Rabu, 14 Januari 2015

apa tandanya biawak masuk rumah

Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jalan ia beri petanda tak baik.

Hendaklah kita membatalkan perjalanan kita dan pulang ke rumah. Ada juga mengatakan biarkan biawak itu melintas. Jangan lalu di hadapan biawak atau melanggarnya.

Ada yang lebih ringan. Biarkan biawak melintas sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran. Pabila biawak dah hilang di balik semak barulah kita mulakan perjalanan semula.

Tapi bagaimana biawak tu berhenti dan merenung  ke arah kita?

Baru-baru ni rumah ibu mertua saya dimasuki biawak. Mujurlah pintu utama bertutup. Sudahnya biawak sebesar budak lelaki 7 tahun itu terhadang pada di sliding door. Matanya tajam memandang ke arah saya.

"Bismillah. Kalau kau benar-benar haiwan kau tunggu. Kalau kau jin kau pergi drp sini!!!"

Biawak itu tetap di kedudukannya. Tidak bergerak langsung dengan matanya tajam melihat saya dan anak-anak buah.

Saya merenung tajam matanya. Biawak itu tidak mahu mengalah. Dengan membaca surah Fatihah dan surah al Kursi saya menggunakan batang paip menolak badannya agar pergi.

Biawak itu hanya bergerak sedikit. Lidahnya yang bercabang dua menjelir panjang sesekali. Tak boleh jadi ni. Saya terus mengambil segenggam garam. Dengan membaca beberapa ayat lalu saya membaling garam ke arah biawak.

Biawak itu kelihatan terkejut. Tubuhnya dipusingkan 180 darjah. Bersiap untuk melarikan diri. Saya terus membaling garam pada biawak. Haiwan itu terus melarikan diri dengan pantas. Saya mengejarnya lalu membaling lagi garam pada biawak itu hingga keluar dari halaman rumah dan menghilangkan diri di dalam parit.

Hidung terbau busuk. Hamis. Rupa-rupanya biawak itu meningalkan buah tangan istimewa. Iaitu seketul tahi dan air kencingnya.

Dah nama haiwan. Nak kata apa. Dengan menggunakan limau purut saya membuat air jampi. Dengan doa agar haiwan itu tidak memasuki ke halaman rumah lagi. Selain memohon dihilangkan aura negatif akibat kesan kedatangan biawak.

Limau purut itu juga menjadi peneutral dan sabun semulajadi.

Tujuannya agar bau dan aura negatif yg ditinggalkan biawak dpt dihilangkan. Alhamdulillah.




4 ulasan:

  1. baru baru ini ada biawak di muka rumah saya apa artiny

    BalasPadam
  2. baru baru ini ada biawak di muka rumah saya apa artinya saya mohon petujuk nya makasih

    BalasPadam
  3. baru baru ini ada biawak di muka rumah saya apa artinya saya mohon petujuk nya makasih

    BalasPadam

Rawatan Mahabbah Suami Isteri

Salam saya buka program rawatan jarak jauh mahabbah suami isteri untuk yang mengalami masalah rumah tangga spt suami main lain, isteri minta...