Ahad, 8 Disember 2013

Ilmu adalah modal termahal

Assalammualaikum. Ilmu adalah modal terbaik meraih keuntungan dunia dan akhirat. Banyak orang sanggup membelanjakan hartanya untuk memiliki kereta idaman rumah besar pakaian berjenama mainbgolf melancong dan lain2. Tapi sangat berkira jika hendak belajar sesuatu ilmu buat bekal dan modal diri. Akhirnya jiwa kita kosong. Hampa dan murung walaupun duduk dalam rumah besar memandu kereta mewah atau megah berpakaian berjenama. Lebih parah jiwa yang kosong diisi oleh perkara batil sia-sia umur yang ada. Jadi bersegeralah mendapatkan ilmu sementara sisa hidup masih ada. Kita selalu merasakan wang banyak dan kebendaan adalah milik kita. Walhal ia akan ditinggalkan bila jasad kaku tidak bernyawa lagi. Yang dibawa adalah kain putih yang murah papan tikar mengkuang dan air mata anak isteri. Ketika ini mahu insaf sudah terlambat. Sebelum pintu tertutup rapat cepatlah anda menimba ilmu yang dapat membuahkan amal. Buah amal yang manis rasa ubudiahnya. Manis yang berkhasiat kepada tubuh rohani. Tubuh rohani yang sihat dan kuat itulah yang nak dibawa ke dalam solat. Untuk ikuti gemblengan ilmu drp kami sila hubungi kami melalui telefon dan emel tertera di atas. Kami menunggu respon anda. Semoga anda dilimpahi cahayaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...