dan anda sendiri tetapkan tarikh, hari dan masa pada bulan Mei ini insya Allah jika ada rezeki bertemulah kita.

Khamis, 1 Mei 2014

Pengalaman rawatan keluarkan jin sihir yang degil dari tubuh pesakit di Kota Tinggi Johor

Assalammualaikum…
Beberapa hari lepas kami telah diminta oleh S untuk merawat dirinya yang hampir dua tahun mengalami gangguan aneh.
Kami tiba di pejabat milik S setelah petang semakin condong. Awan kian berat.
Menurut S setiap kali bangun pagi tubuhnya berasa amat berat bagai menggalas batu. Belakangnya juga sakit-sakit khususnya pada tulang belikatnya.
Sekujur tubuhnya merasa bisa-bisa. Setiap hari dia merasakan dirinya mahu mati. Tiada semangat untuk hidup. Tiada daya dan minat untuk bekerja dan berusaha.
Pertama kali kami menemuinya di ofis miliknya di Kota Tinggi, terlihat jelas gangguan jin pada dirinya. Matanya merah dan sembab.
Hanya semangat diri yang masih berbekal pada dirinya untuk terus menjalani rutin sehari-hari.
Kami diminta oleh S untuk melihat keadaan ofisnya terlebih dahulu dan diikhtiarkan untuk membuat pelarisan terhadap perniagaannya.
Kami menyetujuinya namun demikian kami melihat dirinya harus diambil perhatian terlebih dahulu. Maka kami menyuruhnya memakai telekung dan menghadap ke kiblat.
Kami memulakan proses pemeriksaan atau scanning dengan kalimah suci dan niat serta doa yang tidak berbelah bahagi lagi.
Dan tidak lama kemudian tubuhnya bergetar hebat khususnya pada bahagian muka, tangan dan kakinya.
Semakin lama kami membacakan ayat suci kepadanya semakin kuat pula tubuhnya bergetar sehingga mulutnya terbuka luas dan lidahnya terjelir.
Meskipun demikian S masih dapat berkomunikasi dengan kami. Oleh kerana azan mahgrib sudah berkumandang kami pun meminta kepada S untuk menyambung selepas solat.
Kami pun bersolat di sebuah masjid dan setelah selesai kami menuju ke rumah S yang berada tidak jauh daripada masjid.
Di masjid kami telah melakukan berapa langkah yang sewajarnya agar segala usaha dan ikhtiar kami berhasil dan dikabulkan Allah.
Setibanya kami di rumah S, kami disambut oleh suami dan anak-anaknya. Sementara menanti S menyiapakan minuman dan kudapan, S menemubual kami.
Kami tidak keberatan untuk menceritakan perihal kami dengan tepat dan benar. Kami faham kepercayaan pelanggan kami adalah keutamaan kami. Tanpa kepercayaan usaha yang akan dilakukan menjadi sia-sia.
Kami tidak datang sejauh ini ke rumah pesakit semata-mata untuk itu.
Selepas beberapa minit kemudian kami pun memulakan sesia rawatan lanjut dengan lebih focus. Dengan cara dan kaedah khusus yang kami praktikkan selama ini, pesakit terus dilanda gangguan jin secara berterusan dan meningkat sehinggalah gangguan itu menunjukkan dirinya.
Maaf…cerita selanjutnya dan lebih terperinci beserta petua-petua dan tips  kami akan kongsikan dalam buku kami yang akan diterbitkan sedikit masa lagi…
Buku yang berbentuk pengalaman autobiografi itu akan mendedahkan segala pengalaman kami selama terlibat dalam bidang perubatan Islam, Melayu, alternative.
Diringkaskan ceritanya…gangguan yang dialami oleh S telah dikirim oleh kawannya sendiri. Kami tidaklah menekankan hal ini sangat kerana ia tidak diperlukan.
Apa yang kami nasihatkan kepada S ialah berwaspada dengan segala dengki khianat orang disekeliling kita hatta rakan sahabat rapat kita sendiri.
Kemudian silalah jadikan rumah kita sesuai untuk diduduki oleh kita sebagai orang dan kaum muslimin menajuhi sebarang patung-patung walau patung mainan.
Rawatan kami lakukan pada S berhasil mengeluarkan ratusan jin dan akhirnya ketua jin itu sendiri dapat dikeluarkan selepas berbagai ancaman dan siksaan dilakukan.
Dengan berbekalkan kalimah tauhid dan kaedah pancaran Nur Allah dengan kaedah tertentu Allah menolong kami sedangkan menurut S sudah 10 orang perawat cuba membantu tetapi gagal mengeluarkan kesemua jin dalam tubuh S yang dikatakan sudah bersarang dan berkampung dalam tubuhnya.
 
Jin tu juga dikatakan sudah sebati dan teramat degil. Namun dengan bantuan Allah kami berjaya menangani masalah itu dan jin itu dapat dikeluarkan semuanya dengan pertolongan Allah. La haula wala quwwata illa billah hil Aliyil Azim!
 
Kami bukan hendak pamer ilmu ujub riak dan sebagainya. Kami hanya hendak menegaskan gangguan ghaib itu ada dan hendaklah ia dibasmi dengan keyakinan  dan tawakal kepada Allah yang sepenuhnya. Dan menjauhi syirik dan maksiat dalam ikhtiar. Elakkan sikit-sikit jumpa tok cha rok bomoh lain-lain pengamal yang menggunakan amalan syirik.
Semuanya kami serahkan kepada Allah yang memudahkan segala sesuatu yang susah dan meringankan segala yang berat.
Bagi yang memerlukan perkhidmatan rawatan kami sama ada gangguan jin hingga penyakit fizikal atau campuran atau penyakit lama atau penyakit yang tidak pasti letak duduknya dan puncanya bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan.
Kami bersedia ke rumah pesakit di seluruh Negara insya Allah dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kami juga membuka peluang kepada orang awam dan perawat Islam untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah yang di dalamnya bukan sahaja mempunyai ilmu-ilmu ketabiban Islam bahkan juga ilmu perubatan dan teknik-teknik yang kami praktiskan sendiri berdasarkan warisan guru dan juga pengalaman kami.
Anda boleh mempunyai set bacaan dan buku rawatan islam di pasaran tetapi pengalaman ada dalam dada setiap guru yang berpengalaman yang bersedia berkongsi dengan anda.
Silalah rujuk kami segera untuk maklumat lanjut ke email rahmaniah999@gmail.com
 
 

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...