Sabtu, 10 Januari 2015

Syurga

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad sollallahu ala wassalam bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun. Di dalam syurga terdapat kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh matanya atau didengari oleh telinganya atau terlintas di hatinya. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka daripada kesenangan yang memuaskan hati sebagai pembalasan apa yang mereka perbuatkan di atas dunia. Dan syurga lebih baik daripada segala isinya."

Ibnu Abbas r.a berkata, "Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan daripada misik, amber, kafur za'faran sedang tanahnya dicampur dengan air hidup dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikata dia meludah air laut tentu jadi tawar airnya. Di lehernya tergantung tulisan, "Barangsiapa yang memperisterikan aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku."

Abu Hurairah r.a berkata, "Demi Allah yang menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad sollallahu ala wasalam sesungguhnya ahli syurga itu setiap saatnya bertambah elok rupa parasnya sebagaimana semakin tua ketika di dunia."

Abu Laits meriwayatkan sanadnya dari Shuib r.a bahawa Rasulullah sollalahu ala wassalam bersabda,"Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka maka terdengarlah seruan,"Wahai ahli syurga, Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. " Ahli syurga berkata, "Apakah itu? Tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami drp api neraka. "

Maka Allah membukakan bagi ahli syurga itu hijab sehingga mereka dapat melihatNya. Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih agung melainkan melihat Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...