Jumaat, 22 Disember 2023

Punca Bayi Menangis dan Kaedah Mengubatinya

Antara Punca Bayi Menangis tanpa henti ialah lapar, mahu dipeluk, faktor cuaca sejuk atau panas, ketakselesaan, kembung perut dan penyakit kronik. 

Tapi kes bayi bernama A ini tak diketahui punca sakitnya hingga dikatakan doktor hayatnya tak lama dah di dunia ini. Pelik bin ajaib. 

Kromosom

Ketika doktor gagal menemukan punca sakit sekadar mengatakan penyakit rare. Pelbagai ujian untuk mengesan penyakit si bayi. Semuanya normal dimata doktor. Sampai ujian kromosom. Nampak normal! Namun pandai pula doktor cakap jangka hayat tak panjang. 

Siapa doktor nak mengatasi kuasa Allah? Kemudian neneknya menghubungi saya. Ketika cucunya berada di rumah, kembali bayi ni menangis sekuat hati. Sejam menangis tanpa dapat berbuat apa apa yang dapat menghentikan tangisan itu. 

Walaupun semua keperluan bayi sudah diberikan sepenuh hati. Akhirnya neneknya ini menghubungi saya. 

Wanita

“Puan pegang bayi dan buka penguat suara.”

“Baiklah ustaz.” Saya terdengar suara bayi menangis. Sekonyong-konyong saya melihat sosok lembaga wanita mengerbang rambutnya dengan mulanya kehitam-hitaman seperti arang. Bermata putih. Mencerlung saya. Tajam. 

“Eh dari mana kamu ni setan?”

Wujud sosok lembaga wanita mengerbang rambutnya dengan mukanya kehitam-hitaman seperti arang bermata putih itu ghaib. 

“Astaghfirullahalazim. Cucu saya dah berhenti menangis ustaz. Terus nak tido.” 

“Tak sempat nak Ruqyah. Hehe. Tak apa saya tetap nak baca juga.”

Hadir ilham supaya saya bertawassul dgn Rasulullah dan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Jernih. Tiada unsur syirik ya. Saya faham benar makhluk tak beri bekas. Saya salah seorang ummat kerdil tak ternama yg hanya menumpang berkah drp Baginda Rasul dan Sultan Awliya ahlil bait Nabi. 

Yakin 

Kemudian selepas bayi tertidur pulas…neneknya kembali menyambung mesej dgn saya. Kalau cucunya menangis memang sampai satu tahap dibiarkan sahaja sebab dia tetap menangis tanpa henti sampai berjam jam. Saya merenung dlm makrifat. Ini bukan kes kecil. Tapi Allah tunjukkan berkah Rasul berkah Sultan Awliya bayi tu ditakdirkan berhenti menangis ketika mendengar suara saya dihujung talian… 

Bersambung

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...