Khamis, 21 April 2016

Gangguan jin pada rumah, harta benda, barang elektrik, kereta dan lain-lain

Assalammualaikum

Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rumah tanpa diketahui puncanya. Api itu muncul tiba-tiba dan membakar langsir rumah hingga hangus. Ada juga api yang membakar perabot, baju, kusyen, dan al Quran. Persoalannya bagaimana api muncul ? Walhal segala faktor penyebab yang boleh menyebabkan api tercetus tiada.

Lalu muncullah bomoh, ustaz, pengamal perubatan Islam cuba untuk meleraikan permasalahan ini. Namun api yang muncul merebak membakar apa sahaja itu masih berleluasa hingga keadaan jadi reda tanpa diketahui sebabnya juga.

Kejadikan gangguan bersifat nyata ini juga berlaku apabila tiba-tiba alat elektrik dalam rumah jadi rosak. Lampu yang baharu je ditukar sudah rosak tak menyala. Cerek elektrik, pemanas air, rosak semuanya. Lebih teruk suis utama selalu tertendang off walhal tiada wayar rosak, kilat dan masalah nyata yg lain dpt dikesan.

Ada juga satu kes yg saya terima, kelima-lima buah kereta rosak. Baiki, rosak balik. Baiki rosak semula. Selalunya gangguan begini bertumpu pada rumah. Ya puncanya pada rumah ataupun bepunca daripada tanah yang diduduki.

Keadaan dan 'rasa' dalam rumah itu dapat kita alami agak berbeza dengan rumah yang normal tiada gangguan. Seri rumah diganggu itu kelihatan suram, kelam dan seolah-olah ada satu kabus hitam meliputinya.

Anggota keluarga yang tinggal dalam rumah itu tidak dapat duduk tenteram. Masing-masing anggota keluarga saling bercakaran, bersengketa, bermusuhan dan berpuak-puak. Lebih teruk lagi hingga bergaduh menumpahkan darah. Membunuh anggota keluarga lain tanpa disedari. Ini untuk kes-kes kronik dan tak terkawal akibat tak dirawat dan dikhtiar untuk dipulihkan.

Kes lebih teruk keadaan dlm rumah yang suram kelam dan menakutkan itu juga mempengaruhi kesihatan dan biologi manusia.

Anggota keluarga dalam rumah itu semuanya menghidapi sakit misteri dan tak  jelas jenis dan punca sakitnya.  Contohnya haid datang tidak teratur, tubuh badan bisa-bisa, lebam-lebam, bernanah, keluar air bisa, keluar ulat, batuk darah, demam berpanjangan, badan rasa berat malas nak beribadah, mengantuk sepanjang waktu, fikiran melayang kosong entah kemana, selalu mimpi buruk, melihat penjelmaan makhluk ghaib yg hudoh, indah, menyerankam, barang bergerak sendiri, dengar bunyi percakapan asing dalam rumah, bayi menangis malam tak tidur atau sepanjang hari menangis, merengek, bayi deman sakit walau dah makan ubat jumpa doktor pakar, pokok-pokok hiasan sekitar rumah layu, mati, hangus, terdengar bunyi tapak kaki berlari, bunyi pasir diserakkan ke bumbung rumah, suara wanita mengilai, suara dengusan aneh, ngauman harimau, bunyi pelik, dan banyak lagi. Pendek kata yg alami gangguan sahaja tahu betapa byknya jenis gangguan.

Gangguan kepada kesihatan dan biologi juga dihadapi oleh haiwan kesayangan.  Contohnya tikus hamster mati walau cukup makanan, dan kebersihan dlm sangkarnya. Kucing mati jika tinggal dalam rumah itu lebih drp 12 jam tanpa tanda 2 penyebab kpd kematiannya.

Ada beberapa kes saya terima dan ia membabitkan ikhtiar pemulihan, pembersihan, yang berulang-ulang dan memakan masa ikut keadaan jenis kadar tahap keterukan gangguan dialami.

Dalam menangani kes seperti ini, bukan sahaja perawat wajib bersabar, bertawakal dan mengulangi ikhtiarnya malahan pesakit dan keluarganya juga wajib bersabar, bertawakal dan tidak jemu untuk menanganinya, berusaha memulihkan rumahnya itu.

Saya ada menyediakan pakej rawatan rumah yg merangkumi pemulihan, pembersihan, pemagaran dan sewaktu dgnnya yg mana ada yh dpt diselesaikan dlm tempoh kurang 1 jam atau lebih lagi mengikut kadar keterukan gangguan ada yang berhari-hari dan berulang-ulang.

Persolannya sanggupkah kita berusaha berikhtiar sebegitu rupa? Banyak org sanggup merenovate rumah, sanggup buat pinjaman puluhan malahan ratusan ribu untuk tambah rumah, cantikkan rumah tapi apabila berlaku gangguan pada rumah boleh pula amat berkira untuk memanggil perawat memulihkannya. Masing-masing ada ilmu malah ada perawat yg mendabik dada dpt menghilangkan gangguan pada rumah kurang 5 minit je, walhal tak terbukti apa dikatakannya. Ubat sesuatu penyakit bergantung kpd jenis penyakit kalau jenis kronik takkan telan ubat 10 saat dah sembuh sakit? Dlm dunia rawatan alternatif unsur kelogikkan juga ada dan perlu diambil kira.

Sebab itulah saya akan mencadangkan jenis rawatan dan berapa hari rawatan diperlukan untuk memulihkan rumah pesakit. Ada 1 hari.  Ada 3 hari. Ada 7 hari. Pemulihan rumah ini seiring dengan menyampaikan pesan-pesan agama, petua yang nabi berikan agar rumah tidak menjadi tempat penginapan makhluk ghaib.

Jadi apa tunggu lagi. Jika anda dapati rumah kesayangan anda ada gangguan aneh boleh cuba ikhtiar dengan saya tapi ikutlah syaratnya. Jgn segan malu untuk bertanya dan menerima perkhidmatan saya.

Untuk urusan Pemulihan rumah baharu atau lama atau rumah yg jadi sasaran sihir boleh hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228.  Segera. Jangan lambat-lambatkan ikhtiar nanti kian parah.

1 ulasan:

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...