Khamis, 15 November 2012

Makrifah memantapkan amalan perubatan

Makrifah bukannya imiginasi atau bayangan. Bayangan atau sugesti atau imiginasi berada pada satu tahap tertentu yang mana kedudukannya lebih rendah daripada makrifah. Makrifah merupakan suatu kesempurnaan hakiki yang meliputi segala nama, meliputi segala perbuatan, meliputi segala sifat dan meliputi zat. Berbagai justifikasi bagi merujuk kepada makrifah biasanya seperti hidayah itu sendiri nur atau cahaya Allah. Makrifah merupakan suatu anugerah dan hadiah kepada hambaNya yang bermujahadah menujuNya. Manakala bayangan imiginasi serta sugesti merupakan suatu saranan melalui kekuatan jiwa dan semangat diri  yang melibatkan juga proses visualisasi otak yang memancarkan imej-imej. Bayangan, imiginasi serta sugesti juga boleh menjadi sebagai khayalan semata-mata atau angan-angan. Manakala makrifah suatu kepastian yang tepat dan benar dan bersifat tetap dan muktamad. Penjelasan al Attas dalam hujahannya tentang makna ilmu yang benar mendekati makna makrifah. Tetapi makrifah menanggung makna yang lebih luas dan tinggi daripada penjelasan al-Attas tersebut. Penjelasan al-Attas tentang ilmu yang benar bersifat tetap, muktamad dan mutlak hanya sebagai pengenalan bersifat falsafah semata-mata. Walhal makrifah bukan bersifat falsafah dan logika lagi. Ia berkaitan hasil atau natijah daripada penjenaan dynamo keyakinan yang benar dan dipandu oleh Allah subhanawa ta'ala. Makrifah tidak memilih bulu, orang yang berkot, orang-orang yang hafiz Al-Quran, orang-orang yang berjawatan akademika dan tinggi, tidak menyangkut usaha-usaha diri peribadi tidak berkaitan pengiktirafan daripada usaha-usaha diri untuk mendapatkan gelar-gelar akademika. Makrifah bebas daripada semua itu semua. Ia tidak tertakluk dan menakluk. Ia bukan perkataan meskipun ia 'dapat ditulis'. Makrifah tersalur kepada hamba dikehendakiNya dengan berbagai cara, tanpa mengira apapun situasi dan dapat menjelma dalam sebarang keadaan. Makrifah merupakan suatu pencapaian rohani yang mendapatkan identitiya semula kepada Allah. Makanya makrifah itu memantapkan perubatan kita secara alamiah dan ghaibiah. Perubatan yang dinaungi awan makrifah itu tidak lagi tertakluk dan ditakluk pada syarat barang zahir dan fizikal. 

Ingat manipulasi dajjal dan kaum yang disesatkan syaitan di luar sana sangat banyak yang kononnya membawa seseorang mencapai kebenaran abadi atau makrifah. Walhal ia bersifat tipudaya ibarat hanya memakai kelongsongnya sahaja tetapi intinya adalah racun yang merosakkan akal, tubuh dan jiwa. Semoga kita terhindar daripada tipudaya syaitan yang direjam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...