Selasa, 29 Disember 2015

gangguan syaitan

"Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!"

sedang aku merawat utk hari kedua pesakit dari kg binjai bukit payong ni tiba2 aku dikejutkan dgn suara jeritan anak gadis...

"....pelajar madrasah la tu yg histeria...selalu gitu." kata mak cik nor kpdku. masa itu aku sedang berkongsi pengalaman selama melang lang buana di alam jin jun jan ni.

"iya ka...ingat filem hantu seram mana tadi..."

"sini memang keras ustaz... sebelum madrasah itu didirikan...dulu nenek saya tinggal di kawasan situ tapi bila nenek selalu sakit nenek pindah ke belakang iaitu tapak rumah kami duduk inilah...pada masa sama ada yang nak buat pondok nenek saya wakafkan tanah pusaka tu..."

"ya ka...baguslah tu jadi amal jariah...tapi...mengapa mudir tu tak ubatkan pelajarnya..."tanyaku sambil menatap madrasah yang dikelilingi tembok batu setinggi orang dewasa seberang jalan shj drp rumah pesakit aku rawat.

"emmm tak taulah nak ghoyat lagu mana...sebab ada sekali tu mudir tu pun dtg ke rumah mok cik minta tlg doa ubatkan pelajar histeria tu...mok cik ghoyat tak tau."

"gitu. ya lah mok cik. masing2 oghe diberi kelebihan tersendiri...ginilah kalau mereka ada dtg lagi ghoyat suruh cari tahi besi drp pembuatan senjata atau pisau. buat parit kecik tabur dan tanam dgn mengelilingi madrasah tu..."

Jeritan masih berkumandang. Aku menatap tajam ke arah madrasah. Tembok kuning yang membentengi madrasah seolah roboh dgn pandangan mataku. Beberapa detik kemudian suara jeritan hilang. Dan diganti dgn azan asar dr madrasah yg bersilih iring dgn azan dr masjid yg tak jauh drp situ. Alhamdulillah. Aku sudah keletihan benar.

Permusuhan syaitan dgn anak Adam nyata masih berterusan hingga kiamat...

Perlukan khidmat rawatan gangguan makhluk halus,gangguan jin saka sihir pembersihan kedai gerai bangunan premis segala masalah berkaitan dunia mistik boleh hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...