Jumaat, 1 Mac 2013

Belajar Ilmu Hikmah pada bulan Mac

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bagi pembaca yang sudah biasa dengan blog Rahmaniah pasti sudah dapat menimba ilmu daripadanya. Syabas kami ucapkan. Semoga anda yang belum lagi mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah dan Perubatan Islam dan Alternatif akan teruja untuk mengikuti program yang ditawarkan. 

Tujuan program Gemblengan Ilmu Hikmah dan Perubatan Islam diwujudkan adalah untuk memperjuangkan agama Islam yang suci yang mana pasaknya ialah TAUHID. Banyaknya kita suka mencari segala macam ilmu kebatinan, ilmu ghaib, ilmu berbomoh dan sebagainya tetapi kita lupa untuk memelihara akidah dan tauhid kita. Inilah yang menjadi punca kepada bala bencana Allah timpakan kepada diri kita dan keluarga kita. Bala itu seperti pewarisa saka sampai ganggu ke anak cucu dan sebagainya.

Namun ada juga antara kita yang mempelajari keilmuan hikmah dan perubatan Islam yang tiada langsung bercampur baur dengan perkara syirik. Golongan ini lebih baik daripada yang belajar ilmu yang bukan-bukan. Tetapi adakah ia mencukupi kalau tidak diberikan dan mempunyai pengalaman sebagai panduan pembalajaran? Di sinilah pentingnya seseorang guru itu. 

Guru itu mesti seorang perawat juga dan telah berpengalaman merawat pesakit dengan berbagai jenis sakitnya. Mesti mempunyai testimoni dan maklum balas yang positif daripada pesakitnya. Sebab itulah di sini kami memementingkan ilmu, praktis, pengalaman dan perkongsian ilmu dan pengalaman sehingga membina keyakinan diri dalam diri perawat.

Perjuangan dalam bidang perubatan Islam bukannya remeh. Pahala merawat, pahala menyelamatkan akidah sesama ummat, pahala melayani tetamu yang datang, pahala menyampaikan dakwah kepada pesakit semuanya itu terangkum dalam suruhan dan ajakan agama. Marilah kita membanyakkan lagi perawat Islam yang serba boleh dalam menempun kehidupan yang lebih mencabar ini.

Pada bulan Mac pihak kami masih membuka penyertaan untuk mempelajari serta mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah secara personal dan VVIP. Cepat email permohonan ke rahmaniah999@gmail.com untuk menetapkan tarikh perjumpaan.

Mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah bukan semata-mata untuk menjaid perawat tetapi juga untuk amalan diri dalam mengharungi kehidupan serba mencabar ini. Apa gunanya karier hebat sebagai jurutera, doktor dan sebagaianya tetapi tidak mempunyai ilmu yang bertumbuh di dalam dada. Ilmu dalam hati dan pakaian diri yang batin. Inilah masanya untuk melengkapkan kita sebagai manusia sejati! Insya Allah.

Hari perjumpaan adalah hari Sabtu atau Ahad juga hari biasa mengikuti kesesuaian peserta.Siapapun anda golongan pekerja kolar putih, pekerja kolar biru siapapun anda dipersilakan. Segala testimoni pelajar adalah TULEN dan benar.

Segeralah menempah hari dan tarikh anda.

PERHATIAN : Kami tidak mengajar ilmu tarekat dan lain-lain. Hanya ilmu hikmah dari sumber terpilih. Belajar ilmu hikmah dengan kami bukan bermakna anda akan disuapkan dengan beratus amalan hikmah sebagaimana terdapat dalam buku. Tidak sesekali . Ia adalah hasil pengalaman dan penemuan kami insya Allah bersedia untuk dikongsi secara bersama.Jadi tempahlah hari anda dan tarikh anda sekarang.

MATLAMAT KAMI : Tambahkan jumlah perawat Islam yang mengikuti Ahlul Sunnah wal Jamaah. Bantulah masyarakat daripada terjerumus ke kancah syirik dan penggunaan bomoh sesat wa nauzubillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...