Rabu, 12 Oktober 2016

Rawatan sihir di Seri Kembangan

Alhamdulillah semalam punya cerita...kes sihirnya memang  kelas A punya berat. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Allah permudahkan daripada mula hingga akhir. Itupun sudah memakan masa 4 jam. Spt biasa masuk saja ke rumah pesakit, saya sudah 'dijurus sihir' sampai saya agak kepeningan.

Seorang kanak-kanak termasuk ayah dan ibunya serta dua adiknya. Saya mulakan dulu rawatan pada kanak2 lelaki itu. Dengan membaca tertib amalan lazim, dan mengaktifkan gerak. Spt biasa Allah selalu memberikan saya pandangan agar dpt membantu pesakit. Dlm pandangan batin saya melihat kepala kanak2 itu spt sarang tebuan yg besar. Bila saya masukkan tangan dlmnya pelan2 saya tarik keluar drp lubang sarang sihir pd kepalanya ulat2 sebesar lengan budak. Masya Allah quwwata illa billah.

Byk pula tu. Meraung dia walhal saya hanya meletakkan dgn lembut telapak tangan saya. Seorang lagi dah menangis2. Bila saya letakkan kepala di ubun2nya dan membaca kunci amalan gerak dan memperdalamkan rasa, tangannya mengejang spt nak mencakar saya tapi gagal.

Sebab ada perlawanan langsung dgn tukang sihir saya sambil merawatnya terpaksa menyerang tukang sihir agar segala keilmuannya terkunci. Doa2 awliya dilanjutkan. Surah Al Qadr, al Fill,  an Nasr serta 3 qul dan beberapa ayat pembatal sihir dan beberapa ayat drp surah yassin. Memohon bantuan tentera Allah diketuai Malaikat Muqorrobin. Subhanallah.

Bukan saya nak baca tetapi diilhamkan begitu bukan perancangan akal saya. Dan antara jelas dan samar saya spt duduk di tengah medan perang yang amat bising dan seru walau malamnya begitu sunyi hampiri jam 2 pagi.

 Akhirnya dia sendawa dan tubuhnya kembali normal.  Yang seorang lagi pula lagaknya spt beruk. Menggaru sana sini. Juga kaedah yg sama. Tapi sudah mudah krn punca serangan sihir itu satu saja sudah dipunggar akar2nya. Allahuakhbar. Sihir berangkai kpd kesemua anggota keluarga mereka bahkan yg ada ibu bapa yg di kg pun terlibat.

 Alhamdulillah  keyakinan kpd Allah menjadi amat tinggi.  Berkat Rasulullah, para malaikat Allah, para guru, awliya,  doa rakan2 fb yang ada mengiringi saya.  Tenang dan terasa begitu dibantu olehNya. Salah seorang drp mereka melihat seseorang berpakaian busana Jawa hadir dan duduk berzikir spt turut mendoakan ikhtiar kami lakukan. Saya sekadar senyum. Kalau tidakpun sebuah ilusinya, itu hanyalah kerja Allah semata. Saya serah kat Allah jua. Bukan saya seru sapa2... Tapi jauhhhh di sudut hati, dilanda rasa terharu sayu...

Cinta itu jauh jarak masa dan alamnya tp dekat secara hakikinya.
Tak pernah tersua tapi mesra akrab.
Semuanya atas dasar kerana Allah, kasih sayang Allah, bantuan Allah.
Dtg dan pergi krn Allah.
Tiada selain melainkanNya.
Sekalipun kejahatan itu membencinya memusuhinya hingga kiamat.

Semoga keluarga itu dikurniakan kesembuhan.

*masih di area KL jika ada nak buat rawatan silalah hubungi utk temujanji. 013 642 1228. Semoga ada jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengajian ilmu rawatan jurus al haq

Jurus al-Haq saya ajar sangat simpel tak perlu berlatih pernafasan cukup saya melukiskan rajah jurus secara ghaib dan membuat pengisian kpd ...