Sabtu, 1 Oktober 2016

Rawatan murtad

Seorang wanita Melayu berusia 50 an,  mahu murtad, namun sebelum dia keluar , dia bertemu seberapa banyak orang Islam sama ada ustaz atau orang biasa dan mengatakan, "Aku mahu membunuh Muhammad! "

Dan kita sudah maklum respon dia dapat. Kena yang tak matang, langsung mahu dicederakan dirinya. Jadi dia semakin jauh dgn kepercayaannya bahawa Islam itu agama palsu dan menggalakkan keganasan. Tambahan pula dia dizalimi bekas suaminya,  pernah diganggu seksual oleh pegawai agama sewaktu meminta kaunseling tentang kegoyahan akidahnya.

Namun, ditakdirkan Allah dia diketemukan oleh seorang daei yang biasa-biasa saja penampilannya, tanpa serban, songkok dan lebai serta jubah. Tapi siapa sangka dia adalah daei yang sedang meningkat naik dalam sebuah ngo yang memberikan khidmat kaunseling dakwah. Dia juga mempunyai ciri unik yang jarang ditemui pd daei lain.

"Aku benci Muhammad, aku mahu bunuh dia! "

"Bagus!"

"Eh, kenapa kamu kata bagus? Bukankah kamu patut marah kpdku?"

"Saya berkata demikian kerana sebelum puan, sudah ramai yang mahu membunuh baginda. Tapi kebanyakan mereka yang mahu membunuh baginda itu menemui kegagalan bahkan ada dikalangan mereka memeluk Islam."

"Ceritakan kpdku kenapa mereka mahu memeluk Islam pula?"

Daei itu pun ceritalah tentang keelokan akhlak Nabi Muhammad solllahualaihi wassalam. Sehingga wanita yang mahu murtad itu membatalkan hasratnya mahu bertaubat.

"Apa salah baginda yang membuatkan puan mahu membunuhnya? Puan tidak boleh meletakkan kesalahan ummat yang melakukan kejahatan dan keganasan kpd Rasulullah kerana baginda tdk pernah menyuruh sesiapa berbuat kejahatan dan keganasan."

"Betullah kata kamu wahai anak muda. Aku menyesal dgn sikapku."

"Saya yakin jika puan bertaubat dan melakukan amal soleh, Nabi Muhammad sollallahualaihi wassalam pasti akan tersenyum kepadamu dan puan pasti akan menangis, menangis, menangis rindukan baginda spt saya dan org yg merindui baginda."

Daei itu terus menangis spt anak kecil. Wanita itu amat terbaru sebak dan turut merasakan sesuatu yang amat aneh namun teramat indah menyusup dlm hatinya.

Walaupun nabi sudah lama wafat, namun 'aura' baginda kekal bersama kita hingga bila-bila!

Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassalim!

Ustaz Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengajian ilmu rawatan jurus al haq

Jurus al-Haq saya ajar sangat simpel tak perlu berlatih pernafasan cukup saya melukiskan rajah jurus secara ghaib dan membuat pengisian kpd ...