Sabtu, 24 Januari 2015

pantang larang Melayu tentang makan

Pantang larang Melayu tentang MAKAN.

*Bukan untuk dipercayai tetapi untuk direnungi atau dikaji mana tau ada keselarian dgn asbab musabab tertentu. Selamat membaca!

Jangan...

Makan mencangkung payah dpt rezeki

Makan berlunjur akan jadi pemalas

Makan dlm belanga dapat anak hudoh

Makan beras mentah dpt penyakit kuning

Makan telur tembelang dpt penyakit barah

Makan pedal ayam nanti liat kulit kemaluan lelaki - sukar sunat

Makan kepala ayam nanti mengantuk ketika bersanding

Makan sisa anak nanti anak degil

Makan dlm pinggan sumbing nanti dpt anak bibir sumbing

Makan menjelang maghrib nanti makan bersama hantu

Makan tak basuh pinggan lambat dpt menantu

Makan sirih (budak dan remaja) nanti mengigau malam

Makan pisang kembar nanti beranak anak kembar

Makan bertindih pinggan nanti beristeri dua

Makan kemudian tidur nanti buncit perut

Makan dlm majlis dengan banyak minta itu ini nanti hantu masukkan najis dlm makanan

Makan punggung beralas nanti susah bersalin

Makan buah pisang songsang nanti lambat jodohmu

Makan sambil berjalan dpt penyakit perut

Makan nasi di senduk nanti sulit dpt rezeki

Jangan mengangkat hidang iaitu nasi dan lauk dahulu mesti angkat gelas atau air minum dahulu jika tdk dpt anak tiri

Jangan makan leher ayam nanti bersanding leher jd keras atau kepala teleng

Jangan makan pinggan diletak atas riba nanti suami diambil perempuan lain

Tambah jika ada...

Rabu, 14 Januari 2015

apa tandanya biawak masuk rumah

Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jalan ia beri petanda tak baik.

Hendaklah kita membatalkan perjalanan kita dan pulang ke rumah. Ada juga mengatakan biarkan biawak itu melintas. Jangan lalu di hadapan biawak atau melanggarnya.

Ada yang lebih ringan. Biarkan biawak melintas sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran. Pabila biawak dah hilang di balik semak barulah kita mulakan perjalanan semula.

Tapi bagaimana biawak tu berhenti dan merenung  ke arah kita?

Baru-baru ni rumah ibu mertua saya dimasuki biawak. Mujurlah pintu utama bertutup. Sudahnya biawak sebesar budak lelaki 7 tahun itu terhadang pada di sliding door. Matanya tajam memandang ke arah saya.

"Bismillah. Kalau kau benar-benar haiwan kau tunggu. Kalau kau jin kau pergi drp sini!!!"

Biawak itu tetap di kedudukannya. Tidak bergerak langsung dengan matanya tajam melihat saya dan anak-anak buah.

Saya merenung tajam matanya. Biawak itu tidak mahu mengalah. Dengan membaca surah Fatihah dan surah al Kursi saya menggunakan batang paip menolak badannya agar pergi.

Biawak itu hanya bergerak sedikit. Lidahnya yang bercabang dua menjelir panjang sesekali. Tak boleh jadi ni. Saya terus mengambil segenggam garam. Dengan membaca beberapa ayat lalu saya membaling garam ke arah biawak.

Biawak itu kelihatan terkejut. Tubuhnya dipusingkan 180 darjah. Bersiap untuk melarikan diri. Saya terus membaling garam pada biawak. Haiwan itu terus melarikan diri dengan pantas. Saya mengejarnya lalu membaling lagi garam pada biawak itu hingga keluar dari halaman rumah dan menghilangkan diri di dalam parit.

Hidung terbau busuk. Hamis. Rupa-rupanya biawak itu meningalkan buah tangan istimewa. Iaitu seketul tahi dan air kencingnya.

Dah nama haiwan. Nak kata apa. Dengan menggunakan limau purut saya membuat air jampi. Dengan doa agar haiwan itu tidak memasuki ke halaman rumah lagi. Selain memohon dihilangkan aura negatif akibat kesan kedatangan biawak.

Limau purut itu juga menjadi peneutral dan sabun semulajadi.

Tujuannya agar bau dan aura negatif yg ditinggalkan biawak dpt dihilangkan. Alhamdulillah.




Selasa, 13 Januari 2015

Roh, Malaikat, Jin, Syaitan dan Alam

HakCipta www.perubatanrahmaniah.com


Assalammualaikum...rajah di atas menceritakan beberapa aspek makhluk Allah....Namun untuk perinciannya anda harus mengikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah daripada kami...in syaa Allah.

Hubungi segera Ust Tabib Ali 013 642 1228

Isnin, 12 Januari 2015

Merawat Masalah Kemandulan

Kemandulan dapat dilihat kepada dua sebab

1. Mandul disebabkan masalah fizikal
2. Mandul disebabkan oleh gangguan jin dalam jasad manusia.
3. Gabungan disebabkan gangguan jin dan masalah anggota kelamin dan peranakan.

Al -Quran adalah syifa' dan rahmat bagi sekelian alam. Dalam menangani kes kemandulan disebabkan ketiga-tiga asbab ini dapat digunakan dengan kaedah ayat-ayat Al-Quran dan doa.

Kadangkala sukar menentukan pesakit termasuk dlm kategori yg mana satu. Hal ini kerana menurut Syeikh Abdul Wahid pakar rujuk ruqyah dari Timur Tengah kadangkala syaitan menekan atau melakukan sesuatu pada testis lelaki hingga menjejaskan pengeluaran sperma dan kualiti sperma. 

Ketika sperma berpindah dari testis ke saluran sperma,sperma memerlukan cairan lendir yang diproduksikan oleh kalenjar androgen.

Di sinilah syaitan menghalang atau menganggu pengeluaran cairan lendir. Akibatnya sperma mati kerana cairan lendir itu juga merupakan makanan sperna.

Walaubagaimanapun kemandulan akibat gangguan dapat dilihat tanda-tandanya seperti

1. Sesak dada terutama selepas Asar hingga pertengahan malam
2. Fikiran melayang
3. Rasa sakit di bawah tulang punggung
4. Cemas di waktu tidur
5. Mimpi ngeri

Pada kaum wanita juga mandul akibat gangguan kepada rahim.

Ada jin yang menjadikan rahim wanita sebagai rumahnya. Jin itu akan memakan sperma yang masuk ke dalam rahim.

Ada juga jin yang mengakibatkan keguguran dan pendarahan yang banyak.

Cara rawatan

1. Dengar bacaan ruqyah 3x stp hari
2. Bacalah Surah Ash Shaffat setiap pagi dan petang
3. Membaca sural al maarij sebelum tidur

Namun hanya pesakit yang kuat sahaja mampu melakukan rawatan sendiri. Dalam 10 pesakit hanya 3 org yg mampu selebihnya harus datang kepada perawat untuk dirawat. 

Ada kalanya  rawatan sendiri mengakibatkan reaksi spt sakit kepala atau sakit perut teramat sangat. Adakalanya pesakit terus kerasukan atau menutup sendiri audio ruqyah atau menghindari untuk mendengar atau membaca al Quran.

Jadi diperlukan perawat

Sabtu, 10 Januari 2015

Syurga

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad sollallahu ala wassalam bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun. Di dalam syurga terdapat kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh matanya atau didengari oleh telinganya atau terlintas di hatinya. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka daripada kesenangan yang memuaskan hati sebagai pembalasan apa yang mereka perbuatkan di atas dunia. Dan syurga lebih baik daripada segala isinya."

Ibnu Abbas r.a berkata, "Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan daripada misik, amber, kafur za'faran sedang tanahnya dicampur dengan air hidup dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikata dia meludah air laut tentu jadi tawar airnya. Di lehernya tergantung tulisan, "Barangsiapa yang memperisterikan aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku."

Abu Hurairah r.a berkata, "Demi Allah yang menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad sollallahu ala wasalam sesungguhnya ahli syurga itu setiap saatnya bertambah elok rupa parasnya sebagaimana semakin tua ketika di dunia."

Abu Laits meriwayatkan sanadnya dari Shuib r.a bahawa Rasulullah sollalahu ala wassalam bersabda,"Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka maka terdengarlah seruan,"Wahai ahli syurga, Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. " Ahli syurga berkata, "Apakah itu? Tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami drp api neraka. "

Maka Allah membukakan bagi ahli syurga itu hijab sehingga mereka dapat melihatNya. Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih agung melainkan melihat Allah.

Ahad, 4 Januari 2015

Merawat di Senai Johor

Assalammualaikum

Menurut mursyidku musuh kita iaitu hawa,nafsu,syaitan dan dunia sentiasa menggoda kita untuk berbuat maksiat,mungkar dan derhaka kepadaNya.

Namun demikiam Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya dengan membiarkan kita diserbu oleh musuh.

Hanyasanya kita sajalah yang membuka jalan kepada musuh untuk datang menyerang kita.

Tutuplah wahai saudaraku dengan sedaya upaya jalan-jalan musuh datang kepadamu nescaya engkau akan beroleh keselamatan dan kesihatan jasmani dan ruhani.

Esok Isnin 5 Januari saya akan berada di sekitar Senai. Sebelah petang atau malamnya saya berkelapangan atau Selasa. Tuan boleh booking untuk rawatan atau sesi gemblengan ilmu di kediaman tuan masing-masing. 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Saya tidak mewakilkan sesiapa dlm merawat diri saya dan pengajian ilmu hikmah. 

Contact 013 642 1228
Email rahmaniah999@gmail.com



Khamis, 1 Januari 2015

Program ilmu dengan yuran diskaun sempena tahun 2015

Assalammualaikum. Sempena tahun  2015 saya ingin memberikan yuran belajar diskaun. Potongan diskaun ialah 50%. Program keilmuan lengkap merangkumi ke semua ilmu melainkan ilmu perangkap jin dalam botol. Perubatan tahap tinggi, pertahanan diri tahap tinggi, ilmu-ilmu kebatinan haq yang bakal anda terima melalui program khusus kami gemblengkan.

Yuran belajar asal rm10 000.00
Yuran selepas diskaun rm5000.00 shj

Pengalaman selama belasan tahun bakal dicurahkan kepada anda. Saya tidak menjual nota. Skill dan pengetahuan itu amat penting drp catitan  ilmu di atas kertas sahaja. Pengalaman menggunakan setiap ilmu akan dikongsikan bersama anda.

Program  keilmuan secara gemblengan dengan yuran diskaun berlangsung mula 1 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015 sahaja. Selepas tarikh itu yuran belajar kembali ke asal. Jadi rebutlah peluang ini. Drp anda belajar tanpa berguru dan buat-buat tidak menjadi bahkan memberi kesan negatif lebih baik anda laburkan sedikit untuk seumur hidup dengan ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang tdk ada dimana-mana melainkan didapatkan secara gemblengan.

Hubungi/whatapps 013 642 1228

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...