Isnin, 7 Februari 2011

Sihir Kedai

Assalammualaikum. Beberapa hari lepas saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Saya dipertemukan oleh Allah dengan dua kes sihir kedai. Sebenarnya saya tidak pula mewar-warkan secara lisan kepada saudara mara yang saya melibatkan diri dalam perubatan alternatif dan perubatan Islam. Hanya yang membaca blog ini sahaja dan rakan-rakan terdekat kerana saya tidak suka dipanggil dengan gelaran bomoh dan sewaktu dengannya. Masakan pantas memanggil saya tok bomoh hanya kerana saya merawat orang dengan kaedah tersendiri?Bahan perawatan saya adalah zikir, doa dan air semata-mata. Tidak pula saya gunakan kemenyan untuk menjemput jin dan segala mambang. Oleh kerana mentaliti orang kampung masih demikian yang boleh menjurus ke arah pendewaan maka saya tidak war-warkan secara lisan. Tetapi kalau tersebar juga apakan daya. Saya masih teringat lagi sekitar setengah dekad lepas, Abang Salim pernah menyatakan kepada saya yang saya akan menjadi seorang tabib tetapi bukan bomoh. Dua kali Abang Salim menyatakan demikian iaitu selepas beliau merawat saya dengan kaedah zikir dan air kelapa. serta petua yang ringkas. Masa itu saya sakityang tidak diketahui puncanya. Semua orang dalam dunia ini tidak terlepas daripada dihinggapi penyakit sekalipun doktor paling pakar pun mati kerana sakit. Saya juga demikian. Saya tidak mahu menggunakan istilah ramalan atau tilikan kerana ia cenderung hendak menyamakan ramalan atau tilikan yang dilakukanoleh tukang tilik zaman jahiliyyah dahulu kala. Ia semacam firasat yang tajam. Dan ia berlaku dengan izin Allah. Perlu difahamai saya tidak berguru dengan Abang Salim. Beliau hanya seorang saudara seagama yang hebat peribadinya dan tawaduk selain tajam serta tepat firasatnya. Sabna nabi SAW, Takutilah kamu akan firasat orang beriman kerana mereka melihat dengan Nur Allah...

Kembali pada topik di atas. Oleh kerana beberapa saudara mara saya sudah tahu, maka saya telah diminta oleh satu keluarga untuk 'menengok' apa yang berlaku. Ini satu perkara lagi saya kurang suka. Istilah menengok juga sinonim dengan bomoh serta dukun. Saya tidak setuju kalau orang kamu saya menengok-nengok. Apa yang hendak ditengokkan. Apa yang kita sudah tengok sekarang ini pun masih belum tertafsir makna kejadiannya.

Saya pergi juga kerumah keluarga tersebut meskipun hati mendongkol tidak suka. Tidka suka dipanggil untuk menengok menilik. Namun kerana saya berpegang kepada dakwah bil hal wal hikmah saya hadir juga. Di situlah saya akan 'brainwash' mereka...secara ringkasnya terdapat dua kes sihir kedai saya tangani. Yang pertama sihir kedai makan. Bisnes kedai makan sejak 3 dekad diusahakan sepasang suami isteri kini ditutup kerana pelanggan tidak datang ke kedai mereka selain pengusaha kedai sering ternampak lembaga bertubvuh hitam berbulu panjang di serata kawasan kedai dan rumah yang bersambung dengan kedainya. Suaminya pula jatuh sakit macam-macam penyakit. Dan saya pun merawat suaminya dahulu dan kemudian men'nurkan' seluruh kawasan kedai dan rumah mereka dan alhamdulillah, suasana yang suram kedam dan panas telah hilang sama sekali. Suami yang selalui sakit dfibahagian perut dan sering ditarik-tarik ibu jari kakinya pula sudah tidak mengalami gangguan lagi, syukur ke hadrat Ilahi atas inayah dan bantuan daripadaNya. Saya hanya alat sahaja.

Kes kedua membabitkan kedai duatingkat yang mengusahakan spa, kecantikan, menjual air tapisan berjenama terkenal, rawatan salon dan air nusyrah. Pengusaha kedai dan dua anaknya saya rawat di kedai itui juga. Sang ibu tunggal yang sejak 2006 tidak lagi masuk ke dalam kedainya angkara merasa 'tidak mahu masuk ke dalam kedai' dan sakit2 pada badan beserta anak-anaknya yang jadi 'beratbadan dan malas' telah saya rawat di dalam kedai itu juga. Berbekalkan keyakinan dan izin rahmat dari Allah, ibu tunggal tersebut melihat bangkai babi dikeluarkan daripada dalam tanah tapak kedainya itu dan dimusnahkan dengan Pancaran Nur Arasy, sehingga tiada bersisa. Anak-anaknya pun setelah dirawat merasa sangat ringan tubuh badan dan fikiran jadi lapang tenang.

Selain kes sihir kedai, saya juga diminta merawat satu kes gangguan, sehingga pesakit hampir kerasukan dan saya cepat-cepat menarik makhluk jahat dalam diri pesakit yang sudah kesakitan teramat sangat. Alhamdulillah tangan kanannya yang sakit sejak 2 minggu lalu dan doktor gagal mengesan walau setelah diberi berbagai-bagai ubat telah dapat diselesaikan alhamdulillah. Saya hanya alat semata.

Saya juga merawat kes anak lembam dan memberikan penerang hati. Alhamdulillah dengan izin Allah kesemua anak-anak tersebut mendapat nur hidayah Allah ta'ala malah ada yang menangis teresak-esak kerana merasakan Allah SWT begitu dekat dan akhbar di mata hatinya. Sedia maklum ilmu bukan bermula pada lebaran kertas tetapi ilmu bermula dengan singkapan mata hati sehingga menyaksikan serta menjadi alat penerima ilmu daripada Allah ta'ala jua.

3 hari di kampung saya yang agak padat. Sewaktu saya mengisi minyak pagi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, saya terserempak dengan Abang Salim yang turut sedang mengisi minyak motor superbikenya. Dia hanya mengatakan kepada saya, "Very good, very good." Jauh dalam hati yang good ialah Allah jua kerana kita Adam yang tiada apa-apa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...