Hubungi kami sekarang

Alamat Emel : rahmaniah999@gmail.com
Telefon/SMS/What Apps : 013-642 1228

Pusat Perubatan Rahmaniah-Rawatan Islam, Perubatan Melayu, Perubatan Tradisional Dan Perubatan Alternatif dan Komplimentri Dan Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM)

Rawatan Bekam, Urut, Gemblengan Ilmu Hikmah.
Perkhidmatan pembersihan kawasan, rumah, kilang, sekolah, kedai daripada sihir dan gangguan makhluk halus. Pelaris kedai, menaikkan seri wajah, meningkatkan kerjaya, pagar daripada gangguan dan pencuri, memulihkan pesakit yang disihir dan lain-lain lagi segera konsultasi dengan kami.

Kami juga mengadakan program utuk agensi kerajaan yang berminat untuk Kursus Jangka Pendek Rawatan Islam, kursus berkaitan perubatan Islam, motivasi, program pembangunan diri.

Juga rawatan awam, massal di surau, masjid juga rawatan untuk keluarga secara tertutup secara beramai-ramai seperti rawatan gangguan keturunan saka, sial, majal dan lain-lain.

Lokasi 1 : Sungai Tangkas Kajang Selangor.
Lokasi 2 : Muar Johor
Lokasi 3 : Putrajaya dan lokasi seluruh negara pada tarikh dan bulan tertentu.

-Sila pastikan makluman dan hebahan dari kami dari semasa ke semasa jadual kunjungan kami ke seluruh negara.

-Jika anda ingin kami terus datang ke tempat anda bolehlah hubungi kami untuk menetapkan temujanji.

-Kami boleh datang terus ke rumah atau ke kedai anda yang bermasalah.

Kami tidak lagi berada di Saujana Utama. Sebarang urusan rawatan terus hubungi no telefon dalam blog rasmi ini sahaja.

Hotline / What Apss / SMS/
Ust. Ali 013-6421228

Emel : rahmaniah999@gmail.com

Berpengalaman mengubat. Anda mencari tempat belajar ilmu-ilmu rawatan Islam dan ilmu hikmah yang tidak bertentangan dengan agama, tiada amalan yang diada-adakan silalah belajar daripada ahli, berpengalaman dan berwibawa hubungi emel dan no telefon yang tertera.

Penting! Baca di bawah ini dahulu.

Perkhidmatan rawatan dan pembelajaran ilmu daripada kami mempunyai bayaran tertentu. Ia adalah upah atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami kepada anda yang mana khidmat itu dilakukan secara profesional, bersungguh-sungguh, meluangkan masa sewajarnya dalam membantu pesakit dan hajat anda, menyediakan bahan rawatan, bahan pengisian keilmuan dan konsultasi profesional berdasarkan pengalaman, ilmu dan kemahiran yabg dikurnia dan dipinjamkan oleh Allah Ta'ala kepada kami. Kami juga menggunakan sepenuh masa kami untuk membantu berikhtiar memenuhi apa jua hajat dan keperluan anda. Kami juga bertolak ansur tentang kadar upah semampu anda namun kami tidak menerima pandangan anda yang berfikiran perkhidmatan rawatan dan khidmat spiritual adalah percuma sahaja. Atau sekadar mahu cuba-cuba saja, ikhlas-ikhlasan saja sedangkan anda sendiri tidak ikhlas dan memandang enteng peranan dan khidmat kami. Kami mengsyorkan anda membaca entri dalam blog kami yang telah ditubuhkan sejak lebih kurang lima tahun lalu dan terus dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai tanda kami terus wujud dan komited dengan kerja dan tugas kami. Kami tidak pernah jemu membantu sesiapa memerlukan sehinggalah anda sendiri jemu kepada kami. Jadi dengan membaca lebih banyak entri dalam blog ini akan meningkatkan kefahaman anda tentang peranan kami dan juga kenapa bayaran tertentu dikenakan. Saling memahami antara kami dan anda peranan dan tanggungjawab antara kita akan memudahkan urusan kita lakukan semoga dibantu Allah. Insya Allah.


Selasa, 11 Januari 2011

Susuk Berlian 2

Assalammualaikum.
Segala puji dan puja bagi Allah pada sebanyak ilmu Allah...

Semalam saya datang lagi ke rumah Opah yang menderita sakit-uzur akibat pemakaian susuk berlian sejak berumur belasan tahun. Saya tiba di rumah anaknya (opah berada di sana), pada pukul 10.30 malam. Malam agak dingin setelah hujan. Salakan anjing dari jiran sebelah mengejutkan saya. Di tangan kanan saya terdapat satu beg plastik yang berisi air mineral yang telah diwirid-doakan serta minyak wangi Oud sebagai bahan perawatan. Tiada bahan lain.

Sewaktu saya berdepan dengan Opah, saya mengukuhkan sila lantas merenung jauh ke dalam batini saya. Dengan kalimah yang suci lagi mulia, Bismillah, syahah, istihfar dan selawat, saya mulakan dengan kalimah-kalimah yang mengandungi perlindungan kepada Allah. Sambil2 itu saya merenung opah yang kelihatan semakin baik. Opah tidak lagi seperti kali ke1 dna ke 2 saya berjumpa dengannya dalam dua minggu lepas. Opah boleh duduk diam-diam, dan berkomonikasi dengan lancar.

Opah menyuruh saya membuang semua benda-benda yang telah dimasukukan ke dalam tubuhnya. Saya melihat dalam nurani saya, susuk yang dipasang pada pangkal peha sudah hampir tiada, sudah luntur kekuatannya sama sekali, cuma yang ada kesan-kesan biasa sahaja. Ibarat luka yang sedang pulih dengan baiknya. Saya melihat juga dengan nurani saya, saka yang mengikuti Opah, Sudah tiada. Yang ada hanyalah sisa-sisa sahaja yang sudah teruk benar. Ataupun jin-jin generasi baharu yang teragak-agak mahu 'masuk campur'. Mereka di luar sahaja dan tidak berani mendekati Opah sewaktu saya berada di sisi opah. Saya menggunakan teknik pancaran nur dan doa mustajab, dan jabat syifa khusus pada anggota2 tubuhnya. Sambil itu anak-anak Opah bercerita sejak saya pulang, Opah sudha semakin baik dari hari ke hari. Ia semakin kurang mengeluh sakit, meracau dan sudah bercakap dengan JELAS yang sebelum ini cakap Opah LANGSUNG tidak difahami. Alhamdulillah, puji pulangkan kepada Allah.

Mereka menuruti semua panduan saya, alhamdulillah berkat kesabaran dan berterusan menjaga Opah dengan izin, rahmat dan kasih sayang Allah, Opah semakin baik cuma dalam sehari dua ini Opah tidak berselara untuk makan dan merasa demam-demam. Ini termasuklah menantu Opah yang, Pak Cik yang mengalami demam. Siptom demam diperolehi sejak anak-anak mereka mengambil barang pusaka Opah dari rumah pusaka di Perak.

Saya terlupa sungguh hendak mengambil gambar barang pusaka tersebut yang terdiri daripada kipas tangan yang berlukisan gambar pokok-pokok hijau, celak dengan bekas tembaganya dan sebatang paku yang masih elok tidak berkarat walaupun sudah puluhan tahun disimpan. Mungkin 60  tahun usia barang tersebut memandangkan usia Opah sudah berumur 81 tahun. Namun demikian saya ada mengambil gambar Opah sewaktu serbuk-serbuk berlian itu timbul dari kulit wajahnya, laksana peluh merenik-renik  deras. Insya Allah akan di muat naik ke blog ini sedikit masa lagi.

Saya melakukan pembersihan  lagi pada tubuh Opah dengan teknik pancaran nur yang diiringi dengan makrifah pada kalbu serta doa. Sewaktu saya menjabat dahi dan ubun-ubun Opah, Opah mengantuk lalu tertidur. Masuk sahaja pembacaan ayatul kursi yang ke 11 kali, Opah menjerit perlhana, sakit, tolonglah aku! Saya tidak mempedulikan jeritan itu. Dan akhirnya Opah teryidur pulas. Saya jabat pula pada tengkuk dan bawah tulang pipinya kiri kanannya. Kemudian saya jabat pula bahagian perutnya dan mencabut penyakit yang demikian lama. Selepas melakuakan demikian, Opah tidak lagi mengadu sakit-sakit pada bahagian tersebut. Tanggaungjawab saya terlaksana pada malam semalam apabila Opah sudah boleh tidur dan saya pun segera mendapatkan barang pusaka.

Dengan izin dan rahmat Allah saya berjaya melunturkan kekuatan ilmu hitam tersebut. Opah juga tidak bertelanjang, menjerit bukan-bukan. Setelah saya selesai dalam 20 minit, Opah tersedar dan meminta agar  anak-anaknya mengambil duitnya lalu diinfaqkan kepada saya. Opah bersungguh-sungguh mahu memastikan anak-anaknya memberikan saya infaq kepadanya....

Barang-barang pusaka tersebut sudah kosong. Kalau ikutkan hati mahu saja saya mengambil barang tersebut. Namun belum saya menyatakan di lidah supaya anak-anaknya membuang barang tersebut ke laut,Opah sudah bersuara agar semua barang tersebut dibuang keluat.

Alhamdulillah, Opah tidak lagi meracau-racau, sudah boleh bercakap dan difahami bagi anak-anak yang mendengar dan Opah berulang kali menyatakan kekesalannya menerima ilmu drp Babanya suatu ketika dahulu. Opah beritahu dia tidka tahu langsung barang-barang yang diberikan mempunyai fungsi dan jin tertentu yang berperanan menyesatkan manusia. Dalam renungan batini saya, Opah sudah pulih 70%. Insya Allah ia akan semakin baik menjelang 21 hari.

Jadi selesailah sudah sesi rawatan saya merawat seorang warga emas yang mempunyai ilmu susuk berlian yang boleh dikatakan level asli. Bukan susuk yang dibuat bomoh sekarang tetapi bomoh dahukala yang mantap pegangan syarat perbomohannya.

Saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi dan tiba sejam kemudian di rumah. Insya Allah, la quwwata illa billah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan