Khamis, 23 April 2015

program gemblengan ilmu hikmah dan perubatan

Assalamualaikum

Rejab menjengah lagi. Tak lama lagi Syaaban menjelang. Ramadhan pun tiba dengan sejuta kelebihannya. Sempena bulan yg mulia ini Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Perubatan masih diteruskan. Jika anda berkesempatan saya mengajak anda mengikuti program tersebut. Sebagai meraikan bulan yang mulia mahar keilmuan adalah mengikut kemampuan anda. Saya akan sesuaikan silibus mengikut mahar yanh anda mampu dan dipersetujui secara bersama. Hubungi 013 642 1228 untuk makluman lanjut.

jangan malu hubungi saya segera. segala urusan keilmuan adalah sepenuhnya di bawah penyeliaan saya. Tidak diwakilkan kpd sesiapa. semoga ilmu yang kita tuntut akan menjadi ladang amal.

bandingkan jika anda hendak mengambil ijazah ilmu agama di universiti anda akan ditetapkan dengan yuran pengajian tidak kurang drp 15k. Sedangkan anda berpeluang mempelajari ilmu hikmah yakni ilmu inti agama ini dgn mahar yang anda sendiri tentukan dan persetujuan bersama.

jadi apa alasan lagi anda menuntut ilmu?melainkan syaitan yg sentiasa membisikkan keculasan dan syak wasangka agar tdk belajar.

renung2 san fikirkan.

Selasa, 21 April 2015

kelebihan mendapatkan rawatan gangguan sihir dan saka daripada kami

Assalammualaikum..berikut ialah contoh aduan dan testimoni pesakit dari Singapura yang disihir

Aduan :


Selepas dirawat oleh Ustaz Tabib Ali 013 642 1228 beliau telah memberikan testimoni berikut :

Alhamdulillah dalam tempoh 24 jam pesakit pulih sepenuhnya dan merasai perubahan yang amat nyata. Bersyukurlah kepada Allah. Sujudlah kpdNya. Hanya Dialah yang memiliki segala Keagungan dan Kemuliaan.

Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

Kelebihan mendapatlan rawatan daripada Ustaz Tabib Ali

1. Profesional
2. Penerangan yang jelas
3. Layanan yang mesra
4. Masa yang diperuntukkan untuk rawatan adalah lama 3 jam hingga 10 jam.
5. Berbagai kaedah rawatan dilaksanakan
6. Insya Allah perubahan dapat dirasai serta merta
7. Layanan extra...rawatan bonus
8. Nasihat dan Pedoman khusus untuk pesakit
9. Rawatan ikut kaedah syarak selamat akidah daripada syirik dan perbomohan hitam
10. Motivasi semangat perangsang dan kaunseling hikmah yang pasti menyegarkan jiwa anda yang amat memerlukan
11. dan banyak lagi hikmah tersembunyi yang hanya anda akan dapat daripada rawatan intensif daripada ustaz ali

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228

Isnin, 20 April 2015

rawatan di geylang singapura dan brunei

Alhamdulillah selesai sudah rawatan di geylang spore. Kes sihir dan saka sekaligus. Pesakit telah disihir oleh seorang wanita yang akhirnya menjadi tunang suaminya. Manakala suaminya menceraikan pesakit. Dalam kes begini biasanya

1. Suami disihir dengan Sihir Penunduk kerana dia menurut saja kemahuan wanita itu sehingga sanggup menceraikan isterinya yg sudah lebih 5 tahun dikahwininya.

2. Isteri disihir dengan Sihir Pembenci hingga suaminya tawar hati dan benci kpd isterinya tanpa sebab musabab yg kuat dan jelas.Malahan suaminya menjadi panas baran dan marah-marah kepada isterinya.

3. Saka apabila isterinya disihir saka keturunan yg telah ada telah menjadi aktif dan menambahkan beban masalah dan gangguan ke atasnya.

Telah banyak tempat isteri malang itu berubat. Alhamdulillah banyak perubahan positif. Tapi masih ada gangguan pada tubuh fiziknya khususnya perutnya terasa sakit dan mata kirinya bergetar getar seperti ada sesuatu menjalari area matanya.

Akibat lain pesakit kehilangan seri wajah hingga kusm gelap. Air mukanya menjadi keruh. Dan sering gugup gemuruh.

Saya pun dijemput isteri pesakit ke geylang. Kesungguhan dan kerelaan pesakit mahu dirawat amat membantu proses rawatan dilakukan. Dengan menggunakan kaedah rawatan tertentu dengan izin Allah Yang Maha Kaya Maha Kuasa Maha Segalanya melalui diri saya sebagai alat yang hina dina fana dan kosong ini dapat mengatasi kesemua gangguan pada pesakit.

Sakit perut, kelopak mata bergetar dan malahan rasa berat dan kusam pada air muka telah berjaya dibersihkan drpnya. Hingga tiada rasa sakit lagi. Bahkan seri wajah dirinya menyerlah memuncak hingga mukanya seperti memancarkan cahaya bulan begitu. Ini disaksikan olek adik pesakit yang menemani sepanjang proses rawatan berlaku.

Saya juga memberikan amalan kubro untuknya amalkan dan dia berasa amat ringan tubuhnya dan amat sihat perasaan dan emosinya!

Sebagai langkah cegah saya menutup dan memutuskan cctv penyihir agar dia tak dapat monitor keadaan pesakit ini.

Alhamdulillah. Selesai semuanya!

Saya tumpukan kepada bekas suaminya yang masih dicintai oleh pesakit ini. Juga tunang calonnya itu...terus membantu pesakit ini untuk mendapatkan semula bekas suaminya itu...

Untuk mendapatkan rawatan bagi warga Singapura silalah contact saya lebih awal agar memudahkan urusan perjalanan. Saya boleh datang ke sana dengan syarat tertentu. Selain kes di atas saya juga dapat berikhtiar dengan 1001 macam kes lagi yabg melibatkan gangguan dan sebagainya. Contact 013 6421228 untuk penjelasan lanjut.

Bagi pesakit dalam negara Brunei dan Sabah Sarawak serta mana mana negara pun boleh contact saya.

Ustaz Ali
013 642 1228



Ahad, 19 April 2015

rawatan gangguan jin ke atas ibu bapa

Assalammualaikum

Apabila orang tua mengadu dirinya diganggu jin seperti

1. kakinya bengkak sakit
2. tubuhnya selalu lebam seperti digigit
3. belakangnya sakit dan berat
4. matanya selalu melihat penampakan jin dalam berbagai rupa bentuk
5. selalu bermimpi mendapat bayi
6. selalu emosional
 dan banyak lagi

apakah tindakan kita sebagai anaknya?

Sedangkan kita wajib membela dan memperjuangkan nasib ibu bapa kita selagi masih bernafas.

Jangan dibiarkan berlarutan. Kasihani ibu bapa kita yang tak pernah kenal penat lelah membesarkan kita. Gangguan jin pada orang tua amat berbahaya dan berisiko membawa kepada sukarnya mati.

Hubungi Ustaz Ali 013 642 1228


Isnin, 13 April 2015

rawatan gangguan jin dari belakang rumah


Gangguan Jin dari belakang rumah

Siptom umum gangguan

-Sakit pada tulang kipas hingga menjalar ke seluruh badan
-Gatal-gatal seluruh badan
-Badan terasa berat

-Sukar untuk bangun Solat Subuh

-Pergolakan rumah tangga
-Saling benci membenci ibu mertua masing-masing

Lebih teruk lagi si isterinya sampai ke tahap dirasuk.

Pendek kata gangguan jin jahat dengan izin Allah berupaya bukan setakat merasuk malahan menganggu serta mengacau bilau emosi manusia serta keluarganya.  

Berikut catitan pengalaman saya:

          Dua minggu lepas si suami mendapatkan rawatan daripada saya. Sepatutnya dibawa isteri dahulu tetapi kerana isterinya sudah terlantar di kampung tak boleh bergerak.          Baiklah saya buat rawatan pada suami dulu. Rawatan dibuat di Hotel 77 di Bukit Beruntung. Sebaik sahaja si suami atau Abdullah (nama samaran) bertemu saya dalam bilik hotel itu, perwatakannya segera berubah.

          Matanya merenung tajam kearah saya. Bola matanya berurat merah. Riak wajahnya serius seperti marah atau geramkan saya.

          Saya senyum sahaja melihatkan keadaan itu. Dalam analisis batin saya, gangguan yang dialami Abdullah sudah mencecah ke paras 75%.  Pendek kata hanya 25% sahaja Abdullah masih sedar berkomunikasi dengan saya!

          “Silakan duduk depan saya saudara!”ujar saya mempersilakan Abdullah duduk di kerusi depan saya.

          Abdullah akur. Sebaik sahaja beliau duduk segera saya tatap terus ke dalam anak matanya. Abdullah mulanya melawan pandangan mata saya. Namun kemudian Abdullah berpaling ke arah lain dengan matanya terpejam celik dan tubuhnya terhuyu-hayang bagai lalang ditiup angin.

          Tak boleh jadi ni. Segera saya ambil sebiji limau purut segar yang baharu dipetik dari kebun mini ibu saya, dan saya pun membacakan sesuatu pada limau purut itu tadi.

          Kemudian setelah selesai, saya menyuakan limau purut tepat kearah lubang hidung Abdullah.

          “Sedut nafas kamu sekuat mungkin!” arah kata ringkas dan tegas.

          Abdullah menurut arahan saya. Sekali dia menyedut bau limau yang saya suguhkan ke hidungnya itu matanya terpejam separuh. Anak matanya naik ke atas. Dan kemudian tiba-tiba dia terbatuk-batuk mahu termuntah. Terus saya arahkan beliau ke bilik air.

          Abdullah menuju ke bilik air dengan langkah longlai. Saya memerhatikan dengan tajam pergerakannya agar beliau tidka terjatuh. Abdullah muntah semahunya di dalam bilik air.

          Beberapa minit kemudian Abdullah keluar dari bilik air dan kelihatan Abdullah sudah kembali kepada normal. Langkah kakinya, matanyanya dan pergerakan tubuhnya kembali seperti biasa.

          “Apa kamu rasa Abdullah?”

          “Entahlah ustaz. Sebenarnya sebelum jumpa ustaz lagi kepala saya macam dah berpusing-pusing rasanya. Sebaik sahaja duduk berdepan dengan ustaz mata saya tak boleh tengok ustaz langsung. Tapi bila dipaksakan juga saya melihat ustaz seperti musuh yang amat dibenci. Walhal diri saya yang sebenar tak begitupun.”

          “Bagaimana pula ketika awak bau limau purut itu?”

          “Ya, semasa saya sedut nafas dengan limau purut di depan hidun, saya merasakan bebanan berat pada tubuh dan rasa yang aneh pada diri saya bagai terangkat keluar dari tubuh saya. Perut saya bagai ditarik-tarik mau muntah. Selepas muntah barulah saya rasa ok balik.”
Sebenarnya gangguan dialami oleh Abdullah adalah tempias daripada gangguan yang melanda isterinya.

          Seterusnya saya melengkapkan proses rawatan ke Abdullah. Abdullah juga mengambil ‘ilmu’ daripada saya. Ilmu sebagai modal pengisian dan benteng jiwanya agar tidak kosong. Berikut ialah testimoni Abdullah:

 


 

Selang beberapa hari kemudian Abdullah membawa isterinya untuk dirawat oleh saya.  Rawatan dibuat di Hotel Muarar, Muar Johor. Untuk makluman pembaca saya melakukan rawatan ke atas pesakit di hotel yang ditempah sendiri oleh pesakit. Sama ada saya buat rawatan di rumah pesakit atau dihotel mana yang selesa untuk pesakit.

Semasa saya datang pada malam itu, isteri Abdullah biarlah saya namakan samarannya sebagai Puan J sahaja. Gangguan dalam badan Puan J seolah-olah tahu saya hendak datang.

Sebaik sahaja saya tiba di depan pintu bilik hotel, Abdullah sedang menenteramkan isterinya yang muntah kelewahan di bilik air.

Semasa Puan J berada di depan saya, 65% jasadnya sudah diambil alih oleh gangguan tersebut. Dengan kesedaran yang masih ada Puan J kelihatan lemah longlai akibat pengaruh rasukan gangguan dalam tubuhnya itu.

“Badan saya letih..sakit..bisa-bisa ustaz…”

“Ya, Sabar puan. Mari kita mulakan segera. “

Saya pun menyuruh Puan J mempertahankan kesedaran yang maish berbaki. Dengan kesedaran Puan J itu saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Saya menyuruh Puan J mengikut bacaan-bacaan asas sebelum memulakan rawatan seperti kalimah ta’awuz, kalimah bismillah dan istighfar serta doa. Sementara itu tubuh saya sudah merasai sekelabut aura negative yang sangat pekat dan kotor serta berbisa berlegar pada tubuh saya. Isyarat bulu roma berdiri tegak berulang-ulang kali membuatkan saya harus waspada dan focus kepada S.O.P Kaedah Rawatan Rahmaniah.

Sewaktu melafazkan Doa Khusus Pembersihan/Penyucian itulah kaki Puan J bagaikan terawang dan terapung di udara. “Saya tak angkat kaki saya ustaz..ia terangkat sendiri…”

“Ya tak mengapa. Jangan lepaskazn zikir dalam hati.”

Saya meneruskan beberapa kalimah khusus rawatan mengikut Kaedah Rawatan Rahmaniah ™. KRR ini terkandung dalam silibus pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah ™. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah khusus ini silalah mendaftar sebagai pelajar saya yang anda akan dibimbing sepenuhnya dan selengkapnya ilmu-ilmu rawatan dan kaedah serta teknik yang unik dan in syaa Allah berkesan.

“Oiiii bisingggglah!!!”

Jerit Puan J tiba-tiba. Saya sedikit terkejut. Kemudian saya menukar teknik dengan Teknik Zikir Ismu Zat. Dengan 3 kali ‘pancaran’ terus gangguan dalam puan J melemah dan terlantar. Berlakukah dialog berikut:

Saya : Siapa kau?

Jin : Aku? Entah aku tak tahu. Yang aku tahu aku suka pada dia. Dia baik. Dia cantik. Aku dah lama dan selesa duduk dalam badan dia. Kenapa kau kacau aku?

Saya: Aku tak kacau sesiapa. Aku tak sakitkan sesiapa. Aku Cuma membantu wanita ini yang mengadukan kepadaku akan masalah yang dialaminya.

Jin: Hihihihi. Pergilah kau! Jangan kacau aku!

Saya: Aku takkan pergi daripada sini. Kau yang kena pergi dari tubuh wanita ini. Tubuh wanita ini bukan tempat tinggal kau. Mana asal kau?

Jin: Asal aku ? Aku dari belakang rumah dia. Aku suka dialah! Aku suka dia!

Saya: Kau ni jantan atau betina?

Jin: Aku?Aku jin wanita.

Saya: Aik, pelik kau jin wanita tapi kau suka dia. Kau tahu dia tak suka kau.

Jin: ah, sejak kecil lagi akudah ada pada dia…

Saya: ya tapi sekarang dia tak suka pada kau. Kau kan yang menyebabkan badannya berasa berat, gatal-gatal dan bisa-bisa?

Jin: Ya (menangis) aku yang buatkan. Kasihan pada dia..aku sayang dia…

Saya: Kalau kau sayang dia maka kau harus pergi daripada dia..kau muslim?Kalau muslim boleh bersyahadah?

Jin: Bersyahadah seperti dengan tergagap-gagap seperti kanak-kanak dengan wajah tersenyum.

Saya: Kau tahu apa maksud kalimah syahadah?

Jin: Emm..emmm kau ustaz kan kau beritahulah aku…

Saya: Maksudnya Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jin:Menangis.

Saya: Kau muslim maka kau tak layak sakiti tubuh dia. Kau haram duduk dalam tubuhnya. Kau haram menganggu dan mencampuri urusan hidupnya. Sekarang kau pergilah tinggalkan dia. Jangan datang lagi boleh?

Jin: menangis kemudian bertukar menjadi ganas dan menendang-nendang.

Saya terus melakukan pancaran lagi. Puan J mengelupur dan seolah-olah pengsan. Beberapa saat kemudian masuk jin lain. Suaranya garau dan kasar. Saya tak mahu buang masa melayan. Lepas dibuang yang bersuara garau itu masuk pula nenek kebayan. Tapi sebelum nenek itu keluar dia dengan linangan air mata menyetakan pesan kepada saya.


Jin: Ustaz janji ya jaga budak ini. Kasihan dia. Ramai orang dengkikan dia. Suaminya juga tak sukakan dia.

Saya : In syaa Allah suaminya akan jaga dia sebagaimana disyariatkan oleh Allah dan Rasulullah. Sekarang kau harus keluar daripada tubuh dia.

Jin: ya aku akan keluar..aku keluar…aku sakit..jangan buat lagi ustaz…tapi janji ya jaga budak ini…

Saya: Keluarlah kau. Urusan jaga ini terletak kepada Allah. Allah Maha Pemelihara dan Allah jualah tempat berserah diri dan berlindung. Sekarang kau keluar ikut ibu jari kaki kiri kanannya.

Kaki Puan J terangkat-angkat. Dan saya kira ini bukan seekor dua jin tetapi melibatkan sekumpulan jin yang sudah menjadikan tubuh Puan J sebagai rumah mereka. Masya Allah.

Jin yang masih bersisa cuba berselindung di bahagian tertentu tubuh. Dengan kaedah tertentu saya mengesan jin pada perut Puan J bahagian tubuhnya yang lain. Dengan menggunakan kaedah tertentu saya terpaksa meentap tarik gangguan itu dan ia diakhiri dengan jeritan-jeritan yang membingitkan.

Alhamdulillah rawatan selesai selepas Puan J tidak memberi reaksi dirasuk lagi selepas beberapa bacaan keatasnya. Keesokan paginya sebelum mereka check out Hotel Muarar sempat lagi saya melakukan beberapa siri rawatan lagi bagi memulihkan bisa-bisa gangguan yang berlapis-lapis pada Puan J termasuk suaminya Abdullah yang terkena tempias sama.

Dan daripada situ saya dapat mendengar permasalahan yang dialami oleh Puan J dan Abdullah. Sejak gangguan berlaku hubungan antara mereka selalu bertantakan. Selalu tak sihat. Selalu marah-marah dan bergaduh. Saya menasihatkan agar mereka menjaga Allah seperti menjaga solat dan zikrullah selain menutup pintu-pintu masuk syaitan kepada diri manusia. Alhamdulillah nasihat saya diterima dengan senang hati.  Jin juga sudah tiada dalam tubuh Puan J.

Puan J tinggal bersama Abdullah di rumah ibu mertuanya. Saya sudah menasihati agar Abdullah menyewa rumah berasingan dengan ibu agar rahsia rumahtangga terjamin dan terjaga antara mereka. Hal ini kerana Puan J tertekan berkongsi rumah dengan ibu mertuanya. Jadi tekanan juga membuka jalan kepada gangguan jin yang bersifat menghasut atau syaitan.

Dan Abdullah mengirim pula testimoni berikut:
 

 *Rasa yang dimaksudkan itu ialah rasa benci  isteri dengan ibu mertua.

Alhamdulillah wa syukurillah

Segala sujud sembah bakti dan pasrah hanya kepadaMu Ya Allah.

 

Ahad, 5 April 2015

bagaimana zikir menjadi terapi rawatan gangguan?

Assalammualaikum.

Dalam rawatan Islam sudah biasa kita menggunakan sejumlah ayat al Quran untuk menjampi atau meruqyah pesakit gangguan.

Tapi sedarkah anda bahawa zikir juga dapat dimanfaatkan sebagai kaedah ampuh mengeluarkan gangguan drp pesakit.

Kami.menggabungkan antara ayat dan zikir sehingga ikhtiar dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan optimum lagi.

Bagi yang berminat untuk menjadi perawat Islam dan pesakit yang mahukan rawatakan silalah hubungi saya untuk membuat temujanji rawatan dan booking masa dan tarikh khusus.

Bagi yang ingin menambah ilmu rawatan pun dipersilakan.

Hubungi Ustaz Ali 013 642 1228 untuk maklumat lanjut.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...