Khamis, 9 Julai 2015

saka silat di kalangan orang Melayu

Saka silat?  Bunyinya agak pelik. Saya yakin ramai yang membacanya dengan berbagai ragam. Ada yang berkerut dahinya
 Ada yang mencebik bibir. Ada yang tak puas hati pun ada! Saya susun jari memohon ampun maaf. Bukan hajat saya nak memburukkan imej silat Melayu. Bukan niat saya untuk 'mengharamkan' silat Melayu.

Bersilatlah kerana silat itu warisan seni bangsa. Tanda kita berasal usul berbudaya.  Apa yang saya mahu fokuskan ialah masalah jin dan kejinnan dlm silat Melayu.

Saya menyatakan demikian berdasarkan pengalaman saya bertemu dengan pesakit yang diganggu berbagai masalah gangguan yang pelik pelik daripada penampang,mimpi,kehadiran makhluk ghaib utk melindungi rumah dan keluarga kita hingga mahu mendalami lagi ilmu silat melalui mimpi dan hingga kpd serangan penyakit spt kanser tiba-tiba, lumpuh,  kerasukan, dan gila. Lebih jauh drp itu ia menganggu keluarga dan anak-anak spt anak2 menjadi pemarah baran malah ada yang mulai diserang gejala gangguan mental spt halusinasi delusi dan memencilkan diri. Anak2 sukar dpt zuriat kalau dpt pun zuriatnya oku atau mati dalam kandungan ataupun kalau lahir sekalipun anaknya nakal selalu sakit lemah semangat dan fizikalnya. Anak2 juga ada yang dpt melihat dgn jelas dan kerap kelibat dan penjelmaan makhluk ghaib menyebabkan dia takut dan menarik gangguan utk masuk ke dlm badannya.

Malah ada juga kes saya terima saka silat ini pesakit tdk amalkan apa2 jampi dan kebatinan tetapi bila diperiksa ia mempunyai gangguan jin drp persilatannya. Pantang dengar bunyi gendang silat mulalah rasa nak berpencak kadang sampai tak terkawal dan hilang kesedaran. Kes ini sama dengan ritual budaya syamanisma sebagaimana dlm tarian asli Melayu spt makyung,kuda kepang,tarian bubu dan sebagainya.

Ada jin diwarisi pesilat drp gurunya tanpa di sedari tanpa melibatkan bacaan kebatinan. Cukup seseorang itu menjadi murid kpd seseorang guru silat jin perguruan automatis turun kpd muridnya.

Biasanya kes ni berlaku kpd silat Melayu asli yang tdk disaring dulu dgn teliti.

Islam tdklah melarang kita berpencak bersilat malahan ilmu mempertahankan diri adalah wajib dipelajari jika dilihat kpd persekitaran sosial dan ancaman jenayah yang boleh berlaku kpd diri dan keluarga kita pada masa kini.

Namun kita hendaklah membuang jin yang kita warisi tanpa disedari dengan bertemu ahli atau pakar pengubatan Islam dan di sana terdapat apa dikatakan sebagai pemutusan  saka dan berbagai2 amalan zikir yg boleh membersihkan diri menjauhkan diri drp didampingi oleh jin yg pd mulanya nampak faedah nya tapi lama kelamaan menimbulkan kesan negatif sama ada kpd emosi, perasaan,tingkah laku dan kepercayaan kita kpd Tuhan.

Berubatlah wahai pesilat dan guru silat sebelum terlambat. Tak rugi apa pun malah menguntungkan masa depan kita dan saat sakaratul maut kita nanti. in syaa Allah.

Ust Tabib 013 642 1228

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...