Khamis, 5 Februari 2015

21 amalan pada hari Jumaat

Rasanya semua kita tahu bahawa Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Keutamaan dan kelebihan hari Jumaat yang bermula sejak petang Asar hari Khamis hingga terbenam matahari waktu maghrib hari Jumaat adalah terlalu banyak sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, Hadis Nabi dan juga Naqal ulamak silam. Mari kita salami 21 amalan pada hari Jumaat yang begitu istimewa ini.
 
1. Hari Khamis selepas Solat Asar lagi hendaklah kita banyakkan
-Istighfar
-Tasbih
2. Basuh baju putih dan sediakan wangi-wangian
3. Sunnat berpuasa Khamis, Jumaat.
4. Pada malam Jumaat sunnat
-Banyakkan membaca Al-Quran khususnya Surah al-Kahfi
-Zikir dan Selawat Khususnya Zikir Kalimah Toyyibah dan Selawat apa saja
5. Sunnat Jimak Isteri pada malam Jumaat atau siang Jumaat jika tidak berpuasa sunnat
6. Bangun Qiyammulail
7. Mandi  dan bercukur serta kerat kuku
8. Sunnat memakai pakaian berwarna putih bersih lagi suci daripada najis
9. Sunnat memakai serban pada hari Jumaat
10. Sunnat seawal mungkin ke masjid dan beriktikaf. Menurut hadis nabi terdapat 4 waktu kita ke masjid pada hari Jumaat iaitu
Waktu Pertama = Terbit fajar hingga terbitnya matahari
Ganjarannya=Pahala laksana sembelih korban seekor unt
Waktu Kedua=Terbit matahari hingga naik matahari
Ganjarannya=Korban Seekor lembu
Waktu Ketiga=Matahari sudah berada di langit dengan jelas sekali hingga panas telapak kaki memijak bumi
Ganjarannya=Korban Seekor Kambing bertanduk
Waktu Keempat=Waktu Dhuha
Ganjarannya = Pahala umpama menghadiahkan seekor ayam
Waktu Kelima=Waktu-waktu akhir waktu Dhuha hingga gelincir matahari iaitu melepasi waktu tengahari.  
Ganjarannya=Sebutir telur ayam
11 Haram melangkah bahu org utk sampai kedepan.
12. Haram melalui hadapan orang sedang solat biarpun ada dinding
13. Sunat menuntut Saf yang pertama
14. Mendengar Khutbah jangan tidur jgn solat sunnat ketika khatib membaca khutbah melainkan baharu masuk atau sampai ke masjid solat sunnat tahiyyatul masjid
15. Haram berkata-kata urusan dunia dlm masjid
16. Niat iktikaf
17. Selesai solat Jumaat sunnat
-Membaca Surah al-Fatihah 7x
-Surah al-Ikhlas 7x
-Surah al-Falaq dan an-Nass 7x
Fadilatnya menurut ulama silam ialah dipeliharakan daripada kejahatan dan berbahaya segala perkara dan makhluk serta godaan dan gangguan syaitan sehingga Jumaat akan datang.
-Sunnat Membaca Doa Selepas Solat Jumaat
Allahumma Ya Ghaniyu Ya Hamid Ya Mubdiu Ya Mu’id Ya Rahimmu Ya Wadud  Aghnini bi halalika an haramika wa bi tho’atika an maksiyatika wa bi fadlika amman siwak. -3x-.
Ulamak berkata, sesiapa yang istiqomah membaca doa ini nescaya akan dikayakan Allah akan dia daripada  makhlukNya dan memberi rezeki akan dia tanpa disangka-sangkanya walau tanpa diusahakannya.
18. Lebih afdhol ditambah doa yang diajarkan Rasulullah Sollalahu ala wassalam yang jika dibaca doa ini maka hutang sebesar bukit Uhud  sekalipun akan terbayar berkat doa ini iaitu
Allahummakfini bi halalika an haramika wa aghnini bi fadlika amman siwak
Ulamak berkata, sesiapa yang membaca doa ini sebanyak 7x nescaya tiada lalu atasnya dua jumaat hingga jadi kaya dia.
19. Selesai  berwirid dan berdoa sebagaimana di atas maka dirikanlah Solat Sunnat Sesudah Jumaat
-2 Rakaat Solat Sunnat Sesudah Solat Jumaat hukumnya Sunnat Muaakad
-4 Rakaat Solat Sunat Sesudah Solat Jumaat hukumnya Sunnat Ghairul Muaakkad amalan Fuqaha
-6 Rakaat Solat Sunat Sesudah Solat Jumaat hukumnya Sunnat Muaakkad amalan Ahli Sufi
Dalil solat sunnat 2,4 dan 6 ini ada diriwayatkan oleh Saiyidina Abdullah bin Omar r.a iaitu 2 rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah r.a 4 rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina Abdullah bin abbas r.a 6 rakaat. Menurut Imam Al-Ghazali 6 rakaat itu PALING AFDHOL.
20. Sunnat Iktikaf dalam masjid selepas solat Jumaat dan solat sunnat hinggalah masuk waktu Asar. Jika dapat lagi iktikaf hingga Masuk Maghrib lebih afdhol lagi. Ulamak menaqalkan pahala bagi yang kekal di masjid hingga Asar laksana pahala mengerjakan haji dan pahala kekal hingga ke mahgrib laksana pahala mengerjalan haji dan umrah.
21. Sunnat ketika iktikaf itu
-Membaca Al-Quran-andia belum dibaca lagi Surah al Kahfi maka bacalah. Jika sudah baca pada malamnya maka bacalah maksudnya dan tadabburlah isi kandungannya.
-Berzikirlah dgn sepenuh hati dan tumpuan
-Berselawatlah ke atas nabi
-Tafakurlah iaitu “ memikirkan ayat-ayat Allah dan syukur kepada Allah atas hidayah, taufik dan inayahNya dan takut kepada Allah sebab taksirnya berbuat ibadat dan muraqabah dengan hatinya hingga solat Mahgrib. Sebab fadilat waktu-waktu ini adalah sangat besar di sisi Allah dan amat banyak pahalanya.
-Jangan berkata-kata sewaktu iktikaf dlm urusan dunia
Sabda Rasulullah, akan datang pada suatu akhir zaman manusia bercerita dalam masjid urusan dunia padahal Allah tidak suka perkara itu. Maka jangan kamu duduk berhimpun dengan mereka itu.
-Jika khuatir berlaku riya atau gangguan lain kepada iktikaf dan ibadat di masjid maka pulang ke rumah dan tetaplah melakukan perkara-perkara disebutkan di atas.
Banyak lagi hadis dan petuah alim ulamak dalam mengimarahkan hari Jumaat selaku Penghulu Hari. Yang mana-mana pun amallah yang penting istiqomah. Sememangnya senarai di atas mustahil dilakukan jika yang bekerja pada hari Jumaat. Jadi ambil pendekatan begini. Kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua.  Semoga apabila Allah memberikan kita masa lapang maka kita laksanakan sedaya mampu mungkin atau semaksimum munngkin mudah-mudahan bertambah darjah kita di sisi Allah.
Untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah anda akan dibimbing dengan lebih khusus lagi bagaimana sesuatu amalan itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan kepada hati dan jiwa.
 
Contact Ust Ali 013 6421228
 
Sehalus-halusnya butiran syariat jika diperhalusi lagi terdapat jutaan butiran hakikat tersimpan dalamnya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gemblengan Ilmu di Gunung Jerai Panggilan Akhir

Salam. Siapa yg berhajat utk menuntut ilmu2 kebatinan aliran haq dan putih saya ada buat di Gunung Jerai dlm pd 1 hingga 3 Disember ini.  ...