Rabu, 26 Januari 2011

Kaedah Mengembalikan Sihir

Salam. Ada beberapa kes yang dirujuk kepada saya, berpunca daripada perbuatan khianat sihir menyihir. Apabila seseorang perawat merawat dengan kaedah yang betul dan tepat, insya Allah, pesakit yang terkena sihir dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam sahaja. Malahan ada pengalaman saya, merawat seorang pesakit yang disihir agak teruk, dapat dipulihkan setelah dirawat dalam tempoh masa 1-2 jam secara total. Namun ini bukanlah suatu janji dan suatu kepastian yang terus menerus berlaku. Semua pada akhirnya tertakluk kepada keizinan Allah. Apa yang saya hendak fokuskan di sini ialah apabila kes sihir tersebut berulang setelah pesakit sembuh dirawat. Kes-kes berulang begini, perawat hendaklah memulangkan kembali kepada penyihir. Kaedah memulangkan sihir dengan kaedah yang haq terdapat berbagai-bagai cara. Ada yang mendirikan solat hajat+wirid salamun qaulan...Ada yang wirid ayat 82 surah Yassin. Kaedah hitam pun ada. Sebagai perawat muslim, hendaklah kita berwaspada tatkala merawat kes sihir kerana kebarangkalian untuk diserang ketika merawat dan dalam tempoh 24 jam adalah besar. Malah ada perawat yang sakit-sakit dan ada juga yang meninggal dunia diserang balik oleh bomoh sihir. Banyak saya jumpa perawat yang berpatah arang berkerat rotan tidak mahu merawat lagi sesudah diserang hebat oleh bomoh. Ibarat kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Sebelum perawat diserang sesudah pesakit dirawat, perawat boleh memulangkan balik sihir sebaik sahaja 'pembersihan' dilakukan. Insya Allah, kebarangkalian diserang balik akan berkurangan atau tiada. Paling penting teguhkan niat dalam bidang ini. Niat hanya mencari redho Allah bukannya mencari keuntungan dunia dengan jalan yang syubhah, muslihat dan melampau-lampau kerana bukan sedikit ustaz-ustaz perawat mengambil kesempatan 'menipu kes-kes rasuk' bagi menyakinkan orang ramai terhadap bengkel rawatan dan pusat rawatan mereka. Ini tidak baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rawatan Mahabbah Suami Isteri

Salam saya buka program rawatan jarak jauh mahabbah suami isteri untuk yang mengalami masalah rumah tangga spt suami main lain, isteri minta...