Isnin, 5 Oktober 2015

rawatan saka hingga mati?

Assalamualaikum. Ada pertanyaan meluncur ke kotak mesej...ustaz ubat sampai pesakit mati ka...

jawapan saya:

1. Hidup mati di tangan Allah.

2. Dlm konteks rawatan biasanya berlaku ke atas warga emas yg mempunyai saka yg mana ada warga emas itu sudah tdk bernyawa tapi yg ada dlm badannya adalah jin saka...biasanya jin saka yg begini kekuatan dan kebolehannya gred A..spt jin yg membantu berkebun membuka tanah dan lain2.

3. Apabila rawatan dilakukan kita akan minta pesakit jika masih sedar utk mengucapkan Doa Pemutus Saka. Dan jika atau apabila pesakit dirasuk, saya akan menyuruh saka itu pergi drp pesakit dan keturunannya sambil membaca ayat2 suci yg tertentu dan doa tertentu atau asma tertentu. Lazimnya saka itu akan pergi kalau pesakit menangis.

4. Saka spt manusia juga adakalanya mengambil masa utk meninggalkan jasad perumahnya. Jadi itu dia ambil masa 1 hari ada 3 hari atau berminggu jarang sampai berbulan jd dlm tempoh inilah pesakit akan merasai kudratnya semakin lemah dan kalau penguasaan saka pd jasadnya sebelum ini mencapai lebih 70 peratus biasanya pesakit akan semakin lemah dan mati dgn izin Allah.

5. Ada yg masih bernafas dan bernyawa dan pulih seperti sediakala itu semua kehendak Allah.

Apapun semuanya dlm pengetahuan dan Gerak Allah...perawat pun dlm Gerak Allah...kita ni lebih kpd ikhtiar dan penyebab...gangguan juga penyebab hasil tindakan kita masa lalu atau keturunan kita pada masa masa lalu.

Harapnya jelas.

Ust Tabib Ali
013 642 1228

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu Duit Inti Karomah