Rabu, 29 Julai 2015

ubat bagi setiap penyakit

Assalamualaikum semua...semoga pagi ini lebih baik drp semalam. jagalah rumah anda drp sebarang pencerobohan. rumah dapat dianggap sebagai jasad kita yang penghuninya adalah semangat dan roh kita. rumah juga dapat dianggap kediaman tempat kita berteduh drp panas,hujan,ribut, embun, habuk dan bahaya. jika rumah kediaman pun dpt diceroboh oleh penyamun jasad juga dpt diceroboh oleh jin,syaitan dan sekutunya juga diceroboh oleh kuman,virus dan mikrob. jadi jagalah rumah kita.kalau kita dah tahu ada penceroboh masuk ke rumah kediaman takkan kita nak biarkan saja. begitu juga kalau kita tahu darah kita diceroboh kuman dan makhluk halus takkan kita nak diamkan saja.stp penyakit ada ubatnya.carilah ubat itu dimana-mana.namun apa yang pasti hanya ubat yang tepat dan betul shj akan menjadi penawar kpd sakit kita hatta air kosong yang dibacakan ayat suci semata. pendek kata itu semua penyebab yang menyembuhkan kita adalah Allah.

Ust Ali 013 642 1228

Jumaat, 24 Julai 2015

pemahaman hakikat dan makrifat dalam ilmu perubatan Islam

Assalammualaikum

Judulnya saja begitu panjang. Belum lagi pemahaman hakikat dan makrifat dalam mempraktiskan keilmuan perubatan dan keilmuan hikmah yang lain-lain.

Tanpa pemahaman hakikat dan makrifat,amalan dan praktik perubatan yang kita lakukan tidak akan jauh bezanya dengan perubatan moden yang sekular.

In syaa Allah kalau anda ikuti program gemblengan kami lakukan kami akan menerapkan pemahaman hakikat dan makrifat agar bukan saja menjadi manusia beeilmu malah diangkat darjatnya.

Apa saja gemblengan kami lakukan akan kami terapkan pemahaman hakikat dan makrifat.Hingga program kami berbeza dgn yang lainnya.

Hubungi 013 642 1228 Ust Ali


gemblengan asma nabi khidir khusus perubatan

Assalammualaikum

Khusus bulan Syahwal saya buka gembelngan asma pamungkas khusus perubatan

Ada 1 asma tertinggi
6 asma pengiring

Mahar rm2000 shj

khusus perubatan pendinding mata batin.

Rabu, 22 Julai 2015

rawatan di area putrajaya dan selangor

Assalamualaikum

Saya ada melakukan rawatan sihir saka dan gangguan makhluk halus di area putrajaya dan selangor.

Bagi yang berminat dan berhajat bolehlah menghubungi 013 642 1228 Ust Tabib Ali.


Jumaat, 17 Julai 2015

rawatan dan gemblengan ilmu di perak dan kedah

Salam Aidilfitri semua!

Alhamdulillah kini Syahwal menjelang. Ambillah masa yg berharga ini utk bersama keluarga tercinta.

Selain itu saya juga ingin memaklumkan saya akan turun ke perak dan kedah minggu depan. Silalah buat temujanji anda sama ada untuk mendapat rawatan saka atau gemblengan ilmu ilmu langka utkperubatan dan ilmu pertahanan diri.

Hotline
013 642 1228

Attachment diatas menunjukkan testimoni iiazah dan gemblengan ilmu khusus drp kami yg dirasaoan secara nyata in syaa Allah.


Rabu, 15 Julai 2015

doa yang ditangguhkan

Adakalanya kita merasakan ada beberapa doa dan harapan kita tidak dimakbulkan Tuhan adalah kerana kita jarang atau tidak pernah mendoakan untuk orang lain. Ini kerana doa seorang muslim kpd muslim yang lain secara rahsia adalah antara doa yang pantas dimakbulkan Allah. Bahkan kita akan mendapatkan apa yang kita doakan untuk saudara kita lain tanpa berkurang sedikitpun iaitu doa daripada para malaikat.

-doa kpd saudara kita yg lain secara rahsia antara doa yang cepat dimakbulkan Allah.

-manakala malaikat mendoakan kpd kita yg mendoakan org lain dan doa malaikat adalah antara doa yang cepat dimakbulkan Allah.

Cubalah kita mendoakan saudara kita mulai hari ini khusus bagi kita yang merasakan  ada permohonan kita yang masih ditangguhkan makbulnya. Misalnya kita sudah lama tak dinaikkan pangkat maka doakan saudara kita yg lain agar dinaikkan pangkat. In sya Allag malaikat mendoakan agar pangkat kita dinaikkan. Malah saudara kita doakan juga dinaikkan pangkatnya.

Saya pernah diuji Allah dengan sakit yang teruk. Acapkali saya berdoa dan merasakan doa saya ditangguhkan Allah kemudian apabila saya mula mengerti 'rahsia' ini maka Allah datangkan kesembuhanNya kpd saya melalui seseorang yang makrifah kpdNya.

Kini kita berbaki 1 hari setengah lagi Ramadan...Allah benci kpd hambaNya meninggalkan Ramadan dlm keadaan  gagal mendapatkan keampunan drp Allah. Mungkin dgn mendoakan keampunan kpd org lain Allah sucikan dosa dosa kita yang sangat sukar dibersihkan itu!

Ganjil bukan?

Sesungguhnya Allah itu Maha Ganjil dan Dia Sukakan yang Ganjil.

Mulai mendoakan kpd org lain! Tanyalah apa keinginan  dan hajatnya! Berdoalah dgn yakin dan ikhlas!

gangguan jin saka ilmu silat pusaka

adakah anda seorang pesilat? waspada dengan jin mengikuti sama perguruan anda...ada guru silat menemui saya untuk membuang jin jin silatnya. Termasuk anak2nya yang turut sama diperturunkan jin jin pusaka perguruan. saya bukanlah prejudis dgn silat.belajarlah silat selagimana tiada melibatkan jin apapun.tapi cubalah bawa berjumpa peruqyah utk scanning...tanda silat berjin :

1. pesilat menjadi panas baran walau hal kecil

2. pesilat terlalu sombong dan angkuh

3. pesilat sukar nak mendirikan solat dan beribadah

4. pesilat merasakan ada sesuatu bergerak dlm kulitnya

5. pesilat kesurupan pada tahap gangguan yg teruk

6. pesilat menghadapi sesuatu penyakit secara tiba tiba spt kanser

7. ada pesilat sukar mendapat anak

byk lagi siptom gangguan...

Khamis, 9 Julai 2015

saka silat di kalangan orang Melayu

Saka silat?  Bunyinya agak pelik. Saya yakin ramai yang membacanya dengan berbagai ragam. Ada yang berkerut dahinya
 Ada yang mencebik bibir. Ada yang tak puas hati pun ada! Saya susun jari memohon ampun maaf. Bukan hajat saya nak memburukkan imej silat Melayu. Bukan niat saya untuk 'mengharamkan' silat Melayu.

Bersilatlah kerana silat itu warisan seni bangsa. Tanda kita berasal usul berbudaya.  Apa yang saya mahu fokuskan ialah masalah jin dan kejinnan dlm silat Melayu.

Saya menyatakan demikian berdasarkan pengalaman saya bertemu dengan pesakit yang diganggu berbagai masalah gangguan yang pelik pelik daripada penampang,mimpi,kehadiran makhluk ghaib utk melindungi rumah dan keluarga kita hingga mahu mendalami lagi ilmu silat melalui mimpi dan hingga kpd serangan penyakit spt kanser tiba-tiba, lumpuh,  kerasukan, dan gila. Lebih jauh drp itu ia menganggu keluarga dan anak-anak spt anak2 menjadi pemarah baran malah ada yang mulai diserang gejala gangguan mental spt halusinasi delusi dan memencilkan diri. Anak2 sukar dpt zuriat kalau dpt pun zuriatnya oku atau mati dalam kandungan ataupun kalau lahir sekalipun anaknya nakal selalu sakit lemah semangat dan fizikalnya. Anak2 juga ada yang dpt melihat dgn jelas dan kerap kelibat dan penjelmaan makhluk ghaib menyebabkan dia takut dan menarik gangguan utk masuk ke dlm badannya.

Malah ada juga kes saya terima saka silat ini pesakit tdk amalkan apa2 jampi dan kebatinan tetapi bila diperiksa ia mempunyai gangguan jin drp persilatannya. Pantang dengar bunyi gendang silat mulalah rasa nak berpencak kadang sampai tak terkawal dan hilang kesedaran. Kes ini sama dengan ritual budaya syamanisma sebagaimana dlm tarian asli Melayu spt makyung,kuda kepang,tarian bubu dan sebagainya.

Ada jin diwarisi pesilat drp gurunya tanpa di sedari tanpa melibatkan bacaan kebatinan. Cukup seseorang itu menjadi murid kpd seseorang guru silat jin perguruan automatis turun kpd muridnya.

Biasanya kes ni berlaku kpd silat Melayu asli yang tdk disaring dulu dgn teliti.

Islam tdklah melarang kita berpencak bersilat malahan ilmu mempertahankan diri adalah wajib dipelajari jika dilihat kpd persekitaran sosial dan ancaman jenayah yang boleh berlaku kpd diri dan keluarga kita pada masa kini.

Namun kita hendaklah membuang jin yang kita warisi tanpa disedari dengan bertemu ahli atau pakar pengubatan Islam dan di sana terdapat apa dikatakan sebagai pemutusan  saka dan berbagai2 amalan zikir yg boleh membersihkan diri menjauhkan diri drp didampingi oleh jin yg pd mulanya nampak faedah nya tapi lama kelamaan menimbulkan kesan negatif sama ada kpd emosi, perasaan,tingkah laku dan kepercayaan kita kpd Tuhan.

Berubatlah wahai pesilat dan guru silat sebelum terlambat. Tak rugi apa pun malah menguntungkan masa depan kita dan saat sakaratul maut kita nanti. in syaa Allah.

Ust Tabib 013 642 1228

Selasa, 7 Julai 2015

pengalaman rawatan penyakit gangguan dalam darah

semalam di  kpj damansara...kanak kanak yang alami gangguan itu sangat menderita..

sambungan cerita semalam di  kpj damansara...kanak kanak yang alami gangguan itu sangat menderita...

dah dekat dua minggu di hospital swasta tu asyik kena ambil darah je dan disuntik antibiotik..

sampai tercirit birit dibuatnya akibat antibiotik ditukar setiap hari...ini kerana doktor tdk dpt mengesan jenis kuman dan sek darah putihnya menjadi lebih byk drp normal..

sy dah kata ni bukan penyakit 'hospital'...tambahan pula kanak kanak ni demam atau suhu badannya naik mendadak hampir stp masa..

selepas rawatan sy lakukan demamnya terus hilang..jelmaan nenek tua dah tak ada cuma sesekali terlihat wanita muda berkebaya dan berselindang di bahu muncul drp portal alam ghaib seolah macam nak ckp dgn saya...

tp sy tak mau layan..prinsip sy ko dah buat onar pandai2 blah lah...tak payah nak tipu aku korang turun drp kayangan lah..ada cahaya yg indahlah..Nur Allah shj yg hak hakiki...

tambahan pula maknya cerita seringkali kelihatan anaknya bermain dgn kawan2 yg tak kelihatan...siap beritahu mak dia lagi yg dia gembira bermain dgn kawan2 drp alam sebelah tu...huh ngeri juga kan..minta simpanglah drp terjadi pd anak kita

sy selalu bagi peluang dulu puak2 jin ni utk berundur cara baik dan tak ganggu lagi..anehnya pula semasa sesi rawatan berlangsung nenek kanak kanak(nenek betul ) ini yg menjaganya...berpinar2 matanya dan kepeningan tiba2..sy dah syak nenek ni pun ada gangguan saka...tp sy tak fokus pd dia...

hari ni sambung rawatan lagi...kali ni tak bagi peluang dah..tiada maaf bagi mu jin sekelian..

sekilas bukan senang pengamal perubatan nak merawat pesakit tau...sama ada doktor atau perawat alternatif..harap doa semua mana tau mustajab...sama2lah kita berdoa

nak belajar ? hubungi 013 642 1228


Isnin, 6 Julai 2015

buka mata batin

Mata batin ialah organ penglihatan dalam jiwa seseorang. Ia bersifat ghaibiah dan apa yang dilihatnya juga adalah berada di alam ghaib.

Setiap manusia mempunyai mata batin. Sama ada terbuka atau tidak sahaja. Saya telah menemui lebih drp 10 orang awam yang mana mata batinnya terbuka jelas dan terang. Namun masalahnya apa yanh dilihat mrk itu kembali menyerang atau menempel pada diri mereka pula!

Lalu banyaklah yang mendapatkan rawatan drp saya  dan syukur mereka pulih sepenuhnya.

Pada masa sama ramai pula yg mahukan mata batinnya terbuka. Kebanyakan pemburu atau seseorang yang suka menuntut ilmu batin.

Mereka merasakan diri mereka tidak lengkap walau sudah memiliki segudang ilmu selagi mana tidak melihat sendiri makhluk ghaib.

Persoalan kemampuan melihat yg ghaib ini suatu persoalan yg panjang lebar.

Kemampuan melihat menerusi mata batin bukanlah bermaksud mampu melihat wujud hakiki makhluk ghaib ciptaan Allah.

Tetapi melihat kpd gambaran penjelmaan mrk. Walaubagaimanapun jika Allah izin kan tiada suatu pun mustahil.

Ustaz Tabib ada menggembleng untuk membuka mata batin. Bukan tujuan untuk bermegah tetapi menyaksikan kepelbagaian makhluk ciptaan Alllah. Juga diperlukan perawat yang pasti keupayaan mata batin akan membantu dlm banyak hal.

Hubungi 013 642 1228 Ustaz Tabib untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut.


Ahad, 5 Julai 2015

seri diri seri wajah pengasih diri

Assalamualaikum

Biasa kita selalu kedengaran diri kita tidak dihargai oleh bos. Diri kita tidak disayangi oleh keluarga atau majikan kita atau oleh rakan taulan sahabat handai kita. Juga sering kita dipulaukan masyarakat. Tak sedar pun keberadaan kita. Begitulah yang herlaku apabila kita tidak mempunyai seri wajah dan seri diri. Ustaz Tabib menyediakan Ramuan Ajaib utk seri wajah dan seri diri hingga keadaaan diri anda berubah  360 darjah selepas mengunakan ramuan drp Ustaz Tabib. Hubungi 013 642 1228 untuk maklumat lanjut.

*seri wajah dan seri diri tidak boleh bangkit melalui ubat dan bahan kimia.

Tasbih Kokka 1001 Hikmah



Assalammualaikum

Dimaharkan Tasbih Kokka yang di isi dengan ayat-ayat suci, zikir terpilih, doa mustajab, formula hikmah khususiah khos sehingga melahirkan 1001 hikmah untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari keberkahan dlm kehidupan. Setiap penerima tasbih kokka drp kami akan disesuaikan oleh latarbelakang sosial dan ekonomi anda. Jangan jadikan makhluk Allah sebagai sesembahan hanya jadikan ia sebagai koleksi hikmah utk anda.

Sila hubungi Ustaz Tabib utk menempahnya

013 642 1228

Rabu, 1 Julai 2015

solat istikhoroh dalam mencari jodoh

Assalamualaikum

Jika anda ingin mendapatkan petunjuk adakah si dia sesuai  menjadi pasangan anda. Sebelum tidur anda berwuduklah dan solat istikhoroh.

Rakaat pertama al Fatihah + al-Kafirun
Rakaat kedua  al-Fatihah + al-Ikhlas

Selepas solat bacalah doa khusus untuk solat istikhoroh dan kemudian terus tidur. In sya Allah pada malamnya anda akan ketemui petunjuk tentang pilihan anda itu.

Untuk mendapatkan rawatan dan perkhidkatan sila hubungi 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...